Sunday, 15 September 2013

Majlis Pertunangan Amirah


Amirah Dan Kakaknya Afizah(mereka dua beradik sahaja)

Assalamualaikum, lamanya saya tak update blog semakin lama semakin tak produktif hmmm,bukan saya je kot ramai juga blogger lain yang saya tengok jarang-jarang update sekarang ini,Tapi saya nak tulis juga pasal entry Majlis pertunangan Amirah ini,sebab cousin saya yang seorang ini sangat  istimewa bagi saya,hissh baru nak mula tulis ni tapi air  mata dah bergenang ,tarik nafas lepas-tarik nafas lepas Jana,

Saya dengan emak Amirah sangat rapat,antara makcik-makcik atau adik-beradik emak saya ,emak Amirah sentiasa ada disatu sudut yang istimewa didalam hati saya.Masa Amirah kecil saya banyak menjaganya .Amirah masa baby kuat menangis he he.tapi entahlah pasal suka budak-budak kot Amirah menangis pun macam muzik yang indah di telinga saya pada masa itu..

Cepatnya masa berlalu,akhirya dah sampai  masanya Amirah bertunang dan tak lama lagi menuju ke alam perkahwinan.Yang sedihnya dihari pertunangannya  emaknya tiada,dia menguruskan pertunangannya bersama abah dan kakaknya,dengan bantuan sikit-sikit dari emak saudara dan sepupu-sepupu.Tak sama kegembiraannya jika di hari yang sangat bermakna kalau emak kita ada sekalikan.

Buat pengetahuan emak Amirah dah pulang ke rahmatullah tiga tahun yang lepas seperti boleh lihat disini

Doa Untuk Mak Teh

Masa saya bertunang dan berkahwin dulu Mak Teh saya lah orang yang paling sibuk buat hiasan untuk hantaran-hantaran saya,memang mak teh saya sangat berbakat dalam gubahan sampai ramai yang buat tempahan,untuk anak-anak saudara memang hasil kerjatangan Mak Teh lah yang akan digunakan untuk buat hantaran.Tiba bila untuk Amirah dia kena buat sendiri je hantaran dengan kakaknya,,sedihkan tapi nasib baik bakat dari emak mereka diwarisi oleh mereka.Ahamdullillah.

Majlis perkahwinan dijangka akan berlangsung pada bulan Mei tahun hadapan.InsyaAlllah akan kami sekeluarga membantu nanti dengan kudrat kami yang termampu bila majlis itu diadakan nanti.

Encik hubby saya telah diminta untuk membaca doa selamat dimajlis pertunangan itu,ketika suami saya membaca doa,abah Amirah menangis teringatkan isterinya (arwah makteh) ,bukan beliau sahaja yang terasa sebak malah suami saya yang tengah membaca doa ,saya dan orang lain merasakan kesedihan itu .

Teks Doa Yang Dibaca Oleh Ecik Hubby saya  dihari itu
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,  sumber segala barakah, curahkanlah berkat-Mu dan rahmat-Mu  keatas majlis pertunangan kedua saudara kami ini semoga mereka mencari kehendakMu dengan hati yang ikhlas dan mengalami kebaikanMu yang berlimpah ruah. Ya Allah Ya Tuhan Kami, karena ehsan-Mu, dua pasangan ini dapat  bertemu dan kami memohon rahmatMu agar mereka dapat melalui masa pertunangan  ini  dengan penuh keimanan,saling hormat menghornati serta kian saling menghargai diantara mereka agar apa yang kami rancangkan untuk menyatukan mereka mendapat perkenan dari-MU  Ya Allah
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, kami memohon rahmatmu keatas sekelian yang hadir di majlis ini serta kepada keluarga dan saudara-saudara kami yang tidak dapat bersama di majlis ini yang mana telah mendahului kami menghadap Ilahi khususnya Ibunda kepada saudara kami yang diraikan agar rohnya  ditempat dikalangan mereka yang beriman dan dikasihi oleh-MU Ya Allah.
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, kami juga memohon kepada –MU Ya Allah agar dikurniakan kesejahteraan keatas ninda kami iaitu Hjh Fatimah Binti Rauf agar diberi kesihatan yang baik semoga dapat bersama didalam majlis yang dirancangkan bagi menyatukan kedua saudara kami yang diraikan pada majlis ini....dengan izin-MU Ya Allah, Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.  
Amiiin

Amirah dan Sepupu Perempuan


Amirah dengan Abahnya 

Mirah dan Arwah Mak Teh

Harapan dan doa semoga Perjalanan menuju ke majlis Amirah ditahun hadapan baik-baik sahaja,bak oghang Putih
Everyhing Will Be OK and going Smoothly
InsyaAllah




P/S Tension bila baru perasan entry saya mengenai mak teh ditahun 2010 telah hilang kerana kesilapan yang telah saya lakukan masa blog ditukar ke sistem yang baru ,hwaaaa sedihnya,nak nangis pun tak guna redho je lah

No comments:

Post a Comment