Monday, 3 August 2009

Paparazzi




Ini gambar jurufoto yang tak bertauliah pada masa jamuan persaraan Hajjah Asiah hari itu. Terlalu sibuk ambil gambar orang sampai tak sedar orang pula ambil gambar kita. Yang berbaju kebaya itu orang muda sentiasa peka keadaan keliling jika ada orang nak ambil gambar. Yang dua orang jurufoto tu he he he ya la dah tua-tua baru dapat kamera sendiri tu yang tak ingat dunia sikit. Gaya Orang orang muda dengan orang lama ambil gambar memang tak sama.:-)


Jurugambar menjamu selera(yang lagi sorang dah hilang kemana

Friday, 31 July 2009

Aku kan Abang.



Dulu masa tengok iklan ini selalu teringatkan Naqiuddin suka buli Nabil,Tapi sekarang bila tengok iklan ini ingat Nabil pula suka buli Naufal.Anak-anakku sekelian ingat ya kan atuk selalu pesan(Kau orang inikan adik beradik jangan suka bergaduh dan buli adik). Saya percaya siapa pun yang tengok iklan ini terutamanya yang ramai adik beradik lelaki pasti akan teringat zaman mereka membesar.Dulu masa saya kecil-kecil abang saya suka buli ambil makanan saya.:-)

Oh ya saya rasa ini bukan iklan rayalah

Abah



Hari ini genap setahun permergian Abah saya pulang kerahmatullah. Malam tadi saya sekeluarga dirumah menbaca yassin dan tahlil dirumah untuk abah. Masih terbayang bayang lagi dimata saya menguruskan dia sakit dihospital selama sehulan lebih. Masa itu hospital merupakan rumah ke 2 bagi saya. Saya bergilir-gilir dengan abang saya menjaganya dihospital. Saya menjaganya waktu siang hari dan abang saya menjaganya pada waktu malam ,manakala weekend pula suami dan anak-anak saya akan bergilir menjaganya. Abah seorang yang tegas tapi sangat memanjakan cucu-cucunya . Masa abah pencen saya bersalinkan anak saya yang sulung Naqiuddin, boleh dikatakan masa dalam pantang saya dijaga oleh abah saya sebab masa itu emak saya masih bekerja disekolah tadika. Abah juga telah berpuasa selama 2 hari kerana membayar niatnya setelah saya selamat bersalin. Anak saya yang sulung memang di jaga oleh abah saya dan emak dari baby hingga umur 6 tahun. Sebab itulah dia memang yang paling manja dengan atuknya . Pada hari permergian atuknya dia menangis hingga terpaksa ditenangkan. Saya merasa sungguh bertuah kerana diberi anugerah, pada saya ia adalah satu anugerah kerana dapat menjaganya pada saat akhir,saya dan suami berdua yang mengadap abah disaat dia menghembuskan nafas yang terakhir dan suami saya yang membisikan kalimah ditelingnya. Apabila rindu saya akan pandang kerusi yang abah saya suka duduk jika didatang kerumah saya. Jika saya makan makanan yang dia suka saya kan sentiasa teringatkannya.Dan yang saya tak boleh lupa bila kali terakhir saya menciumnya waktu dia agak sehat dia menangis dan meminta saya sentiasa mendoakanya, ayatnya ialah” sentiasa doakan babah ya na” tak sangka saya 2 minggu selepas itu dia akan pergi. Insyallah abah, zana akan sentiasa doakan abah disetiapkali waktu sembahyang dan setiapkali waktu zana teringatkan abah. Anak-anak pun zana telah ingatkan supaya sentiasa berdoa untuk atuk.Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan abah digolongan orang yang beriman .Alfatihah.

Monday, 27 July 2009

Sukan Tahunan Cendekiawan Educare






Hari Sabtu yang lepas telah berlangsung Sukan tahunan untuk untuk Cendekiawan Educare Center. Saya ,suami dan Nabila(anak jiran) saja yang pergi ke sukan tahunan ini. Anak saya yang Sulung Naqiuddin pergi tuisyen dan No 2 Nabil ada hari kantin. Naufal pun ada masuk dalam acara sukan kali ini, acara yang disertai oleh Naufal ialah lari berpasangan dan isi air dalam botol. Ada 3 kumpulan iaitu rumah merah,hijau dan kuning. Naufal didalam rumah merah, ini adalah pertama kali naufal menyertai sukan. Bila berjalannya acara sukan untuk Naufal,dia sangat relax dan tidak bersungguh-sungguh untuk menang. Encik yazid dan saya yang bersungguh-sungguh ditepi padang menjerit namanya suruh dia cepat malangnya Naufal selamba sahaja. Tapi apa yang pasti bukan Naufal saja macam itu malah ramai juga budak-budak lain macam dia juga selamba sahaja. Mungkin ini pertama kali mereka bersukan. Seselamba Naufal pun dikedua-dua acara yang dia masukki dia mendapat no 1 dan 2. Walaupun hadiah taklah berapa menarik tapi saya rasa pendedahan yang dia dapat melalui acara sukan ini merupakan satu pengalaman berharga untuknya. Juara keseluruhan pada hari itu ialah rumah merah. Sukan tahunan ini berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Pulangnya dari sukan kami terus singgah ke kedai untuk makan tengahari.Kesimpulannya Encik Yazid dan saya kepenatan sungguh hari itu macam kami yang bersukan, budak yang sebenarnya bersukan relak saje dan terus lasak bermain dirumah.

Friday, 24 July 2009

Selamat Bersara


Cenderahati Sempena Persaraan Dari Puan Nur Ezwin


Gambar Semua Kakitangan Diunit Kami


Bergambar Kenangan dengan Hajjah Asiah


Semasa majlis berlangsung


Ini Ratu Kebaya Setiawangsa Dan Ratu yang hanya boleh pakai baju Kurung

Semalam dioffice diadakan satu jamuan khas sempena persaraan Puan Hajjah Asiah M Salleh Penolong Pegawai Tadbir Kanan diunit kami.Jamuan yang diadakan boleh dikatakan sederhana tapi alhamdullilah berjalan lancar dengan meriahnya. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Big Boss unit kami yang kecil orangnya Puan Nur Ezwin dan diikuti pula oleh ucapan penghargaan daripada Pengarah Tempat saya bekerja iaitu Dato Yeow Chin Keong.Makanan yang dihidangkan enak-enak belaka (maaf terlupa pula nak ambil gambar makanan). Terima kasih diucapkan kepada Hajjah Asiah diatas segala jasa baiknya mengajar dan membimbing kami semasa menjalankan tugas mahupun diluar waktu bertugas. Segala nasihat dari Hajjah akan kami jadikan panduan semasa menjalankan tugas dihari mendatang. Semoga berbahagia dialam persaraan dan nikmatilah alam persaraan dengan kelaurga yang tersayang. Kami akan merindui mu Puan Hajjah Asiah:-(

Wednesday, 22 July 2009

Confession No 4







Confession No 4, Confession terakhir dari saya.Inilah dia antaranya gambar yang cantik dari koleksi gambar-gambar yang banyak itu. Dari gambar-gambar ini akan menjadikan sebuah kenangan manis buat keluarga kami.Amiin.


Confession No 3






Confession No 3,sebenarnya package ini khas untuk Naufal tapi dah alang-alang tu abang-abang dan Emak dan ayahnya join sekalilah.Nasib baik masa itu kat Alamanda tak berapa ramai orang. Maka tak le segan sangat kami dibuatnya.