Saya merasakan betapa beruntung berkerja ditempat saya sekarang ini dan alhamdullilah sudah 16 tahun saya bekerja disini.Antaranya ialah saya berpeluang mendengar ceramah-ceramah agama dari penceramah-penceramah yang tersohor dinegara kita.Dalam 2 kali sebulan akan diadakan sessi Penghayatan nilai-nilai Murni.Biasanya saya tidak akan melepaskan peluang untuk menyertainya.Ia akan berlangsung selama 2 jam dari pukul 11.00 pagi hingga 1 tengahari.
Semalam Ustaz yang menyampaikan ceramah adalah Ustaz Dzulkarnain Bin Hamzah iaitu Ustaz yang mengacarakan program Iman Muda dan Kalam Suci.Tajuk yang disampaikan semalam ialah Penghayatan Roh Dalam Kehidupan Manusia.Rasanya masa selama 2 jam itu terasa begitu cepat berlalu.
Antara yang saya ingat dan telah mencuit hati saya dalam ceramahnya semalam ialah Ustaz itu ada menyatakan sesorang lelaki hanya boleh fokus kepada satu perkara sahaja,tapi perempuan pula boleh fokus kepada banyak perkara,cuma hard disk dalam kepala wanita sangat kecil,itulah sebabnya ia diluah kembali dengan cara menceritakannya semula(dengan kata-kata lain membebel he he).Saya boleh terima fakta itu.
Perbezaan antara lelaki dan wanita pula ialah lelaki itu adalah umpama mentari yang sentiasa menyinari(masa tu saya fikir ok betul-betul)penting tu tiada mentari susah bumi ini.Lepas tu dia kata perempuan pula umpama bulan(dah tersenyum seronok)ialah bulan kan mengindahkan suasana malam(sebab itu ada perupamaan wajah seindah Bulan)tetapi saya ulangi tetaaapi ustaz juga itu berkata kaum wanita kena ingat pula bulan juga ada gerhana bulan,bulan mengambang and bulan sabit(so faham-faham sahajalah).Yang ini juga saya kena terima faktanya itu he he.
Ada banyak lagi tapi itu lah saya, orang lain pergi ceramah bawa buku nota dan pen,saya pula tak bawa buku nota bawa badan je,so tak semua saya boleh huraikan sedetailnya.Ustaz ini juga bila mengaji hati kita mendengarnya automatic boleh sayu dan sedih tetapi dalam waktu yang sama akan terasa tenang juga.Jadi maknanya tidak salah lah rupanya selama ini kalau Si Bongsu saya Naufal yang suka duduk sebelah ayahnya masa bacaan yassin setiap malam Jumaat boleh tiba-tiba meleleh air matanya sedih.Ustaz itu juga mengucapkan tahniah kepada rakyat selangor kerana hasil kajian telah menunjukkan carta peratus yang tertinggi negeri yang banyak menonton rancangan berunsur ugama adalah negeri Selangor,manakala negeri yang kedua pula ialah negeri Kelantan.Bila di tanya peratus yang terendah dia pada mulanya tak hendak mendedahkanya.Tapi bila di minta oleh para hadirin sekelian dia mendedahkan juga peratus negeri yang terendah menonton rancangan berunsur agama ialah Melaka,Sabah,Sarawak dan yang paling saya tak sangka negeri yang termasuk sama ialah negeri Johor.
Negeri-negeri ini lebih tinggi peratusnya dalam menonton rancangan Raja Lawak dan Akedemi Fantasia. Itu menurutnya hasil dari kajian pihak Astro.Setakat ini Rancangan Imam muda menjuarai dengan sejuta penonton pada hari pertama ia disiarkan.Banyak lagi sebenarnya, contohnya betapa penting zakat itu mempengaruhi suasana pembesaran kehidupan anak-anak kita.Kita tak mengeluarkan zakat pendapatan tahunan dan wang yang kita ada dan sepatutnya kita zakatkan kita bagi anak-anak kita makan.Secara tak langsung ia termasuk pada unsur-unsur tidak elok dalam cara bagaimana kita membesarkan anak-anak kita.
Nampak banyak muhasabah diri yang perlu dilakukan selepas ini.Alhamdullilah banyak ilmu yang saya dapat di majlis ilmu kali ini.Tak sabar rasanya nak tunggu bulan Ramadan ini kerana biasanya ceramah seperti ini akan diadakan setiap hari disepanjang bulan Ramadan.Insyaallah saya akan cuba mengikuti sepenuhnya seperti tahun-tahun yang lepas.
Tugas-tugas yang kena mengena dengan tumbuk-menumbuk dirumah.Dia ini lah sebenarnya Dayang saya.
Entry ini khas untuk my cousin Ochu.and BFF dia Ida Anura yang terlampau mengilai nasi goreng yang saya buat kah kah kah.Seperti entrynya ini Susu Small World .Apa yang sedap sangat pun tak tahulah saya dibuatnya.Biasa je sebenarnya cuma saya kalau buat nasi goreng suka pakai beras yang mahal sikit (beras Basmati)dan udangnya besar-besar.Itu mungkin salah satu faktor yang menyebabkan rasanya agak sedap ye Cik Chu dan Cik Ida .
Nasi goreng yang mereka gelar "Nasi Goreng Kak Jana" ini sebenarnya cilinya Kak Jana tak pernah tumbuk pun sebab Kak Jana kan sakit tangan.Nak tahu siapa yang ditugaskan untuk menumbuknya, seperti biasa anak bujang saya yang sulung Muhammad Naqiuddin lah yang akan menjadi mangsa.Tapi dia ni kalau nak tumbuk cili ni mesti siap pakai cermin mata khas yang memang digunakan untu menumbuk cili sahaja dan memakai earphone.Siap menyanyi lagi dan kadang-kadang bunyi dia menumbuk tu mengikut rentak muzik yang kat telinga tu kot.Cik chu masa duduk rumah Kak Jana mesti dah faham sangat style udin bila disuruh tumbuk cili kan.Lain-lain rencahnya macam nasi goreng biasa je,seperti yang orang lain buat tu.
Mungkin air tangan Kak Jana masa buat nasi goreng ini yang kebetulan bersesuaian dengan tekak kamu berdua kot. Dan juga untuk tekak orang lain juga.Takpalah kalau nak belajar mai datang rumah ye.Pengeras untuk menuntut ilmu mengoreng nasi cara Kak Jana ialah buat Ida (satu selimut Quilt Patchwork) dan Ochu pula satu beg Hitam Lim Kok Wing tu ye.Bagi pengunjung-pengunjung blog saya ini secara langsung atau tak lansung yang mungkin nak juga resepinya silalah email saya.Pengeras untuk menuntut resepinya pula ialah "Klik je lah Iklan kat Nuffnang saya tu" wink wink :-)
Berehat sekejap setelah penat round dalam kompleks PKNS itu sambil makan ice-cream
Semalam saya and family pergi ke Pesta Buku Selangor yang telah di adakan bangunan Komplek PKNS Shah Alam.Sebelum itu saya singgah mengambil cousin saya yang tinggal rumah seorang sebabnya ibunya pergi menghantar abangnya melapor diri di UITM Kedah untuk melanjutkan pelajaran. Saya dan family membawanya untuk makan tengahari dulu.Selepas itu makan tengahari kami terus ke Pesta Buku.Pestanya tak sebesar Pesta Buku Antarabangsa tiada banyak booth buku pun,tapi oklah.Cuma cuaca semalam yang agak panas menyebabkan aircond didalam bangunan Komplek PKNS itu tak terasa langsung,memang rasa tak selesa.
Adalah juga saya beli beberapa buah buku untuk menambah koleksi novel-novel saya yang sedia ada.Tujuan saya yang utama ialah untuk pergi ke booth Jemari seni untuk berjumpa Kak Noor Suraya tapi nampaknya tiada rezeki sekali lagi untuk saya berjumpanya dengannya.Saya diberitahu oleh Kak Mariah yang menjaga booth jemari seni, Kak Su tak sehat.Saya membeli 5 buah buku di booth Jemari Seni dan saya juga mendapat tandatangan Syud dan Nazurah Aishah antara novelis yang ada disitu.
Selepas itu saya dan family singgah Ke Shah Alam Mall untu melihat cousin saya yang kerja sementara di sebuah kedai games computer disitu.Berjalan-berjalan dengan suami dan sekumpulan budak-budak lelaki memanglah sangat membooringkan sebab mereka banyak menghabis masa kedai gadget mainan computer dan kedai handphone.Jadi saya lebih banyak duduk dikerusi yang ada disediakan disitu,sambil menunggu mereka. Sambil duduk menunggu saya telah menghantar SMS kepada Kak Noor Suraya untuk menyatakan yang saya ingin berjumpanya di booth Jemari Seni tapi dia tiada.Apa yang memeranjatkan saya bila menerima jawapan sms darinya ialah dia dtimpa penyakit yang juga pernah terkena anak saudara saya yang berumur 8 tahun.Nama Penyakitnya ialah Bell's Palsy .
Saya akan sentiasa mendoakan supaya Kak Su cepat sembuh dan boleh berkarya lagi kerana karya-karya Kak Su sentiasa ada tempat didalam hati saya.Semoga Kak Su kuat Semangat ya.Oh ya hari itu paginya sebelum saya keluar untuk pergi ke Pesta buku Selangor,saya menggosok sikit baju-baju yang hendak dipakai pada minggu hadapan.Yang saya nak ceritakan disini ialah pada hari itu saya menggosok baju sambil humming lagu-lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Alleycats.Saya cakap dengan hubby yang menemankan saya menggosok sambil membaca akhbar masa itu,macam rindulah pula saya ini nak mendengar lagu-lagu dari Alleycats.So Sementara menunggu anak-anak dan hubby meronda-ronda didalam Shah Alam Mall tu saya ternampaklah kedai Speedy Video .So apalagi saya pun gunakan kesempatn ini untuk pergi ke kedai itu.Disana saya terus bertanya kepada pembantu kedai itu"ada tak jual album compilation lagu-lagu dari Alleycats".Saya bernasib baik ada tinggal satu sahaja lagi album itu.So saya pun terus setuju untuk membelinya memandangkan harganya tak mahal sangat cuma RM29.90.didalamnya ada terdapat 48 buah lagu-lagu Alleycats didalamnya,saya rasa sangat berbaloi lah saya membelinya.Puashati sungguh he he.
Hari itu juga boleh dikata hari untuk Si Sulung Naqiuddin,hmm nak tahu kenapa sebab semua barang yang dibeli pada hari itu semuanya adalah untuk dia sahaja beli handphone dan beli boots bola. Booring je muka dua orang lagi anak saya menengoknya he he. Saya pujuk mereka dengan menyatakan "tak apa hari ini kita kasi chance pada Abang" Besok kita suruh dia buat kerja rumah banyak-banyak kan kan kan.Selepas pulang dari Shah Alam Mall kami singgah ke rumah mak Usu saya untuk menghantar anaknya yang mengikut kami.Setelah sembahyang Asar dan membawa sepupu saya membeli Nasi Ayam untuk dibuat makanan malam, kami pun pulang ke Putrajaya.Dalam kereta sewaktu perjalanan pulang kami melayan (tangkap lentok ) dengan lagu-lagu dari album Alleycats yang dibeli tadi.Pergh! nostalgianya wink-wink:-)
Dirumah sekarang ini tengah hangat dengan Astro Beyond.Semuanya hanya kerana gara-gara pertandingan World cup football lah.Selama ini tak pernah kisah pun nak TV LCD janji ada TV boleh tengok pun dah cukuplah.Tapi Bila start football world Cup ini tiba-tiba je hubby ajak pergi Kedai elektrik nak cari TV Besar.Perrgh terkejut jugalah dibuatnya.
Selama ini hubby dengan anak saya yang nombor dua Nabil memang suka pergi kebahagian alat-alat elektrik di pasaraya untuk TV LCD ini. TV yang mereka beli ini pun,mereka pergi ke kedai berdua je.Orang yang paling happy dengan TV baru ini tentulah Nabil,saya dan si kecik masih setia dengan tv kecil dalam bilik.
Saya merasakan TV yang baru ini terlalu besar and kalau cerita seram rasanya baiklah tengok di TV lama sahaja. Sebabnya hantunya mesti lebih besar dari yang biasakan he he.Tapi yang pasti dengan Astro Beyond memang puas hatilah bila kita tengok rancangan-rancangannya, even kedut-kedut dimuka dan air mata yang mengalir boleh jelas kelihatan looks sangat real.Cuma yang tak syoknya belum semua channel ada Beyond lagi. Lagi satu kelebihannya dengan TV LCD sebesar 42 inci ini ialah sekarang kami tak perlu pakai cermin mata lagi untuk baca subtittle yippie.....
Semalam selepas beberapa tahun merancang untuk pergi ke Genting Highlands dengan anak-anak akhirnya family saya sampai juga kesana.Seriously dah lama sebenarnya merancang nak pergi sana,tapi asyik tak menjadi je.Percaya tak anak saya yang sulung pernah cakap "mak dekat sekolah bila cikgu tanya siapa pernah pergi ke Genting Highland dia seorang yang tak angkat tangan",kawan-kawan yang lain dalm kelasnya semua dah pernah pergi.Nabil yang second pun cakap macam tu.Alamak sedih lah pula mendengarnya.Kadang-kadang sebenarnya nak pergi berjalan ni tak payah nak rancang-rancang sangatkan.Bukan apa takut tak menjadi.So saya yang tiba-tiba aje suruh hubby ambil cuti minggu ini and kalau boleh tak hendak pergi ke Genting on weekend takut orang ramai.Kami tak bagi tahu anak-anak rancangan ini takut tak jadi,hari keesokannya nak pergi baru kami bagi tahu rancangan kami itu kepada mereka.Nasib baiklah saya dah sehat sedikit sebab 2 hari sebelum itu saya kena keracunan makanan yang agak teruk jugalah sampai m.c dua hari.Actually hubby sebenarnya planning nak cuti dua hari untuk bawa anak jalan-jalan.Tapi akhirnya dia cuti hari yang nak pergi ke Genting itu sahaja sebab kerja tengah banyak katanya.
Yang paling ketara nampak keterujaan nak pergi ialah Nabil,kami bawa bekal nasi lemak dan kuih karipap yang kami order,kononya nak makan kat sanalah nanti.Sepanjang perjalanan kami naik ke Genting Highlands tu my hubby asyik diganggu oleh panggilan telefon oleh bossnya yang tanya pasal kerja.Saya dan anak-anak naik booring dibuatnya.Sampai saya rasa nak suruh hubby off sahaja handphone dia.Kekerapan bunyi telefon dari bossnya amatlah menjengkelkan hati kami .Sebab yang kelakarnya boss panggil tanya pasal kerja,tapi caranya macam hubby saya yang arah dia apa yang perlu dibuat.Sebab my hubby asyik ulang perkataan "kan saya dah terang kan hari tu". Saya dan anak-anak terconfuse sekejap siapa yang sebenarnya boss ha ha.
Kami sampai dipuncak Genting pada pukul 10.00 pagi dah rezeki kami mungkin, senang pula nak dapat parking kereta.Nabil teruja sungguh dengan cuaca yang sejuk ketika itu,dia tak sangka suhu sebenarnya akan sesejuk itu.Hubby kena beratur dalam sejam juga untuk mendapatkan tiket masuk ke Theme Parknya.Harga tiket untuk memasuki kedua-dua Theme Parknya indoor dan outdoor ialah sebanyak RM277. Al- maklumlah kan cuti sekolah walaupun hari itu adalah weekdays orang adalah sangat ramai.
Kami melayan Naufal untuk menaikki apa sahaja pun permainan yang dia hendak naik dan main.Tapi Naufal kan kalau boleh semuanya yang di hendak naik ayah atau emak kena naik sekali.Naqiuddin and Nabil tak berapa teruja sangat nak naik permainan-permainan yang disediakan mungkin malas nak beratur kot.Makanan memang mahal gila disitu makan jagung rebus cawan kecil satu harganya 4 ringgit,sausage satu 4 ringgit,cucur udang satu RM2.50,buah RM4 juga.Lebihnya kami banyak bergambar sahaja ha ha.Apalagi nak buatkan.
Kami turun ke bumi chewah he he(turun kebawah dari puncak genting)itu lebih kurang pukul 3.30 petang.Waktu turun kami tak pasang air-cond kereta pun,buka tingkap pakai udara dari luar yang asli.Sejuk dan nyaman sungguh.Itulah yang Naufal ucapkan masa diatas puncak Genting "Selesa Dan Nyamannya disini".Nabil kata lain kali kita datang tidur sini ya mak".Insyaallah saya menjawabnya tapi nampaknya mak kena bawa buku cerita and DVD banyak -banyak lah duduk dalam bilik kat hotel.Sebabnya saya rasa diGenting Higland memang menyeronokkan untuk budak-budak dan orang-orang muda sepertinya sahaja. Untuk kami yang dah tua ni,nak relax-relax boleh lah kot.
Oh ya,nasi lemak yang kami bawa tu,sudahnya saya singgah kerumah mak mertua di Taman Batu Caves dan makan disitu sahaja.Setelah makan ,berehat dan sembahyang Asar dirumah mertua, saya dan family pun pulang ke Putrajaya dengan hati yang happy.So anak-anak lepas ni kalau cikgu tanya siapa pernah pergi Genting Highlands dalam kelas angkat tangan tinggi-tinggi ya:-)
Patung Woody ini sudah berumur lebih dari 10 tahun
Ketiga-tiga anak saya tengah excited sangat nak tengok cerita Toy Story 3 yang akan mula ditayangkan pada 17 Jun ini.Anak saya yang berdua dah bujang tu memanglah membesar dengan cerita Toy Story ini.Si Sulung Naqiuddin masa kecil dulu sangatlah addicted dengan cerita ini hinga boleh hafal keseluruhan skrip cerita Toy Story 1.Anak yang kedua pula sangat meminati Toy Story 2 masa kecil-kecil dulu sampai mempercayai yang patung-patung itu memang boleh bercakap,hingga ada satu hari tu dia siap susun semua watak-watak cartoon dalam cerita ini(masa tu dapat dari Mcdonald kalau beli Happymeal).Bila dah siap susun siap pesan lagi dekat mainan-mainan tu "kejap lagi borak-boraklah ya" he he.
Nabil juga pernah melembikkan badannya disebelah himpunan patung-patung Woody di Toy"r Us sebab nak sangat memilikinya.Dia tak menangis meronta-ronta tapi dia melembikkan badanya dah buat muka selamba tak nak bangun dari situ untuk balik.Akhirnya Arwah atuknya belikan juga patung itu.Barulah dia boleh bangun dari tempat itu,masa itu kalau tak silap saya dalam tahun 1999.Saya juga pernah membawa mereka berdua untuk menonton Toy Story Disney On Ice masa mereka datang sini untuk membuat persembahan.Walaupun tiketnya agak mahal,saya beli juga kalau nak dibandingkan nak kena pergi luar negara baru dapat tengok dengan harga tiketnya yang kita kena beli kalau nak melihatnya di Malaysia ini,O.klah saya rasa sanagat berpatutan.Nabil masa kecil dahulu panggil Mr.Potato Head,Isper Potato dia sangat susah nak sebut perkataan Mister masa itu.Even sekarang pun kalau ada iklan tentang cerita Toys Story yang keluar diAstro bila keluar je Mister Potato Head.Kami akan mengusiknya "Nabil cepat Isper Potato ni".
Well sekarang sikecik kami Naufal pula tengah teruja nak tengok Toys story 3,bagusnya untuk Toy Story 3 ini ia akan ditayangkan secara 3D mesti lagi happening kan.Hari-hari Naufal asyik tanya, lagi berapa hari nak keluar kat wayang mak,sampai tak larat dah saya nak jawab.Lepas tu kalau dari Putrajaya menuju ke Kuala Lumpur ada diletakkan iklan bilboard yang besar mengenai cerita Toy Story ,dari jauh lagi dia dah ready panjangkan leher nak tengok iklan itu.
Watak Andy didalam cerita ini pun dah remaja macam anak-anak saya.Itulah yang menyebabkan saya mengatakan anak-anak saya membesar dengan cerita ini.Tapi yang lebih tepat sebenarnya ialah kalau anak-anak membesar dengan himpunan cerita Toy Story ini,saya dan hubby pula sebenarnya tua bersama-sama dengan cerita ini he he.
Andy pun dah remaja sekarang
Woody,Mr.Potato,Slinky Dog,Bulleye,Rex,Hamm,Jessie,Aliens and Buzz lightyear
Semalam ialah hari pertunangan my cousin Aida Yurani And Khairul Idlan,selalunya pertunangan cousin-cousin saya akan dijalan dirumah nenek saya di Gombak,tapi kali ini pertunangan untuk Aida dibuat dirumah opahnya iaitu rumah nenek Aida sebelah ibunya.Ok juga sekali-sekala saya dapat datang sebagai tetamu je,biasanya kalau dibuat dirumah nenek Timah alamatnya tak akan senang duduk dibuatnya,ada sahaja kerja yang Nenek Timah suruh buat.
Tema warna pertunangan Aida ialah Lilac(purple muda).Aida kelihatan sangat berlainan dihari pertunangan dengan kata-kata lain,amat berserilah sangat.Barang hantaran diantara kedua-dua pihak sangat cantik,even pelamin untuk upacara menyarung cincin pun sangat indah.Kisah cinta Aida dan Khairul sangat menarik tapi tunggulah akan diceritakan nanti masa saya buat entry untuk majlis perkahwinannya.
Majlis perkahwinan akan diadakan pada bulan Oktober,dan Insyaallah akan diadakan dirumah Nenek Timah pula.Untung sebenarnya Khairul dapat my cousin Aida ini,sebabnya Aida ini tersangatlah pandai memasak dan very caring orangnya.Masakannya yang paling saya gemari ialah"Shepard Pie".Pak Long and Mak Long mesti orang yang paling gembira kerana akhirnya sampailah juga hajat mereka nak tengok Aida Yurani berumahtangga.
Disebelah petangnya pula diadakan majlis harijadi secara kecil-kecilan untuk Mak Teh Dearest untuk yang ke 56 tahun,mulai esok mak teh akan bersara dari pekerjaan sebagai pembantu tadbir Di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Sebenarnya mak teh tak berapa sehat semalam,tapi dia gagahi jua untuk pergi sekejap ke majlis pertunangan Aida.Di sambutan majlis harijadinya semalam pun mak teh kelihatan tak selesa seperti menahan kesakitan.Semuga Allah panjangkan umur mak teh dan sembuhkannya dari penyakit yang dialaminya.
Saya pulang dari rumah nenek lebih kurang pukul 6.00 petang,tapi sempat singgah sekejap ke kubur abah,sebab terasa rindu hendak menziarahinya.Selepas mensedekah Alfatihah kami pun pulang ke Putrajaya.
Kubur arwah abah
Kami sampai ke rumah betul-betul tengah azan maghrib.Sedang saya sibuk berjalan untuk pergi menaikki lift tiba-tiba saya jatuh tersungkur dilobby bawah apartment saya.Saya macam pening lalat sikit,macamana saya boleh terjatuh ketika itu.Tak terasa tergelincir atau apa-apa.Masa itu pula tangan saya ini penuh dengan plastik berisi barang-barang yang diperbuat dari kaca.Dalam terjatuh itu masih ingat lagi barang barang itu dengan mulut berkata "habislah pecah semua".Nak tahu gaya saya macamana masa terjatuh itu.Bayangkan lah sahaja "Superman tengah terbang " macam tu lah keadaanya.Saya masih terfikirkan apa yang menyebabkan saya jatuh,tapi my hubby kata masa tu kan waktu maghrib biasalah tu.
Malamnya seluruh badan saya sakit-sakit,walaupun dah diurut oleh my hubby yang memang pandai mengurut.Kesudahannya hari ini call office minta E.L sebab tak larat nak pergi kerja.Even malam tadi nak pergi toilet untuk buang air kecil kena jalan pelan-pelan sebab seluruh badan sakit.Malam ini kena urut balik dan hope keadaan akan lebih baik esok.
Superman terbang atas udara,saya terbang atas lantai
Cerita kali ini sebenarnya dah lama berlaku dan rasanya pada mula-mulanya saya malas pun nak menceritakannya tapi selepas kejadian yang berlaku semalam rasa berkobar-kobar pula nak tulis. My hubby bekerja dengan sebuah syarikat yang agak terkenal di Malaysia kalau saya sebut mesti orang akan tahu syarikat ini tapi biarlah saya mengelarnya syarikat N sahaja.Hubby saya sudah bekerja selama 17 tahun disyarikat N ini,seusia dengan lamanya perkahwinan saya.Baru-baru ini(lebih kurang sebulan yang lepas)hubby saya telah dioffer oleh sebuah syarikat S .tapi kebanyakkan pekerjanya adalah bekas pekerja dari syarikat N yang hubby saya still bekerja sekarang.Malahan tuan punya syarikat S itu adalah adik-beradik dengan tuan punya syarikat N yang hubby bekerja sekarang.Dulu tuan punya syarikat S pun bekerja sebagai one of the orang atasan disini ,tetapi setelah abangnya meninggal dunia dan syarikat N itu telah diuruskan oleh anak kepada abangnya.Maka si tuan punya syarikat S ini pun memulakan lah perniagaannya sendiri.
My hubby dalam keadaan dilema juga,sama ada nak berhijrah ditempat baru (syarikat S) atau still bekerja ditempat sekarang.Saya menyuruhnya berfikir sehabis baik kerana keputusan yang akan dibuatnya ini akan melibatkan masa depan keluarga kami.Kami berbincang sehabis-habisnya.Diiringi juga dengan solat istikharah yang my hubby lakukan selama 3 kali.Mula-mula dia masih didalam dilema lagi kerana belum dapat petunjuk katanya.Kalau tidak dapat pentunjuk kata saya ikutlah berat hati dia lebih kemana,ditempat barukah atau ditempat sekarang.
Pada hari yang sepatutnya dia pergi ke office baru untuk tengok carta organisasi syarikat itu dan dimanakah hubby saya akan diletakkan, saya masih ingat lagi ,selepas dia dropped saya dioffice tempat saya bekerja selepas bersalam dengannya dan sebelum saya menutup pintu kereta sempat lagi saya berpesan kepadanya buatlah keputusan yang sehabis baik,apa-apa pun keputusannya, kami sekeluarga akan menyokongnya.Kesudahannya hubby telah menolak offer Syarikat S itu kerana rupa-rupa malam sebelumnya dia telah mendapat petunjuk hasil dari istikharah yang dibuat.Walaupun gaji yang ditawarkan agak lumayan tapi wang bukan segala-galanya kan.
Itu sebahagian permulaan cerita,apa yang nak saya jelaskan disini sebenarnya bila semalam hubby ada beritahu makin lama makin ramai kakitangan dari syarikat N sekarang ini ditarik sedikit demi sedikit ke syarikat S yang baru itu,buat masa ini hanya hubby saya sahaja yang menolah tawaran.Dan khabarnya semalam ada lagi seorang yang mungkin akan menolak juga.Yang nak jadi cerita ini ada salah seorang dari kakitangan syarikat N yang hubby bekerja sekarang dan telah berhijrah ke syarikat S, macam tak puas hati kenapa beliau ini menolak juga.Pernahlah ada orang yang cakap sambil bergurau kalau semua cuba ditarik sedikit demi sedikit apa akan jadi pada Syarikat N ini. Nak tahu apa jawapannya oleh ex worker ini Biarlah Dia Melingkup".Saya mendengarkannya pun mengucap panjang. Inilah bangsa kita baru berhijrah ketempat baru dan dapat gaji lebih sedikit dari sebelumnya dah ada sifat-sifat seperti ini.Bukankah selama ini dari Syarikat N inilah dia membina kerjaya selama lebih dari sepuluh tahun,disinilah dia mula meraih segala pengalaman bekerja.Disinilah juga tempat dia mengenal erti kehidupan dan mencari nafkah selama ini.Tergamak dia mengucapkan kata begitu, Itulah yang dikatakan bangsa Melayu Memang Mudah Lupa.Sedangkan masa si Ex Worker ini bekerja di Syarikat N dia pernah diberi peluang mengerjakan umrah dengannya semuanya ditanggung lagi.Tidakah masa itu dia sepatutnya berdoa di tanah suci ketika itu agar disyarikat N ini semakin maju kerana secara tidak langsung tempatnya dia mencari rezeki akan stabil pernigaanya.Hendak pergi dengan duit sendiri belum tentu mampukan.Patut bersyukur lah.Once again biasalah melayu memang mudah lupa
Apa salahnya mendoakan benda yang baik-baik,mereka-mereka yang masih bekerja disyarikat N kan ada kehidupannya sendiri.Mereka juga mencari rezeki yang halal apa salahnya sama-sama berdoa agar syarikat S yang dia sedang bekerja sekarang dan syarikat N yang pernah dia bekerja dulu sama-sama maju.Bukankah kawan-kawanya dulu disyarikat N dah macam adik-beradik susah senang bersama-sama menaikkan syarikat N yang biasa-biasa sahaja ketika itu hingga menjadi seperti sekarang.Tergamaknya dia melafazkan perkataan "Biarkan dia Melingkup" ditempat kawan-kawannya yang masih mencari rezeki itu.Hmmmm kita tengok jelah nanti,pada saya biar kita berdoa bersama-sama semoga menambahkan rezeki kita walau dimana jua kita bertugas da semua umat islam supaya hidup aman dan sejahtera.
Janganlah suka mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya kerana takut memakan diri nanti.Semua yang berlaku didunia ini adalah dengan izin dari Allah jua.Maafkan saya jika apa yang saya tulis ini mungkin akan mmenyinggung perasaan sesetengah orang ,apa yang buruk adalah dari saya yang baik itu adalah datangnya darinya yang masa esa.
P/s saya tahu ada orang dioffice hubby yang baca blog ini.
bacalah tapi bila dah baca just simpan dan renungkan jangan diperbincangkan dengan cara yang bukan-bukan pula ya:-
Hubby tiada kena mengena apa yang saya tulis ini semuanya adalah hasil dari pemerhatian saya.Bak kata Orang Sikh Dalam cerita diatas ini apa salahnya rezeki yang ada dikongsi bersama.
Jika Hendak mengenal Orang Berbangsa, Lihatlah kepada Budi dan Bahasa
Pada hari Ahad bersamaan dengan 30 May telah diadakan majlis cukur Jambul dan kenduri kesyukuran sempena kelahiran cucu sulung kepada keluarga Achik and Ateh.Seperti biasa saya ditugaskan untuk membuat air teh untuk sarapan kepada tetamu-tetamu yang datang.Diawal pagi lagi saya dah menjerang beberapa periuk air untuk dibuat air teh.Mak njang dan wani pula telah ditugaskan untuk mengoreng Mee hoon sebanyak enam bungkus.Kuih muih yang buat sendiri hanyalah agar-agar sirap merah sahaja,lain-lain kuih telah diorder sahaja iaitu kuih karipap,pulut panggang,kuih bakar dan kuih koci.
Majlis bertemakan colour biru turqoise almaklumlah cucu Ateh and achik kan boy.Kumpulan marhaban tiba dalam pukul 9.00 pagi dan lebih kurang seramai 40 ahli marhaban yang hadir.Majlis cukur jambul berjalan lancar hasil kerjasama Miqta yang tak melalak menangis.Miqta ni kalau menangis semua orang takut dibuatnya,dia punya nangis macam kena cubit dan susah pulak nak dipujuk.Tapi biasanya baby memang tak akan meragam masa majlis berendoi dan cukur jambul ini,mungkin masa itu mereka rasakan seperti didodoikan.
Makanan yang dihidangkan untuk menjamu selera tengaharinya ialah Nasi Jagung,daging masak Kuzi,sambal sotong,ayam goreng berempah,dalca tulang,papadom,satay,limau sunkist,air sirap campur oren and kuih-muih.Ramai juga tetamu yang hadir,yang bestnya kakak my dearest friend Yuhana pun datang juga.Disebelah petangnya pula diadakan majlis harijadi untuk kaum-kerabat kami yang dilahirkan pada bulan Mei.Bulan Mei memang ramai yang sama tarikh lahirnya. So seronoklah mereka sambut birthday beramai-ramai.Nasib baik cuaca baik hari itu walaupun agak panaslah juga.
Majlis berjalan dengan sempurna dan nampak terserlah kepuasan di wajah ateh and achik keran majlis berjalan dengan jayanya.Beruntung sebenarnya Afizah dan suami kerana menerima kasih sayang yang melimpah ruah dari emak dan abahnya.Jadi belajarlah untuk menghargainya.Terutamanya untuk menantunya yang seorang itu.Achik and Ateh adalah seorang ibu-bapa mertua yang paling tabah dan bertimbang rasa yang pernah saya lihat.(Sebak pula tiba-tiba ini).Semoga Ateh dan Achik dilimpahkan rahmat dan kesihatan diri yang sehat untuk meneruskan kehidupan seterusnya.Untuk Amirah adik yang baik dan rajin seronok kalau kak jana pun ada adik perempuan yang seperti mirah. Teruskan membahagiakan mak dah abah ya.
Gambar ini saya yang ambil cantikkan (dengan Cik Zuraidah)
Pada 29 haribulan yang lepas telah berlangsungnya majlis perkahwinan Penolong pengarah di Unit saya iaitu Cik Sofiah binti Ahmad Shahuddin.Seperti biasa sebelum saya pergi kesesuatu tempat saya mesti kena singgah ke beberapa destinasi dulu barulah saya akan sampai ke tempat yang benar-benar nak dituju.
Hari itu sahaja sebelum saya pergi ke majlis perkahwinan Cik Sofiah sekarang dah bergelar Puan ya,saya kena singgah Alamanda dulu,lepas itu pergi office hubby ambil dokumen kereta,lepas terus pula ke Pejabat Pos Kampung Bharu untuk hidupkan Road tax kereta kami yang dah tamat hari itu juga.Sampai anak-anak dah puas tidur dalam kereta dan perut juga dah mula lapar barulah sampai ke dewan yang majlis perkahwinan itu dijalankan.Sebab itu saya tak berapa rela kalau ada orang nak tumpang atau nak berkonvoi bersama-sama kemana-mana majlis ,sebab family saya biasanya akan berlaku macam nilah banyak sangat tempat menyinggah. Letih di buatnya LOL.
Berbalik kembali ke perkahwinan Cik Sofiah saya pernah buat entry mengenai majlis pertunangannya disini. Saya sampai kedewan majlis itu dilangsungkan lebih kurang pukul 1.45 tengahari disana saya dapat jumpa my ex boss(tak bestlah panggil ex)my mantan Penolong Pegawai Tadbir Cik Zuraidahdan Puan Noraini Bakar. Kiranya saya sampai disitu just nice je lah masanya.Lepas kami sekeluarga makan pengantin pun sampai. Saya ingatkan saya tak berkesempatan nak ambil gambar denga pengantin,ambil gambar penganti memang boleh tapi bergambar dengan pengantin tak tahulah lagi almaklumlah kan orang ramai.
Tapi mungkin dah rezeki saya agaknya dapat juga saya menyelit-nyelit sekejap bergambar dengan pasangan pengantin baru itu.Puaslah hati saya dah dapat bergambar dengan pengantin.Cuma tak syoknya kalau saya yang ambil gambar,gambarnya cantik bila suruh anak bujang yang snap gambar saya dengan pengantin,gambarnya kurang cantik.Maka beganglah siemaknya ini.Nak buat macamana,anak-anak bujang tu sebenarnya tak ikhlas nak ambil gambar,tak kuasa nak layan kerenah emaknya gamaknya(cakap Peraklah pulak ye).
Family Cik Sofiah semuanya berbaju colour Fuschia,emak cik Sofiah dan kakak-kakaknya sangatlah Vogue The Vass ha ha,Pelamin ala-ala English style,memang menarik ada Symphony Orchestra lagi,Oppss bukan-bukan ada ghazal masa saya tengah makan kumpulan ghazal itu penyanyinya menyanyikan lagu"Penawar Rindu" lagu favourite saya macam nak pengsan seronok mendengarnya.Cik sofiah berbaju lace putih dan bunganya colour Pink.Fesyen bajunya lain dari yang lain yang biasa kita tengok.Mekapnya matanya mungkin teknik mekap smoky eyes tapi dalam gambar sangat cantik. Being Cik Sofiah macam tu jugalah sentiasa ready dengan gayanya yang fotogenic bila bergambar.
So cik Sofia yang saya juga mengelarnya Claire Forlani.SELAMAT PENGANTIN BARU dengan suami semoga kekal abadi hingga ke hujung nyawa.Kalau ada rintangan yang menimpa just breathe in breathe out(eh bukan untuk bersalin ke tu).Hadapi segala rintangan yang ada sepanjang perkahwinan nanti sebagai asam garam dalam kehidupan.Kak jana akan iringinya dengan doa yang baik-baik untuk kehidupan Puan Sofiah yang baru ini. Amiiin. Kembar Cik Sofiah Claire Shahuddin Wa ka ka
Mencari Redha Allah
-
Terima kasih atas perkongsian, juga pesanan buat diri sendiri..
[image: May be an image of 5 people, grass, road, mountain and cloud]
Bbrp kali sy tgok ...
BAKSO JAWA MALAYSIA
-
Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes
kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'.
...
Link to New Blog - Chronicling Kate
-
Please click here to visit the new blog -- Chronicling Kate. The new site
address is chroniclingkate.blogspot.com
DAY 3 : 03.08.22
-
Harini ada cabaran makan dengan kawan masa lunch. Kawan datang kita raikan
cuma jaga portion.. jaga apa yang diambil.
Berjumpa kawan sekolah memang bahag...
Siapa Hamba Pencinta Allah?
-
Pada zaman dahulu ada seorang ahli ibadah bernama Abu bin Hasyim yang kuat
sekali tahajudnya. Hampir bertahun-tahun dia tidak pernah meninggalkan
solat tah...
Membuat keputusan
-
Hidup kita dibentuk oleh keputusan dan tindakan yang dilakukan pada setiap
saat. Mengambil keputusan untuk menerusan kehidupan ialah sesuatu yang amat
...
Them Lot
-
.
.
.
Akhirnya, habis dah budak-budak multimedia ni belajar. Yang merungut adalah
dalam 69 orang. Yang tak berapa gemar kelas ni adalah dalam seorang. Laa, ...
Agar-agar Sirap Ros Lapis Buah Koktel
-
Assalammualaikum.
Agar-agar sirap ros, antara juadah pencuci mulut yang legend, tidak lapuk
ditelan zaman dan tak jemu dimakan walaupun muncul pelbagai v...
Temporary Pain
-
Credit to Motivationping.com
*I am too tired. *
*I am too hopeless. *
*I am feeling lost.*
*I am wandering in a sea of people, trying to find answers. *...
MULTIGRAIN RICE
-
I got the idea of eating multigrain instead of white rice when I first ate
at Nene Chicken. Their rice is nice and I fall in love with it. I read
and s...
Masa Itu Emas!
-
Assalam.
Memang benar, masa itu sangat berharga. Kalau kita tidak uruskan dengan
baik, maka kita akan jadi manusia yang akan terus berkata, "TIADA MASA"
m...
WRITING WORKSHOP
-
Today I have a chance to attend a writing workshop organized by UMP
Library. The speaker for the workshop is Encik Mohd. Hamka Bin Embong of Kereta
Maya...
School camping
-
Beberapa bulan yang lepas, Ryan pertama kali join camping sekolah under
Unit Beruniform bg Kadet Tunas Remaja Sekolah. Kali ni ke area Kuala
Selangor un...
Babyshop The Curve
-
*Babyshop* tu nama kedai ok. Yang *SANGAT BEST*. Babyshop ni kira leading
baby store dekat Middle East la, started in Bahrain and lepas tu ke
negara-negar...
Hello Again!
-
I have been staying home for almost one month now. I had a hysterectomy
done on 9 August 2018, after which I was given a 42 day MC.
Staying home is not so ...
Bantot si kecik kenot
-
Assalammualaikum dan salam sejahtera
Cerita lama masa Bantot masih kecil, rindu dengan budak ni, sekarang asyik
nak keluar je dan jarang balik, kesayanga...
it's second time bullshit happend
-
hi uollss.. happy dewali guysss...
I have a story to tell...
last weekends.. as usual my friends decided to pegi bukit bintang... if
driving its only too...
Taman Tasik Cempaka
-
Last weekend sempat bawa Doter jalan-jalan di Taman Tasik Cempaka. Selalu
lalu di kawasan ni tapi tak pernah singgah dan tak tau apa yang ada dalam
taman ...
.:ispahan cake:.
-
peace be upon u & hello
yeah ispahan cake again...and this time customer send me the cross
sectional of the cake
thank you!
p/s: btw what is happening ...
Perjalanan Indah Raya 2016
-
Salam Dunia, Salam Semua, Salam Hari Raya- Ini Hari Kemenangan Kita, Tiada
lagi ketakutan- bak kata M.Nasir:)
Lama betul tak menulis disini- just now i fo...
Ehem..ehemm...ada orang kerr?
-
Assalam cikjah!
MashaAllah....lamanya kami menghilang. 8 bulan ada kira-kiranya. Namun,
hilangnya kami tak bermakna terkuburnya blog Pienkcat kesayangan k...
Eranzi ECO100 (1st Malaysian 100 Miler)
-
Touted as the 1st ever 100 miler trail run in Malaysia, and now into its
2nd year. The 100 miler category of course being a new edition this year on
top ...
Quickie!
-
it's been a very long time since i last post an entry here. well, life has
been good but i am really really busy like there is not time even to look
at the...
#Nostalgic
-
Someone out of the blue said that Adele reminds him of me.
Terus terkenang lagu2 Adele yg macam she's singing for me, for us ..that
have been through thi...
BAKED BLUEBERRY CHEESE CAKE
-
Baked Blueberry Cheese Cake - Kek keju yang halus, gebu dan lembab sangat
enak dinikmati ketika sejuk. Resepi kek keju yg enak dan lazat ini
diperolehi d...
This is the story.....
-
Assalamualaikum. Dah lama I tak blogging. Kali ni rasa nk share story
sepanjang I menyepikan diri dari alam maya ini. But kali ni xde gambar ye.
I jus...
London-bound baby...
-
In a couple of days, our firstborn will be embarking upon her next journey
in life in London. It feels surreal, and I'm having mixed feelings about
her lea...
ANIKA TEMPAHAN
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lama jugak saya tak update kann.. Mood
agak ke laut dan dalam pada tu banyak perkara terjadi yang tetiba saya
terpaks...
obsesi
-
letli...
saya agak obses terhadap maskara.
fungsi yang pelbagai.
memanjangkan ada...
menebalkan ada...
melentikkan pun ada...
sukaaaa...
anda pula bagaimana...
My last post
-
I’ve tried but to no avail….
I thought that I could find my blogging mojo back by hibernating for a few
months and a few weeks….
I’ve searched high and ...
FATHER'S DAY 2013
-
HAIPPPpp!
Jangan la gelak sebab post father's day ni agak kelewatan.
saje nak share jugak sikit je gambar gambar father's day 3 bulan lepas.
Kalau nak tahu...
Buka Tuisyen Di Rumah Mama
-
Asalamualaikum kawan kawan saya buka tuisyen kanak kanak budak kecik di
rumah mama untuk baby yang mama jaga je kita buka dan murid murid ada 4
orang nama ...
Farewell!
-
All bad things come to an end – and, as you’ve probably already surmised
from the lack of updates over the last six months, *My First Dictionar...
OOI AH KOW
-
Berikutan dengan tersiarnya rencana saya mengenai Ooi Ah Kow “ Hidup dan
Matinya Sebagai Wartawan” di Utusan Malaysia 18 Febuari 1978, isterinya
telah men...
Sambal Terasi (Mums version of Chili Oil)
-
OK, OK, its taken me awhile to get my big behind to start this again but I
am back and I have a whole load of recipes for you to try. Yes, yes... I
will tr...