Hari ini dah masuk hari yang ke 20 puasa cepatnya masa berlalu,rumah tak kemas lagi bila nak start kemas ni ,rasanya minggu ini masa yang paling sesuai.semalam dah beli mask untuk tutup hidung sebab saya dan anak saya yang nombor dua Nabil sangat alergic dengan habuk.Kalau dah terbersin-bersin nanti berkemas rumah entah pergi kemana sudahnya.Naufal setakat ini tak tinggal lagi puasa,selamba je dia,cuma lepas waktu berbuka dia minum Teh O kurang manis dekat setengah jug Naufal sangat suka dengan Teh O.Semalam saya pergi dengar ceramah Penerapan Nilai-Nilai Murni dioffice .Jemputan penceramah semalam ialah Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah binti Syed Badiuzzaman pemenang Qariah Musabaqah Antara Bangsa untuk Tahun Lepas. Bila dia mengaji Masya Allah and Subhana Allah meremang bulu roma kita dibuatnya merdu sungguh. Tajuk ceramah semalam ialah Al-Quran Cahaya Sunnah.
Kelmarin saya pergi juga dengar ceramah ini dan penceramah kelmarin ialah Imam Muda Asyraf juara peserta Imam muda tahun lepas.Saya memang suka bulan ramadan Di JPA kerana boleh dengar banyak ceramah ugama.Cuma tahun ini tak seseronok seperti tahun-tahun lepas kerana ceramahnya dalam seminggu hanya 2 atau 3 kali,sedangkan di tahun lepas hari-hari ada ceramah :(.
Nak buat macamana sebab yang organise ceramah tahun ini bukan orang yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya.Bila aktiviti-aktiviti agama dicampurkan dengan aktiviti-aktiviti rumah-rumah seperti rumah sukan macam ini lah jadinya.kalau boleh bulan ramadan ini kami nak dengar ceramah sahaja,ini tidak siap dengan kuiz lah so masa ceramah tu pendeklah sikit hmmm. Tapi still bersyukur dengan apa yang ada,takpalah 2 atau 3 kali seminggu pun tak apa daripada tak ada langsung betul tak.
Oh ya masa ceramah semalam saya tunggu sampai ustazah keluar dari auditorium sebabnya nak salam dengannya nak ambik berkatlah katakan. Seperti tahun-tahun yang lepas sambil berbuka nanti saya akan ceramah lah pula kepada family apa yang saya dah dengar tadi .So far nampaknya anak-anak dah Encik Hubby berminat dengan apa yang Ustazah Jana ni sampaikan pula he he.
Dalam ceramah semalam Ustazah Sharifah Khasif berkata barang siapa yang mengamalkan sentiasa membaca Al-Quran segala doa-doanya yang dipinta akan didahului dimakbulkan daripada doa-doa orang lain
Ustaz Imam Muda Asyraf pula kelmarin menyatakan "berdoalah kita seperti bayi yang menangis meminta susu kepada ibunya,contohnya bila baby menangis nak susu menangis perlahan mungkin ibunya akan meneruskan kerja-kerja yang mereka sedang lakukan ketika itu,tapi bila baby menangis dengan kuat,ayer mata yang meleleh-leleh dan muka yang merah pasti ibunya akan berasa belas dah terus menyusukan bayinya,begitulah juga kita umat Muhammad ini berdoalah kita dengan seluruh hati,dan merayu sehingga menangis kepada Allah S.A.W nescaya InsyaAllah akan dimakbulkan doa kita terutama sekali dihari 10 terakhir penghujung bulan Ramadan yang mubarak ini.
Itu antaranya yang saya ingat dari dua ceramah yang saya dengar,kalau silap pendengaran dan pemahaman saya harap maaf ya.Yang buruk itu adalah dari saya yang baik itu adalah dari Allah SubhanawaTaala.
P.S. Di bulan Ramadan ini saya sangat rindu dengan aruah abah saya.