Tuesday 23 April 2013

My Precious Iris




Assalamualaikum,nak masuk rumah sendiri pun kena bagi salam kan.Almaklumlah dah lama tak jengok habis bersawang.Sibuk mengalahkan nak bertanding Pilihanraya je.Tapi memang sibuk pun sebenarnya,dan sibuk saya memang ada kena mengena dengan pilihanraya,bukan buat kerja -kerja SPR ya,tapi menguruskan pencen untuk Ahli Dewan Negara,Ahli Dewan Rakyat dan Anggota Pentabiran iaitu Menteri dan Timbalan-Timbalannya.Nak jengok blog orang pun tak sempat inikan lagi blog sendiri,facebook pun jeling-jeling manja je.

Ini pun pasal tiba-tiba nak cerita pasal Pesta Buku Antarabangsa ,tahun ini kononnya tak hendak pergi sebab stok novel yang tak baca banyak lagi,tapi itu cakap-cakap 2 bulan yang lepas laa,bila dua tiga hari lagi nak mula Pesta Buku ini,hati tergedik-gediklah pula nak pergi.Setelah saya membuat perancangan secara terperinci (he he macam poyo je kan) saya membuat keputusan nak pergi pada 4  Mei,alasannya pada 5 Mei ialah hari mengundi,so pada 4 Mei sesiapa yang mengundi dikampung halaman akan pulang ke kampung-kampung.makanya akan agak berkurangan lah sikit orang yang ke Pesta Buku  Antarabangsa,cuma oarng Kuala Lumpur je yang ramai,itu teori saya sahaja,hari kejadian nanti tak tahu lagi macamana.Menguatkan lagi ialah anak bujang saya yang di Kolej dan di Asrama akan bercuti minggu tersebut,merekalah hulubalang-hulubalang yang akan mengangkat  novel-novel  emaknya yang ber beg-beg itu.

Akan tetapi saya tak sabar nak membeli buku novel yang bertajuk "My Precious Iris",tak senang duduk dibuatnya,Saya akan mengirim kawan saya novel ini dulu ,beliau bercuti khas Jumaat ini semata-mata nak ke Pesta Buku.So kena kirim dulu,nak tunggu minggu depan lambat sangatlah.

Buku ini ialah sequel daripada novel " I Love You Stupid " ditulis oleh Melur Jelita,Buku I Love You Stupid kalau nak ikut cakap orang muda sekarang memang best gilaaaa,saya bagi  5 bintang,ceritanya kalau kita membayangkan macam tengok wayang sangat adventerous dan Sweet.Ia sangat  tebal kalau tak silap mukasuratnya ada lebih kurang 1384 muka surat,masa membaca dirumah siap letak atas bantal macam orang mengaji,sebabnya lenguh nak pegang.Saya habiskan dalam masa   2 setengah hari sahaja,buku ini boleh dikategorikan dalam susah nak letak,nak baca terus menerus je.Masa baca novel ini diwaktu nak tunggu Encik Hubby ambil balik kerja,macam segan nak pegang,takut orang muda tengok "Aamboi kakak ini I Love You Stupid Lagi kau ha ha",tapi ahhhhhh janji hati bahagia kaaaan.Bak Kata Azwan Ali Ada Aku Kesah ha ha ha

So peminat-peminat novel semua jomlah beli buku ini dua-dua sekali dijamin bessssst,



Penulis novel ini membayangkan heronya Abang Pedas yang hot mukanya macam Damon Salvatore,kenal ke Damon Salvatore,tuuuuu  dia ada kat bawah ini,



macamana makan hati ke kawan-kawan  ngeh ngeh ngeh

P/S Pen Dragon tungguuuuuuuuu kemunculannya

3 comments:

  1. k jana, I willlllllllllll hahaha....

    lupa pulak nk gugel Damon Salvatore, mmg hot giler dia!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa pulak, masa I baca ILUS, saja je I baca lambat2...jimat2 lah katakan. takut cepat habis...nnti I rinduuuuu....betul pun skrg bila dah habis baca, mmg I rindu

      Delete
  2. Pen Dragon,
    kak jana bila terjumpa dimuka surat awal abg Hot Pedas seiras Damon Salvatore,terus google,supaya senang nak membayangkan Firman di bab-bab seterusnya,dia berlakon dalam cerita The Vampire Dairies lah

    ReplyDelete