Tuesday, 8 November 2011

Happy Birthday Prince Naufal And Princess Azalia

Birthday cake

my family


bitrhday boy and girl

Prince Naufal

Lamanya saya mendiamkan diri di dunia blogging,tak tahulah saya sangat sibuk dioffice mahu pun dirumah,masukkan gambar dah lama tapi nak menaip di blog mak ai tersangatlah tak sempatnya.

Tapi memandangkan ramai yang tanya kenapa saya tak tulis entry pasal birthday anak saya Naufal,dan bila Si Naufal sendiri bertanya pada saya mana cerita birthdaynya, maka saya terpaksa merajinkan diri dan mencuri-curi masa untuk menaipnya.

Well birthday Naufal sebenarnya ialah pada 24/10/20011 tapi saya telah mempercepatkan sambutannya kepada 22/10/2011 kerana majlisnya akan disambut bersama dengan cousinnya(anak abang saya) Azalia.Pada mula kakak ipar saya bercadang untuk membuatnya bersama di mana-mana kedai fast food tapi saya tak berapa bersetuju kerana untuk kanak-kanak fast-food memang kegemaran mereka,tapi untuk yang dewasa dan generasi mak and pak sedara,nenek and atok saya rasa makanan-makanan tersebut tak berapa sesuai dengan tekak mereka.

Akhirnya kami bersepakat untuk menyambut majlis harijadi mereka berdua di Umai D' Lake Cafe.Boleh dikatakan sepanjang bulan Oktober dari awal bulan hingga pertengahan bula , waktu jam 2.00 petang keatas asyik hujan sahaja.Hujannya pulak jenis yang hujan sangat lebat,keadaan cuaca ini amat membimbangkan saya,kerana kalau hujan memang akan boleh menjejaskan suasana dan persekitaran tempat yang kami nak buat majlis nanti. Saya dan Encik hubby sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah supaya cuaca pada hari 22 haribulan itu tidak hujan.Alhamdullilah doa kami dimakbulkan cuaca memang sangat cantik tidak panas dan tidak hujan redup sahaja.


Umai Cafe

Jemputan kami adalah dalam lebih kurang untuk 100 orang,dan Alhamdullillah hampir semua yang kami jemput dapat menghadirkan diri.Sambutan ini juga adalah untuk emak dan mak mertua saya kerana kedua-dua mereka kebetulan menyambut harijadi pada bulan Oktober juga ,jelas kegembiraan diwajah mereka berdua,ialah besan-besan ni kan jarang dapat berjumpa,bila dah berjumpa macam-macam cerita lah,lebih-lebih lagi cucu-cucu sambut birthday maka bertambah berganda happynya kan

Saya berpuashati sambutan birthday Naufal dan Azalia berjalan dengan lancar dalam suasana yang ceria dan menyeronokkan. Penat lelah kerana penyediaan untuk sambutan majlis ini tak terasa kerana happy sangat.Biarpun belanja yang keluar agak besar juga dari biasa,tetapi bila tengok muka anak-anak dan emak,emak dan ayah mertua,saudara-mara ceria,semua itu kami tolak ke tepi dan tak jadi masalah besar dah ha ha.

Kek utama kami order di Bake Freshly , 2 lagi kek untuk mak mertua dan mak saya kakak ipar saya beli di Puchong(tak sure nama kedai). Bake freshly dah 3 kali buat kek hari jadi untuk Naufal,walaupun orang cakap susah nak tempah dengan Anna(the owner) sebab sentiasa fully booked tapi tidak pula bagi kami,mungkin kami dah biasa tempah dan duduk Putrajaya juga,senang je kami buat tempahan kek dengannya.

Kalau nampak face painting dekat muka budak 2 orang yang sambut birthday tu,ia dibuat oleh sepupu saya yang sangat pandai dan kreatif dengan face painting ini namanya Nadiah.Semua kanak-kanak yang hadir boleh buat face painting dimajlis ini,kami buat satu sudut untuk face painting.

Birthday boy and Girl dapat banyak hadiah,jenuh juga menunggu mereka buka hadiah masa sessi buka hadiah sebab banyaknya hadiah yang perlu dibuka,majlis tamat pada pukul 6.00 petang. Saya pulang dan sampai kerumah dalam pukul 7.30 petang,malam barulah terasa sakit-sakit dan sengal satu badan sebab kepenatan.

Malam hari tu hujan sangat lebat,saya cakap dengan En.hubby doa kita sebelum ini ialah "Ya Allah ya tuhanku aku bermohon kepadamu agar tidak hujan hari tersebut,kalau nak hujan pun biarlah hujan pada waktu malamnya. Memang betul pun malamnya hari itu hujan turun dengan sangat lebat, kami yang kepenatan ini tidur lena dalam suasana sejuk hujan malam Alhamdullilah,Syukur :)

Nak tengok gambar-gambar birthday jom KLIK sini dan sini KLIK .


1 comment:

  1. Salam.
    Tumpang tnya, awak booked umai cafe diorg charge bape yer?mksud sy jika kite nk buat sambutan harijadi kat sna? Katering disediakan oleh umai kan?satu kpla die charge bepe plak eij? Sori la byk tnya..sbb sy cadangnye nk wat bezday anak kat situ next month..mntk sgt awak bleh membantu.tqvm dear..

    mamajong.blogspot.com

    ReplyDelete