Thursday, 13 June 2013

That Winter,The Winds Blows




Saya dah lama tak layan cerita Korea,sebabnya saya banyak lagi DVD cerita bersiri tv seperti The Good Wife Season 3,The Vampires Dairies and banyak lagilah yang belum saya tengok,Tetapi baru-baru ini saya telah terjebak dengan menonton drama Korea ini "That Winter,The Winds Blows" di internet, dah lama tak menangis meleleh-leleh air mata tengok cerita korea ,tapi cerita ini buat saya menangis balik ha ha ha.

Cerita ini best,pemandangan dalam cerita pun cantik juga,sejuk mata memandang sebab ceritanya dalam musim sejuk.Cerita ini juga ada wind chime,membuatkan hasrat nak pasang wind chime dirumah bersemi semula,walau pun Encik Hubby saya tak berapa berkenaan dengan wind chime,macam cerita saya dalam entry ini  "Angin Menderu Wind Chimes Berbunyi"

So siapa peminat cerita Korea yang tegar silalah layan cerita ini bersama sekotak tissues,tapi cerita ini happy ending,and kalau layan dengan penuh perasaan sedihlah,kalau layan ala-ala sahaja tak keluarnya airmata he he.




2 comments:

  1. cerita sedih ni...sedia tissue dulu sblm nonton

    ReplyDelete
  2. memang sedih ruby,sebak semacam masa tengok cerita ini ha ha ha,naufal anak kak jana yang kecik cakap eh eh mak nangis laaa

    ReplyDelete