Saya telah dipujuk oleh Naufal Bam Bam saya untuk melanggan cerita ini diAstro Best,mula-mula saya tak layan,saya kata tunggu je DVD keluar nanti rugilah kalau melanggan untuk 48 jam sahaja siarannya,baik beli DVD.Tapi tunggu punya tunggu kat kedai tak keluar-keluar juga DVDnya,So kesian kat Naufal akhirnya emaknya ni pun melanggan lah cerita ini.
Rasanya tak rugilah melanggan cerita ini,banyak pengajaran yang kita dapat bila menontonya dan ia sangat sesuai untuk tontonan sekeluarga,ada banyak jugalah adegan sedih,Naufal kan bila babak sedih je mulalah menyorokkan muka atau buat-buat nak pergi toilet sekejap tak nak orang perasan dia menangis,hai anak saya yang sorang ini memang penuh dengan emosinya.Ceritanya mengenai sepasang suami isteri yang teringin nak anak tapi tak ada,so mereka menulis keinginan dan hasrat mereka di atas kertas dan dimasukkan kedalam peti kayu yang ditanam dikebun hadapan rumah.Pada suatu malam hujan lebat dengan petir yang menyambar-yambar maka timbulah budak yang bernama Timothy ini,dikaki budak ini ada tumbuh beberapa helai daun,kalau nak tahu cerita seterusnya silalah mencarinya dikedai-kedai DVD yang berhampiran ya,dijamin tak menyesal selepas membelinya.
Naufal yang kuat berangan tu,telah mencadangkan kepada emaknya ini."Kalau mak hendak anak perempuan,tanamlah macam emak Timothy tanam tu,Emaknya ni pun tanya nak tanam kat mana Naufal dah lah duduk di apartment ha ha ha,kalau Auntie Mynn(Salam 2 Benua) bolehlah dia ada kebun dalam kawasan rumahnya. Saya kadang-kadang suka melayan Naufal dengan soalan-soalanya.Walaupun saya tau The Odd Life Of Timothy Green ini ceritanya adalah cerita fantasy.
Dia tanya saya kalau emak dapat anak perempuan macam Timothy ada daun dikaki tu,mak nak letak nama apa.Jawapan saya ialah kalau lelaki namanya Timothy ,perempuan pula kita letak nama Timah Timotina lah,tergelak-gelak dia sampai keluar airmata dek kerana gelihati sangat. Syokkan sekali sekali berangan menghiburkan hati,kan berangan tu percuma bukan kena bayar pun :).
owh noooo tak bole bygkan anak kak jana nama camtu....
ReplyDelete