Lee Dewyze is the new American Idol walaupun dari mula lagi saya memang minat dia,tapi masa persembahan finale saya lebih merasakan Crystal Bowersox adalah sebenarnya lebih bagus dari dia.Lee kelihatan sangat nervous,tapi itu sudah menjadi perkara biasa dalam American Idol contohnya last year Adam yang best tapi Chris Allen yang menang,tapi siapa kesudahanya yang lebih popular ialah Adam Lambert juga.
So Akademi Fantasia dah habis,American Idol pun dah habis lepas ini boleh tumpukan kepada Imam Muda pula.Satu rancangan yang baru kami sekeluarga tengah excited nak menyaksikannya.
Ada lagi satu rancangan realiti yang saya suka juga tapi saya layan sorang-saorang je kat rumah.Ia disiarkan setiap hari Sabtu And Ahad mula jam 8.30 pagi hingga 10.00 di Channel(108)ZEE di Astro.Nama rancangan itu ialah Dance India Dance(Little Master).Rancangan ini didalam bahasa Hindi and tiada subtitle Melayu(saya ulangi tiada langsung subtitle Melayu).Tapi saya boleh duduk terpacak depan TV melayan rancangan ini.Kadang-kadang siap meleleh air mata lagi kalau terasa sedih dikala waktu penyingkiran.Ia adalah rancangan pertandingan tarian antara kanak-kanak.Dan Kanak-kanak di India memang sangat pandai menari,umpama mereka ini semuanya born to be a Dancer.Cubalah tengok mana tahu ada juga yangterpacak depan TV macam saya nanti he he
Ini salah satu peserta yang saya suka chubby tapi lincah
Nak tengok lagi lebih pergilah ke Lama Web ini Ya(DID LIL MASTER) And once again no subtitle in Malays kalau tak paham buat-buatlah kasi faham ya.
P/S tadi tengok Cerita Hindi "My Name Is Khan" lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol ada adengan Shah Rukh Khan Baca Alfatihah dalamnya.Cerita yang bagus,macam cerita Forest Gum pun ada juga rasanya.
Malam tadi saya dan hubby tengok finale Af8,tapi tak berapa teruja sangat macam AF 1 dan 2 dulu,ialah perkara-perkara macam ini makin lama orang makin suka or makin lama orang makin tak minat.Tapi nak kira oklah juga Af8 kali ini. Semua boleh nyanyi dengan bagus.Shahir yang jadi juara malam tadi,walaupun saya rasa Adira yang patut menang.Tapi memandangkan kemenangan Juara dalam rancangan ini adalah melalui undi SMS peminat so kena terimalah.
Tapi lagu single kelima-lima peserta akhir Af Kali ini memang sedap-sedap belaka.Terutama lagu Shahir,Adira and Maulana.Beruntungnya mereka ini kerana pengetua AF kali ini ialah Norman KRU.Dapat lagu yang sedap-sedap dan buat video klip yang hebat lagi.Video klip shahir And Adira sangat menarik and khabarnya hasil arahan Yusri KRU.
Tiada masalah rasanya budak-budak ini akan terus naik popularitinya nanti hasil bimbingan daripada KRU.Lagu Shahir and Adira yang sedap itu ,pasti akan masuk mana-mana carta hits stesyen-stesyen radio.Oh ya malam tadi hanya saya dan hubby je yang tengok siaran langsung AF8 ini.Anak bujang saya yang berdua tu buat tak tahu je.Langsung tak minat mereka ini. Dalam banyak-banyak Juara AF sepanjang rancangan ini diadakan saya paling tak suka Mawi, sampaikan finale AF3 masa tu,saya tak tengok pun sebab saya tak faham kenapa orang minat sangat Mawi.Tapi apa-apa pun saya faham itu semua rezeki Allah untuknya,itulah dikatakan aura walaupun menari kejang macam Mr.Bean kalau dah orang minat dan undi sms melimpah ruah pasti akan menang juga.Dia pun dah kaya sekarang, kalau dia pandai jaga kekayaan yang dia ada sekarang Insyaalllah sampai tua makan tak habis.
So next week on wednesday kita tumpukan pula kepada American Idol season 9. siapa yang akan menang Lee Dewyze ke atau Crystal Bowersox.Pilihan saya ialah Lee dari mula-mula American Idol season 9 ni saya dah minat dan nampak Lee Dewyze yang akan menang .So kita tengok nanti ya siapa yang menang.(bak kata Ibrahim Pendek dalam cerita P.Ramlee Ali Baba Bujang Lapok "mari kita lihat siapa yang kena"
Lee Dewyze
layan youtube ini sambil baca entry dibawah wink wink
Ini lanjutan dari kisah serai dari saya ya,tapi bukanlah cerita benar hanya sekadar hiburan untuk melepaskan ketegangan dikala stress.Abang saya yang forward melalui email kepada saya selepas membaca entry saya yang bertajuk Kisah Saya Dan Lemongrass . Tergelak-gelak saya dibuatnya baca email dari dia tentang kisah serailah juga.So saya nak share dengan semua orang sila layan diri membacanya.
Satu petang yang hening...aku (Selamat Bin Dol ) duduk berehat-rehat di depan rumah sambil menghisap rokok jenama Thailand(murah sikit) huhuhu..sementara itu anak ku yang berusia 3 tahun sedang bermain-main di ruangan tengah...aku lihat dia tersenyum sorang-soran..ape lah yang dia pikir agaknya...isteriku?ade kat dapur nun..memasak.
Bahagiakan famili ku ini...isteri ku memang cukup rajin memasak, anak ku pulak petah berkata-kata menghiburkan kami sefamili..alahai...aku senyum sorang-sorang agak bangga perasaan ku memiliki famili ni....
Tengah aku dok senyum-senyum tiba-tiba anak aku datang...'abah..mak nak cerai...'
Aku tersentap..mata ku automatik berpinar.tapi rokok tetap maintain dekat mulut..
Tiba-tiba je dia nak minta perpisahan??? Aku ni bukan insan yang lemah,cukup nafkah zahir batin kat bini aku tu.
rumah ni pun aku beli pakai nama dia...(aku beli je...dia yang bayar..hehehe) lepas tu kereta kat depan rumah tu memang aku dah habis bayar tu pun khas utuk dia (kancil 660 tahun 1999)apa lagi yang kurang..dengan panas kepala ni aku terjah dia kat dapur
'YAH, APE KURANG KE KASIH SAYANG YANG ABANG BERI KAT AWAK?, APA ABANG NI DAH TAK HANDSOME LAGI KE SAMPAI AWAK NAK MINTA TUUUUT!!! TERGAMAK AWAK BUAT ABANG MACAM NIE.....!!!!'
Apa nie bang....susah sangat ke nak bagi?
YAH! AWAK JANGAN UJI SAYA!
Iye lah..kalau berani buat lah...
YAAHHHHH......AWAK MELAMPAU! Kaki aku dah mengeletar,peluh menitik-nitik,hidung aku kembang kempis,kat telinge aku dah terdengar-dengar lagu Anang..jari jemari dah sejuk...sanggup kah aku ucapkan perkataan itu....
Iye..buat lah abang OIIIII...saya nak masak gulai ni pergilah ambik serai tu cepat..boboi tak cakap kat awak ke...
HAH SERAI??????? Bertuah punyer anak...pelat....
Ceyai Vs cerai...
Moral of the story kali ini ialah be careful dengan bahasa anak anda...kalau ada diantara anak anda ya pelat.Wa ka ka
Cerita ini tak ada kena mengena dengan Mynn Salam2benua,tapi hari ini masa tengah baca blog Salam 2 Benua yang gelaran namanya dalam dunia blogger ialah Lemongrass terus teringat pula cerita saya yang ada kena mengena dengan Lemongrass atau pun nama dalam bahasa Malaysia Pokok Serai. Saya tak tahulah orang lain yang baca my entry kali ini rasa apa.Tapi saya bila teringatkan peristiwa ini mesti tersenyum and mengeleng kepala sendiri.
Kisah ini berlaku masa saya berumur 9 atau 10 tahun,Saya bila cuti persekolahan sahaja pasti akan diambil oleh makcik saya untuk duduk dirumah nenek saya di Gombak Setia.Saya akan menghabiskan cuti saya disana dari mula cuti persekolahan hinggalah dua tiga hari sebelum sessi persekolahan bermula kembali. Memandangkan saya ialah cucu perempuan sulung kepada nenek saya maka jika ada apa-apa kerja dirumah yang nenek saya perlukan pertolongan maka sayalah orangnya yang akan kena dulu.
Ada suatu hari tu saya telah disuruh olehnya untuk minta serai empat atau lima batang dirumah jiran dihadapan rumah nenek saya. Nenek saya berhajat nak masak rendang ayam hari itu.Saya yang pada masa tu diantara dengar dengan tidak terus sahaja kerumah jiran nenek saya itu. Yang kelakarnya saya minta makcik itu serai sebanyak 45 batang. Makcik itu pandang muka saya macam tak percaya dan kata pergilah ambil kat belakang rumah. Saya pun menjawab yang saya sebenarnya tak reti nak ambil macamana.Akhirnya makcik itu pun tolong ambilkan serai yang sebanyak 45 batang itu,kesiannya dia sampai tergaru-garu gatal masa nak ambil serai itu.Dari pokoknya yang merimbun sampai dah tak rimbun dibuatnya.
Selepas itu saya pun pulang kerumah sambil membawa satu plastik besar batang serai dengan senang hatinya .Sesampainya dirumah nenek punya lah terperanjat melihatkan serai yang banyak itu.”kenapa banyak sangat ini Jana”dia bertanya.Saya pula dengan muka yang confident menjawab” nenek kan nak 45 batang serai”. “Ya Allah budak ni nenek nak 4 hingga 5 batang serai bukannya 45 batanglah”kata nenek.Saya pun terus menutup mulut sebab terasa bersalah sangat dan terbayangkan makcik itu dengan anaknya duduk mencakung mengambil serai-serai itu untuk saya.Tak tahulah agak dalam hati pasti makcik tu mesti menyumpah-nyumpah dengan berkata”kenapa lah agaknya nenek budak ni tak beli serai di pasar sahaja sampai togel pokok serai aku dibuatnya.”
End of the story ,setelah siap sahaja buat rendang ayam tu nenek pun terus suruh saya pergi hantar sedikit kerumah makcik tu. Nenek saya kata “hah pergi kau hantar rendang ni sikit kat rumah makcik tu,sebab kau dah dera dia kena ambil serai sampai 45 batang ".Untill now walaupun dah 31 tahun berlalu tapi kalau tengok pokok serai je mesti teringat kisah ini.Makcik tu sekarang dah buka kedai makanan ala-ala Thailand di Jalan Melati Gombak Setia.Sekarang kalau ada kenduri kendara dirumah nenek ,makcik ini biasanya akan dijemput hadir. Automaticlah pula saya akan teringat muka makcik itu berpeluh –peluh mengambilkan serai untuk saya bila saya terlihatkan mukanya.Moral of the story kalau dengar sesuatu arahan kenalah pastikan dengar betul-betul .Jangan jadi macam saya nenek tak habis cakap lagi terus je menonong pergi,kalau tidak macam ini lah jadinya hendak serai 4 hingga 5 batang sahaja tapi ianya sudah jadi 45 batang serai.Ngeee Agak-agak ada tak dalam 45 batang serai ni he he
Semalam waktu lunch yang 2 jam tu saya layan tengok cerita The Blind side sorang-sorang di office.Sambil makan sambil tengok DVD .Yang kelakar tu sampai menangis-nangis.Makan -makan juga mata tengok screen computer lepas tu sambil nangis lagi pegang tissues sebab cerita ini sedih sangat.Sampai ada yang tertanya kak jana ni kenapa sampai merah-merah mata.Kak jana emo lah adik-adik ooi tengok dvd cerita ni
Cerita pasal budak lelaki African American yang dibela oleh orang kulit putih tapi pandai main American football.Dibelanya sampai masuk universiti.Dah habis layan cerita tu baru tahu sebenarnya cerita itu adalah berdasarkan dari kisah benar.Lepas tu apa lagi google pasal budak tu Michael Oher di internet.Nanti nak suruh Nabil and Qudin tengok cerita ini pula.Ada Massage cerita ini.
Bila tengok Micahel Oher ini terbayangkan Nabil sebab macam sama je perangainya lurus and polos.Adiknya S.J pula saya boleh terbayangkan si Naufal sebab banyak cakap and bijak. Sandra Bullock menang sebagai Pelakon wanita terbaik dalam Academy Award 2009 yang lepas kerana melakonkan watak Leigh Ann Touhy dengan berkesan. Kalau ada masa tengoklah cerita ini ya banyak pengajaran yang kita dapat.Insyaallah. The real Michael oher and the Touhy's
Sejak akhir-akhir ini bila saya tengok Wind Chime dikedai-kedai yang jual barang-barang perhiasan untuk rumah saya selalu terasa nak beli satu.Sebenarnya dari dulu lagi saya suka dengan Wind Chime ini sebab arwah abah memang suka pasang diatap porch depan rumah.Bukan satu yang digantung malahan dua tiga Wind Chime.Wind Chime tu semua bukannya dibeli tapi dibuatnya sendiri.Nak tahu dia buat pakai apa?.Arwah Abah buat Wind Chime itu pakai bekas botol minyak wangi yang diperbuat daripada tin.Bila habis je minyak wangi tu dia akan potong bekasnya dipasang tali and akan diikat besi kecil(tak tau nak describe macamana cara membuatnya lah).Biasanya dari botol minyak wangi jenama Mistral.
Bila berangin saya suka dengar bunyi Wind Chime ini.Kalau diwaktu malam kita boleh tahu angin bertiup kuat atau lembut melalui bunyinya sahaja.Biasanya Wind Chime ni akan berbunyi dengan kuat detingnya bila hari nak hujan.Niat saya nak beli satu Wind Chime untuk gantung dirumah ditambah lagi bila baca blog Kak Su my favourite novelis yang sedang menulis cerita terbarunya yang tajuk sementaranya ialah Langsir Biji Remia yang ada juga menceritakan pasal Wind Chime ini.Sila tengok NOORSURAYA
Semalam kebetulan saya cuti and pergi ke sebuah kedai didalam kompleks PKNS diBangi untuk tempah langsir(bukan colour biji remia ya)actually masa mula –mula memang En.hubby pilih kain untuk buat langsir tu colour biji remia tapi saya tak berapa berkenan. So dikedai tu ada juga dijual wind chime yang cantik-cantik,jadi saya menyatakan lah hasrat hati saya nak beli satu Wind Chime yang comel itu.Tetapi malangnya En. hubby tak berkenan sebab dia kata dia rasa spooky kalau dengar bunyi Wind Chime bila ditiup angin .So jadi maknanya saya kena simpan dalam mimpi jelah niat nak pasang Wind Chime ni dirumah .Ya lah kalau En.hubby tak memperkenankan saya memilikinya takkan nak engkar pula:-(.
P/s kalau siapa-siapa tak tahu apa biji remia sila google ya(sebab mula –mula saya pun tak tahu juga, rupanya saya kenal cuma saya tak panggilnya biji Remia tapi nama lain)
Tengoklah mata ibu-ibu ini tak ada satu diarah yang sama,semua lain-lain(especially Kakak Ipar saya yang tudung coklat tu senget dah kemana he he
Ini Idaman Kalbu hadiah dari hubby dan anak-anak sempena Hari Ibu
Budak 3 orang ini memang selalu interframe dalam apa-apa perkara or acara
Tahun ini merupakan tahun yang ke 16 saya meraikan Mother day kerana ini merupakan tahun ke 16 saya menjadi emak kepada anak-anak saya.Hari ini dipagi hari Mother's Day disambut emak saya berada dirumah saya.Kebetulan pula Semalam Emak tidur dirumah saya biasanya emak duduk dirumah abang saya.
Apa yang saya dapat di hari sambutan hari ibu kali ini ialah Set of box Collection Sheila Majid 25 years Anniversary.Siapa yang bagi hubby and Anak-anak lah sebab mereka tahu emaknya teringin sangat hendakannya(tapi tak beli sebab terasa agak mahal).Akhirnya dapat juga impian saya nak memiliki collection ini.Lepas ni terpaksalah anak-anak dengar emaknya asyik pasang dvd Sheila Majid dalam kereta.Almaklumlah semuanya ada 8 cd dan emaknya pula tak pernahlah jemu dengan lagu-lagu Sheila Majid ini.
Hari ini juga saya pergi balik rumah nenek saya di Gombak Setia,saya ini tak boleh lebih dari 2 minggu tak pergi rumah nenek saya,nanti dia mesti telefon kenapa lama tak datang.Oh ya sambil itu saya pun dapat berjumpa dengan Mak teh saya dan mak usu saya yang kebetulan juga berada disitu.Masa-masa rehat waktu petangnya rupanya cousin saya Amirah ada beli kek sempena Hari Ibu.Kek itu dibeli dari kedai Kek yang dikenali ramai"Resepi Rahsia".Dengan membeli sedikit kuih-muih kami sambutlah hari ibu untuk Mak teh,Mak Ngah,Mak usu,kakak Ipar dan terutama sekali neneklah Puan hajjah Fatimah.
Meriah sungguh dengan suara cucu and cicit nenek.Walaupun pakaian kami semua tak vogue langsung,ya lah mana kami tahu ada acara memotong kek kalau kami tahu mesti kami bergaya dengan baju-baju yang "Vogue The Vass" ha ha.Tapi kami tetap sakan bergambar.Mana taknya kamera yang lip-lap dengan lampu flash sama meriah dengan suara orang-orang yang berada disitu.Hingga kami sendiri tak tahu nak pandang kamera yang mana satu.Oklah,rasa seronok nenek and Mak Teh,Mak Usu and Mak Ngah,Kak Zila and Kak Jana hari ini. Terimakasih ya Amirah diatas ingatan itu.
Entry kali ini khas untuk kawan-kawan sekolah rendah saya iaitu Jaya Chandar(our President),Yuhana Naib president and yang lain iaitu Dromzy,Rozawinia,Subrina,Rajinder,Zahrin,Hezly,Kalarani, Dinesh,Sathish,Gurmeet,Rajalakshmy,Rosnani,Arbaiyah,Jacob Matthew,Zakir,Yusof Basrah,Jessie,Yim Heng Fatt,Uma murugiah and lain-lain.
Sebenarnya kalau sesiapa boleh dapatkan gambar masa kita dikelas 4 biru lagi sesuai nak mengambarkan keadaan kita masa itu.Ingat tak lagu ini,lagu yang Cikgu Theva ajar kita,kita selalu nyanyi ramai-ramai masa English class.Masa itu sangat hapenning kan.Kita pelajar yang berbilang bangsa sentiasa happy bersama.Rasanya kita yang terlebih dahulu mengamalkan Semangat Satu Malaysia kan.
Dan lagu itu seperti ada kena mengena dengan ramai kalangan batch kita masa itu kan contohnya Yuhana,Gurmeet,Minarni,Uma and Jacob semuanya jauh merantau ke Negara orang,tukang bawa kapalterbangnya ialah Dromzy(Jebat Agung)our Pilot he he. Seriously bila dengar lagu ini saya akan tersenyum tapi dalam masa yang sama sedih ingat kawan-kawan lama.Ohh How I missed zaman kanak-kanak kita.
Well kawan-kawan semua,hope one day kita akan jumpa kembali,sebenarnya kita harus jumpa kembali walaupun sekali ya.
Tiba-tiba rasa nak letak gambar ini,tiada kena mengena dengan cerita ini ya.Ngeeee
Sekarang ni kerap rasanya didada akhbar memaparkan mengenai kemelut keluarga diraja yang berlaku didalam istana yang terletak dinegeri di pantai timur. Mula-mula dulu kecoh dengan cerita putera temenggongnya dengan isterinya yang berasal dari negara seberang,lepas tu pasal isteri kedua sultannya yang tak dibenarkan melawatnya suaminya(si sultan) yang sakit,selepas tu pasal penembakkan yang berlaku dan terkena pada pengawal peribadi Tengku Mahkotanya dan sekarang pula pasal penawanan(kononyalah)yang dilakukan kepada Sultannya tapi ditawan dihospital lah.
Episod kapal terbangnya yang akan membawa Sultannya ke negara jiran untuk mendapatkan rawatan telah dihalang untuk mendarat dilapangan terbang dan Tengku Temenggong dan Permaisurinya didalam perhatian polis sekarang ini makin menyedapkan lagi kisah kemelut keluarga diraja ini.Macam cerita dalam filem pula kan.Tapi saya selalu merasakan ada “something wrong somewhere pada Tuanku permaisuri negeri ini”.Hanya firasat sayalah patik pacal yang hina ni.Kenapa saya terbayangkan wajah-wajah permasuri raja yang jahat-jahat dalam cerita dongeng dulu-dulu masa saya menaip entry ini.Apa-apa pun manalah kita tahu semua yang berlaku ini mungkin adalah balasan qada dan qadar dari Allah Subhanawataala kepada mereka.Kita tengok je lah pengakhiran kepada kemelut didalam drama keluarga diraja ini.
Lagi satu kemusykilan saya ialah, bila kita pergi mana-mana sahaja hospital dinegeri-negeri yang terletak di bumi Malaysia yang bertuah ini memang ada disediakan wad khas untuk Royalty kita.Tapi royalty kita lebih suka berubat diluar negara kan.Kenapa ya,walaupun kadang-kadang penyakit yang mereka hadapi itu boleh sahaja sebenarnya diubati oleh doktor-doktor dinegara kita ini.Tapi lagi sekali disini saya sedar diri ,siapalah patik pacal yang hina ini untuk mempertikaikan perkara-perkara seperti ini.Disini saya ingin menyatakan betapa saya amat menyanjunggi Mantan Perdana Menteri kita yang ke 4 iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamad kerana beliaulah antara pembesar Negara yang amat yakin dan percaya dengan kepakaran doktor-doktor yang terdapat dibumi kita yang bertuah ini.Kerana ketika beliau mengalami masalah jantung dahulu beliau hanya mendapatkan rawatan didalam negara sahaja.Hmmm tiba-tiba rasa rindu pula dengannya anda bagaimana.
P/S khabarnya kedua anak beranak (permaisuri dan putera kesayangannya mendapatkan khidmat peguam dari anak kepada salah seorang ketua parti pembangkang di bumi Malaysia yang bertuah ini.yang lambangnya ialah gambar roket tu) Ampun Tuanku Wa Wa tu Bulan.
Harijadi Cik Chu tapi Naufal Yang lebih masa tiup lilin
Cik Chu dengan adik-beradik aka anak saudara
Bacaan Doa oleh Muhammad Naufal
Surprise Cik Chu
Semalam telah diadakan majlis harijadi cousin saya Ochu(Suhana) secara kecil-kecilan tapi sangat happening bagi family kami.Puncanya ialah cousin saya telefon nak datang rumah dan nak belanja makan Domino.Jadi memandangkan kelmarin ialah harijadinya ,jadi saya rasa tak terlambatlah untuk saya membeli kek untuknya.
Saya beli kek yang comel itu di Baker Cottage Presint 8 , bila lihat dikedai kek tu ada jual topi dan alat tiup-tiup untuk birthday party yang ada dijual secara loose saya pun belilah.,Saya beli topi 4 dan alat tiupan itu pun empat.juga.Bila sampai rumah jam dah pukul 7.00 petang,Sampai-sampai rumah saya lihat sibongsu Naufal dah tidur pula.Biasanya dia akan tidur terus sampai keesokan paginya,Cuba juga kejutkan dia,tapi liat pula nak bangun.Maka saya pun kejutkan dia dengan meniup alat tiupan yang saya beli dikedai kek tadi,dia marah betul “bisingnya mak ni” katanya tapi akhirnya dia bangun juga.
Selepas maghrib kami siap sedia untuk jamuan harijadi yang tak seberapa itu,Naqiuddin yang sulung sempat lagi belajar macamana nak main lagu birthday dengan bermain gitar.dari abahnya.Cik Chu sampai lebih kurang pukul 8.15 disambut ole Naufal dengan gembiranya siap peluk lagi .Dia yang excited sangat ,dia cakap kalau Cik Chu datang adik nak jerit “surprise”.Apa-apalah Naufal.
Acara memotong kek dilakukan dengan diiringi oleh petikan gitar Naqiuddin dan nyanyian lagu birthday oleh kami sekeluarga.Sambil menyanyi lagu birthday tu saya pandang anak saya yang main gitar tu macam orang yang main gitar bila kita pergi celebrated birthday di luar tu pulak rasanya(restoran or kedai-kedai makan).Siap pakai topi lagi he he..Bacaan doa sebelum makan dibaca oleh Naufal. Kami sekeluarga enjoy makan pizza Domino tu.Anak saya yang nombor dua (Nabil) yang biasanya tak makan malam tu (sebab diet)diarahkan oleh Cik Chunya untuk makan juga untuk menghormati jamuan harijadinya.Tapi lepas makan malam je habislah satu rumah dia berjalan excersice untuk bakar kalori yang telah dimakan tadi huhu.Naik pening kami tengok dia berjalan setempat dan adakala seperti berjogging setempat,dan siap buat push up lagi.
Lepas makan acara buka hadiah pula buat birthday girl tapi hadiah dibuka oleh Naufal yang beria-ia lebih, dan hadiah yang dah tak surprise lagi sebab naufal dah telefon bagitahu Cik Chu hadiah apa yang kami akan beri.Cik Chunya balik lebih kurang pukul 9.45 malam,Naufal pujuk Cik Chunya jangan balik dan kenapa Cik Chunya dah lama tak tidur kat rumah kami.Puaslah juga Cik Chu memujuknya.Oh ya orang paling banyak makan malam tadi ialah Naufal dan orang paling lambat tidur juga dialah ,sebab dia dah tidur dari pukul 6.45 hingga 7.30 petang tadi.Itulah dia sambutan hari jadi yang simple tapi manis yang kami adakan malam tadi.Once again Cik Chu Happy Birthday and Allah Selamatkan Kamu(Naufal kata kalau kat sekolah tak nyanyi lagu birthday to you tapi Allah selamatkan Kamu).
Hari ini saya sangat penat,penat kemas rumah walaupun tangan dan kaki saya sakit,saya buat juga semuanya vacuum rumah,mop seluruh rumah dan gosok kain yang bertimbun-timbun.Hubby pergi kerja bawa anak yang bongsu.Lepas Hubby pergi kerja je,mak saya call cakap nak datang rumah.Percaya tak saya tak kasi mak saya datang rumah.Bukan Apa dalam peti ais rumah tiada apa pun untuk dimasak.tak sedap pula kalau mak datang tak bagi makan.Hubby tak pergi pasar hari ini kerana nak cepat pergi office.Semalam pula for the whole day kami berada dirumah mak mertua,awal-awal pagi lagi dah keluar rumah.Tu yang tak sempat juga nak pergi pasar semalam.
Hati pun sakit anak sulung pagi-pagi dah keluar main futsal,kerja-kerja yang sepatutnya dia buat saya yang kena buat kesudahannya.Kononnya balik main futsal nanti dia akan buat semuanya,tapi kalau dah balik pun dah pukul dua petang ditambah dengan penat pula tu boleh percaya ke dia akan buat.Rumah saya ni dahlah seminggu sekali je dapat dibersihkan.Lagi pun saya tak pahamlah saya duduk tingkat 8 tapi habuknya dirumah saya kalau 2 hari tak dibersih kan tak tahulah nak cakap macamana.Hmm terkilan pula mak nak datang tapi saya tak bagi datang.Percaya tak masa saya tengah menggosok kepala saya sampai tersenguk-senguk,tengok katil hati berkata"kalaulah dapat baring dan melelapkan mata,alangkah seronoknya".Tapi saya berhenti menggosok untuk sembahyang aja. Tangan saya pula dah dua hari sakit,lenguh yang amat sangat sampai nak tidur pun tak berapa lena. Ditambah dengan kerja-kerja yang dibuat hari ini,memang kena suruh hubby urut tangan ini malam karang.
Saya memang tak nak keluar pergi mana-mana hari ini,saya memang happy kalau dapat duduk rumah seharian.Dan buat segala kerja rumah secara pelahan-lahan.Oh ya hari ini Hari jadi Cousin saya Suhana(dulu suhana ni duduk dengan saya).Saya ni ada banyak hadiah yang nak diberi tapi semuanya duduk terperuk hadiah-hadiah tu dirumah.hadiah untuk mak usu saya dan anaknya Nadiah,hadiah untuk anak saudara saya Nurul Atikah and sekarang ditambah dengan hadiah cousin saya Ochu pula.Entah bilalah saya boleh bagi mereka.
Next week sepatutnya kena pergi rumah nenek melawat nenek and Mak Teh,tapi minggu depan hari Sabtu anak-anak sekolah.mungkin kena ajak mak datang rumah pula,ganti yang dia nak datang minggu ini he he. So tengoklah macamana nanti.Begitulah setiap minggu,penat memang penat.Itu pasal lah saya paling seronok kalau dapat duduk dirumah sahaja sepanjang hari. Kepuasan yang saya dapat hari ini ialah bila lihat baju-baju yang teratur tersusun setelah siap digosok,kasut-kasut sibongsu dah basuh dan cantik putih berkapur,bilik air yang dah bersih dan lantai yang dah bervacuum dan dimop berkilat.Pheeww :-).
Ayam masak kicap
-
Bila ada sedikit kerajinan, maka berasap lah dapo kak rose ni...
ayam masak kicap sempoi sempoi cam ni pun dah kira rajin lah kan.. masak
pun dengan ap...
BAKSO JAWA MALAYSIA
-
Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes
kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'.
...
Link to New Blog - Chronicling Kate
-
Please click here to visit the new blog -- Chronicling Kate. The new site
address is chroniclingkate.blogspot.com
7 years on...
-
Wow... The last time I posted on this Blog was more than 7 years ago!A lot
had happened since.We finally moved to Bukit Jelutong, Shah Alam in June,
2016....
DAY 3 : 03.08.22
-
Harini ada cabaran makan dengan kawan masa lunch. Kawan datang kita raikan
cuma jaga portion.. jaga apa yang diambil.
Berjumpa kawan sekolah memang bahag...
Kosongkan rumah ini and just give away
-
.
.
.
- Give away semua buku-buku.
- Give away semua baju-baju yang dah tak pakai sebab tak kerja for two
years. Baru pakai sekali dua. Ada y...
Dear Dr. T
-
*Assalamualaikum. I feel like being called out to write this piece of so
called "luahan hati". First of all, I apologised if this writing ever hurt
somebod...
SUU BALM FOR ECZEMA AND SENSITIVE SKIN
-
Assalamualaikum dan Hi semua ;)
Hari ni kita nak review product Suu Balm yang Kak Pilla dah guna almost 3
weeks. Bila sebut je Suu Balm korang kena tahu y...
Bantot dah tiada
-
Assalammualaikum
lama dah tak masuk sini.
Alhamdulillah masih ingat lagi password.
Banyak cerita yang hendak dikongsi, umur lagi setahun dah masuk 5 siri.
...
Amanah Baharu 2020
-
7 Mac 2020
Apabila Ketua Satu PEN sesi 2018/2019 mencalonkan nama saya sebagai Ketua
Satu yang baharu, kemudian dipersetujui pula sebulat suara oleh ahl...
Novel Terkini Saya : Je Taime (I Love You)
-
Ah lupa nak bagitahu yang novel terbaru saya yang berjudul 'Je Taime (I
Love You)' Kini sudah pun berada di platform digital e-sentral.com jadi
bagi pemin...
Programming Note
-
Friends, it's time for a hiatus. The blog is going to take a break for a
while.
I'll be closing the comments on Wednesday.
In the meantime, posting contin...
Shanghai with Kids: Transportation
-
Hello! Long awaited blog post on our recent Shanghai trip WITH kids. Tak
sure nak start dari mana, but I would like to remind you that this Shanghai
trip i...
MY STUBBORN WEIGHT
-
AHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
I am really frustrated with my weight ...when can I get 80 infront.. and
after that 7....
Hari Sukan Ryan
-
Cerita dah basi, sekian lama terperap dlm draft box. Cerita hari sukan
sekolah Ryan. Tahun ni Ryan berseorangan as Danish dah berpindah ke sekolah
menen...
Bandar Sri Sendayan
-
My last posting attracted one comment from an unknown reader. That was a
surprise. I didn't think anyone would read my blog anymore. Perhaps, my
posting pr...
Gegar vaganza musim ke 4 team aishah...
-
hi guys.. lama x bersiaran kan...
rasanya dah dua minggu blog ni krik2..
sejak geggar vaganza 4 start akak agak sibuk skit.. akak jadi admin utk fan
club...
Trip to Gurun, Kedah
-
14 - 17 May 2017
Three weeks ago ada urusan kerja di Gurun, Kedah. Dah lama tak pi Kedah baq
hang! Last time tidoq Kedah masa event sukan antara matriks di...
Beef QUICHE
-
Assalamualaikum :)
Tengah watper tu? Rindu kat saya tak? saja nak try test power ni.. masih
ingat lagi tak cara nak update blog ni.. hehehh.. Sihat semu...
What did i do wrong?
-
What did i do wrong?
Soalan yang keep on haunting me kalau i rasa things are not the way it
suppose to be. Things that are not going to the place it should...
.:choc matcha cheese cake:.
-
peace be upon u & hello
OMG! i super love this cheese cake. to be honest, i'm don't like matcha
that much in my food, except for hot peppermint green tea. ...
Bits Of Random
-
Not so rajin but feel like updating:)
Some pictures that i managed to upload.
People has more important issues to discuss -i appreciate all those bu...
Standard Chartered KL Marathon 2016 (SCKLM)
-
The most anticipated marathon here in Malaysia, where every runner looks
forward to. Last year was a big dismay where the marathon got cancelled
pretty ...
Ehem..ehemm...ada orang kerr?
-
Assalam cikjah!
MashaAllah....lamanya kami menghilang. 8 bulan ada kira-kiranya. Namun,
hilangnya kami tak bermakna terkuburnya blog Pienkcat kesayangan k...
Moving to a new house
-
Dear all,
I think it's time i move to a new place.
I was hoping to remain anonymous except to a few trusted virtual friends.
Unfortunately, this is not the...
This is the story.....
-
Assalamualaikum. Dah lama I tak blogging. Kali ni rasa nk share story
sepanjang I menyepikan diri dari alam maya ini. But kali ni xde gambar ye.
I jus...
My last post
-
I’ve tried but to no avail….
I thought that I could find my blogging mojo back by hibernating for a few
months and a few weeks….
I’ve searched high and ...
FATHER'S DAY 2013
-
HAIPPPpp!
Jangan la gelak sebab post father's day ni agak kelewatan.
saje nak share jugak sikit je gambar gambar father's day 3 bulan lepas.
Kalau nak tahu...
Buka Tuisyen Di Rumah Mama
-
Asalamualaikum kawan kawan saya buka tuisyen kanak kanak budak kecik di
rumah mama untuk baby yang mama jaga je kita buka dan murid murid ada 4
orang nama ...
Farewell!
-
All bad things come to an end – and, as you’ve probably already surmised
from the lack of updates over the last six months, *My First Dictionary...
OOI AH KOW
-
Berikutan dengan tersiarnya rencana saya mengenai Ooi Ah Kow “ Hidup dan
Matinya Sebagai Wartawan” di Utusan Malaysia 18 Febuari 1978, isterinya
telah men...
Sambal Terasi (Mums version of Chili Oil)
-
OK, OK, its taken me awhile to get my big behind to start this again but I
am back and I have a whole load of recipes for you to try. Yes, yes... I
will tr...