Rehat sekejap selepas berlari ambil kamera dikereta
Naufal pakai baju Nabil Yang pernah dipakai 10 tahun dulu
Anak-anak lebih tinggi dari abahnya
Ini cerita hari Ahad lepas tapi baru boleh masuk entry today,semenjak dari mula cuti sekolah my son yang number dua sibuk ajak nak pergi Aquaria DiKLCC,tapi entahlah mak dia macam malas je nak pergi.Bukan apa jalan jauh nanti,lepas pergi balik sure sakit kaki.Ialah cuti sekolah ni mereka bangun lambat sikit waktu pagi,saya ni pula kalau nak jalan sekitar KL kalau boleh sekitar 10.00 pagi mesti dah keluar dari rumah,kalau lambat keluar mood boleh bertukar dari rajin nak keluar rumah kepada malas nak keluar langsung.
Nabil yang memang nak sangat pergi Aquaria,telah mempengaruhi Naufal untuk mengajak kami pergi ke Aquaria,malangnya Naufal yang sangat susah nak sebut perkataan Aquaria telah tersalah cakap dengan mengajak kami pergi Korea. Saya yang pening lalat ni(my favourite word now)pun menanyakan abang-abangnya"apa adik ni asyik nak ajak pergi Korea ni"mana dia dapat idea ni.Abil menerangkan Korea itu sebenarnya "Aquaria" so secara tak langsung tahulah siapa yang ajar adik pasal Aquaria kan.
Nak jadi cerita hari Ahad hari tu bersamaan dengan last day cuti sekolah,pagi lepas sarapan pagi saya buka blog my sister in law
sini.Mereka sekeluarga pergi Aquaria,Nabil pun apa lagi bisingla "tengok atikah dah pergi kita bila".Saya yang dah tak kuasa nak dengar pun teruslah cakap hah pergi siap sekarang jom kita pergi. Kadang-kadang benda-benda macamni kalau dirancang tak menjadi,maka kelam-kabutlah mereka bersiap sebelum maknya bertukar fikiran.Masa tu dah pukul 11.00 pagi Sisulung pula buat hal tak nak ikut,but me kan kalau nak pergi mana-mana anak-anak mesti semua ikut,maka tiada alasan lah taknak pergi kecuali tak sihat.Masa umur-umur macam sekarang nilah boleh paksa ikut pun,sikit hari lagi ajak macamana pun taknaknya yalah dah makin besar nanti.
Kami sampai di DiKLCC pada pukul 12.30,kami parking diKLCC dan mengambil masa 15 minit jugalah untuk berjalan ke Aquaria tu,sebelum ni kami pergi Aquaria parking di KL Convention Center tak terasa jalan berjauh sangat macam ni.Nasib baik orang tak ramai sangat jadi beratur sekejap je lah masa beli tiket,untuk 4 orang dewasa dan seorang kanak-kanak jumlah harga tiket yang kami kena bayar ialah RM128.Nak jadi cerita, dah siap beli tiket baru perasan kamera tertinggal dalam kereta.Tak syoklah takda kamera kan.Mak dia ni mula lah tak da mood nak masuk Aquaria.Nasib baik Nabil akhirnya kesiankan maknya ni sanggup balik semula ke parking untuk ambil kamera dengan syarat si sulung pun ikut sama.Barulah emaknya boleh tersenyum.Kesian juga melihat diorang kena pergi ambil kamera dekat parking sebab memang bukannya dekat pergi dan balik ambil 1/2 jamlah juga,tapi nak buat macamana no kamera tak happening la ngee.
Kesudahannya kami telah menikmati saat-saat yang menyeronokkan di Aquaria sekeluarga.Keluar je dari Aquaria kami singgah sembahyang di surau disitu.Lepas sembahyang perut pun mula lah rasa lapar,hubby cakap nak makan nasi and no to fast food.Saya ajak makan di Penang Village,masalahnya kaki dah tak larat nak jalan maka kami akhirnya makan ditempat makan yang pertama kami jumpa di dalam KLCC itu iaitu KFC. Kami makan KFC dan memilih set yang ada nasilah sebab hubby really lapar nak makan nasi.Ok lah juga dah tak da pilihan lain kan.Walaupun tekak nak makan masakan yang ala-ala tom Yam tapi dah nak pukul 3.30 petang masa tu.So telan jelah makanan yang ada itu. Balik dari KLCC kami singgah ke bandar Kinrara nak jumpa emak dan anak-anak abang saya kerana dah 2 minggu tak jumpa.
Nampaknya cuti sekolah kali ini anak-anak memang betul-betul berjalan sakan ialah pergi Singapore,Sunway Lagoon,enjoy futsal Di Sport planet and last sekali pergi Aquaria so lepas ni anak-anak ku sekolah nak buka semula belajarlah rajin-rajin ya.Kalau belajar rajin-rajin,berkelakuan baik dan rajin tolong mak and terutama sekali waktu Solat tak payah bersuruh cuti akan datang kita akan buat planning yang lagi best . So ingat pesan Mak ni.