Showing posts with label naufal. Show all posts
Showing posts with label naufal. Show all posts

Thursday, 19 August 2010

Alahai Naufal


Dengan sabun pun boleh buat rambut pacak

Pagi tadi lepas sembahyang subuh tiba-tiba saya terpandang satu tulisan yang sangat besar didinding ruang tamu rumah saya,terperanjat lah juga,ialah kami baru sahaja mengecat ruang tamu rumah kami. Nampaknya kenalah touch up balik dinding ruang tamu itu.Nasib baiklah Cuma tulis namanya sahaja kalau siap lukis rumah,orang,pokok dan kereta lagilah haru dibuatnya.

Nak marah pun buat apa,tegur secara baik je lah.Dulu-dulu abangnya pun begitu juga. Saya masih ingat lagi dulu yang sulung Naqiuddin conteng dinding lagilah siap dengan gambar robot lagi.Masa tu saya nak marah sangat dengan dia,tapi bila teringatkan balik kebetulan paginya itu ada satu rancangan Di TV3,rancangan itu di hostkan oleh Dr.fadzilah Kamsah.Dalam rancangan itu Dr.Fadzilah ada menyebutkan jika anak menconteng dinding janganlah dimarah kerana itu adalah salah satu proses ingin tahu dan mencuba dalam pembesaran kanak-kanak.Selamatlah Si Naqiuddin dari kena marah hari itu.Dengan naufal ini lagilah kalau kita tegur ada sahaja nanti jawapannya.

Pagi tadi pun masa dia nak mandi sebelum nak pergi sekolah terjerit-jerit dia panggil saya,bila saya tanya kenapa ni.Dia menjawab “mak tengoklah rambut adik ini dengan sabun pun boleh buat rambut pacak”.Emaknya pula yang kebetulan tengah delete gambar dalam kamera masa itu pun tidak melepaskan peluang mengambil gambarnya.Pengaruh buat rambut pacak-pacak ini datangnya dari 2 abangnya yang besar itu.Anak-anak kan ragam yang macam ini lah yang akan menjadikan kenangan yang abadi bila mereka dah besar nanti.Hmmmmm:)


Inilah yang diconteng Naufal di dinding ruang tamu rumah.

Thursday, 14 January 2010

Toilet Dan Syaitan


Tengok tajuk mesti seram kan, tapi sebenarnya ceritanya ala-ala kelakar seram ha ha.No lah sebenarnya semalam sibongsu Naufal kencing sekali lagi dalam seluar di sekolah. Kali yang kedua untuk minggu yang sama. Saya tak tahu sebab dia tak cakap pun pada saya.tapi saya seperti biasa akan check beg yang dibawa olehnya hari-hari ke sekolah(didalamnya ada seluar spare).Saya tengok dalam beg sekolahnya ada seluar yang dah dibasuh oleh cikgunya dan diletakkan dalam plastic maka sahlah dia terkencing lagi di sekolah tadi.

Memandangkan dia dah tidur semalam ,hanya pagi tadi jelah kami dapat tanya dia kenapa dia terkencing dalam seluar lagi.Nak tau jawapannya ha ha.Jawapannya ialah "adik takut sebab Twailet(toilet) kat sekolah banyak syaitan dengan hantu".Mana adik tahu saya tanya?.Semua kakak dengan abang kat sekolah cakap macam tu.Kakak dan abang darjah satu dan dualah tu.Oleh kerana takut, pasal tulah walaupun dah masuk toilet tapi dalam keadaan kelam kabut disebabkan perasaan takutnya membuatkan sampaikan dia terkencing dalam seluar.

Mentaliti budak sekolah rendah masuk je sekolah telah diterapkan setiap toilet ada hantu.Zaman saya sekolah rendah dulu pun macam tu juga,saya percaya akan diturunkan juga ke zaman-berzaman.Tahun lepas masa dia 5 tahun bersekolah di Tadika Cendakiawan tak pernah pun sekali terkencing dalam seluar. Ini dah umur 6 tahun pula buat perangai terkencing dalam seluar.Abang-abangnya pula tak membantu langsung,main-mainkan adik dia.Takpa lah lepas ini saya akan ingatkan semula kepadanya doa masuk tandas dan cuba beritahu cikgu masalah ini kalau masih berpanjangan.

Cakap pasal hantu ditoilet ini,kami yang kat office ni pun ada yang kena berteman bila pukul 6.30 petang keatas.Saya ini pula biasanya pukul 6.30 petang keataslah tu la perut saya akan mula buat perangai nak ke toilet.Kalau husband ambil saya lambat waktu balik lagilah.Tapi saya kalau darurat redah jugalah masuk toilet tu.Tapi memang betullah sebenarnya kalau kita baca doa masuk tandas Insyaallah selamat.

Sebab itulah setiap perbuatan kita didalam Islam kita akan mulakan dengan Bismillah dan doa. Cuma kita amalkan atau tidak itu aje.Oh ya masa cerita-cerita pasal toilet dan syaitan pagi tadi Nabil pula menceritakan dulu dia sekolah rendah terjumpa tasbih dalam toilet lagi.Saya tanya kenapa nak takutkan syaitan ke? Sambil kenyit mata dengan Nabil saya suruh dia diam.Nak tau kenapa takut nanti ada pula tasbih yang hilang kat rumah.Naufal tu kan Lurus Macam highway (lurus bendul) karang dipercaya pula ha ha.Harap-harap agar masalah ini tidak berpanjangan nanti bukan apa (takut lama-lama mak dia pula naik hantu kat rumah asyik la nak kena basuh seluar yang kena kencing tu).Itulah sebenarnya cerita kelakar tapi tak seram dari saya :-)



Ni gambar Naufal dengan ketayap baru


Friday, 9 October 2009

Jamuan Hari Raya Naufal

menangis sebab cik chu dan maknya nak ambil gambar



Cik chu kata handsome macam abang jamil, butang baju melayu aku mana Pah



Naufal dan terowongnya




















Semalam saya cuti sebab banyak urusan bank perlu diselesaikan, kad bank asyik rosak je tak tahulah kenapa. Kebetulan pula semalam juga ada jamuan Hari raya disekolah Naufal. Student kena bawa sumbangan makanan,so saya dan husband bagi dadih je sebab kami rasa dadih mesti budak-budak suka. Saya buat dadih flavour blueberry and capucinno. Banyak jugalah kami buat.Naufal pergi sekolah pakai baju melayu tapi baju melayu tahun lepas.Baju melayu Naufal tahun ini warna biru tapi seluarnya agak senteng,jadi saya tak pakaikan,memang tahun ini baju melayu Naufal sorang je yang spoil anak-anak yang lain ok je. Naufal sebok nak pakai sampin,sebab cikgunya suruh,nasib baik sampin abang-abangnya masa kecik-kecik ada matching pula dengan baju melayu yang nak dipakainya itu. Naufal kalau cikgu yang suruh memang kecoh,cuba kalau kita yang suruh pakai sampin mesti dia taknak. Grand juga sambutan hari raya sekolah Naufal pagi untuk kanak-kanak,tengahari pula untuk ibubapa. Semalam kan hari Khamis kakitangan kerajaan kena pakai baju batik ) maka ramailah ibu-bapa yang datang pakai baju batik nampak cantiklah pula.Sekarang ini pergi mana-mana dia sibuk dengan teropongya,kami beli teropong itu sebab dia dan Nabil anak kedua saya akan pergi menonton Teater kanak-kanak Gamat The Musical Ahad ini. Lambat beli tiket jadi dapatlah tempat duduk yang belah atas takut tak nampak itu yang kami belikan teropong tu. Naufal tak panggil teropong tapi terowong. Kadang-kadang kami bergaduh sebab nak guna teropong itu. Bila dah gaduh dia akan suruh ayahnya beli lain. dia kata "ayah belikan adik terowong ayah" ayah yang suka melayan itu, menjawablah pula boleh tapi macamana ayah nak masukkan terowong dalam kereta he he......

Monday, 27 July 2009

Sukan Tahunan Cendekiawan Educare






Hari Sabtu yang lepas telah berlangsung Sukan tahunan untuk untuk Cendekiawan Educare Center. Saya ,suami dan Nabila(anak jiran) saja yang pergi ke sukan tahunan ini. Anak saya yang Sulung Naqiuddin pergi tuisyen dan No 2 Nabil ada hari kantin. Naufal pun ada masuk dalam acara sukan kali ini, acara yang disertai oleh Naufal ialah lari berpasangan dan isi air dalam botol. Ada 3 kumpulan iaitu rumah merah,hijau dan kuning. Naufal didalam rumah merah, ini adalah pertama kali naufal menyertai sukan. Bila berjalannya acara sukan untuk Naufal,dia sangat relax dan tidak bersungguh-sungguh untuk menang. Encik yazid dan saya yang bersungguh-sungguh ditepi padang menjerit namanya suruh dia cepat malangnya Naufal selamba sahaja. Tapi apa yang pasti bukan Naufal saja macam itu malah ramai juga budak-budak lain macam dia juga selamba sahaja. Mungkin ini pertama kali mereka bersukan. Seselamba Naufal pun dikedua-dua acara yang dia masukki dia mendapat no 1 dan 2. Walaupun hadiah taklah berapa menarik tapi saya rasa pendedahan yang dia dapat melalui acara sukan ini merupakan satu pengalaman berharga untuknya. Juara keseluruhan pada hari itu ialah rumah merah. Sukan tahunan ini berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Pulangnya dari sukan kami terus singgah ke kedai untuk makan tengahari.Kesimpulannya Encik Yazid dan saya kepenatan sungguh hari itu macam kami yang bersukan, budak yang sebenarnya bersukan relak saje dan terus lasak bermain dirumah.

Tuesday, 19 May 2009

Anak Ayah

Ini gambar anak saya yang bongsu naufal dengan hubby, gambar ini diambil malam tadi oleh cik chu. Gambar ini diambil untuk diberi pada cikgu tadikanya. Cikgunya minta gambar naufal dangan ayahnya. Naufal memang betul-betul anak ayahnya sebab dari tiga orang anak kami dia seorang yang panggil suami saya 'ayah', lagi dua lagi panggil suami saya abah. Dia juga yang tak boleh hilang ayah dia dari pandangan matanya. Kalau ayah dia balik lambat dari kerja atau pergi mana-mana alamat jenuhlah nak jawab pertanyaan dari naufal ayahnya pergi mana.Dalam ramai anak-anak saya Naufal ini kulitnya cerah sikit.Bila orang cakap Naufal ni cerah ya(putih) Jawapan suami saya ikut macam kulit dia masa kecik-kecik? ha.ha ade ke, apa-apa sajelah ya Encik Yazid.



Friday, 8 May 2009

Selamat Hari Ibu












Hari ini sampai je rumah selepas balik dari kerja saya disambut oleh Naufal yang berlari-lari ke muka pintu sebab nak bagi hadiah sempena hari ibu. Bila saya tanya ini apa,dia kata ini anak itik Tok We adik buat kat sekolah untuk hadiah hari ibu. Lepas itu dia kata besok adik suruh ayah beli kek pulak untuk emak nanti kita ambil gambar. Patutlah sebelum ini dia ada cakap dekat sekolah adik buat itik Tok We dengan cikgu sebab nanti nak bagi ibu. Terharunya saya sebab itik itu cantik dan di dalamnya ada bunga rampai yang menyebabkan itik itu berbau wangi . Bagus sungguh cikgu sekolahnya mengambil inisiatif bersama dengan murid-murid membuat kraftangan untuk dihadiahkan sempena hari ibu.Bayangkan banyaknya daun pandan yang terpaksa dihiris untuk dimasukkan kedalam itik itu. Jenuhlah juga cikgu dan pembantunya menghiris daun pandan agaknya. Walaupun begitu keletihan saya setelah seharian penat bekerja hilang bila dapat hadiah Itik Tok We yang berwarna kuning ini. Terima kasih Naufal.






Wednesday, 6 May 2009

SPEEDY VS SPEEDO


Minggu lepas adalah minggu membeli dvd and vcd bagi saya. Adalah menjadi satu kemestian bagi anak saya untuk membeli sekurang-kurangnya satu dvd setiap kali pergi Alamanda. Ada je cerita yang dia nak beli dulu asyik nak beli cerita Ultraman sekarang ini dah bertukar kepada cerita yang ada magic atau yang bekepak -kepak (fairy). Bila dah beli tu alamatnya hari hari bila balik je dari sekolah mengadaplah dia depan tv tengok dvd. Hari Ahad lepas saya pergi ke South City Plaza diSeri Kembangan sebab nak beli dvd pirate, saya telah belikan dia cerita Enchanted sebab cerita itu ada magic and princess, lepas itu naufal tanya kenapa dvd yang saya beli itu tak sama packagingnya macam yang original . Jawapan saya ialah dvd ini saya beli dekat kedai yang namaya Speedo bukan dekat kedai Speedy. Dia tanya pulak speedo yang dekat kedai basikal tu ke.ha.ha.ha (dulu dia pernah tanya saya vcd Anuar Zain yang saya pasang dalam kereta mahal ke dan beli dekat mana,saya jawap mahal mak beli kat kedai basikal) encik Yazid selalu marahkan saya sebab suka buat naufal confuse dengan jawapan saya. Tapi sebenarnya Naufal ni cerdik saja je dia suka tanya banyak soalan,akhirnya jawapan yang sebenar dia tahu dan jawapannya selalunya betul. Bak kata upin dan ipin betul,betul,betul:-)

Obsesnya Si Naufal



Gambar ini diambil oleh anak kedua saya Nabil,katanya gambar ini disuruh oleh Naufal untuk disnap. Konon-kononya macam sleeping Beauty tapi ini Sleeping Prince ya, entahlah tak taulah nak buat macamana naufal ini terlalu obses dengan cerita-cerita Disney. Harap ianya tak kekal lama macam abangnya obses dengan cerita Dinosour dulu,lama-lama ia akan hilang dengan sendirinya.



Wednesday, 15 April 2009

CENDIAKAWAN BOYS




Ini naufal dengan uniform sekolah cendiakawannya semalam dia complaint bila nak belikan kek harijadinya sebab boleh dikatakan hari hari bila balik dari sekolah dia akan bawa balik beg goodies sempena harijadi dari kawan-kawannya so bila pula dia boleh potong keknya.Saya menerangkan hari jadinya lama lagi tapi dia tak faham.Nampaknya terpaksalah menjawab soalan yang sama sampai bulan oktober setiap kali dia dapat goodies beg nanti,sabar jelah. Naufal ni suka berangan sekejap jadi ultraman sekejap jadi pari-parilah princess pun boleh juga itu yang memeningkan abang nabilnya.Harapan saya sifat suka berangannya ini adalah sementara saja ,mungkin ini juga adalah salah satu peringkat dari proses pembesarannya. Antara anak lelaki saya naufal seorang saja yang panggil bapanya ayah abang-abangnya panggil abah tak tahulah macamana boleh jadi macam tu,dia juga merupakan kesayangan ayahnya.Kawan dan musuh cik ochu(sepupu saya yang tinggal dengan saya)kalau cik ochunya ada rumah asyik bergaduh tapi kalau cik ochu balik kerja lambat atau tiada dirumah asyik tanya je cik chu pergi mana mak.Pada 18/04/2009 ni ada photoshoot dengan jurugambar professional(Adinang) untuk naufal harap semuanya berjalan lancar.Hasil photoshoot nanti akan saya ceritakan disini nanti so tungguuuu ya







Sunday, 12 April 2009

Naufal Swimming Class

Ini Naufal anak saya yang kecil sekali, saya dan suami telah memasukkannya ke kelas berenang pada awal bulan lalu. Pada hari pertama dia hanya letakkan saja kaki dalam air dan tak mahu turun kedalam kolam. Saya dan suami frust juga pada mulanya dan merasakan mungkin terlalu awal bagi dia untuk belajar berenang tapi bila
difikirkan balik ada juga pelajar-pelajar lain yang sebaya dengannya ok je.Pada minggu yang kedua bermacam dalih yang diberikan oleh naufal untuk tak nak pergi kelas berenang.Saya dan suami memujuknya dengan bermacam cara,bila cikgu suruh dia terjun kedalam kolam dia tak mahu,akhirnya suami saya mencampakkan saja naufal kedalam kolam sambil disambut oleh cikgu berenangnya. Naufal dengan sendirinya pandai mengampungkan badannya,mulai dari hari itu dia dah mula seronok dengan kelas renangnya dan sekarang masalah pulaklah bagi kami untuk suruh dia keluar dari kolam renang bila kelas renangnya dah cukup waktu. Insyaallah rasanya dalam masa tiga bulan lagi dia akan mahir berenang dengan sendirinya. Kita tunggu dan lihat perkembangannya ya.