Tuesday, 22 January 2013

Season Finale of GG



Baju ini design by Elie Saab

 
Setelah bertahun melayan Gossip Girl akhirnya habis jua kisahnya dengan diakhiri dengan season ke 6,walaupun pada asalnya saya rasa cerita ini,tak berapa sesuai untuk umur saya yang dah 40 an (sepatutnya layan soap opera)ini tidak  melayannya pula cerita yang namanya pun An American Teen Drama ,tapi saya redah sahaja lah,pasal dah tertengok dari season 1 kan,so seharusnya saya melayannya sampai finale season,kata orang-orang tua,tak baik tau tak habiskan sesuatu yang kita dah mulakan ha ha ha.(ayat cover lebih tu)

Ending cerita ini ialah Blair Waldof kahwin dengan Chuck Bass,Serena Van Der Woodson berkahwin dengan Dan Humprey,rupa-rupanya selama ini si pembawa gossip yang sebenar ialah si Dan Humprey tu ha ha ha(hampeh betul jantan sorang ini si penyebar gossip rupanya)oppsss jaga sikit bahasa yang keluar dari mulut tu ya Puan Jana.

Saya tau tentang perkataan yang orang muda suka tulis X0XO itu pun dari cerita inilah,yang menambahkan saya agak-agak  perasan sikit ialah BFF saya (Tokey Jamu terkenal sekarang ini)dah hampir 20 tahun memanggil saya dengan panggilan manja "S",bila tengok cerita ini Blair panggil Serena dengan panggilan "S" membuat si Jana tu ada ditimpa perasaan ala ala vogue sikit.(sila muntah ha ha ha)

Opps dah-dah lah tu melalut ya,sebenarnya saya nak cerita baju wedding dua  BFF dalam cerita ini ,sangat kontras design keduanya,pilihan saya ialah lebih kepada baju Wedding Blair Waldof,warnanya cantik sangat.I loikeee


memang very the Serena dress ini



Baju  ini pula design by George Chakra



So you all pula suka yang mana satu,I will miss Gossip Girl

Until then XOXO Gossip Girl(erkkk girl ke)



Monday, 7 January 2013

Nenek Oh Nenek



Tahun baru saya bermula dengan saya duduk di Hospital untuk menjaga nenek yang kakinya patah,macamana boleh patah,sebab dia jatuh masa nak masuk kereta semasa nak pergi Klinik Kesihatan. Kakinya penuh juga dengan luka ,tapi cerita yang betul kaki nenek sebenarnya dah lama patah,tak tahu bila agaknya kaki itu sebenarnya patah ,since nenek tak boleh berjalan dan  dah bertahun duduk diatas wheel chair itu yang nenek sendiri pun tak perasan.Kalau tak disebabkan luka yang menyebabkan kakinya bengkak dan macam nak hitam sebab nenek ada kencing manis,memanglah tak tahu kaki nenek patah.

Pengalaman menjaga nenek duduk dalam ward memang penuh dengan suasana yang warna-warni,warna-warni yang saya maksudkan  ini ialah hati memang kena bersabar banyak-banyak dengan nyanyian bebelan nenek, nenek  kaki sahaja yang sakit tapi mulut tak sakit ya,dan juga macam-macam ragam lagi,mana dengan ragam nenek ditambah lagi dengan ragam orang yang menjaganya bergilir-gilir pula.Memang masa-masa macam inilah kita boleh nampak true colour yang sebenarnya seseorang itu,saya akan simpan semuanya untuk diri sendiri sebab sensitif.Tutup mulut kunci dengan mangga,kuncinya sila buang kat  tasik sebelah Masjid Sultan Zainal Abidin di Putrajaya ni ngeeee.

Nenek selalu complaint makanan Hospital tak sedap,tapi ada ke makanan hospital yang sedap ?,selalu suruh saya pergi beli lauk lain dicafeteria Hospital untuk buat lauk makan tengahari.Saya layan je apa yang dia hendak,cuma pada hari yang pertama tu pagi-pagi lagi dia suruh saya beli Teh Tarik,bila saya cakap tak boleh sebab dia kan warded,makan kena lah pantang sikit,tapi dia hendak juga,tak kuasa nak bising saya pun pergilah beli di Cafeteria,so selepas itu apa lagi chek gula dalam darah mencanak naik lah bacaan nya,bila saya kata tu lah nenek bila duduk hospital ini minum je lah  air apa yang diberi,nenek jawab kat rumah ok je dia minum teh tarik,tak ada apa pun masalah,jawapan yang cerdik tu nenek,masalahnya kat rumah ada ke nurse nak chek darah untuk kencing manis sebanyak 4 kali sehari,itu lah nenek saya Hajjah Fatimah binti Rauf.Lepas tu dia dah tak berani nak minta Teh tarik lagi sepanjang duduk dihospital.

Masa buat persiapan untuk bawa barang nenek ,mana tahu kalau-kalau lah dia kena masuk ward, nenek siap suruh saya bawakan jam loceng,alat pengaru dan lampu suluh,jam loceng sebab orang tua kan suka terkejut -kejut bila tidur malam,so bila dia terkejut je dia akan tenguk jam untuk tahu pukul berapa,alat penggaru sebab dia suka gatal-gatal dibelakang badan,tapi bila dia suruh bawa Lampu Suluh,saya abaikan sahaja dengan buat-buat tak dengar,nak suluh Doktor ke Puan Fatimah ha ha ha.

Kesimpulan nenek duduk ward selama 6 hari,nasib baik 6 hari sahaja,sebab kalau lebih rasanya akan timbul lagi warna-warna Pelangi.Bila nak menentukan giliran siapa yang jaga nenek.Betullah kata pepatah orang-orang tua seorang emak boleh jaga 10 orang anak,tapi orang 10 anak belum tentu boleh jaga seorang emak,seorang nenek boleh jaga 10 orang cucu tapi sepuluh cucu belum tentu boleh bergilir-gilir jaga seorang nenek.Kita tolak semua ketepi janji nenek sudah semakin sehat,tunggu je lah appointment buka balutan kaki nenek pada 29 Januari ini,warna-warna  apalah pula yang akan timbul.Saya nanti cuba pujuk nenek pada 29 Januari nanti duduk diam-diam je macam pengantin,orang angkat nenek masuk dalam kereta pun nenek diam je,ikutlah je apa yang anak menantu or cucu buat,jangan lah nenek humming-humming manja dengan kata-kata bebelan nenek yang merdu itu.Takut nanti muka yang ceria nak bawa nenek pergi hospital boleh jadi macam muka asam gelugor,ye nenek.(walaupun nenek tak baca blog jana ni he he he).

Walaupun pun nenek tak jaga sangat saya masa saya kecil dan sekolah,tapi nenek pernah jaga anak saya Muhammad Naqiuddin dan Muhammad Nabil masa dia kecil dulu,masa tu nenek boleh berjalan,merasalah anak saya berdua itu dijaga oleh Nyang mereka.Mereka suka cerita pengalaman mereka dijaga oleh Nyang masa kecil-kecil dulu,dan sudah tentu ketika mereka bercerita itu akan  disulami dengan gelak ketawa diatas pengalaman manis itu,

Terimakasih nenek sebab pernah jaga anak Jana yang juga merupakan cicit kepada nenek.

Bayangan Rindu


OMG Novel kesukaan saya yang ditulis oleh Anis Ayuni akan ditayangkan diAstro Citra dalam bentuk telefilem pada 20 Januari nanti.Novel ini saya dah baca banyak kali sampai tak terkira jumlahnya.Akhirnya ia akan di Telefilemkan,oklah ia dibuat tak bersiri, bukannya apa takut nanti jadi macam cerita "Adam dan Hawa" mula-mula ok kita tengok,tapi lama-lama macam dah melalut je jalan ceritanya.Agak menyimpang dari jalan cerita asal,watak-watak yang tak berapa penting dikembangkan terlebih-lebih dari karya asal

Watak utama sebagai Kiew atau Umar Ais' ialah Beto Khusairy dan Iddya pula dipegang oleh Nadia Zainal,watak utama kalau pelakon yang bagus,tak berapa handsome and jelita pun akan nampak handsome and jelita sangat.

Kalau ikut Novel ini Kiew or Umar Ais dan Iddya ada jalan-jalan di Australia,maknanya adalah pemandangan yang cantik-cantik dalam telefilem.Novel ini juga membuatkan saya suka dengar lagu "Penawar Rindu" yang dinyanyikan oleh Allahyarhamah Datin Orkid Abdullah kalau nak tahu kenapa sila lah baca Novel Bayangan Rindu dan tengoklah Telefilem nantinya.Harap-harap mutu telefilem ini  mencapai kepada piawaian kepuasan hati saya.So apalagi kita tungguuuuuuu sahaja tayangannya nanti






Thursday, 22 November 2012

Cik Chu's Wedding (Ex Girlfriend Naufal)

Ini gambar Pelamin

Gambar sebelum Majlis Pernikahan


Pengiring Pengantin Naufal Dan Sepupunya Atikah

Gambar Pasangan Pengantin

Ini kad yang diberi Naufal untuk Cik Chu nya

Pada hari Sabtu bersamaan dengan 10/11/2012 telah berlangsungnya majlis pernikahan dan perkahwinan sepupu yang paling rapat dengan saya.Malah dia sangat rapat dengan anak saya yang bongsu Naufal hinggakan dalam status facebook Naufal diletakkan status in relationship denga Su Hashim,anak saya rapat dengan cousin saya ini sebab dia pernah tinggal dirumah saya selama 2 tahun,sebab rumah saya di Putrajaya ini berhampiran dengan tempat kerjanya .

Bila dia dah duduk sendiri dia masih akan tidur dirumah saya bila En.Hubby saya outstation untuk menemankan saya.Majlis perkahwinan berlangsung dengan dengan meriahnya.Orang yang paling gembira tentu sahaja Mak Lang Dan Pak Lang,kerana sampai juga giliran anaknya mendirikan rumahtangga,selama ini asyik tengok anak saudara yang lain je berumahtangga.

Anak saya Muhammad Naufal telah diminta untuk menjadi pengiring pengantin,seronok sangat dia sampai minta nak pakai Tanjak juga macam pengantin lelaki,memang selalu seronok terlebih anak saya tu,tapi akhirnya dapat dia juga pakai Tanjak apabila selesai majlis bersanding,si pengantin lelaki telah pinjamkan sekejap Tanjak.Nak lihat macamana rupa Naufal pakai tanjak tengoklah gambar kat bawah ini he he


Akhirnya kepada Cousin saya Suhana dan suaminya Zainor Selamat Pengantin Baru semoga Bahagia Hingga ke Hujung Nyawa.

Wednesday, 14 November 2012

"Kolam"


Deepavali telah pun berlalu semalam,masa saya kecil-kecil dahulu dalam darjah 4 hingga 6,dan masa Tingkatan 1 hingga 5,pada hari perayaan Deepavali saya pun akan sibuk juga,almaklumlah ramai kawan dikalangan bangsa India,memang meriah lah kami ini pelbagai bangsa beraya.Dari pagi sampai lah membawa kepetang jugalah kami pergi beraya.Kawan baik saya dari darjah satu hingga tingkatan 5 pula beragama Sikh namanya Rajinder Kaur,maka rumah dia adalah satu kemestian di setiap Perayaan Deepavali.Hmmmm kalau ingatkan cerita lama memang seronok.

Tapi hari ini saya nak cerita pula pasal "KOLAM",sebelum-sebelum ini saya pernah tengok "KOLAM"  ini dipamerkan dilantai-lantai pusat membeli-belah pada sambutan perayaan Deepavali,tapi saya  buat endah tak endah sahaja,tapi kebetulan pada tahun ini saya terserempak dengan orang yang sedang membuat "KOLAM" ini,memang terpegun saya melihatnya.Saya dan Encik Hubby sanggup tunggu orang yang membuat KOLAM itu dari mula hinggalah selesai.Memang halus buatannya.Sempatlah juga bertanya pada adik ipar lelaki itu dimanakah dia belajar cara membuat "Kolam " ini,adik iparnya memaklumkan tiada siapa yang mengajarnya dan dia dah mula membuat "KOLAM" dari umurnya 15 tahun,sekarang umurnya sudahpun 33 tahun.Didalam keluarga pemuda itu pun hanya dia seorang sahaja yang pandai membuat "KOLAM" .Bila saya tanya dia ada kerja lain tak selain dari membuat "KOLAM",adik iparnya berkata kerjanya pemuda itu hanya lah membuat "KOLAM" sahaja, dan pendapatan dari membuat "KOLAM" di Perayaan Deepavali boleh menampung kehidupannya untuk satu tahun,bayangkan lah upah yang pemuda itu dapat untuk membuat satu "KOLAM" ini.Mesti upahnya lumayankan.

Sayang saya tak bawa kamera masa itu,kalau tidak mesti saya akan rakamkan proses pemuda itu membuat "KOLAM".Memandangkan pemuda itu tidak pernah belajar dari mana-mana guru pun,tapi hasiltangannya yang halus dalam membuat "KOLAM",betul lah kata abang ipar Pemuda itu,kemahirannya yang dia dapat itu adalah anugerah dari Tuhan.

Yang Pasti selepas ini jika saya ternampak "KOLAM" dimana-mana pada musim Perayaan Deepavali,saya dan Encik Hubby akan lebih menghayatikan keindahan sesuatu "KOLAM" sebab kami dah tengok cara "KOLAM " ini dibuat.Tak ada lah seperti sebelum ini,kami melihatnya sambil lewa sahaja.




Wednesday, 24 October 2012

Happy Birthday Naufal


Ini Gambar Naufal dari kecil sehingga sekarang

Hari ini hari Ulangtahun Kelahiran anak bongsu saya Muhammad Naufal Bin Mohd Yazid yang ke 8 tahun,saya selalu panggil dia "My Teddy bear".Dalam kesemua anak saya Naufal merupakan anak yang peramah dan tak takut orang.Kadang-kadang takut juga saya bila dia berinteraksi dengan yang orang yang lebih tua,almaklumlah budak-budak kan takut tarsalah tutur kata.Tapi so far dia memang pandai mengambil hati orang-orang tua terutama sekali Nyang,Tok Lang dan Tok Long. Selamat Hari Ulang Tahun yang ke 8 sayang.Semoga menjadi anak yang cerdik,cemerlang dan soleh.Emak dan ayah sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk adik.Muhammad Naufal akan sentiasa menjadi "My Teddy Bear".

Alaaaa Macam Kena Gigit Semut Je!

Saya dah simpan video ni dah nak dekat setahun dah,asyik duduk dalam draft je.Video ini sangat tinggi nilai Sentimentalnya,ia akan menjadi kenangan yang sangat berharga untuk anak saya yang bongsu Naufal.Saya selalu panggil dia My Teddy Bear.Kawan-kawan saya cakap dia terlalu kecil masa itu untuk disunatkan.tapi sebenarnya masa dia baru lahir lagi doktor dah tanya nak sunatkan sekali tak.Memandangkan abang-abangnya sendiri belum sunat ketika itu,rasanya tak molek lah kalau adiknya bersunat dulu.

Ini pun dia yang minta sendiri untuk disunatkan sebab dia tengok cerita Upin dan Upin dah bersunat dan tidak sakit,dia rasa berani untuk bersunat,so untuk mengetahui keadaan sebenarnya dia pada hari tersebut,layan je lah video ini.Kedua-dua video ini rasanya cukup untuk menceritakan keadaannya sebenarnya :)

Happy Sungguh Masa Nak Pergi Klinik









Dia kata sebelum itu "macam kena gigit semut je mak",tapi selepas itu,rasanya macam kena gigit nyamuk kot,sebab siapa yang tanya sakit ke tak.Tangan Naufal pantas je nak melepuk orang yang bertanya tu macam kena gigit nyamuk ha ha ha.