Thursday, 30 April 2009

One In A million




One in a million,saya tahu mesti ramai yang tengok rancangan ini,besok adalah rancangannya yang terakhir untuk musim ini. Berdebar-debarlah pulak siapa yang akan menang ya. Peserta yang terpilih masuk keperingkat akhir ialah Tomok,Esther and Aweera. Kalau tanya saya siapa yang saya nak menang tentulah saya pilih Tomok. Dulu masa anak saya yang sulung Qudin masih kecil dalam umur 8 ke 9 tahun,tak berapa ingat pulak saya dia sangat meminati Tomok. Tomok masa itu bersama dengan kumpulan New Boyz. Saya punyalah marah anak saya kalau dia hendak pasang cassette New Boyz dalam kereta. Jika nak dengar casette hanya dibenarkan dirumah saje yang boleh(mak yang suka gunakan kuasa veto). Macam-macam saya komen lagu New Boyz masa itu lemaulah, sengaulah kalau dah tak suka macam itulah. Tapi sekarang ini dah terbalik maknya pulak yang lebih kalau Tomok menyanyi dekat One In A million tu, punyalah kecoh dibuatnya. Kadang-kadang dah tak larat mata mengantuk tunggu giliran Tomok menyanyi,bila dia kena turn menyanyi last. Macam-macam gaya nak menahan mengantuk dengan cik chu yang lebih kurang samalah juga(nasib tak baik terlelap terus tahu-tahu Tomok dah habis nyanyi). Qudin pula sekarang yang buat tak tahu je kalau Tomok menyanyi . Emaknya menjerit-jeritlah' Udin tomok nyanyi' dia buat dek je he he. Insyaallah saya akan undi Tomok malam esok,kalau dia tak menang pun esok sebenarnya dia telah menang dalam menukar pandangan orang terhadapnya terutama sekali (Syafinaz dan Paul Moss) dari penyanyi lemau ke penyanyi rangup ha.ha.ha . Undi tak boleh banyak-banyak sebab bil telefon encik Yazid yang bayar. So bak kata Awal ashaari and Marion Counter "Let' Vote".

Tuesday, 28 April 2009

Menjamu Selera Cara Najid Family






Pagi ahad yang lalu saya masak nasi goreng , nasi goreng ini diberi nama nasi goreng kak jana.Saya buat nasi goreng ini sebab memandangkan sepupu saya nak pergi Cambodia pada keesokan harinya. Jadi takut nanti cik chu kita rinduan-rinduan nasi goreng kak jana ini,so buatkanlah untuk dia.So cik chu you can open my blogkan diCambodia,tengok jelah gambar nasi goreng ini ya. Sorry ye model nasi goreng kami over make up sikit(ni trademark anak mak jana tau pakai bedak putih macam tepuk komak) chik jaja jangan complaint ye dulu adik awak wani masa kecil saya buat macam ini juga wangi bila dicium. Lauk yang diatas itu dimasak pada malam Isnin since cik chu tak ada makan pun kurang selera sikit,banyaklah lebih lauk maka kami simpanlah lauk-lauk itu untuk abil makan pada keesokkan harinya bila pulang dari sekolah. Saya masak yang simple-simple je,tak ada yang menarik sangat pun:-)



Cik Ochu Kami


Ini ialah sepupu saya Suhana Bt Hashim dia sekarang tinggal dirumah saya kerana rumah saya berdekatan dengan tempat kerjanya iaitu di Lim Kok Wing Universiti. Sudah hampir setahun dia duduk dirumah saya. Kehadiran ochu nama gelarannya atau cik chu dipanggil oleh anak-anak saya memeriahkan lagi suasana dirumah saya almaklumlah rumah saya kan ramai kaum lelaki so sekarang adalah geng saya nak tengok cerita korea atau desparate housewife. Kami pun sekarang berselera makan kerana ochu ni pemakan orangnya, tengok dia sedap makan kami sekeluarga berselera makan juga. Masalahnya badan dia macam itu juga tapi badan kami yang sesedap rasa(gebu he he). Dia ini rajin melayan kerenah anak-anak saya dan juga merupakan teman bergaduh sinaufal. Selalu juga berebut dengan dengan qudin and abil pasal Portable Play Station(PSP). Sekarang dia tiada dirumah sebab dia pergi bekerja di Lim Kok Wing cawangan Cambodia selama dua minggu . Sekarang dia sebenarnya ada masalah peribadi sikit. Kesian dia gambar yang diatas itu mengambarkan keadaan dia pada waktu sekarang.The Thinking Girl mengambarkan cik chu kita yang terlalu banyak masalah yang harus dihadapinya manakan masalah peribadi ditambah lagi dengan masalah kerja yang menimbun-nimbum.Tetapi tak apa ye ochu anggap ini sebagai cubaan dan dugaan. Insyaallah kak jana sedaya upaya akan membantu apa yang termampu. Ikut je motto kak jana biarlah orang kata kita tak ada wawasan tapi kita ada pendirian. Jangan lupa solat minta pada allah dipermudahkan jalan dalam menghadapi rintangan dan masalah yang menimpa. Allah takkan menguji kita jika dia tak sayang kita. Semua masalah yang kita terima ada hikmahnya.Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu.Insyaallah


Monday, 27 April 2009

Peralatan IT Dirumah





Inilah peralatan IT yang ada dirumah saya.Dah lama sebenarnya anak-anak merengek minta maknya belikan komputer,bukan tak nak belikan tapi belum mampu lagi masa itu.Bila duit dah cukup saya terus beli kedua-duanya sekali satu untuk anak-anak dan satu lagi yang colour merah saga tu untuk mak dialah. Kebetulan anak-anak dah sekolah menengah macam-macam projek sekolah ada buat folio dan macam-macamlah.Untuk maknya inilah dia sampai dah pandai buat blog sendiri.Komputer Desk Top itu brand LG screen monitornya 21 inci apalagi tempat sikecil kami Naufal tengok Dvdnyalah dengan sound systemnya itu,Naufal kata macam tengok wayanglah. Bukan nak menunjuk-nunjuk ya (tapi tunjuklah juga ini)saja je nak cerita akhirnya tercapai juga hasrat anak-anak nak computer,maknya pula macam mimpi dapat Laptop sendiri colour merah lagi.

Family Dolly







Ini adalah 3 version family Dolly kami yang bawah sekali itu adalah version yang pertama anak-anak complaint kenapa mak kurus.Version kedua pula maknya dah sesedap rasa kira oklah gaya ikatan tudung pun dah orait qudin pun dah tinggi sikit tapi mata mak dan abahnya tertutup sikit.Saya pun suruhlah puan emila pelukis grafik ini selamatkan mata sebelah suami saya kalau mata saya sebelah tak nampak pun takpa. Akhirnya dia pun hantar pula version yang ketiga mata mak dan abahnya dah nampak kembali tapi nampak rengganglah pulak siabahnya sudahnya rasa malu pula nak complaint lagi rasanya kami terima version yang terakhir. So apamacam pengujung-pengunjung blog ku ini ok ke. O.K lah tu !


Saturday, 25 April 2009

Cerita Kucing

Inilah binatang yang paling ditakuti oleh anak saya Naufal.Kalau dia nampak binatang ini alamat huru haralah jadinya.Pernah terjadi kami makan disebuah restoran tiba-tiba binatang ini ada dibawah meja apalagi menjeritlah naufal,yang kelakarnya tukang masak didapur yang sedang memasak pun boleh tiba-tiba senyap terperanjatkan naufal menjerit.Kadang-kadang saya pun bengang dimana ada kedai makan disitulah ada kucing.Sepatutnya tuan punya kedai harus peka dengan keadaan ini.Kami ibubapa akan menjadi tidak selesa untuk menikmati makanan kalau anak dah terjerit-jerit takut kucing.Ataupun sebenarnya kami ini yang sebenarnya menarik perhatian kucing sebab selalunya bukan tiada orang lain dekat kedai itu,tapi keluarga kami juga yang kucing kucing ini berkenan.So macamana ni ya , jadi renung-renungkanlah dan selamat beramal :-)

Friday, 24 April 2009

Najid Family Dolly

Inilah Family Dolly keluarga kami Ok tak.Kenapa blog saya dipanggil Najid sebenarnya ia adalah singkatan nama saya dan suami Suzana dan Yazid.Najid ada maknanya juga iaitu yang gagah berani,harapan saya nama ini akan menjadi teras kepada hidup kami sekeluarga ..supaya menjadi family yang gagah berani .Firstly bila kami terima family dolly ini kami ketawa anak beranak kerana muka Encik Yazid iaitu suami saya sama seperti gambar yang kami hantar,Naufal sama dekat dagu.Nabil dan Naqiuddin pun Ok cuma Mak jana je macam kurus sikitlah pulak tapi puan Emila pelukis grafik dolly ini kata ia akan diperbaikki .Buat sementara waktu kita tengok je lah Dolly family yang ini dulu ya.

Wednesday, 22 April 2009

Fridge Magnet Collection




Ini adalah antara dari hobby saya iaitu mengumpul fridge magnet.Kalau boleh saya nak kumpul fridge magnet dari seluruh negara setakat ini saya telah kumpul fridge magnet dari London,Holland,New Zealand,Denmark,Turki,Shanghai,China,Indonesia,Cambodia,Vietnam
dan lain-lain.Hobby saya ini bermula selepas saya berumahtangga,ada fridged magnet ini yang berumur 17 tahun seusia dengan perkahwinan saya.Insyaallah magnet saya ini terjaga dengan baik.Anak-anak saya dari kecil telah diajar supaya jangan mengusik magnet ini.Fridge magnet ini akan dilap sebulan sekali dari habuk.Kalau ada yang rosak pun adalah disebabkan terlanggar secara tidak sengaja maklumlah ruang dapur rumah saya kecil.Sepupu-sepupu saya jika keluar negara pasti akan membelikan fridge magnet untuk saya kerana mereka tahu itu hobby saya.

Tuesday, 21 April 2009

Pesta Buku 2009



Ini adalah buku-buku yang saya kirim dengan sepupu saya Erwani dan sahabat saya Syahila di Pesta Buku tahun ini.Ralat juga saya tak dapat pergi ke pesta buku tahun ni sebab saya sakit lutut,tahu sajalah di PWTC itu banyak tangga susah bagi saya yang tengah sakit lutut ni.Jumlah
novel yang saya kirim semuanya 15 buah.Sepatutnya cukuplah tu stok saya sampai hujung tahun ini.Novel ini selepas saya baca saya beri pula kepada Erwani untuk baca,Erwani pula akan balutkan buku itu untuk saya.Terima kasih ya wani sebab tolong jaga novel kak jana ini. Gambar yang diatas itu pula ialah Noor Sooraya novelis kegemaran saya dan Erwani.Gambar itu diambil pada Pesta buku Tahun lepas.Saya dan Noor Sooraya telah menjadi kawan baik.Dia selalunya beri novel terbarunya secara percuma,kira exclusive le orang lain tak baca saya dah baca dulu.Novel Noor Sooraya biasanya berunsur islamic dan relevan.Himpunan Novel saya telah mencecah 3 kotak.Jika saya ada masa nanti saya akan tunjukkan didalam blog ini koleksi novel saya itu.

Monday, 20 April 2009

PADA SUATU HARI SABTU




Pada hari Sabtu yang lepas pagi-pagi lagi saya sekeluarga dah bersiap untuk pergi ke sessi photoshot Naufal.Saya dah membuat temujanji dengan Adinang seorang jurugambar professional untuk berjumpa dihadapan masjid Putra di Putrajaya.Adi tiba tepat pada pukul 9.30 pagi,dari situ kami terus bawa adi ke lokasi pengambaran iaitu di taman permainan kanak-kanak berhadapan dengan Putrajaya Covention Centre. Adi adalah seorang yang peramah walaupun ini adalah pertama kali kami berjumpa dengannya tapi rasa macam dah kenal lama.Pada mulanya mood Naufal ok je,senang Adi nak ambil gambar tapi bila cuaca dah mula panas mukanya dah mula merah dan dia pun mulalah buat perangai dengan tak mahu memberi kerjasama . Saya pun dah risau kerana bayarannya bukan murah kalau Naufal bad mood alamat gambar nanti tak cantiklah. Adi akhirnya memberi cadangan agar lokasi pengambaran ditukar ke Alamanda Putrajaya sebab sejuk sikit.Nampaknya cadangan Adi tu memang berkesan mood Naufal memang terus bertukar dari masam ke ceria ditambah lagi saya mengumpannya dengan vcd cerita Tinkerbell . Dari kedai vcd,keatas escalator sampailah keplayground depan Parkson Adi ambil gambar Naufal. Adi memang pandai layan Naufal,naufal pula menjadi terlebih peramah sebab dia selesa daengan Adi. Adi layan je bila Naufal cerita mengenai Princess dan Tinkerbell . Selesai sessi pengambaran kami mengajak Adi minum di Noodle's Station depan Parkson Alamanda tapi Adi taknak makan sebab dia dah janji untuk makan tengahari dengan ayahnya yang datang dari Pahang . Naufal menyampok dia kata kalau kita sayang ibubapa kita kita akan masuk syurga,tercengang Adi dibuatnya itulah anak saya mulut seperti diajar bila bercakap walaupun sebenarnya apa yang terkeluar dari mulutnya adalah secara spontan.Saya dan suami takut juga bila dia bercakap taulah budak-budak bukan kita boleh jangka apa yang keluar dari mulutnya. Semuanya selesai pada pukul 12.30 tengahari dan kami terus pulang kerumah,sampai dirumah semuanya tidur keletihan.Rupa-rupanya bukan senang sessi photoshot ni ya,kena pula ambil gambar kanak-kanak harapan saya hasilnya nanti adalah memuaskan.Adi kata nanti kita boleh tengok hasilnya di adinang.net mulai minggu depan so apalagi jom kita enjoy the picture...

BAJU DARI HONG KONG
















Ini gambar Naufal mengayakan baju-baju yang dibeli dari Hong Kong.Baju dikirim pada Ida Anura officemate cik ochunya.Gambar-gambar ni pun diambil masa dia mencuba baju-baju ini,tengoklah gambar Naufal yang diambil cik ochunya semua menyenget je.Itulah anak saya pantang suruh posing je automatic badannya akan disengetkan.Kononnya baju ini nak simpan untuk raya nanti,tapi rasa rasanya tak sempat kot nanti mesti pakai juga.

Wednesday, 15 April 2009

CENDIAKAWAN BOYS




Ini naufal dengan uniform sekolah cendiakawannya semalam dia complaint bila nak belikan kek harijadinya sebab boleh dikatakan hari hari bila balik dari sekolah dia akan bawa balik beg goodies sempena harijadi dari kawan-kawannya so bila pula dia boleh potong keknya.Saya menerangkan hari jadinya lama lagi tapi dia tak faham.Nampaknya terpaksalah menjawab soalan yang sama sampai bulan oktober setiap kali dia dapat goodies beg nanti,sabar jelah. Naufal ni suka berangan sekejap jadi ultraman sekejap jadi pari-parilah princess pun boleh juga itu yang memeningkan abang nabilnya.Harapan saya sifat suka berangannya ini adalah sementara saja ,mungkin ini juga adalah salah satu peringkat dari proses pembesarannya. Antara anak lelaki saya naufal seorang saja yang panggil bapanya ayah abang-abangnya panggil abah tak tahulah macamana boleh jadi macam tu,dia juga merupakan kesayangan ayahnya.Kawan dan musuh cik ochu(sepupu saya yang tinggal dengan saya)kalau cik ochunya ada rumah asyik bergaduh tapi kalau cik ochu balik kerja lambat atau tiada dirumah asyik tanya je cik chu pergi mana mak.Pada 18/04/2009 ni ada photoshoot dengan jurugambar professional(Adinang) untuk naufal harap semuanya berjalan lancar.Hasil photoshoot nanti akan saya ceritakan disini nanti so tungguuuu ya







HAPPY BIRTHDAY ATIKAH








14/04/2009 Adalah harijadi anak saudara saya yang tersayang Nurul Atikah binti Mohd Rafi yang ke 3 tahun,hari jadinya telah disambut secara sederhana tapi meriah dirumah nenek saudaranya di Shah Alam. Adik-beradik saya tak ramai hanya dua orang sahaja lepas tu saya dikurniakan dengan tigaorang anak lelaki manakala abang saya pula dikurniakan dengan 2 orang anak perempuan. Oleh itu merekalah inilah harta yang tak ternilai bagi saya.Memandangkan saya tidak ada anak perempuan Nurul Atikah dan adiknya Nurul Azaliah adalah tempat saya melepaskan geram jika saya nampak baju budak perempuan yang cantik-cantik. Selamat Hari Jadi Atikah semoga menjadi anak soleha,mendengar kata ibu dan ayah dan anak yang pandai. Mak jana selalu mendoakan agar anak-anak mak jana ni berjaya dunia dan akhirat.Mak jana ni nampak je garang ,tapi mak jana ni sebenarnya sayang dengan anak-anak saudara mak jana ni he he he tak caya tanya abang udin,abang abil dan abang opal. Atikah ini merupakan kesayangan nenek Asnah sampai Naufal panggil neneknya pun nenek atikah bukan nenek dia ha ha ha. Naufal dan Atikah sangat rapat kalau dah jumpa dimana ada atikah disitulah ada naufal,tengoklah gambar birthday atikah sampai boleh confuse birthday siapa sebenarnya dua-dua sekali tiup lilin comeynya.

Sunday, 12 April 2009

Naufal Swimming Class

Ini Naufal anak saya yang kecil sekali, saya dan suami telah memasukkannya ke kelas berenang pada awal bulan lalu. Pada hari pertama dia hanya letakkan saja kaki dalam air dan tak mahu turun kedalam kolam. Saya dan suami frust juga pada mulanya dan merasakan mungkin terlalu awal bagi dia untuk belajar berenang tapi bila
difikirkan balik ada juga pelajar-pelajar lain yang sebaya dengannya ok je.Pada minggu yang kedua bermacam dalih yang diberikan oleh naufal untuk tak nak pergi kelas berenang.Saya dan suami memujuknya dengan bermacam cara,bila cikgu suruh dia terjun kedalam kolam dia tak mahu,akhirnya suami saya mencampakkan saja naufal kedalam kolam sambil disambut oleh cikgu berenangnya. Naufal dengan sendirinya pandai mengampungkan badannya,mulai dari hari itu dia dah mula seronok dengan kelas renangnya dan sekarang masalah pulaklah bagi kami untuk suruh dia keluar dari kolam renang bila kelas renangnya dah cukup waktu. Insyaallah rasanya dalam masa tiga bulan lagi dia akan mahir berenang dengan sendirinya. Kita tunggu dan lihat perkembangannya ya.

Saturday, 4 April 2009

HARI INI DALAM SEJARAH

SALAM,HARI INI BERMULANYA SEJARAH BAGI SAYA UNTUK MEMPUNYAI BLOG SENDIRI. HARI-HARI ASYIK TENGOK BLOG ORANG JE,SO FROM TODAY I HOPE SAYA JUGA .AKAN CUBA MELAKARKAN APA YANG BERLAKU DIKEHIDUPAN KELUARGA SAYA.INI BARU PERCUBAAN YA.