Sunday, 15 September 2013

Di Celah-Celah Wajah



Tajuk entry tak boleh blahkan ha ha,sebenarnya nak cerita pasal gambar saya,Apa nak panggil  Gambar ini ya,saya pun tak tahu,tapi benda ni ada di lobby di office saya,kawan-kawan sibuk kata muka saya pun ada sama,so saya pun pergi cari betul ke.

Memang betul lah ada gambar saya,wah memang rasa berbangga sangat,ialah bukan semua dapat masuk dalam gambar ini,staff kan ramai tak muat nak masuk semua ,kira saya terselit sama pun tu memang patut lah saya merasa bangga.tak sia-sia saya berkhidmat hampir 19 tahun di Jabatan ini, nak tengok ke saya terselit dimana.Tengoklah gambar kat bawah ini.

Cuba cari saya dimana.........................................................

Nampak tak saya dimana


Hissh  sahaja tau kalau tak nampak

-
-
-
-
-
-
-
-
_

Nampak tak  he he he nuuuun kat hujung atas belah kanan yang tinggal muka sekerat je tu Ha Ha Ha. Sekerat-kerat pun sekeratlah janji ada terselit kan.


Majlis Pertunangan Amirah


Amirah Dan Kakaknya Afizah(mereka dua beradik sahaja)

Assalamualaikum, lamanya saya tak update blog semakin lama semakin tak produktif hmmm,bukan saya je kot ramai juga blogger lain yang saya tengok jarang-jarang update sekarang ini,Tapi saya nak tulis juga pasal entry Majlis pertunangan Amirah ini,sebab cousin saya yang seorang ini sangat  istimewa bagi saya,hissh baru nak mula tulis ni tapi air  mata dah bergenang ,tarik nafas lepas-tarik nafas lepas Jana,

Saya dengan emak Amirah sangat rapat,antara makcik-makcik atau adik-beradik emak saya ,emak Amirah sentiasa ada disatu sudut yang istimewa didalam hati saya.Masa Amirah kecil saya banyak menjaganya .Amirah masa baby kuat menangis he he.tapi entahlah pasal suka budak-budak kot Amirah menangis pun macam muzik yang indah di telinga saya pada masa itu..

Cepatnya masa berlalu,akhirya dah sampai  masanya Amirah bertunang dan tak lama lagi menuju ke alam perkahwinan.Yang sedihnya dihari pertunangannya  emaknya tiada,dia menguruskan pertunangannya bersama abah dan kakaknya,dengan bantuan sikit-sikit dari emak saudara dan sepupu-sepupu.Tak sama kegembiraannya jika di hari yang sangat bermakna kalau emak kita ada sekalikan.

Buat pengetahuan emak Amirah dah pulang ke rahmatullah tiga tahun yang lepas seperti boleh lihat disini

Doa Untuk Mak Teh

Masa saya bertunang dan berkahwin dulu Mak Teh saya lah orang yang paling sibuk buat hiasan untuk hantaran-hantaran saya,memang mak teh saya sangat berbakat dalam gubahan sampai ramai yang buat tempahan,untuk anak-anak saudara memang hasil kerjatangan Mak Teh lah yang akan digunakan untuk buat hantaran.Tiba bila untuk Amirah dia kena buat sendiri je hantaran dengan kakaknya,,sedihkan tapi nasib baik bakat dari emak mereka diwarisi oleh mereka.Ahamdullillah.

Majlis perkahwinan dijangka akan berlangsung pada bulan Mei tahun hadapan.InsyaAlllah akan kami sekeluarga membantu nanti dengan kudrat kami yang termampu bila majlis itu diadakan nanti.

Encik hubby saya telah diminta untuk membaca doa selamat dimajlis pertunangan itu,ketika suami saya membaca doa,abah Amirah menangis teringatkan isterinya (arwah makteh) ,bukan beliau sahaja yang terasa sebak malah suami saya yang tengah membaca doa ,saya dan orang lain merasakan kesedihan itu .

Teks Doa Yang Dibaca Oleh Ecik Hubby saya  dihari itu
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,  sumber segala barakah, curahkanlah berkat-Mu dan rahmat-Mu  keatas majlis pertunangan kedua saudara kami ini semoga mereka mencari kehendakMu dengan hati yang ikhlas dan mengalami kebaikanMu yang berlimpah ruah. Ya Allah Ya Tuhan Kami, karena ehsan-Mu, dua pasangan ini dapat  bertemu dan kami memohon rahmatMu agar mereka dapat melalui masa pertunangan  ini  dengan penuh keimanan,saling hormat menghornati serta kian saling menghargai diantara mereka agar apa yang kami rancangkan untuk menyatukan mereka mendapat perkenan dari-MU  Ya Allah
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, kami memohon rahmatmu keatas sekelian yang hadir di majlis ini serta kepada keluarga dan saudara-saudara kami yang tidak dapat bersama di majlis ini yang mana telah mendahului kami menghadap Ilahi khususnya Ibunda kepada saudara kami yang diraikan agar rohnya  ditempat dikalangan mereka yang beriman dan dikasihi oleh-MU Ya Allah.
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, kami juga memohon kepada –MU Ya Allah agar dikurniakan kesejahteraan keatas ninda kami iaitu Hjh Fatimah Binti Rauf agar diberi kesihatan yang baik semoga dapat bersama didalam majlis yang dirancangkan bagi menyatukan kedua saudara kami yang diraikan pada majlis ini....dengan izin-MU Ya Allah, Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.  
Amiiin

Amirah dan Sepupu Perempuan


Amirah dengan Abahnya 

Mirah dan Arwah Mak Teh

Harapan dan doa semoga Perjalanan menuju ke majlis Amirah ditahun hadapan baik-baik sahaja,bak oghang Putih
Everyhing Will Be OK and going Smoothly
InsyaAllah




P/S Tension bila baru perasan entry saya mengenai mak teh ditahun 2010 telah hilang kerana kesilapan yang telah saya lakukan masa blog ditukar ke sistem yang baru ,hwaaaa sedihnya,nak nangis pun tak guna redho je lah

Thursday, 13 June 2013

Marathon Menjejak Pemimpin


Naufal yang Excited sampai berlari-lari

Dalam Istana tak boleh ambil gambar diluar sahaja lah ya


Balai Rong Seri tak boleh masuk,action dengan gambar Balai Rong Seri  kanvas he he 

Cuti sekolah baru-baru ini merancang macam-macam nak pergi jalan,tapi semuanya tak jadi sebab banyak hal yang diluar jangkaan.Mak mertua sakit jadi Encik hubby bercuti menjaga maknya bergilir-gilir di hospital. Kesian anak saya yang bongsu ,booring katanya duduk rumah je,ialah tengok facebook kawan-kawan dan cousinya pergi berjalan,dia pula duduk rumah tengok tv dan main komputer sahaja.

Saya pun mengajak Encik hubby cuti satu hari dan bawa  anak saya pergi ke tempat yang saya dah planning lama nak pergi,nasib cuti cuti Encik Hubby diluluskan maka akan terlaksanalah  rancangan kami ini.Tempat yang saya nak bawa anak saya pergi ialah Istana Negara,Galeria Perdana(Rumah Tun Dr.Mahathir),Memorial Tun Abdul 
Razak,Memorial Tun Hussien Onn dan Memorial Tunku Abdul Rahman. 5 tempat yang lokasinya berlainan memang penat sungguh,banyak berjalan terutama di Istana Negara dan Galeria Perdana yang banyak tangga.Rasanya lebih dari 10,000 langkahlah kami berjalan anak-beranak hari itu.Tapi kami enjoy sangat ,banyak pengetahuan yang kami dapat.Saya ini bukan apa masa saya bersekolah rendah dan menengah sekolah saya ada sahaja buat rombongan ke tempat-tempat seperti ini,tapi so far dari anak bujang saya yang sulung hingga yang bongsu tak ada pula sekolah mereka bawa mereka ketempat-tempat macam ini.Asyik-asyik rombongan pergi Petrosains.

Anak saya macam confuse juga bila saya cakap kita nak pergi rumah Bapa Perdana Menteri(Tun Abdul Razak) dan Pakcik Perdana Menteri(Tun Hussien On)."Boleh ke masuk ke rumah mereka emak" dia hairan. Istana Negara yang lama yang telah dijadikan Muzium itu pun seronok untuk dilawati,saya selalu tengok Istana Negara tu bila keluar di TV  macam besar sangat,bila dah masuk didalamnya   ternyata ia tak lah besar mana pun dan dah agak nampak uzur,memang patut pun ia dibuat baru .Cuma Balai Rong Seri saya tak dapat tengok sebab dalam proses pengubahsuaian. Naufal tanya  soalan kenapa banyak beradu-beradu ini. Dia confuse bilik tidur jadi bilik beradu kat Istana,kena lah  maknya menerangkan beradu tu apa he he.Sampai kat rumah dia pula pandai-pandai cakap bilik emak dia kat rumah "Ini Bilik Beradu Permaisuri Jana" ha ha ha maknanya tu dia dah fahamlah kan.

SRI TAMAN (MEMORIAL TUN RAZAK) 



BERGAMBAR DENGAN BAPA PM

BERGAMBAR DENGAN UNCLE PM 









BUDAK INI DAH MERENGEK PENAT SAKIT KAKI


Seriously penat gila kami berjalan hari itu,sebab itulah saya panggil marathon dari  pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang.Sampai merengek kepenatan Naufal (hah nak jalan sangatkan).Anak saya yang sulung tak ada,belum balik bercuti dari kolej,kalau tidak mesti lagi bermakna jalan-jalan menjejak pemimpin yang saya dan Encik Hubby saya buat ini .InsyaAllah akan jadi kenangan untuk mereka bila mereka dah ada keluarga sendiri nanti.

Naufal hari pertama setelah sessi  persekolahan bermula semula dia cakap kawan-kawan adik kan emak dia orang bawa pergi bercuti ke London dan Australia  bestnya lah emak.Saya pun jawab"adik pun best apa pergi rumah Yang Dipertuan Agong dan rumah semua Perdana Menteri,dia pun mengganguk dan dengan muka bangga bercakap "tu lah adik dah cerita dah dekat kawan-kawan adik,yang adik  pergi rumah Agong,bapa Perdana Menteri dengan pakcik Perdana Menteri,dia orang banyak tanya kat adik " he he he. So Ok lah kan tu  Naufal.

Kadang-kadang kita kena:_

ENJOY THE LITTLE THINGS,FOR ONE DAY YOU MAY LOOK BACK AND REALIZE THEY WERE THE BIG THINGS







That Winter,The Winds Blows




Saya dah lama tak layan cerita Korea,sebabnya saya banyak lagi DVD cerita bersiri tv seperti The Good Wife Season 3,The Vampires Dairies and banyak lagilah yang belum saya tengok,Tetapi baru-baru ini saya telah terjebak dengan menonton drama Korea ini "That Winter,The Winds Blows" di internet, dah lama tak menangis meleleh-leleh air mata tengok cerita korea ,tapi cerita ini buat saya menangis balik ha ha ha.

Cerita ini best,pemandangan dalam cerita pun cantik juga,sejuk mata memandang sebab ceritanya dalam musim sejuk.Cerita ini juga ada wind chime,membuatkan hasrat nak pasang wind chime dirumah bersemi semula,walau pun Encik Hubby saya tak berapa berkenaan dengan wind chime,macam cerita saya dalam entry ini  "Angin Menderu Wind Chimes Berbunyi"

So siapa peminat cerita Korea yang tegar silalah layan cerita ini bersama sekotak tissues,tapi cerita ini happy ending,and kalau layan dengan penuh perasaan sedihlah,kalau layan ala-ala sahaja tak keluarnya airmata he he.




Friday, 10 May 2013


Today saya melihat status,orang yang boleh dikatakan rapat dengan saya.Macam nak terkeluar mata melihatnya dari stuts

















Sama Tapi Tak Serupa

Seronok pula tengok orang yang mempunyai rupa seiras dengan orang-orang yang terkenal didunia ini,melakonkan semula gambar-gambar yang ingin sangat kita tengok,tapi macam mustahil pula akan dapat kita lihat,gambar ini membayangkan kononnya Royal Baby Shower untuk Kate Middleton .Comelkan









Gambar diambil dari AlisonJackson.com


Thursday, 2 May 2013