Saturday, 15 May 2010

The Blind Side





Semalam waktu lunch yang 2 jam tu saya layan tengok cerita The Blind side sorang-sorang di office.Sambil makan sambil tengok DVD .Yang kelakar tu sampai menangis-nangis.Makan -makan juga mata tengok screen computer lepas tu sambil nangis lagi pegang tissues sebab cerita ini sedih sangat.Sampai ada yang tertanya kak jana ni kenapa sampai merah-merah mata.Kak jana emo lah adik-adik ooi tengok dvd cerita ni

Cerita pasal budak lelaki African American yang dibela oleh orang kulit putih tapi pandai main American football.Dibelanya sampai masuk universiti.Dah habis layan cerita tu baru tahu sebenarnya cerita itu adalah berdasarkan dari kisah benar.Lepas tu apa lagi google pasal budak tu Michael Oher di internet.Nanti nak suruh Nabil and Qudin tengok cerita ini pula.Ada Massage cerita ini.

Bila tengok Micahel Oher ini terbayangkan Nabil sebab macam sama je perangainya lurus and polos.Adiknya S.J pula saya boleh terbayangkan si Naufal sebab banyak cakap and bijak. Sandra Bullock menang sebagai Pelakon wanita terbaik dalam Academy Award 2009 yang lepas kerana melakonkan watak Leigh Ann Touhy dengan berkesan. Kalau ada masa tengoklah cerita ini ya banyak pengajaran yang kita dapat.Insyaallah.

The real Michael oher and the Touhy's

Tuesday, 11 May 2010

Angin Menderu Wind Chime Berbunyi


Sejak akhir-akhir ini bila saya tengok Wind Chime dikedai-kedai yang jual barang-barang perhiasan untuk rumah saya selalu terasa nak beli satu.Sebenarnya dari dulu lagi saya suka dengan Wind Chime ini sebab arwah abah memang suka pasang diatap porch depan rumah.Bukan satu yang digantung malahan dua tiga Wind Chime.Wind Chime tu semua bukannya dibeli tapi dibuatnya sendiri.Nak tahu dia buat pakai apa?.Arwah Abah buat Wind Chime itu pakai bekas botol minyak wangi yang diperbuat daripada tin.Bila habis je minyak wangi tu dia akan potong bekasnya dipasang tali and akan diikat besi kecil(tak tau nak describe macamana cara membuatnya lah).Biasanya dari botol minyak wangi jenama Mistral.

Bila berangin saya suka dengar bunyi Wind Chime ini.Kalau diwaktu malam kita boleh tahu angin bertiup kuat atau lembut melalui bunyinya sahaja.Biasanya Wind Chime ni akan berbunyi dengan kuat detingnya bila hari nak hujan.Niat saya nak beli satu Wind Chime untuk gantung dirumah ditambah lagi bila baca blog Kak Su my favourite novelis yang sedang menulis cerita terbarunya yang tajuk sementaranya ialah Langsir Biji Remia yang ada juga menceritakan pasal Wind Chime ini.Sila tengok NOORSURAYA

Semalam kebetulan saya cuti and pergi ke sebuah kedai didalam kompleks PKNS diBangi untuk tempah langsir(bukan colour biji remia ya)actually masa mula –mula memang En.hubby pilih kain untuk buat langsir tu colour biji remia tapi saya tak berapa berkenan. So dikedai tu ada juga dijual wind chime yang cantik-cantik,jadi saya menyatakan lah hasrat hati saya nak beli satu Wind Chime yang comel itu.Tetapi malangnya En. hubby tak berkenan sebab dia kata dia rasa spooky kalau dengar bunyi Wind Chime bila ditiup angin .So jadi maknanya saya kena simpan dalam mimpi jelah niat nak pasang Wind Chime ni dirumah .Ya lah kalau En.hubby tak memperkenankan saya memilikinya takkan nak engkar pula:-(.

P/s kalau siapa-siapa tak tahu apa biji remia sila google ya(sebab mula –mula saya pun tak tahu juga, rupanya saya kenal cuma saya tak panggilnya biji Remia tapi nama lain)

Sunday, 9 May 2010

Happy Mother's Day


Tengoklah mata ibu-ibu ini tak ada satu diarah yang sama,semua lain-lain(especially Kakak Ipar saya yang tudung coklat tu senget dah kemana he he




Ini Idaman Kalbu hadiah dari hubby dan anak-anak sempena Hari Ibu



Budak 3 orang ini memang selalu interframe dalam apa-apa perkara or acara


Tahun ini merupakan tahun yang ke 16 saya meraikan Mother day kerana ini merupakan tahun ke 16 saya menjadi emak kepada anak-anak saya.Hari ini dipagi hari Mother's Day disambut emak saya berada dirumah saya.Kebetulan pula Semalam Emak tidur dirumah saya biasanya emak duduk dirumah abang saya.

Apa yang saya dapat di hari sambutan hari ibu kali ini ialah Set of box Collection Sheila Majid 25 years Anniversary.Siapa yang bagi hubby and Anak-anak lah sebab mereka tahu emaknya teringin sangat hendakannya(tapi tak beli sebab terasa agak mahal).Akhirnya dapat juga impian saya nak memiliki collection ini.Lepas ni terpaksalah anak-anak dengar emaknya asyik pasang dvd Sheila Majid dalam kereta.Almaklumlah semuanya ada 8 cd dan emaknya pula tak pernahlah jemu dengan lagu-lagu Sheila Majid ini.

Hari ini juga saya pergi balik rumah nenek saya di Gombak Setia,saya ini tak boleh lebih dari 2 minggu tak pergi rumah nenek saya,nanti dia mesti telefon kenapa lama tak datang.Oh ya sambil itu saya pun dapat berjumpa dengan Mak teh saya dan mak usu saya yang kebetulan juga berada disitu.Masa-masa rehat waktu petangnya rupanya cousin saya Amirah ada beli kek sempena Hari Ibu.Kek itu dibeli dari kedai Kek yang dikenali ramai"Resepi Rahsia".Dengan membeli sedikit kuih-muih kami sambutlah hari ibu untuk Mak teh,Mak Ngah,Mak usu,kakak Ipar dan terutama sekali neneklah Puan hajjah Fatimah.

Meriah sungguh dengan suara cucu and cicit nenek.Walaupun pakaian kami semua tak vogue langsung,ya lah mana kami tahu ada acara memotong kek kalau kami tahu mesti kami bergaya dengan baju-baju yang "Vogue The Vass" ha ha.Tapi kami tetap sakan bergambar.Mana taknya kamera yang lip-lap dengan lampu flash sama meriah dengan suara orang-orang yang berada disitu.Hingga kami sendiri tak tahu nak pandang kamera yang mana satu.Oklah,rasa seronok nenek and Mak Teh,Mak Usu and Mak Ngah,Kak Zila and Kak Jana hari ini. Terimakasih ya Amirah diatas ingatan itu.

Thursday, 6 May 2010

Leaving On the Jet Plane





Entry kali ini khas untuk kawan-kawan sekolah rendah saya iaitu Jaya Chandar(our President),Yuhana Naib president and yang lain iaitu Dromzy,Rozawinia,Subrina,Rajinder,Zahrin,Hezly,Kalarani,
Dinesh,Sathish,Gurmeet,Rajalakshmy,Rosnani,Arbaiyah,Jacob Matthew,Zakir,Yusof Basrah,Jessie,Yim Heng Fatt,Uma murugiah and lain-lain.

Sebenarnya kalau sesiapa boleh dapatkan gambar masa kita dikelas 4 biru lagi sesuai nak mengambarkan keadaan kita masa itu.Ingat tak lagu ini,lagu yang Cikgu Theva ajar kita,kita selalu nyanyi ramai-ramai masa English class.Masa itu sangat hapenning kan.Kita pelajar yang berbilang bangsa sentiasa happy bersama.Rasanya kita yang terlebih dahulu mengamalkan Semangat Satu Malaysia kan.

Dan lagu itu seperti ada kena mengena dengan ramai kalangan batch kita masa itu kan contohnya Yuhana,Gurmeet,Minarni,Uma and Jacob semuanya jauh merantau ke Negara orang,tukang bawa kapalterbangnya ialah Dromzy(Jebat Agung)our Pilot he he. Seriously bila dengar lagu ini saya akan tersenyum tapi dalam masa yang sama sedih ingat kawan-kawan lama.Ohh How I missed zaman kanak-kanak kita.

Well kawan-kawan semua,hope one day kita akan jumpa kembali,sebenarnya kita harus jumpa kembali walaupun sekali ya.

Kemelut Di Istana


Tiba-tiba rasa nak letak gambar ini,tiada kena mengena dengan cerita ini ya.Ngeeee

Sekarang ni kerap rasanya didada akhbar memaparkan mengenai kemelut keluarga diraja yang berlaku didalam istana yang terletak dinegeri di pantai timur. Mula-mula dulu kecoh dengan cerita putera temenggongnya dengan isterinya yang berasal dari negara seberang,lepas tu pasal isteri kedua sultannya yang tak dibenarkan melawatnya suaminya(si sultan) yang sakit,selepas tu pasal penembakkan yang berlaku dan terkena pada pengawal peribadi Tengku Mahkotanya dan sekarang pula pasal penawanan(kononyalah)yang dilakukan kepada Sultannya tapi ditawan dihospital lah.

Episod kapal terbangnya yang akan membawa Sultannya ke negara jiran untuk mendapatkan rawatan telah dihalang untuk mendarat dilapangan terbang dan Tengku Temenggong dan Permaisurinya didalam perhatian polis sekarang ini makin menyedapkan lagi kisah kemelut keluarga diraja ini.Macam cerita dalam filem pula kan.Tapi saya selalu merasakan ada “something wrong somewhere pada Tuanku permaisuri negeri ini”.Hanya firasat sayalah patik pacal yang hina ni.Kenapa saya terbayangkan wajah-wajah permasuri raja yang jahat-jahat dalam cerita dongeng dulu-dulu masa saya menaip entry ini.Apa-apa pun manalah kita tahu semua yang berlaku ini mungkin adalah balasan qada dan qadar dari Allah Subhanawataala kepada mereka.Kita tengok je lah pengakhiran kepada kemelut didalam drama keluarga diraja ini.

Lagi satu kemusykilan saya ialah, bila kita pergi mana-mana sahaja hospital dinegeri-negeri yang terletak di bumi Malaysia yang bertuah ini memang ada disediakan wad khas untuk Royalty kita.Tapi royalty kita lebih suka berubat diluar negara kan.Kenapa ya,walaupun kadang-kadang penyakit yang mereka hadapi itu boleh sahaja sebenarnya diubati oleh doktor-doktor dinegara kita ini.Tapi lagi sekali disini saya sedar diri ,siapalah patik pacal yang hina ini untuk mempertikaikan perkara-perkara seperti ini.Disini saya ingin menyatakan betapa saya amat menyanjunggi Mantan Perdana Menteri kita yang ke 4 iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamad kerana beliaulah antara pembesar Negara yang amat yakin dan percaya dengan kepakaran doktor-doktor yang terdapat dibumi kita yang bertuah ini.Kerana ketika beliau mengalami masalah jantung dahulu beliau hanya mendapatkan rawatan didalam negara sahaja.Hmmm tiba-tiba rasa rindu pula dengannya anda bagaimana.

P/S khabarnya kedua anak beranak (permaisuri dan putera kesayangannya mendapatkan khidmat peguam dari anak kepada salah seorang ketua parti pembangkang di bumi Malaysia yang bertuah ini.yang lambangnya ialah gambar roket tu) Ampun Tuanku Wa Wa tu Bulan.

Tuesday, 4 May 2010

Small and Simple Bday For Cik Chu


Harijadi Cik Chu tapi Naufal Yang lebih masa tiup lilin


Cik Chu dengan adik-beradik aka anak saudara


Bacaan Doa oleh Muhammad Naufal


Surprise Cik Chu

Semalam telah diadakan majlis harijadi cousin saya Ochu(Suhana) secara kecil-kecilan tapi sangat happening bagi family kami.Puncanya ialah cousin saya telefon nak datang rumah dan nak belanja makan Domino.Jadi memandangkan kelmarin ialah harijadinya ,jadi saya rasa tak terlambatlah untuk saya membeli kek untuknya.

Saya beli kek yang comel itu di Baker Cottage Presint 8 , bila lihat dikedai kek tu ada jual topi dan alat tiup-tiup untuk birthday party yang ada dijual secara loose saya pun belilah.,Saya beli topi 4 dan alat tiupan itu pun empat.juga.Bila sampai rumah jam dah pukul 7.00 petang,Sampai-sampai rumah saya lihat sibongsu Naufal dah tidur pula.Biasanya dia akan tidur terus sampai keesokan paginya,Cuba juga kejutkan dia,tapi liat pula nak bangun.Maka saya pun kejutkan dia dengan meniup alat tiupan yang saya beli dikedai kek tadi,dia marah betul “bisingnya mak ni” katanya tapi akhirnya dia bangun juga.

Selepas maghrib kami siap sedia untuk jamuan harijadi yang tak seberapa itu,Naqiuddin yang sulung sempat lagi belajar macamana nak main lagu birthday dengan bermain gitar.dari abahnya.Cik Chu sampai lebih kurang pukul 8.15 disambut ole Naufal dengan gembiranya siap peluk lagi .Dia yang excited sangat ,dia cakap kalau Cik Chu datang adik nak jerit “surprise”.Apa-apalah Naufal.

Acara memotong kek dilakukan dengan diiringi oleh petikan gitar Naqiuddin dan nyanyian lagu birthday oleh kami sekeluarga.Sambil menyanyi lagu birthday tu saya pandang anak saya yang main gitar tu macam orang yang main gitar bila kita pergi celebrated birthday di luar tu pulak rasanya(restoran or kedai-kedai makan).Siap pakai topi lagi he he..Bacaan doa sebelum makan dibaca oleh Naufal. Kami sekeluarga enjoy makan pizza Domino tu.Anak saya yang nombor dua (Nabil) yang biasanya tak makan malam tu (sebab diet)diarahkan oleh Cik Chunya untuk makan juga untuk menghormati jamuan harijadinya.Tapi lepas makan malam je habislah satu rumah dia berjalan excersice untuk bakar kalori yang telah dimakan tadi huhu.Naik pening kami tengok dia berjalan setempat dan adakala seperti berjogging setempat,dan siap buat push up lagi.

Lepas makan acara buka hadiah pula buat birthday girl tapi hadiah dibuka oleh Naufal yang beria-ia lebih, dan hadiah yang dah tak surprise lagi sebab naufal dah telefon bagitahu Cik Chu hadiah apa yang kami akan beri.Cik Chunya balik lebih kurang pukul 9.45 malam,Naufal pujuk Cik Chunya jangan balik dan kenapa Cik Chunya dah lama tak tidur kat rumah kami.Puaslah juga Cik Chu memujuknya.Oh ya orang paling banyak makan malam tadi ialah Naufal dan orang paling lambat tidur juga dialah ,sebab dia dah tidur dari pukul 6.45 hingga 7.30 petang tadi.Itulah dia sambutan hari jadi yang simple tapi manis yang kami adakan malam tadi.Once again Cik Chu Happy Birthday and Allah Selamatkan Kamu(Naufal kata kalau kat sekolah tak nyanyi lagu birthday to you tapi Allah selamatkan Kamu).

Sunday, 2 May 2010

Penatnya.....


Hari ini saya sangat penat,penat kemas rumah walaupun tangan dan kaki saya sakit,saya buat juga semuanya vacuum rumah,mop seluruh rumah dan gosok kain yang bertimbun-timbun.Hubby pergi kerja bawa anak yang bongsu.Lepas Hubby pergi kerja je,mak saya call cakap nak datang rumah.Percaya tak saya tak kasi mak saya datang rumah.Bukan Apa dalam peti ais rumah tiada apa pun untuk dimasak.tak sedap pula kalau mak datang tak bagi makan.Hubby tak pergi pasar hari ini kerana nak cepat pergi office.Semalam pula for the whole day kami berada dirumah mak mertua,awal-awal pagi lagi dah keluar rumah.Tu yang tak sempat juga nak pergi pasar semalam.

Hati pun sakit anak sulung pagi-pagi dah keluar main futsal,kerja-kerja yang sepatutnya dia buat saya yang kena buat kesudahannya.Kononnya balik main futsal nanti dia akan buat semuanya,tapi kalau dah balik pun dah pukul dua petang ditambah dengan penat pula tu boleh percaya ke dia akan buat.Rumah saya ni dahlah seminggu sekali je dapat dibersihkan.Lagi pun saya tak pahamlah saya duduk tingkat 8 tapi habuknya dirumah saya kalau 2 hari tak dibersih kan tak tahulah nak cakap macamana.Hmm terkilan pula mak nak datang tapi saya tak bagi datang.Percaya tak masa saya tengah menggosok kepala saya sampai tersenguk-senguk,tengok katil hati berkata"kalaulah dapat baring dan melelapkan mata,alangkah seronoknya".Tapi saya berhenti menggosok untuk sembahyang aja. Tangan saya pula dah dua hari sakit,lenguh yang amat sangat sampai nak tidur pun tak berapa lena. Ditambah dengan kerja-kerja yang dibuat hari ini,memang kena suruh hubby urut tangan ini malam karang.

Saya memang tak nak keluar pergi mana-mana hari ini,saya memang happy kalau dapat duduk rumah seharian.Dan buat segala kerja rumah secara pelahan-lahan.Oh ya hari ini Hari jadi Cousin saya Suhana(dulu suhana ni duduk dengan saya).Saya ni ada banyak hadiah yang nak diberi tapi semuanya duduk terperuk hadiah-hadiah tu dirumah.hadiah untuk mak usu saya dan anaknya Nadiah,hadiah untuk anak saudara saya Nurul Atikah and sekarang ditambah dengan hadiah cousin saya Ochu pula.Entah bilalah saya boleh bagi mereka.

Next week sepatutnya kena pergi rumah nenek melawat nenek and Mak Teh,tapi minggu depan hari Sabtu anak-anak sekolah.mungkin kena ajak mak datang rumah pula,ganti yang dia nak datang minggu ini he he. So tengoklah macamana nanti.Begitulah setiap minggu,penat memang penat.Itu pasal lah saya paling seronok kalau dapat duduk dirumah sahaja sepanjang hari. Kepuasan yang saya dapat hari ini ialah bila lihat baju-baju yang teratur tersusun setelah siap digosok,kasut-kasut sibongsu dah basuh dan cantik putih berkapur,bilik air yang dah bersih dan lantai yang dah bervacuum dan dimop berkilat.Pheeww :-).