Showing posts with label jana. Show all posts
Showing posts with label jana. Show all posts

Wednesday, 2 December 2009

Bangsawan Inggeris






Jeremy Northam ni saya suka dia sebagai Mr.Knightly dalam cerita "Emma"by Jane Austin

Ahad yang lepas saya ajak hubby pergi Seri Kembangan sebab nak cari DVD. Saya selalu beli Dvd di kedai Sure Win namanya.Memang kedai tu sentiasa menang(Sure Win)sebab tak pernahlah setakat ni kena ambush dengan penguatkuasa.Dari kedai inilah saya membeli koleksi cerita-cerita bersiri saya contohnya gossip girl,lipstic jungle,grey anatomy dan lain-lain.Saya tak pandai nak upload-upload dari computer macam orang lain so kena belilah dvd.Kadang-kadang bila saya tengok berita di TV ada kedai di Seri Kembangan kena attack dengan penguatkuasa hati mesti berdetik takut kedai yang saya selalu pergi tu yang kena (tak senonoh betulkan saya)he he.Nak buat camana kadang-kadang tengok DVD yang jual kat Alamanda contohnya Ezee Video.DVD-DVD cerita bersiri yang dijual sebijik serupa macam kat kedai "Pasti menang saya" malahan harganya murah separuh harga dari kedai di Alamanda.Jadi sebagai pengguna kita haruslah bijak memilihkan.Baru-baru ini saya beli cerita "The Tudor" complete season 1 until season 3. Setakat ini saya baru habis season 1,cerita ini tak boleh main kat TV kita even astro pun tak tayang cerita ini tak tau sebab apa,tapi cerita ini best saya suka gambarnya cantik ceritanya hebat mengenai raja England King Henry VIII kalau tak silap sayalah.Saya memang suka tengok cerita raja-raja Inggeris sejak dari kecil lagi.Suka tengok perempuannya yang pakai baju kembang -kembang. Ingat lagi masa-masa saya kecik aruah abah saya bila saya tengok cerita macam ni,dia selalu cakap "cerita apa kau tengok ni,asyik bercakap je" cerita raja-raja memanglah banyak bercakap je,abah saya rimas, sebab dia suka tengok cerita action maka terpaksalah saya tukar channel lain mengikut kehendak aruah abah saya masa tu.Ya lah dulu-dulukan satu rumah mampu satu TV je. Harga TV dulu-dulu kan mahal bukan macam sekarang ni,sekarang rumah saya je ada 4 TV(jauh dah saya melalut ni ).Eh sebenarnya saya nak cakap pasal apa sebenarnya tadi ya. Haa ya! sebenarnya saya nak cakap betapa obsesnya saya dengan cerita bangsawan Inggeris,kalau pergi kedai DVD nampak cerita-cerita macam ini saya pasti beli dan melayan Dvd ini dengan gumbiranya.Sekian Terimaksih

Tuesday, 21 April 2009

Pesta Buku 2009



Ini adalah buku-buku yang saya kirim dengan sepupu saya Erwani dan sahabat saya Syahila di Pesta Buku tahun ini.Ralat juga saya tak dapat pergi ke pesta buku tahun ni sebab saya sakit lutut,tahu sajalah di PWTC itu banyak tangga susah bagi saya yang tengah sakit lutut ni.Jumlah
novel yang saya kirim semuanya 15 buah.Sepatutnya cukuplah tu stok saya sampai hujung tahun ini.Novel ini selepas saya baca saya beri pula kepada Erwani untuk baca,Erwani pula akan balutkan buku itu untuk saya.Terima kasih ya wani sebab tolong jaga novel kak jana ini. Gambar yang diatas itu pula ialah Noor Sooraya novelis kegemaran saya dan Erwani.Gambar itu diambil pada Pesta buku Tahun lepas.Saya dan Noor Sooraya telah menjadi kawan baik.Dia selalunya beri novel terbarunya secara percuma,kira exclusive le orang lain tak baca saya dah baca dulu.Novel Noor Sooraya biasanya berunsur islamic dan relevan.Himpunan Novel saya telah mencecah 3 kotak.Jika saya ada masa nanti saya akan tunjukkan didalam blog ini koleksi novel saya itu.