Showing posts with label hobby. Show all posts
Showing posts with label hobby. Show all posts

Monday, 20 July 2009

Jalan-jalan Putrajaya






Macam Iklan Menang Power Root

Kami satu family ini nama saja duduk di Putrajaya tapi tak pernah bergambar dimana-mana tempat cantik dibandar Putrajaya ini. Dah tujuh tahun kami duduk di Putrajaya ini kalau pergi mana-mana sekitar Putrajaya mesti ada disana-sini pelancong mengambil gambar even pasangan pengantin pun suka mengambil gambar disekitar Putrajaya ini. Semalam saya telah mengajak Encik yazid singgah di Dataran Masjid Putra untuk bergambar. Sayangnya yang sulung tak ikut so dalam gambar-gambar ini dia tiada. Selepas ini kamera akan ada sentiasa didalam handbag saya dan setiap kali lalu dimana-mana tempat menarik di Putrajaya saya dan family akan berhenti untuk mengambil gambar. Hobi baru saya tu, sampai anak-anak pun dah tak larat nak posing he he. Mereka tak berani nak membantah emaknya itu yang kadang-kadang ada gambar yang macam senyum paksa tu. Tengoklah Encik Yazid pun terpaksa layan hobby baru saya :-)

Wednesday, 22 April 2009

Fridge Magnet Collection




Ini adalah antara dari hobby saya iaitu mengumpul fridge magnet.Kalau boleh saya nak kumpul fridge magnet dari seluruh negara setakat ini saya telah kumpul fridge magnet dari London,Holland,New Zealand,Denmark,Turki,Shanghai,China,Indonesia,Cambodia,Vietnam
dan lain-lain.Hobby saya ini bermula selepas saya berumahtangga,ada fridged magnet ini yang berumur 17 tahun seusia dengan perkahwinan saya.Insyaallah magnet saya ini terjaga dengan baik.Anak-anak saya dari kecil telah diajar supaya jangan mengusik magnet ini.Fridge magnet ini akan dilap sebulan sekali dari habuk.Kalau ada yang rosak pun adalah disebabkan terlanggar secara tidak sengaja maklumlah ruang dapur rumah saya kecil.Sepupu-sepupu saya jika keluar negara pasti akan membelikan fridge magnet untuk saya kerana mereka tahu itu hobby saya.