Tuesday, 24 May 2011

FitFlops Idamanku

Saya beli yang colour ini "Bronze"





Yang ini pula dalam cadangan nak beli :)


Baru-baru ini saya ada beli satu sandal jenama FitFlops ,saya sebenarnya dah lama mengidamkan sandal ini(nearly 2 tahunlah juga ),ialah memandangkan kaki saya yang panjang dan besar macam kapal ini (dengan kata-kata lain sebenarnya saya ini bersize kaki gemuk and gebu) memanglah tersangatlah susahnya nak cari size bila nak beli kasut mahu pun sandals.

Kasut yang saya boleh pakai ialah jenama Clarks And Scholl,jenama lain so far memang tak selesa.So pada suatu hari hampir 2 tahun yang lepas saya terjumpa kedai kasut diGreat Eeastern Mall disini lah mulanya saya terpandangkan dan jatuh cinta dengan sandal jenama FitFlops ini,ketika itu saya pun cubalah pakai sandal ini muatlah pula tu,cuma bila tengok harganya terbantutlah hasrat saya nak memilikinya sebab harganya yang agak mahal itu. Keeesiaaaan saya kan :(

Tapi saya ini adalah seorang yang jika nakkan sesuatu barang yang saya rasa saya boleh dapat,saya akan berusaha untuk memilikinya (wah ayat tak kuasa he he ). So penghujung bulan April yang lepas akhirnya saya telah dapat memilikinya sandals FitFlops pujaan hati saya ini.Masa waktu saya hendak membayar sandal Fitflops ini terangkatlah juga kening Encik Hubby melihatkan harganya. Encik Hubby kata apa yang buat sandal ini mahal sangat .Jawapan saya ialah"sebabnya ialah Oprah Winfrey pun pakai FitFlops ini juga "(he he jawapan yang tak boleh blah itu),macamana saya boleh terfikir dengan jawapan itu ialah masa saya mula -mula terjumpa sandal ini memang ada gambar Oprah Winfrey dipapan iklan sandal FitFlops ini,tapi masa itu dua tahun yang lepaslah.Kesimpulannya memang sangat berbaloi lah saya beli sandal ini,sebab ia "saaaangat seleeesa" bila dipakai.


Bayangkan masa Pesta Buku Antarabangsa yang lepas baru-baru ini saya pakai sandal FitFlops ini.Saya rasakan kaki saya sangat selesa dan tak sakit walaupun terpaksa menawaf PWTC yang besar itu untuk mencari buku-buku yang hendak dibeli. Saya bercadang nak beli lagi satu yang warna hitam pula.Tengah kumpul duitlah ni he he atau pun apa kata kali ini saya nak pujuk Encik hubby pula belikan untuk saya. (so Encik Hubby kalau baca blog ini saya nak yang warna hitam ya " Pleaseeeeeeee ".


laman web "FitFlops"

Friday, 6 May 2011

Hadiah Yang Manis Dari Tokyo



Gambar ini pun senasib dengan entry sebelum ini dah masukkan gambar lama,cuma ayat -ayat cintanya yang berkurun lama barulah dapat dimasukkan. Namun saya rasa wajib menceritakan tentang ini. Sempena (wah sempena lagi ngeh ngeh) hari jadi saya yang ke 40 aaaan January lepas,saya telah mendapat bingkisan yang manis sempena hari jadi saya dari BFF saya Yuhana yang menetap di Tokyo.

Kami yang lama terpisah tapi dapat menjejak kasih semula melalui Facebook.Thank you Dearest ANA.Dengar ceritanya dia nak balik bulan Ogos nanti sempena Aidilfitri nanti,tak sabar rasanya nak jumpa.Terima kasih Ana untuk hadiah yang manis ini,sayang rasanya nak guna,tapi Ana pesan kalau tak nak guna lain kali dia tak hendak bagi lagi,sumpah ANA I akan guna tuala yang you bagi ini.Cuma kalau boleh bagilah selimut pula tahun depan ya, confirmed zana akan guna hari-hari dan akan ingat kat ANA ha ha (ampun Ana, zana bergurau aje).

Apa-apa pun ANA terimakasih kerana sudi ingat kat Zana walaupun kita berjauhan,dan semoga persahabatan kita berkekalan selamanya. Amiiin



nak tahu lagi cerita tentang ana kat sini ya"Yuhana"

Dating Dengan Naufal Di Disney On Ice





Gambar untuk entry ini dah lama dimasukkan cuma ceritanya agak berkurun lama baru nak dibuat.Bulan lepas sebenarnya saya pergi dating dengan si bongsu Naufal tengok persembahan Disney on ice ini.Biasanya saya hanya wakilkan cousin saya Ochu dan Wani bawa naufal pergi tengok show Disney On Ice ini,tapi kali ini saya bawa dia sendiri sebab kononnya lastlah untuk saya beri Naufal tengok show Disney On Ice ini, Saya merasakan macam dah tak sesuai Naufal nak pergi tengok lagi lepas ini ,dah macam agak besar si Naufal pada masa akan datang nak layan show-show macam ini.

Memandangkan kononnya ini merupakan kali yang terakhir saya nak bawa dia,maka saya belilah tiket yang paling mahal dan yang paling dekat supaya Naufal boleh tengok dengan lebih jelas ( tapi kalau -kalau lepas ini ada auntie-auntie yang rasa nak belanja bawa dia dipersilakan ya).

Pergi dengan Naufal memang seronok sebab dia hafal semua watak dalam cartoons Disney,even bila lagu dah keluar tapi watak cartoons belum keluar,dia dah tahu cerita apa sebenarnya akan dipersembahkan.Mulutnya sentiasa memperkenalkan kepada emaknya ini siapakah watak -watak cartoon yang berkenaan.Especially Tinkerbells and the geng,saya paling suka masa persembahan Little Mermaids sangat cantik.

Persembahan kali ini memang best sehingga tak terasa masa berlalu dengan pantas,depan tempat duduk kami ialah AC Mizal and family. Naufal sempat cuit saya,dia cakap "mak macam pernah tengok abang ni dalam TVlah" . (psst abang tuuu) Almaklum gaya AC Mizal macam orang muda belia. Boleh dikatakan saya tak pernah miss tengok show Disney On Ice ini kalau mereka datang Malaysia dari zaman "Beauty And The Beast lagi. Percaya tak yang Beauty and The Beast saya tengok dengan Encik hubby berdua sahaja kah kah kah,masa tu bujang saya yang Naquiddin dan Nabil kecil lagi,kami dapat tiket free ,apalagi kami berdua pun boleh saja layan show Disney on Ice ini, siap beli macam-macam souvenir lagi ngeh ngeh.

Apa-apa pun saya happy tengok Naufal enjoy that day, "seronok lah adik pergi dengan mak", pergi dengan Cik Chu dan Cik Wani tak seronok" off courselah seronok Naufal ye tiket berapa hengget lah pulak dengan Cik Chu and Cik Wani dulu tengok Goofy dan Donalds pun sayup-sayup je ngeh ngeh.

Thursday, 31 March 2011

Jana Dan Buku

Baru-baru ini saya pergi Wangsa Walk dengan family,first time sebenarnya saya pergi Wangsa Walk ni.Anak-anak bujang dan Encik Hubby dah pernah pergi sini sebelum ini.Hujan lebat hari itu,kebetulan disitu ada jualan kedai buku Popular maka adalah juga saya terjebak membeli beberapa buah buku. Antaranya ialah buku A Doctor In The House(The memoir OF Tun Dr.Mahathir Mohamad).Buku Dr.Mahathir ini masa keluar surat khabar menceritakan tentang pelancaran dan penjualan bukunya itu saya dah cakap dengan Encik hubby.Dialognya antara saya dengannya ialah "Abah I nak buku ini tapi I taknak beli sendiri you yang kena belikan" he he. "You belikan,I baca dan ceritakan balik pada you dan anak-anak" since saya tahu mereka semua takkan membacanya.Maka hari itu dapatlah juga saya buku itu sebab Encik hubby memang sangat-sangat bersetuju dengan cadangan saya itu.

Nampak tak buku yang satu lagi tu "1 Hari 1 Resepi" ,konon-kononya nak ikut macam cerita "Julie & Julia tu,sebab itu lah saya beli buku tu,tapi nampaknya buku tinggal buku aje lah ya, weekday lebih banyak beli sahaja lauk tinggal masak nasi je,weekends pula barulah nak memasak, itu pun kalau tak pergi kemana-manalah.Masalahnya ada ke yang tak pergi mana dihujung minggu ngeh-ngeh.Tapi sebenarnya buku itu sangat bagus,bila kita teliti isi kandungannya senang sebenarnya memasak ini hendak dengan tak nak sahaja ya puan-puan.Buku ini juga sesuai untuk dihadiahkan kepada pasangan pengantin baru and pasangan lama yang jarang-jarang masak untuk mengingatkan balik skill memasak dan resepi-resepi yang ada untuk hidangan hari -hari.

Puan-puan sekalian cerita ini bagus untuk inspirasi.

Ada lagi satu benda yang saya beli sebenarnya,tapi nanti lah saya buat satu entry khas untuknya,sebab benda ini agak berat juga nak nak diceritakan di blog ini.Saya tengah fikirkan lagi nak buat atau tidak cerita pasal entry ini,sebab macam segan lah pulak,takut tak menjadi.Tapi manalah tahu kot-kot kalau saya berubah fikiran nanti InsyaAllah adalah ya,kalau tak ada ceritanya itu maknanya Mak Jana ini belum bersedia lagi lah nak menceritakannya ;)

P/S Saya sekarang ini tengah baca Chapter 33 buku (A Doctor In The House(The Memoir Of Tun Dr.Mahathir Mohamad).So far best sangat, setiap rakyat Malaysia kena baca pada pandangan saya).Tapi buku ini seriously tebal saya baca atas katil and letak atas bantal lagi,tak larat nak pegang.Sebabnya tangan kiri saya sakit sebab hari tu terjatuh masa sembahyang.

Wednesday, 9 March 2011

Alahai Bila lah Nak Berhenti Susu Botol Ni



Tengah feeling minum susu

Apakhabar semua dah berapa purnama dah saya tak update blog ni,Encik hubby, my cousin and peminat-peminat blog saya adalah menanyakan tentang lamanya tiada apa-apa perkembangan terkini diblog saya ini.(wah ada peminat ke ngeh-ngeh)

Hiish tapi tulaa kan kalau dah sampai syndrome M(malas) melanda memanglah payah sikit nak mengusirnya.Well kali ini saya nak cerita tentang sibongsu saya Naufal yang masih lagi menyusu botol.Walaupun dah berada didalam darjah satu sekarang ini tapi dia masih lagi menyusu botol. Pagi-pagi sebelum pergi sekolah mesti nak minum susu dulu,yang bestnya selepas minum susu nak makan pula cereal dengan susu lagi,macamana lah badannya tak bulat. Kadang-kadang saya akan buat-buat lupa tak nak masukkan botol susunya dalam beg baju yang nak dibawa kerumah sebelah(rumah baby sitter yang menjaganya semenjak dia berumur 2 bulan).tapi biasanya dia akan mengingatkan saya untuk masukkan botol susunya atau dia sendiri akan memasukkannya kedalam beg .(al-maklum dah besarkan )

Macamana lah nak buat dia berhenti menyusu botol ye,memanglah boleh je sebenarnya nak bagi dia minum susu dalam cawankan.Tapi rasanya lah masalah sebenarnya ialah emak dan ayahnya yang terlebih manjakan si Naufal ini(tak sampai hati rasanya masa tengok muka Naufal bila dia minta susu dalam botol) Almaklum kononnya kan anak yang Bongsu.Masalahnya confirmed ke yang bongsu ni. InsyaAllah confirmed ye.Mak Jana ni dah tua ooi.Apa-apapun sangat seronok gomol dan cium pipi Naufal sebelum pergi sekolah,abang-abangnya pun akan dicium pipinya juga sebelum pergi sekolah tapi dah tak best sangat macam cium pipi Naufal.Sebab pipi Naufal bila kita cium hmmm wallaaa memanglah lemak dan berkrim :)


Naufal yang tembam dan gebu(Lemak dan berkrim)

Saturday, 22 January 2011

Manisya Si Merah Jambu




Hari jadi saya yang ke TUUT telah pun berlalu tapi tak sempat saya nak buat entry tentangya,hari jadi saya yang jatuh pada tarikh 13 Januari yang lepas dipenuhi dengan saya menguruskan beberapa hal dan appointment saya di Klinik Kesihatan Putrajaya. Yang paling menakjubkan ialah biasanya kalau ada appointment diKlinik Kesihatan masa menunggu untuk jumpa doktor memanglah sangat lama,kalau bawa buku novel untuk dibaca sewaktu menunggu biasanya bukan habis satu chapter sahaja dibaca,malah dah baca berchapter-chapter baru dapat jumpa doktor.

Tetapi hari ini keadaan adalah sebaliknya dalam masa setengah jam sahaja urusan diklinik dah selesai.Dalam masa setengah jam semua proses iaitu ambil no giliran,jumpa doktor and ambil ubat di Farmasi telah berlaku dengan harmoninya (ha ha) .Memang macam susah nak percaya je. Tapi itulah yang benar-benar terjadi.En.Hubby pun macam tak percaya je sebab proses dia nak cari parking kereta lagi lama dari saya yang nak jumpa doktor.Cuma yang tak berapa bestnya Doktor cakap kolestrol saya ada naik sikit,since ini pertama kali ia naik selama ini ok je,dia tak bagi makan ubat kolestrol dulu,doktor kata cuba dulu kurangkan kolestrol dengan cara semulajadi iaitu jaga makan and kalau boleh "BERSENAM"

Mungkin sebab hari itu hari jadi saya kot jadi semuanya berjalan lancar ha ha.Yang menambahkan kegumbiraan saya pada hari itu ialah dari klinik kesihatan kami terus ke The Mines Shopping Complex sebab En.hubby nak belikan saya hadiah birthday.Hadiahnya ialah Netbook Acer Aspire yang berwarna Pink. Well macam gediks je kan dah tua-tua nak pakai Netbook colour pink .Tapi biarlah umur je tua tapi hati muda kan kan kan, adalah suara-suara yang jelous (kah kah perasan sendiri ada ke orang yang jealous sebenarnya) yang bertanya kenapa tak beli Ipad.Zaman sekarang orang dah pakai Ipad .Jawapan dari saya ialah saya lebih rasa feel kalau mengetuk keyboard dari touch the screen.Dan rasanya kalau tangan yang runcing dan comel memang cantiklah untuk tekan the sreen dengan bergayanya,tapi memandangkan tangan kak jana yang ala-ala gebu ni ketuk keyboard lagi bergaya rasanya kui kui kui.

En Hubby cakap dengan anak-anak bulan Januari ni bulan mak(sayalah tu).Saya minta macam-macam Encik Hubby layan je.Wah bahagia gitu,padahal bulan Januari ini merupakan hari jadi Encik hubby juga kami selang sehari je tarikh birthday,tapi yang lebih-lebih tang hadiah tu sudah pastinya lah saya he he.Saya bagi encik hubby apa? Benda yang dia perlu pakai hari-hari bila nak keluar bekerja mencari rezeki.Benda apakah dia cubalah teka ya.

Apa-apa pun Terimakasih kepada En.hubby atas hadiah yang diberi .Sebenarnya ucapan Selamat Hari Jadi dipagi hari dan doa disetiap lima waktu solat untuk kesihatan dan kesejahteraan untuk kami sekeluarga pun dah amat rahmat bagi saya.Tapi kalau disertai dengan Ingatan yang manis seperti pemberian netbook yang berwarna Merah Jambu ini maka akan lebih bermakna dan meriahnya hari jadi saya yang kali ke tuuuuut ini.


P/S: En.Hubby bulan January ada 9 hari lagi rasa-rasanya sempat tak lagi kalau saya teringin jam yang saya berkenan hari tu itu ngeh-ngeh-ngeh (Jangan Mara aaaa).Hari jadi saya tahun ini sebenarnya ialah yang ke 41 tahun,tak da maknanya nak TUUT TUUT kan jumlah umur,bukan artis pun nak merahsia-rahsiakan umur :)

Ini hadiah dari Cousin saya Haryaty Cik Lawyer tu Handbag Charles And Keith

Purse Charles and Keith ini saya hadiah untuk diri sendiri sebab nak matching kan dengan begnya :)


Wednesday, 5 January 2011

Episod Kedua (Jana Dan Gallstonesnya)

Kepada Pengarah Hospital Putrajaya adalah saya bla bla bla

Susahnya saya nak cari masa sambung Episod 2 kisah saya dan gallstones saya tu,sibuk dengan anak orientasi sekolah darjah satu.So jomlah saya sambung ceritanya ya,pada hari Selasa bersamaan 21/12/2010 saya dah pun selesai menjalankan pembedahan Laproskopik pada pukul 4.00 petang,hendak tak hendak saya terpaksa meminta jasa baik cousin saya Amirah untuk jaga saya malam itu.sebab pergerakkan memang agak susah dengan perut yang sakit dan drip ditangan.Walaupun diberi pain killer masih terasa sakit lagi.

Seriuosly,malam itu tidur saya tak berapa selesa,cousin saya pun macam itu juga kesian dia kena tidur atas kerusi sahaja suhu air-cond di Hospital Putrajaya pula punyalah sejuk yang teramat sangat.Nasib baik keesokankan harinya dalam pukul 10.00 pagi drip ditangan dah boleh dibuka maka pergerakkan saya bolehlah pantas sikit tanpa mengharapkan Amirah.Kesian Amirah kerana diserang allergic disebabkan air-cond yang kuat dan mungkin tidur yang tak selesa,teruk dia terbersin-bersin.Since saya dah boleh pergerak sendiri saya suruh Amirah balik sebab melihatkan keadaannya yang makin teruk(nak jaga orang sakit dia pula yang jatuh sakit,dia terus pergi klinik lepas balik dari hospital).

Bila nurse atau doktor tanya saya kakak OK ke,jawapan dari saya sentiasa O.K sebab saya nak cepat balik(sebenarnya saya gagahkan je diri saya ini).Pada petangnya bila Doktor buat round-up, saya dibenarkan keluar ward.Happy lah saya,tak sanggup nak bermalam lagi diHospital.Yang menjadikan kisah saya ini terlebih pahit or masin or kelat bila dah siap sahaja berkemas dan dapat ubat,saya pun diberi sijil cuti sakit(MC) oleh nurse.Terperanjat besar saya bila melihat cuti sakit yang diberi hanya 3 hari sahaja iaitu untuk hari mula saya dimasukkan ward hingga hari saya keluar ward.Maknanya keesokkan harinya saya kena pergi kerja.Untuk menyakinkan diri saya saya dengan apa yang saya lihat saya confirmed kan balik dengan En.Hubby dan Puan Shima(Ejen insuran saya)suruh mereka tengok betul ke apa yang tertulis di helaian sijil cuti sakit itu.

Saya dengan jalan yang agak membongkok menahan sakit luka diperut, pergi bertanya balik kepada satu Doktor perempuan, kenapa M.C saya tiga hari sahaja,saya masih sakit,tampalan 4 lubang yang ditebuk diperut saya pun masih belum dibuka lagi.Doktor perempuan tu jawab "dah OK kan nak apa lagi".Saya marah masa itu tapi saya bersabar je.Doktor perempuan itu bukan incharged ward hari itu doktor yang incharged ialah Doktor lelaki,saya merayu pada doktor lelaki itu untuk ditambah lagi cuti sakit,walaupun agak susah juga pada mulanya tapi akhirnya ditambah juga lagi 2 hari.Saya mempunyai cuti tahunan yang banyak sebenarnya tapi dah kita memang sakit tentulah kena dapat cuti sakit kan.

Saya tak puashati tapi taklah bising-bising pun saya minta tambahan cuti sakit tu pun dengan cara yang paling berhemah sekali,cuma bila macam susah je doktor tu nak tambahkan jumlah cuti sakit saya masa itu adalah juga terkeluar kat mulut saya masa itu "Doktor! saya rasa kalau doktor macam saya pun belum tentu doktor boleh kerja pada esok hari dan buat round -up melawat patient dengan perut yang baru ditebuk empat lubang". Apa reaksinya ketika itu ialah terkebil-kebil sahaja. Saya yang dah dapat tambah 2 hari lagi M.C itu pun terus ucapkan terimakasih(walaupun hati bengkek) and beredar pulang.


Saya yang masih tak puas hati dengan M.C yang diberi telah menelefon cousin saya Aida dan minta jasa baik Aida tanyakan suami cousinnya (belah her mother side)seorang pakar bedah diHospital Besar Kuala Lumpur jika pembedah laproskopik seperti yang saya buat ini biasanya berapa harikah M.C yang akan diberi diHKL.Jawapan yang saya terima ialah sekurang-kurangnya " 2 MINGGU" .Siapalah yang tak hangin macam ini,cousin saya Aida suruh buat complaint di suratkhabar.Saya kan baik saya taklah complaint kat suratkhabar,tapi saya complaint kat

JENG


JENG


JENG


TV3 (hissh taklah)


Kat bahagian Aduan dan Pengarah Hospital Putrajaya je

To Be Continued