Wednesday, 9 March 2011

Alahai Bila lah Nak Berhenti Susu Botol Ni



Tengah feeling minum susu

Apakhabar semua dah berapa purnama dah saya tak update blog ni,Encik hubby, my cousin and peminat-peminat blog saya adalah menanyakan tentang lamanya tiada apa-apa perkembangan terkini diblog saya ini.(wah ada peminat ke ngeh-ngeh)

Hiish tapi tulaa kan kalau dah sampai syndrome M(malas) melanda memanglah payah sikit nak mengusirnya.Well kali ini saya nak cerita tentang sibongsu saya Naufal yang masih lagi menyusu botol.Walaupun dah berada didalam darjah satu sekarang ini tapi dia masih lagi menyusu botol. Pagi-pagi sebelum pergi sekolah mesti nak minum susu dulu,yang bestnya selepas minum susu nak makan pula cereal dengan susu lagi,macamana lah badannya tak bulat. Kadang-kadang saya akan buat-buat lupa tak nak masukkan botol susunya dalam beg baju yang nak dibawa kerumah sebelah(rumah baby sitter yang menjaganya semenjak dia berumur 2 bulan).tapi biasanya dia akan mengingatkan saya untuk masukkan botol susunya atau dia sendiri akan memasukkannya kedalam beg .(al-maklum dah besarkan )

Macamana lah nak buat dia berhenti menyusu botol ye,memanglah boleh je sebenarnya nak bagi dia minum susu dalam cawankan.Tapi rasanya lah masalah sebenarnya ialah emak dan ayahnya yang terlebih manjakan si Naufal ini(tak sampai hati rasanya masa tengok muka Naufal bila dia minta susu dalam botol) Almaklum kononnya kan anak yang Bongsu.Masalahnya confirmed ke yang bongsu ni. InsyaAllah confirmed ye.Mak Jana ni dah tua ooi.Apa-apapun sangat seronok gomol dan cium pipi Naufal sebelum pergi sekolah,abang-abangnya pun akan dicium pipinya juga sebelum pergi sekolah tapi dah tak best sangat macam cium pipi Naufal.Sebab pipi Naufal bila kita cium hmmm wallaaa memanglah lemak dan berkrim :)


Naufal yang tembam dan gebu(Lemak dan berkrim)

1 comment:

  1. salam kenal,
    anak saya sebaya naufal pun masih lagi menyusu botol.....saya biarkan saja....kalau tak nanti dia tanak minum susu....lama-lama esok dia pandailah berenti sendiri....

    ReplyDelete