Semalam anak saya yang bongsu dengan happynya bagitahu saya,disekolahnya ada salah seorang peserta Imam Muda musim ketiga ada datang kesekolahnya dan memberi ceramah. Saya pun bertanya Imam Muda yang mana satu,beliau menjawab sambil tersenyum "Imam Muda Naufal".
Ini dialog saya seterus dengan anak saya.
Mak jana: Wah Imam Muda Naufal ke,Handsome kan dia adik?
Naufal : Ah aah Handsome sambil tersengih.
Mak Jana: Adik tak cakap ke kat Imam Muda Naufal tu,nama adik pun Naufal juga.
Naufal :Hmm Tak payah,Imam tu yang tanya siapa kat sini namanya Naufal macam nama saya.
Mak Jana: So ramai ke adik?
Naufal : (sambil buat mata)Ramaiiii sangat,adik rasa macam semualah nama budak lelaki kat sekolah adik namanya Naufal juga.
Mak Jana :Ha ha ye ke,tak apa lah yang penting adik bukan sahaja nama sama tapi handsome pun macam Imam Muda Naufal juga.(statement tak boleh belah mak si Naufal tu,sila muntah ha ha)
Saya rasa lah ramai yang nama sama macam anak saya itu,kebanyakkannya umur lebih kurang sama juga dengan anak saya,sebab nama ini kan ada musimnya.Masa saya melahirkan anak saya Naufal,memang masa itu musim orang menamakan anak lelaki mereka Naufal.He he macam sekarang lah ramai juga yang anak lelaki diletakkan namanya Aaron,perempuan pula ramai yang suka ada Sofea dipermulaan atau hujung namanya. Jangan terperanjat pula lepas ini ada juga yang letak nama anak lelaki Adam Mukhriz yang perempuannya Ain Hawani gara-gara minat sangat Drama Adam Dan Hawa. Tak Mustahil tu kan?,mesti ada tengoklah nanti ngeh ngeh.
Inilah Imam Kenit Saya Yang Handsome tu "Imam Kenit Naufal"
Salam kenal,
ReplyDeleteSeronokla dapat jumpa Imam Muda...lagi seronok nama sama..
Kmiedaz,
ReplyDeleteTerimakasih sudi singgah,memang Naufal seronok sangat hari itu,semoga dia juga menjadi insan yang soleh seperti Imam Muda Naufal tu
ada satu client kat sini nama naufal nafis... cam sedapjer nama dia...
ReplyDelete