Monday, 12 October 2009

Aktiviti Hari Ahad

















Ni Happy ambil gambar,sedar tak kehulu-hilir sandang beg upin and ipin


Anak Gamat Pengsan


Hari Ahad semalam Anak saya Nabil and Naufal dibawa oleh sepupu-sepupu saya pergi menonton teater Gamat The Musical di istana budaya Kuala Lumpur. Saya ,suami dan anak yang sulung menghabiskan masa kami Di Jalan TAR sementara tunggu teater itu habis. Kami makan di Insaf Restoran,beli Kasut di Central Shoe(macam nak tutup je kedai tu),pergi Minerva beli Novel(heaven untuk peminat novel semua novel less 20%). Tujuan asal kami ke sebenarnya nak ke Chow Kit untuk membeli gula-gula di kedai wholesale yang ramai orang sebut-sebut disekitar situ.Ia adalah persiapan untuk hari jadi naufal yang ke 5 tahun kononya nak disambut sekolahnya nanti. Kami tak tahu kedai itu sebenarnya dimana.Setelah menelefon anak saudara kami Noi,barulah kami jumpa kedai itu dimana. Tapi malang bagi kami kedai itu tutup pada hari Ahad. Itulah akibatnya sebelum pergi tak bertanya buka ke tidak kedai itu pada hari ahad pakai redah je,tulah padahnya. Bila dah kedai itu tutup kami pun bertukar pula arah pergi ke kedai wholesale di GM Plaza di Chow kit . Kami sungguh teruja bila tempat parking disitu keretanya kena naik lift. Kecoh sungguh kami tiga beranak di dalam lift itu. Akhirnya kami menghabiskan masa membeli barang-barang yang merapu disitu cermin mata hitamlah dan lain-lain lagi. Saya juga memborong tuala mandi disitu kerana harganya memang murah.

Setelah menghabiskan masa dengan benda yang bukan-bukan disitu kami pun pergilah mengambil anak kami di Istana Budaya. Sampai saja disitu mereka tak keluar lagi dari show itu. Saya terpaksa menunggu lagi setengah jam barulah persembahan Teater itu habis.Kesudahannya gula-gula untuk goodies bag birthday Naufal nak tahu kami beli dimana he he kami beli di Maidin Supermarket Putrajaya saja.:-D


Tag Masak-Masak

Tag masak memasak from NOI

1. Suka memasak?

Suka masak,well nak makan kan kenalah masak,tapi untuk family oklah. Keconfidentnan nak jamu orang dengan masakan sendiri tu belum lagilah.Bila orang nak datang mulalah berpeluh-peluh mengelabah.


2.Masakan istimewa anda untuk yang tersayang adalah ... (2 jenis)

Suami dan anak-anak suka makan nasi goreng and stew daging yang saya masak Sebenarnya mereka tak cerewet. Bila tanya sedap ke? Jawapan mereka mesti tidak menghampakan saya (ke nak jaga hati he he)


3. Makanan istimewa yang anda suka di waktu Raya? Kenapa? (2 jenis)

(1) Ketupat with kuah kacang – walaupun tak hari raya pun ada makanan ini ,tapi bila hari raya feelingnya lain makan ketupat and kuah kacang .

(2) Rendang Daging Mak mertua-sekarang susah nak dapat sebab mak mertua dah tak larat nak buat.

4. Kuih raya kegemaran anda dan si dia

Hubby suka makan kuih susu, bila dah kahwin dengan saya je dia jumpa kuih ini sebelum tu dia tak pernah jumpa, saya pula suka makan kuih tart nenas yang auntie muni saya buat

5. Tayang sikit masakan dari anda.
saya jarang ambil gambar masakan saya sebab presentationnya selalu tak menarik,malu pula nak tunjuk



6. Tag 10 orang rakan ada.

Ramainye 10 ...
1. Norzila-zila
2. Che wani - wanie
3. Che chu - ochu
4. che sofia-sofia


Adalah juga dimaklumkan siapa-siapa yang berminat nak jawab tag ini amatlah dialu-alukan.Lelaki pun boleh je :-D.


Sunday, 11 October 2009

Bertunang And Open House.








Semalam seawal jam 11.00 pagi kami sekeluarga kecuali yang sulong dah keluar dari Putrajaya untuk pergi banyak rumah.Tujuan asal ialah kami harus pergi 4 buah rumah iaitu rumah nenek sekejap,Taman Setiawangsa,Puncak Setiawangsa and Ampang. Kesudahannya kami hanya dapat pergi 3 buah rumah sahaja yang di Ampang itu kami tak sempat sebab hari dah petang sangat. Ini semua adalah disebabkan jammed yang teruk disana-sini. Mungkin bila weekend dibulan Syawal ini banyak open house itu yang jammed teruk tu. First kami pergi rumah nenek saya sekejap jumpa nenek dan mak saya, sekejap sangat pun adalah dalam 45 minit je.Takpalah nenek ya nanti kami datang lagi. Sepatutnya selepas itu kami kena pergi ke Ampang memandangkan jalan yang jammed teruk kami telah tukar plan untuk pergi ke Taman Setiawangsa dulu untuk menghadiri majlis Pertunangan Penolong Pengarah dioffice saya Cik Sofia binti Shahuddin. Kami sampai disitu pun around 2.45 majlis pertunangan sedang dilangsungkan. Kami telah dijemput makan oleh kaum keluarga Cik Sofia. Sebenarnya masa itu memang perut kami dah lapar sangat jadi kami memang menikmati sungguh juadah yang disajikan. Makanannya semua sedap-sedap, selepas makan anak saya yang kecil sibuk nak masuk rumah katanya nak tengok pengantin,saya pun menerang ini bukan majlis perkahwinan ini majlis pertunangan ada yang perempuan sahaja,. yang lelaki tiada walaupun pada masa itu saya perasan tunang Cik sofia ada didalam khemah berbaju melayu berwarna PINK. Anak Saya sibuk kata cantiknya kakak itu mak bajunya warnanya pink macam princess. Anak saya itu memang meminati colour pink. Tak nampak pula saya kawan-kawan office yang lain . Selepas saya bergambar serba sedikit saya pun minta diri untuk pulang meneruskan perjalanan yang seterusnya.Oh Ya Cik Sofia tetap Cik Sofia bila bergambar sementelah majlis ini memang untuknya maka makin voguelah dia dimajlis itu.....:-)

Dari majlis bertunang kami pergi pula ke majlis rumah terbuka kawan sekolah husband saya di Puncak Setiawangsa 10 namanya Datuk Aman. Anak saya teruja melihatkan rumah kawan husband saya yang besar itu "kayanya kawan abah ini kata Nabil. Nak masuk kawasan rumah nya saja kena tempuh 2 guard house. Sebenarnya setiap tahun dia akan menjemput husband saya ke majlis rumah terbukanya tapi kami saja tak berkesempatan nak pergi sebab biasanya majlisnya sentiasa bertembung dengan majlis-majlis yang diadakan oleh family terdekat kami. Husband saya bila dah jumpa kawan-kawannya terus kenyanglah,sayalah yang kena layan anak-anak. Makanan yang disediakan memang marvelous(sate,roti canai and roti bom,putu mayam,laksa,nasi beriani,lemang,mee goreng dan macam-macam lagi semuanya masak disitu. Masalahnya anak saya yang kecil teruja tengok rumahnya yang besar macam resort tu lari kesana-sini kita yang nak makan ini tak senang dibuatnya. Ayahnya pula asyik bernostalgia dengan geng-geng sekolahnya . Kami seronok dan tak segan sebab family kawan husband saya tu very humble. Husband cerita dulu family kawan dia susah bapa kawannya itu hanya bekerja sebagai tukang gosok baju di kem tentera,bila melihatkan keadaan dia sekarang tentu ibubapanya berbangga dengan kejayaan anaknya. Oh Ya saya terlupa nak ambil gambar husband dengan owner rumah ini.Next year kalau berkesempatan dan dijemput insyaallah kami akan datang lagi dan lagi dan lagi..(tak malu he he)



Naufal pantang suruh ambil gambar,dah pandai bergaya dah









Geng bas sekolah Cik Yazid


Bilik sembahyangnya


Tempat ambil air sembahyang dia pakai censor you



Friday, 9 October 2009

Jamuan Hari Raya Naufal

menangis sebab cik chu dan maknya nak ambil gambar



Cik chu kata handsome macam abang jamil, butang baju melayu aku mana Pah



Naufal dan terowongnya




















Semalam saya cuti sebab banyak urusan bank perlu diselesaikan, kad bank asyik rosak je tak tahulah kenapa. Kebetulan pula semalam juga ada jamuan Hari raya disekolah Naufal. Student kena bawa sumbangan makanan,so saya dan husband bagi dadih je sebab kami rasa dadih mesti budak-budak suka. Saya buat dadih flavour blueberry and capucinno. Banyak jugalah kami buat.Naufal pergi sekolah pakai baju melayu tapi baju melayu tahun lepas.Baju melayu Naufal tahun ini warna biru tapi seluarnya agak senteng,jadi saya tak pakaikan,memang tahun ini baju melayu Naufal sorang je yang spoil anak-anak yang lain ok je. Naufal sebok nak pakai sampin,sebab cikgunya suruh,nasib baik sampin abang-abangnya masa kecik-kecik ada matching pula dengan baju melayu yang nak dipakainya itu. Naufal kalau cikgu yang suruh memang kecoh,cuba kalau kita yang suruh pakai sampin mesti dia taknak. Grand juga sambutan hari raya sekolah Naufal pagi untuk kanak-kanak,tengahari pula untuk ibubapa. Semalam kan hari Khamis kakitangan kerajaan kena pakai baju batik ) maka ramailah ibu-bapa yang datang pakai baju batik nampak cantiklah pula.Sekarang ini pergi mana-mana dia sibuk dengan teropongya,kami beli teropong itu sebab dia dan Nabil anak kedua saya akan pergi menonton Teater kanak-kanak Gamat The Musical Ahad ini. Lambat beli tiket jadi dapatlah tempat duduk yang belah atas takut tak nampak itu yang kami belikan teropong tu. Naufal tak panggil teropong tapi terowong. Kadang-kadang kami bergaduh sebab nak guna teropong itu. Bila dah gaduh dia akan suruh ayahnya beli lain. dia kata "ayah belikan adik terowong ayah" ayah yang suka melayan itu, menjawablah pula boleh tapi macamana ayah nak masukkan terowong dalam kereta he he......

Wednesday, 7 October 2009

PMR Today



Gambar ini dari newspaper today just imagine tengah jawab soalan TPM ada, tak ke agak menganggu kosentrasi pelajar ( disalah satu sekolah di Putrajaya)

Hari ini anak saya yang sulung akan mengambil peperiksaan PMR, masalahnya malam tadi dia dah mula selsema dan batuk-batuk.Risau saya dibuatnya harap dia dapat menjawab kertas soalan dengan sempurna. My hubby cuti 3 hari untuk memberi sokongan kepadanya.Saya tahu anak saya tu stress nak ambil periksa.Nak cakap benda ini pun agak sensitive sebenarnya.Buat jelah setakat yang abang termampu mak akan menyokong dibelakang abang sentiasa.Memanglah dikalangan cucu-cucu my MIL anak saya tidak mencapai tahap kepandaian seperti yang lain.Tapi nak buat macamana kan bukan kita minta semua ini. Saya dan suami akan sentiasa berdoa kejayaan untuk anak-anak saya. Insyaallah mereka akan berjaya juga dalam hidup mereka suatu hari nanti.Bukan nak emotional tapi kadang-kadang bila tengok reaksi ada di antara mereka not all ya ada sebilangan kecil dari mereka bila dapat tahu akan keputusan peperiksaan yang anak -anak saya lalui sangat menyentuh perasaan saya walaupun saya masih boleh tersenyum. Like I said early bukan kita nak jadi macam ini tapi at least bagilah perangsang untuk mereka yang masih muda-muda ini untuk meneruskan kehidupan. Noi if you read this (family paklong asri tak termasuk ya...anak-anak makusu selalu cakap family maklong and paklong je yang ok).Even tengah tulis blog ini sekarang airmata ini asyik nak meleleh je.Emotional betul lah saya pagi ini mungkin sebab tengah fikirkan anak yang sekarang tengah berjuang dengan kertas peperiksaan disekolah .Abang mak tahu abang akan baca blog mak ini nanti buatlah peperiksaan ini sebaik mungkin perjalanan abang masih panjang. Mak and abah akan menyokong abang sampai bila-bila.

Monday, 5 October 2009

Rumah Terbuka Ahli Parlimen Putrajaya


Suka sgt buat gaya ini tak sesuailah Encik Yazid






berpeluh-peluh makan



Nabil tengah kecek biskut dekat Naufal







Anak beranak jalan berderet



Semenjak 2 menjak ini saya makin malas nak update blog ini sebabnya hari-hari leka dengan facebook,kami sekeluarga dok demam facebook, dalam keluarga kami hanya Naufal je yang belum ada facebook yang lainnya semua ada. Hari raya pun dah masuk minggu ketiga tapi ada 2 lagi rumah abang ipar yang saya tak pergi lagi malahan rumah abang saya yang sorang je tu pun saya tak pergi lagi.Ingatkan minggu lepas nak pergi tapi abang saya takda rumah.Hubby tak berapa sehat. Cuma pada hari Sabtu yang lepas masa nak pergi Alamanda kami lalu kat padang didepan pusat Komuniti Presint 9 rupanya ada rumah terbuka ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor. Naufal yang teruja tengok banyak khemah kecoh ajak ayahnya pergi kenduri katanya. Kebetulan masa itu ada parking kami menyinggahlah juga. Mula-mula tu saya segan juga sebab tengok orang pakai baju raya(baju kurung) saya pakai baju macam nak pergi shopping je.Hubby kata takpa ok je. Makanan memang banyaklah juga,tapi beratur nak ambil makanan yang tak sanggup ditambah pula oleh cuaca yang panas. Alhamdullilah kenyanglah juga perut ini.Hasil dari kesabaran kami beratur dapatlah kami makan nasi beriani,mee goreng and Laksa Penang.Bila dah kenyang kami meneruskan tujuan asal kami untuk pergi ke Alamanda dengan gembiranya.