Wednesday, 24 August 2011

BUDAK KACA MATA


Comel pula budak ni pakai cermin mata

Hari anak saya yang bongsu Naufal balik dari sekolah dengan membawa surat rujukan dari Doktor yang check mata untuk murid-murid sekolah.Naufal mengalami masalah penglihatan dan telah dirujuk kepada Pakar Mata Di Hospital Putrajaya. Appointmentnya telah ditetapkan pada 12 September pukul 2.30 petang.

Adakah ini bermaksud Naufal akan kena pakai cermin mata, kalau ya ini bermakna Naufal lah generasi pertama dalam keluarga saya dan Encik hubby yang kena pakai cermin mata diusia yang muda. Tadi dia cakap Cikgu kelasnya pesan nanti jangan buat cermin mata yang mahal-mahal. Itu sememangnya dah pasti, budak macam Naufal nak pakai cermin mata,pakai jam ditangan pun asyik sekejap pakai sekejap buka,kalau kena pakai cermin mata nanti entah macamana lah pula ragamnya.Emak dan ayah yang pasti akan dapat tugas baru nanti asyik nak kena jaga cermin mata dia. Hmm tengok je lah bila sampai waktunya nanti.

Mungkin ini lah akibatnya kalau asyik mengadap TV dan komputer je,tapi nak buat macamana kan komputer itu keperluan utama zaman sekarang. Saya rasa bukan sahaja semua budak-budak malahan orang tua pun sama asyik mengadap komputer juga :)


Agak -agak budak ni pun nanti comel tak kalau pakai cermin mata



ISH ISH ANAK SAPA LAH NI HA HA HA


No comments:

Post a Comment