Wednesday, 5 January 2011

Episod Kedua (Jana Dan Gallstonesnya)

Kepada Pengarah Hospital Putrajaya adalah saya bla bla bla

Susahnya saya nak cari masa sambung Episod 2 kisah saya dan gallstones saya tu,sibuk dengan anak orientasi sekolah darjah satu.So jomlah saya sambung ceritanya ya,pada hari Selasa bersamaan 21/12/2010 saya dah pun selesai menjalankan pembedahan Laproskopik pada pukul 4.00 petang,hendak tak hendak saya terpaksa meminta jasa baik cousin saya Amirah untuk jaga saya malam itu.sebab pergerakkan memang agak susah dengan perut yang sakit dan drip ditangan.Walaupun diberi pain killer masih terasa sakit lagi.

Seriuosly,malam itu tidur saya tak berapa selesa,cousin saya pun macam itu juga kesian dia kena tidur atas kerusi sahaja suhu air-cond di Hospital Putrajaya pula punyalah sejuk yang teramat sangat.Nasib baik keesokankan harinya dalam pukul 10.00 pagi drip ditangan dah boleh dibuka maka pergerakkan saya bolehlah pantas sikit tanpa mengharapkan Amirah.Kesian Amirah kerana diserang allergic disebabkan air-cond yang kuat dan mungkin tidur yang tak selesa,teruk dia terbersin-bersin.Since saya dah boleh pergerak sendiri saya suruh Amirah balik sebab melihatkan keadaannya yang makin teruk(nak jaga orang sakit dia pula yang jatuh sakit,dia terus pergi klinik lepas balik dari hospital).

Bila nurse atau doktor tanya saya kakak OK ke,jawapan dari saya sentiasa O.K sebab saya nak cepat balik(sebenarnya saya gagahkan je diri saya ini).Pada petangnya bila Doktor buat round-up, saya dibenarkan keluar ward.Happy lah saya,tak sanggup nak bermalam lagi diHospital.Yang menjadikan kisah saya ini terlebih pahit or masin or kelat bila dah siap sahaja berkemas dan dapat ubat,saya pun diberi sijil cuti sakit(MC) oleh nurse.Terperanjat besar saya bila melihat cuti sakit yang diberi hanya 3 hari sahaja iaitu untuk hari mula saya dimasukkan ward hingga hari saya keluar ward.Maknanya keesokkan harinya saya kena pergi kerja.Untuk menyakinkan diri saya saya dengan apa yang saya lihat saya confirmed kan balik dengan En.Hubby dan Puan Shima(Ejen insuran saya)suruh mereka tengok betul ke apa yang tertulis di helaian sijil cuti sakit itu.

Saya dengan jalan yang agak membongkok menahan sakit luka diperut, pergi bertanya balik kepada satu Doktor perempuan, kenapa M.C saya tiga hari sahaja,saya masih sakit,tampalan 4 lubang yang ditebuk diperut saya pun masih belum dibuka lagi.Doktor perempuan tu jawab "dah OK kan nak apa lagi".Saya marah masa itu tapi saya bersabar je.Doktor perempuan itu bukan incharged ward hari itu doktor yang incharged ialah Doktor lelaki,saya merayu pada doktor lelaki itu untuk ditambah lagi cuti sakit,walaupun agak susah juga pada mulanya tapi akhirnya ditambah juga lagi 2 hari.Saya mempunyai cuti tahunan yang banyak sebenarnya tapi dah kita memang sakit tentulah kena dapat cuti sakit kan.

Saya tak puashati tapi taklah bising-bising pun saya minta tambahan cuti sakit tu pun dengan cara yang paling berhemah sekali,cuma bila macam susah je doktor tu nak tambahkan jumlah cuti sakit saya masa itu adalah juga terkeluar kat mulut saya masa itu "Doktor! saya rasa kalau doktor macam saya pun belum tentu doktor boleh kerja pada esok hari dan buat round -up melawat patient dengan perut yang baru ditebuk empat lubang". Apa reaksinya ketika itu ialah terkebil-kebil sahaja. Saya yang dah dapat tambah 2 hari lagi M.C itu pun terus ucapkan terimakasih(walaupun hati bengkek) and beredar pulang.


Saya yang masih tak puas hati dengan M.C yang diberi telah menelefon cousin saya Aida dan minta jasa baik Aida tanyakan suami cousinnya (belah her mother side)seorang pakar bedah diHospital Besar Kuala Lumpur jika pembedah laproskopik seperti yang saya buat ini biasanya berapa harikah M.C yang akan diberi diHKL.Jawapan yang saya terima ialah sekurang-kurangnya " 2 MINGGU" .Siapalah yang tak hangin macam ini,cousin saya Aida suruh buat complaint di suratkhabar.Saya kan baik saya taklah complaint kat suratkhabar,tapi saya complaint kat

JENG


JENG


JENG


TV3 (hissh taklah)


Kat bahagian Aduan dan Pengarah Hospital Putrajaya je

To Be Continued

1 comment:

  1. ish berdebar bole bace blog ni....
    walaupun dah tau tetap berdebar dan menyirap...
    .... i need sirap paling sejukkk letak ais banyak2

    ReplyDelete