Tuesday 11 October 2011

Kenangan Manis Saya Tentang Dato' Ahmad Jais

Hari ini saya terkedu bila mendapat berita penyanyi veteran Dato' Ahmad Jais telah kembali ke rahmahtullah kerana penyakit Lelah. Saya teringat 5 tahun atau 4 tahun yang lepas,masa itu Jamuan Hari Raya yang di adakan di Jabatan saya menjemputnya untuk mengadakan persembahan menyanyikan lagu-lagu Hari Raya.

Dulu-dulu di Jabatan saya kalau ada Jamuan Hari Raya,biasanya agak meriah ia disambut dengan makanan yang mewah ada jemputan artis lagi. Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini majlis Sambutan Hari Raya di sambut Ala-ala kadar je(bak kata orang sekarang Yang Ado je) nak buat macamana ekonomi meleset kot.(Jauh dah melalut ni)

Sambung balik ye cerita tadi,So pada ketika itu itu saya sebenarnya berpuasa 6(Sunat Syawal + puasa ganti) jadi sudah pasti saya tak jointlah sambutannya.Malas lah lah nak pergi ke Auditorium pergi tengok persembahan artis-artis yang dijemput, maka tinggal lah saya sorang-sorang di pejabat,dalam saya duduk sorang-sorang kat bahagian saya,tiba-tiba saya terfikir dari kecil setiap kali Hari Raya Aidil Fitri antara lagu favourite saya ialah lagu "Selamat Hari Raya" yang dinyanyikan oleh beliau.Jadi mengapa tidak sahaja saya pergi tengok persembahan beliau menyanyikan lagu tersebut secara live,asyik dengar kat radio je dari kecil,sedangkan nak dengar penyanyi tersohor seperti beliau menyanyi didepan mata kita bukannya senang kan.

Maka dengar semangat berkobar-kobar sambil berlari-lari anak(exaggerate je saya nak ke berlari he he) saya pun pergilah ke Auditorium(yang terletak dibangunan sebelah pejabat saya untuk tidak mensia-sia kan peluang mendengar Ahmad Jais menyanyi lagu raya secara live.

Mungkin dah rezeki kot masa tu beliau belum mengadakan persembahan lagi,baru ucapan je daripada Ketua Jabatan. Akhirnya dapat juga saya mendengar beliau menyanyikan lagu "Selamat Hari Raya". Really macam mimpi rasanya ,macamana suaranya kita dengar kat radio tu,macam tu jugalah suaranya diluar merdu sungguh.

Sekarang ini setiap kali Hari Raya bila keluar je lagu "Selamat Hari Raya" di Radio mesti ingatan saya akan terkenangkan waktu dan ketika saya mendengar beliau menyanyi lagu ini secara live dihadapan mata saya.Kenangan yang amat berharga yang belum tentu semua orang dapat menikmatinya kan. Kini beliau telah tiada,sudah tentunya akan ada orang lain pula yang akan menyanyikan dan merakamkan semula lagu"Selamat Hari Raya" ini. Tapi yang pasti ia tak akan sama seperti yang dinyanyikan oleh Seniman yang bernama DATO' AHMAD JAIS . Alfatihah untuk DATO' AHMAD JAIS .


lagu dendangan Ahmad Jais dan Kartina Dahari ini jadi favourite saya semenjak saya tengok filem Man Laksa arahan by Mamat Khalid

Wednesday 5 October 2011

Budak Kacamata 2









Saya nak sambung balik cerita pasal budak kacamata hari tu,akhirnya setelah Naufal di uji matanya dengan doktor pakar Hospital Putrajaya,maka dengan rasminya Naufal telah di istiharkan memang wajib kena pakai cermin mata.

Maka saya telah membawanya ke kedai cermin mata untuk membuat cermin mata,terlanjur saya membuat cermin mata untuk Naufal,saya pun check juga mata saya ini,sebenarnya saya memang dulu ada pakai cermin mata(sebab silau). Tetapi saya jarang pakai cermin mata itu sebab saya tak suka(rimas),so saya abaikan pemakaian cermin mata saya itu untuk lebih kurang 8 tahun juga lah. Akibatnya bila saya check balik mata saya tahap silau mata saya dah tinggi dan dah ada rabun dekat juga.Saya perasan mata saya dah teruk ialah bila tengok cerita Hindustan dekat TV nak baca subtitle dah tak nampak langsung ha ha ha. Oleh itu kesudahannya bukan Naufal sahaja yang buat cermin mata tapi saya dan En.Hubby juga. Tersenyum lebarlah pekerja dikedai cermin mata hari itu kerana banyak jugalah duit kami terbang dikedainya he he.

Bila dah pakai cermin mata saya dapat tugas barulah kena memantau cermin mata Naufal,pagi-pagi lap cerminnya sebelum pergi sekolah,pastikan dia simpan tempat selamat dan jangan letak merata-rata. Almaklumla lah budak lelaki kan,kalau budak perempuan rasanya cermat dan teliti sikit dari segi penjagaan barang -barang ni.

Masa first time tengok TV selepas dah pakai cermin mata,ayat yang keluar dari mulut Naufal ialah "Mak gambar kat TV ni dah terang dah" ha ha Naufal ,TV tu memang sentias terang dan jelas ,mata dia yang dah tak terang sebenarnya :)