Baru-baru ini saya pergi Wangsa Walk dengan family,first time sebenarnya saya pergi Wangsa Walk ni.Anak-anak bujang dan Encik Hubby dah pernah pergi sini sebelum ini.Hujan lebat hari itu,kebetulan disitu ada jualan kedai buku Popular maka adalah juga saya terjebak membeli beberapa buah buku. Antaranya ialah buku A Doctor In The House(The memoir OF Tun Dr.Mahathir Mohamad).Buku Dr.Mahathir ini masa keluar surat khabar menceritakan tentang pelancaran dan penjualan bukunya itu saya dah cakap dengan Encik hubby.Dialognya antara saya dengannya ialah "Abah I nak buku ini tapi I taknak beli sendiri you yang kena belikan" he he. "You belikan,I baca dan ceritakan balik pada you dan anak-anak" since saya tahu mereka semua takkan membacanya.Maka hari itu dapatlah juga saya buku itu sebab Encik hubby memang sangat-sangat bersetuju dengan cadangan saya itu.
Nampak tak buku yang satu lagi tu "1 Hari 1 Resepi" ,konon-kononya nak ikut macam cerita "Julie & Julia tu,sebab itu lah saya beli buku tu,tapi nampaknya buku tinggal buku aje lah ya, weekday lebih banyak beli sahaja lauk tinggal masak nasi je,weekends pula barulah nak memasak, itu pun kalau tak pergi kemana-manalah.Masalahnya ada ke yang tak pergi mana dihujung minggu ngeh-ngeh.Tapi sebenarnya buku itu sangat bagus,bila kita teliti isi kandungannya senang sebenarnya memasak ini hendak dengan tak nak sahaja ya puan-puan.Buku ini juga sesuai untuk dihadiahkan kepada pasangan pengantin baru and pasangan lama yang jarang-jarang masak untuk mengingatkan balik skill memasak dan resepi-resepi yang ada untuk hidangan hari -hari.
Ada lagi satu benda yang saya beli sebenarnya,tapi nanti lah saya buat satu entry khas untuknya,sebab benda ini agak berat juga nak nak diceritakan di blog ini.Saya tengah fikirkan lagi nak buat atau tidak cerita pasal entry ini,sebab macam segan lah pulak,takut tak menjadi.Tapi manalah tahu kot-kot kalau saya berubah fikiran nanti InsyaAllah adalah ya,kalau tak ada ceritanya itu maknanya Mak Jana ini belum bersedia lagi lah nak menceritakannya ;)
P/S Saya sekarang ini tengah baca Chapter 33 buku (A Doctor In The House(The Memoir Of Tun Dr.Mahathir Mohamad).So far best sangat, setiap rakyat Malaysia kena baca pada pandangan saya).Tapi buku ini seriously tebal saya baca atas katil and letak atas bantal lagi,tak larat nak pegang.Sebabnya tangan kiri saya sakit sebab hari tu terjatuh masa sembahyang.
Spaghetti bolognese
-
sesekali tukar selera lah kita...
spaghetti bolognese dengan bahan apa yang ada kat dapo jer lah... kita yang
buat dia, so ikut lah citarasa sendiri kan...
3 days ago
No comments:
Post a Comment