Naufal yang Excited sampai berlari-lari |
Dalam Istana tak boleh ambil gambar diluar sahaja lah ya |
Balai Rong Seri tak boleh masuk,action dengan gambar Balai Rong Seri kanvas he he |
Cuti sekolah baru-baru ini merancang macam-macam nak pergi jalan,tapi semuanya tak jadi sebab banyak hal yang diluar jangkaan.Mak mertua sakit jadi Encik hubby bercuti menjaga maknya bergilir-gilir di hospital. Kesian anak saya yang bongsu ,booring katanya duduk rumah je,ialah tengok facebook kawan-kawan dan cousinya pergi berjalan,dia pula duduk rumah tengok tv dan main komputer sahaja.
Saya pun mengajak Encik hubby cuti satu hari dan bawa anak saya pergi ke tempat yang saya dah planning lama nak pergi,nasib cuti cuti Encik Hubby diluluskan maka akan terlaksanalah rancangan kami ini.Tempat yang saya nak bawa anak saya pergi ialah Istana Negara,Galeria Perdana(Rumah Tun Dr.Mahathir),Memorial Tun Abdul
Razak,Memorial Tun Hussien Onn dan Memorial Tunku Abdul Rahman. 5 tempat yang lokasinya berlainan memang penat sungguh,banyak berjalan terutama di Istana Negara dan Galeria Perdana yang banyak tangga.Rasanya lebih dari 10,000 langkahlah kami berjalan anak-beranak hari itu.Tapi kami enjoy sangat ,banyak pengetahuan yang kami dapat.Saya ini bukan apa masa saya bersekolah rendah dan menengah sekolah saya ada sahaja buat rombongan ke tempat-tempat seperti ini,tapi so far dari anak bujang saya yang sulung hingga yang bongsu tak ada pula sekolah mereka bawa mereka ketempat-tempat macam ini.Asyik-asyik rombongan pergi Petrosains.
Anak saya macam confuse juga bila saya cakap kita nak pergi rumah Bapa Perdana Menteri(Tun Abdul Razak) dan Pakcik Perdana Menteri(Tun Hussien On)."Boleh ke masuk ke rumah mereka emak" dia hairan. Istana Negara yang lama yang telah dijadikan Muzium itu pun seronok untuk dilawati,saya selalu tengok Istana Negara tu bila keluar di TV macam besar sangat,bila dah masuk didalamnya ternyata ia tak lah besar mana pun dan dah agak nampak uzur,memang patut pun ia dibuat baru .Cuma Balai Rong Seri saya tak dapat tengok sebab dalam proses pengubahsuaian. Naufal tanya soalan kenapa banyak beradu-beradu ini. Dia confuse bilik tidur jadi bilik beradu kat Istana,kena lah maknya menerangkan beradu tu apa he he.Sampai kat rumah dia pula pandai-pandai cakap bilik emak dia kat rumah "Ini Bilik Beradu Permaisuri Jana" ha ha ha maknanya tu dia dah fahamlah kan.
SRI TAMAN (MEMORIAL TUN RAZAK) |
BERGAMBAR DENGAN BAPA PM |
BERGAMBAR DENGAN UNCLE PM |
BUDAK INI DAH MERENGEK PENAT SAKIT KAKI |
Seriously penat gila kami berjalan hari itu,sebab itulah saya panggil marathon dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang.Sampai merengek kepenatan Naufal (hah nak jalan sangatkan).Anak saya yang sulung tak ada,belum balik bercuti dari kolej,kalau tidak mesti lagi bermakna jalan-jalan menjejak pemimpin yang saya dan Encik Hubby saya buat ini .InsyaAllah akan jadi kenangan untuk mereka bila mereka dah ada keluarga sendiri nanti.
Naufal hari pertama setelah sessi persekolahan bermula semula dia cakap kawan-kawan adik kan emak dia orang bawa pergi bercuti ke London dan Australia bestnya lah emak.Saya pun jawab"adik pun best apa pergi rumah Yang Dipertuan Agong dan rumah semua Perdana Menteri,dia pun mengganguk dan dengan muka bangga bercakap "tu lah adik dah cerita dah dekat kawan-kawan adik,yang adik pergi rumah Agong,bapa Perdana Menteri dengan pakcik Perdana Menteri,dia orang banyak tanya kat adik " he he he. So Ok lah kan tu Naufal.
Kadang-kadang kita kena:_
ENJOY THE LITTLE THINGS,FOR ONE DAY YOU MAY LOOK BACK AND REALIZE THEY WERE THE BIG THINGS