Friday, 12 February 2010

My Mentor



Ilustrasi by Emila Yusof

Hari ini merupakan hari terakhir bagi boss saya yang akan bertukar ke Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri kerana kenaikkan pangkat. Kalau tanya apa yang saya rasa ketika ini,saya rasa lost.

Diam tak diam Hampir 6 tahun dia menjadi Penolong Pegawai Tadbir di Unit 02B.Mula-mula saya susah juga nak menyesuaikan diri dengan beliau,beliau adalah seorang yang tegas bak kata orang memang "ikut law"(Buku pekeliling Perkhimatan).Tapi bila difikirkan balik apa yang dilakukan itu memang betul .Sebab saya rasa walaupun saya boleh dikatakan orang lama dibahagian ini kadang-kadang perlu ditegur juga.Kerana mungkin bila seseorang itu terlalu lama disatu-satu unit itu kita akan mengambil mudah je semua perkara bak kata orang putih(take things for granted). Saya bersyukur dengan kehadirannya ke unit 02B beliau telah dapat menaikkan semangat saya untuk bekerja dengan lebih tekun,telus dan cekap.

Dia adalah seorang boss yang menjaga kebajikan anak buahnya.Saya rasa selamat dalam bidang kerja semasa dia menjadi boss saya sebab saya tahu dia adalah seorang boss yang boleh diharap dalam mempertahankan anak buahnya. saya tahu ada juga anak buah yang tak sependapat dengannya.Tapi sebenarnya kalau kita muhasabah diri kita,segala tegurannya itu ada benarnya(cuma kita saja yang boleh menerimanya atau tidak).Sepatutnya orang-orang yang baru pertama kali berkhidmat di Perkhidmatan Awam dan dapat berkerja disampingnya seharusnya bersyukur kerana saya rasa dengan didikan dan disiplin yang diterapkan semasa kita dibawah bimbingannya Insyallah akan jadi pegangan dan bekalan sehinggalah ke akhirnya kita didalam perkhidmatan Awam ini nanti.

Ya,allah bergenang pula air mata ini,bagi sayalah tak tahulah pada orang lain.Beliau walaupun muda,tapi beliau merupakan seorang yang sangat berwibawa.Walau apa-apa pun saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepadanya ditempat baru,semoga dia happy dan bahagia ditempat baru.Sesungguhnya bertuahlah pejabat barunya nanti mendapat seorang yang dedikasi sepertinya.Cik Zuraidah "I will Always thinking of you on a rainy day". Selamat berhijrah dan berjaya My Mentor.


She's the one with yellow colour

Tuesday, 9 February 2010

Cool and Comel


Hari ini dok tengok-tengok you tube waktu lunch,terjumpa you tube iklan Evian ni,comel gila sungguh kan, lama tak update blog sebab mood tak de .Tak sabar nak tunggu Cuti Chinese New Year,nak relax konon masalahnya ye ke boleh relax.Tengok je lah nanti.

Yang pasti nak balik Gombak nak jumpa nenek(lama sungguh tak jumpa nenek),katanya rumah nenek dah cat baru mesti dah berseri-seri.Persiapan untuk wedding yang akan berlangsung pada bulan 4 ini.Khabarnya akan ada 2 lagi cucu nenek yang nak berumahtangga tahun ni.Tunggulah jelah betul ke tidak.Yang seorang tu memang dan confirmed.Lagi 2 tu insyallah lah kot.Wah meriahnya tahun ini dengan wedding sepupu-sepupu.Kena buat banyak baju baru ni.Erkk ada kena mengena-gena ke dengan baju baru,orang lain yang sibuk nak kahwin awak pulak yang sibuk nak buat baju baru.He he alasan je tu nak minta baju baru dengan hubby wink wink.

Thursday, 4 February 2010

Keranamu Kekasih




Stephen Rahman Hughes


Masa tengah nak cari You tube Aliff Aziz lagu Cinta saya terjumpa lagu ini "Keranamu Kekasih" dinyanyikan oleh Vince.Mungkin lagu ini dimuatkan dalam album terbaru Vince.Lagu ini seriously untuk sayalah tersangatlah sedapnya,ia adalah lagu dari teater Musical Puteri Gunung Ledang .Semasa dengar Stephen Rahman menyanyikan lagu ini masa teater musical dulu meremang bulu roma dibuatnya.Saya nak tengok teater musical ini dulu pasal nak dengar macamana Stephen Rahman cakap melayu,maka terpaksalah saya membelanja hubby dan anak-anak tengok teater ini. Tapi takpa sebab memang berbaloilah menonton teater ini. Lagu ini memanglah jiwang sikit bila mendengarnya,tetapi sesekali kenalah jiwang-jiwang sikitkan ( tapi macam selalu je hehe)

Tapi Vince nyanyi lagu ini pun ok ,I like it juga,cuma musykil aje kenapa tak pernah keluar kat stesyen radio kita.Saya tak paham radio kita ini sebenarnya banyak lagu-lagu sedap negara kita ini,tapi asyik-asyik keluar lagu Indon.Kalau orangramai perasanlah,sekarang kat radio asyik keluar lagu Anang dan Kris Dayanti,nanti yang kaya penyanyi dari seberang je.Penyanyi-penyanyi kita masih tak kemana. Akhirnya siapa yang rugi mereka dan keluarga mereka juga.Siapa nak jawab bila industri muzik negara kita masih ditakuk lama.Cubalah renung-renungkan.

Lagu Pilihan Februari Kami




Seperti biasa saya akan masukkan lagu pilihan keluarga kami setiap bulan kan,so lagu pilihan keluarga kami bulan Februari ini ialah lagu Cinta by Aliff Aziz.Sebenarnya saya suka lagunya dan suaranya sahaja tapi saya tak suka bila tengok dia menyanyi sebab rasa cara dia nyanyi macam over sikit,dululah masa saya tengok dia nyanyi lagu yang tajuknya "Sayang-Sayang".

Lagu sayang-sayang tu saya tak suka,and bila lagu tu keluar diradio saya akan kata "ha ni lagu lemau".Tapi since yang bongsu tu suka lagu tu terpaksalah dengar juga.Tapi lagu Cinta ni ok kami satu family suka sebab musicnya best style R&B.Sekarang ni Aliff Aziz tengah masuk "National Service" di Singapore.National Service wajib untuk semua diSingapore(ke untuk lelaki je tak sure).Eh nanti orang tanya macamana pula saya tahu banyak hal mengenai Aliff Aziz ni. Sebenarnya hari tu saya kebetulan terbaca ceritanya mengenainya dalam akhbar tapi tak ingat akhbar apa.Sebelum ni saya ingat lagu cinta ni Aliff Satar yang nyanyi(peserta OIAM) rupanya Aliff Aziz yang nyanyi itupun setelah diperbetulkan oleh anak bujang saya yang dah besar dua orang tu.So nikmatilah lagu pilihan keluarga kami bulan ini "CINTA" perfomed by Aliff Aziz.

Wednesday, 3 February 2010

Fiesta Hot Air Balloon DiPutrajaya


Bulan Mac nanti 2nd Putrajaya Hot Air balloon akan diadakan lagi. Saya yang seronok sebab apa suasana masa itu sangat cantik di langit (ke udara) diPutrajaya dengan Hot Air Balloon yang berbagai bentuk.

DiPutrajaya seronoknya ada banyak aktiviti,yang kadang-kadang kami sendiri tak perasan diadakan di Putrajaya.Tahu-tahu keluar kat TV je liputannya .Cousin saya Ochu mesti suka dengan Pesta Hot Air Balloon ni.Saya suka tengok je,nak naik rasanya tidaklah sebab saya fobia dengan ketinggian.Segala maklumat mengenai pesta Hot Air Balloon ini boelh rujuk di sini

Nak tengok bagaimana cantik suasananya nanti,inilah contohnya gambar-gambar Pesta Hot Air balloon tahun lepas





Cantikkan pemandangannya so jemputlah datang ye nanti :-)

Tuesday, 2 February 2010

A Baby Pillow For Qaireena Khalisya



Saya dah lama janji dengan Naufal nak pergi tengok Qaireena Khalisya semula,selepas anak saudara saya bersalinkannya kami masih tak sempat lagi nak jumpa Qaireena selepas kali pertama kami berjumpanya. Since saya ada tempah bantal untuk Qaireena and bantal tu dah lama siap,Naufal asyik bising bila lagi nak hantar bantal tu.

Hari-hari tanya sampai tak larat nak jawab,akhirnya semalam dapatlah Naufal jumpa Qaireena semula.Qaireena semalam berumur 37 hari,muka pun dah berubah tapi comel tetap comel he he. Qaireena ni baby Istimewa dia adalah Down Syndrome Baby.Tapi kami melihatnya seperti baby yang lain so chomel.Lepas Qaireena dimandikan oleh neneknya saya pegang dia sekejap.Walaupun badannya kecil(tak semangat sangat) tapi lenguh juga lah pegangnya sebab kaki dia tak reti diam he he.

Bantal yang saya tempah untuknya saya letak nama Qaireena,tapi mummynya panggil Khalisya.Takpalah biar kami panggil dia Qaireena biar bila besar nanti bila dia dengar orang panggilnya "Qaireena" tentulah dia akan tahu keluarga Neksunya yang sedang memanggilnya .


Inilah bantal untuk Qaireena

Jangan tak tahulah pula Qaireena, Neksu juga ada bantal yang serupa macam Qaireena,neksu suka tidur dengan menutup muka so buat juga bantal ini tutup muka masa tidur nanti.Bantalnya memang exactly serupa tau. Cuba tengok ni.(gambar sepenuhnya tak hendak tunjuklah sebab tiba-tiba rasa termalu lah pulak ngeeee)


Monday, 1 February 2010

Saturday Yang Happening(Bowling With Cousin)




Cik chu layan naufal yang nak sangat baling Bola,tengokltu dia takut bola masuk longkang



Cik Lawyer and Cik Chu

tengok yang kat belakang tu cute and cheeky


Ini gambar wajib setiap kali perjumpaan,kebanyakkan pakai size 7 hari tu


Ini cerita mengenai hari Sabtu yang baru-baru ini berlalu.Satu perlawanan Bowling diantara cousin-cousin telah diadakan di Ampang Bowl diFlamingo Hotel.Perlawanan Bowling diadakan pada pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang.Saya yang pada mulanya hanya nak tengok sahaja tak da niat pun nak main sebab takut nanti sakit tangan akhirnya terjebak juga bermain sama. Saya dan family jadi satu team,kami main 3 lane.Satu lane 4 orang untuk satu kumpulan.

Tak sangka team Najid family dapat bermain dengan baik sekali,walaupun tak pernah berlatih terutama my hubby dapat banyak buat strike.Orang semua ingat my hubby training sebelum datang perlawanan ini.Takdapun sebenarnya,kami memang selalu pergi Bowling kat Alamanda tapi pergi situ untuk makan sebab makanan di Cafeterianya sangat sedap and harganya berpatutan.Untuk berlatih atau bermain ke memang jauh sekali tak pernah pun.

Leka bermain tak perasan siapa yang menang,bukan ada hadiah pun,just for fun aje.Kanak-kanak yang umur 8 tahun kebawah asyik lapar je nak makan,saya rasa entah berapa set sandwich yang telah kami beli pun kami tak perasan.Main beli je tapi banyak jugalah.Saya pun asyik ulang-alik pergi beli Sandwich kat cafenya.

Gerombolan kami(betul ke ayat ni) yang paling meriah berada di situ,orang lain taklah bising sangat macam kami,makcik saya maklang and maknjang pun ada sama tapi asyik berborak pasal perkahwinan yang akan dilangsungkan pada tahun ini sambil makan sandwich.My cousin Ellyza, hubbynya sibuk ambil gambar dengan DSLRnya.Selepas habis perlawanan Bowling saya dan family pergi ke Great Estern Mall sebab nak ambil bantal yang ditempah di Cotton Picking,ingatkan nak ambil saja tetapi tertempah pulak bantal lagi untuk Naufal pula he he.

Actually malamnya pula ada jemputan makan malam sempena birthday Iqbal hubby Ellyza.Saya singgah sembahyang maghrib di rumah maklang saya(emak Cik Lawyer and Cik chu). Selepas Maghrib around pukul 8.00 kami pun pergi kerumah Ellyza di Platinum Condominium di Taman Melati.Kami ingatkan kami yang lambat tapi rupa-rupanya kami tetamu yang pertama sekali sampai.Banyak sungguh makanan yang disediakan, kami kelaparan pun apalagi makan macam tak hengat he he.Kami juga diperkenalkan buat pertama kalinya dengan Yee Sang makanan yang biasanya hanya jumpa bila Chinese New Year.Ok juga rasanya.Bila semua dah sampai maka riuh rendahlah rumah my cousin.Sambil makan sambil tonton satu rancangan di TV9 yang ada menyiarkan cerita mengenai Fahrin and Linda Onn,havoc sungguh semua nak mengulas sama,macam kami kenal je Si Fahrin and Linda Onn tu hu hu.

Suara yang paling lantang mengomen siapa lagi me and maklang lah ha ha.Cousin kami Aida bawa boyfriendnya.Ok juga boyfriendnya itu, boleh aje joint sama gossip-mengossip ni dengan kami.Kira oklah tu,macam dah biasa je dia taklah segan sangat kami yang memang tersedia kecoh ni ngeee.

Saya pulang dari rumah Ellyza pada pukul 10.00 malam,itu pun naufal tak nak balik sebab syok sangat bermain dengan Irdina Nuha tapi hello Naufal rumah kita jauh bukannya dekat kalau balik lambat nak sampai rumah pukul berapa pula nanti.Apa-apa pun kami pulang rumah dengan perut yang kenyang dan tangan and kaki yang start sakit angkara bowling tadi.Dah tuakan main sikit dah sakit,tapi takpalah janji hati "HAPPY".


Tengok kusyuk tengok rancangan Mengenai Linda Onn and Fahrin Ahmad






Yummy ni,siap minta tapau nak bawa balik


Inilah Yee Sang