Saya nak sambung balik cerita pasal budak kacamata hari tu,akhirnya setelah Naufal di uji matanya dengan doktor pakar Hospital Putrajaya,maka dengan rasminya Naufal telah di istiharkan memang wajib kena pakai cermin mata.
Maka saya telah membawanya ke kedai cermin mata untuk membuat cermin mata,terlanjur saya membuat cermin mata untuk Naufal,saya pun check juga mata saya ini,sebenarnya saya memang dulu ada pakai cermin mata(sebab silau). Tetapi saya jarang pakai cermin mata itu sebab saya tak suka(rimas),so saya abaikan pemakaian cermin mata saya itu untuk lebih kurang 8 tahun juga lah. Akibatnya bila saya check balik mata saya tahap silau mata saya dah tinggi dan dah ada rabun dekat juga.Saya perasan mata saya dah teruk ialah bila tengok cerita Hindustan dekat TV nak baca subtitle dah tak nampak langsung ha ha ha. Oleh itu kesudahannya bukan Naufal sahaja yang buat cermin mata tapi saya dan En.Hubby juga. Tersenyum lebarlah pekerja dikedai cermin mata hari itu kerana banyak jugalah duit kami terbang dikedainya he he.
Bila dah pakai cermin mata saya dapat tugas barulah kena memantau cermin mata Naufal,pagi-pagi lap cerminnya sebelum pergi sekolah,pastikan dia simpan tempat selamat dan jangan letak merata-rata. Almaklumla lah budak lelaki kan,kalau budak perempuan rasanya cermat dan teliti sikit dari segi penjagaan barang -barang ni.
Masa first time tengok TV selepas dah pakai cermin mata,ayat yang keluar dari mulut Naufal ialah "Mak gambar kat TV ni dah terang dah" ha ha Naufal ,TV tu memang sentias terang dan jelas ,mata dia yang dah tak terang sebenarnya :)
No comments:
Post a Comment