Monday, 11 January 2010

Half Day Stories

Hari ini tiba-tiba hubby call waktu tengahari cakap dia malas nak pergi kerja,saya tanya balik kenapa tak sihat ke? dia jawab balik saja malas katanya.Amboi senangya cakap,rupa-rupanya hari ini mereka dapat balik kerja half day kerana Isteri bossnya S.M Faisal bin Tan Sri S.M Nasimuddin selamat bersalin,and dia anounce all the staff DiSyarikat Naza dapat balik kerja half day hari ini.Wah bagusnya boss dia,mesti dia happy sangat sampai announce semua staff kerja half day je hari ini.Tapi tak sure lagi beliau dapat anak apa,yang saya tahu anaknya yang sulung ialah lelaki. Kalau dapat perempuan sepasang la nampaknya.

Kebetulan hubby kerja di Putrajaya hari ini,beliau pergi Ke LPKP(Lembaga pelesenan kenderaan perdagangan kerana ada urusan,urusan selesai pun dah tengahari,bila office call bagitahu hari ini dapat half day tentulah dia seronok,tak payah nak pergi office semula.Sebenarnya semalam hari Ahad pun dia pergi office nak habiskan kerja.My hubby pun mengambil kesempatan hari ini mengambil Naufal balik pra-sekolah .Sampai di sekolah dia lihat Naufal dah pakai baju lain,bukan baju yang kami pakaikan pagi tadi. Bila lihat Naufal pakai baju lain aje,dengan secara tersendirinya hubby faham hari Ini Naufal dah terkencing dalam seluar.

Mesti leka sangat kat sekolah,dan tahan kencing pasal nak mainlah tu.Alamatnya hari ini mesti gamat kat rumah dengar Naufal merengek diusik oleh abang-abang sebab terkencing dalam seluar. Semalam baru je dia bagitahu saya "mak kalau adik nak buang air besar atau kecil adik cakap Teacher May I go to the Toilet( tapi dia pronounce toilet "twailet") hari ini dah terkencing dalam seluar pulak. Apa-apa jelah Naufal ni hmmmmm.:-)


Inilah gambar Big Boss hubby and isteri Puan Emilia Hanafi

Sunday, 10 January 2010

Cinta Pakai Buang


Lagu pilihan keluarga kami pada bulan Januari 2010 ini ialah Cinta Pakai Buang yang dinyanyikan oleh Stacy.Kalau lagu ini keluar dalam radio dikereta alamat gamatlah dalam kereta kami.Lagu ini merupakan lagu kesukaan Naufal kalau dia nyanyi lagu ini comel je kami dengar,seperti biasalah lirik yang dia nyanyikan bukannya betul sangat pun tapi still seronok kami mendengarnya,tapi yang membuatkan bertambah gamat lagi dalam kereta bila lagu ini keluar diradio ialah ayah dan abang-abangnya yang berdua itu akan tukar part chorus itu kepada "Pampersku memanglah jenis pakai buang" memanglah si Naufal akan bengang sebab tau abang-abangnya mengejek dia.Naufal ini umur dah nak masuk 6 tahun tapi masih tidur pakai pamper waktu malam.Kalau kami kata tak payahlah pakai pampers ya tidur malam nanti,dia akan jawab "pakailah mak lagi senang kalau pakai pampers" memang lah lagi senang pada dialah.Kami tak tahulah macam mana nak berhentikan dia pakai pamper waktu tidur malam.Ada Satu hari tu,kami terlupa pakaikan dia pamper, tahu-tahu dia kejutkan kami pukul 3 pagi ,cakap dia dah basah pasal terkencing dalam seluar.kami kan duduk di apartment kalau basah tilam alamat masalah besarlah nak menjemurnya. Apa-apa pun masalah ini kena diselesaikan tahun ini juga kerana tahun depan Naufal dah darjah satu.Dulu abang-abangnya 6 tahun dah tak pakai pamper waktu tidur malam.Insyallah masalah ini akan dapat diatasi nanti.:-S

Thursday, 7 January 2010

Jaja Dan Din



Saya ialah peminat setia penulis novel yang bernama Noor Suraya,saya ada semua novel-novelnya.baru-baru ini saya dihadiahkan oleh Kak Su(saya pangil dia kak su) dengan novelnya yang terbaru bertajuk Jaja & Din .

Apa yang saya nak katakan disini novelnya ini kali ini tak dapat saya nak gambarkan dengan perkataan bagusnya.Walaupun pun seperti yang dikatakan oleh watak JAJA dalam cerita ini.Kisahnya simple, tapi cara Kak Su mengolah cerita ini yang mengkagumkan.Semua perasaan kita akan rasa dalam novel ini perasaan lucu,sedih,insaf dan teruja.Memang lain dari yang lain,memandangkan saya ialah pembaca novel yang tegar saya beri 6 bintang kepada Novel kak su kali ini.

Saya baca buku ini dan ceritakan kepada hubby,dia ketawa bila saya cerita macamana cara Jaja nak kenalkan Din kepada ibubapanya,siapa yang kenal saya mesti tahu cara saya bercerita macamana(I can be seolah saya pernah kenal Jaja tu).Lepas tu boleh ceritakan betapa sedihnya saya bila Jaja berada dirumah mertuanya.

Cerita ini juga boleh memberi keinsafan kepada sesiapa yang agak lalai bab-bab sembahyang ini.Percayalah cakap saya,beri keinsafan yang macamana tu, cubalah baca buku ini nanti ya.Siapa-siapa nak beli buku ini dengan signature Kak Su sekali,melalui saya boleh saya tolong dapatkan.Jangan kata saya kuat berangan ya,saya juga dapat merasakan kalau dikira 1 hingga 10,hubby saya ada 6 persamaan dengan watak Ustaz Din dalam Novel Jaja & Din ni he he.

Nak tahu mengenai kak Su boleh tengok sini Kak Su
dan Sini


Me and Kak Su


Ochu,Wani,Kak Su and Me

Wednesday, 6 January 2010

Alahai lah Anak




Ni gambar tengahari waktu balik, tu pasal uniform dah tak tuck in lagi


Hari ini hari yang ketiga Naufal pergi Pra sekolah,tapi merupakan hari yang pertama kami tak tunggu dia.Semalam hubby cuti lagi tapi tengok dia dari jauh je.Semalam dia tanya ayah kerja ke sebab tengok hubby pakai T.shirt je,hubby jawab "ayah kerja".Tapi kenapa ayah pakai baju macam ni (T.shirt)sebab ayah kursus ke tapi tak kerja.Tak taulah mana dia dapat idea pakai T.shirt pergi kursus,tapi kalau pakai kemeja pergi office.Hubby mengiakannya saja.

Around 12.15 hubby pergi sekolah tapi perhatikan je dari jauh,ramai budak-budak lain dah balik.Hanya 2 orang je dalam kelas termasuklah Naufal.Kelas Pra sekolah habis pukul 12.00 tapi jiran kami (Papa Yus)hanya akan ambil Naufal pukul 12.45 maka terjengok-jengoklah Naufal tunggu orang nak ambil dia.Kesian pula kata hubby saya tengok dia.Apa nak buat kita tumpang orangkan so pasrah je lah.Ada van yang boleh ambil budak Pra sekolah tepat pada waktunya tapi sampai lobby je,siapa pula nak tunggu bawah dan bawa dia naik atas ke tingkat 8.Saya memang tak biasakan Naufal naik lift sorang-sorang.Saya tak tahulah orang lain saya memang tak boleh.Di rumah saya tu budak-budak lima tahun ke bawah selamba je naik lift sorang-sorang saya tak tahulah macamana parents mereka boleh lepaskan.Saya kalau anak anak nak main di Taman permainan pun mesti berteman dengan orang dewasa.

So hari ini tawakal je lah Naufal ok masa tunggu Papa Yus disekolah nanti.Pagi tadi pun dia tak bagi kami hantar dia, sebab dia nak pergi sekolah dengan kakak Nabila and Papa Yus. Sebenarnya Naufal ok je cuma kami je terlebih bimbang .Malam tadi sebelum tidur dia cakap dengan saya,really macam orang dah dewasa"mak jangan bimbang kat sekolah tak da orang jahat,ada ramai kanak-kanak je". Hmm entahlah tapi saya dah pesan dengannya berkali-kali jangan ikut orang yang tak kenal hanya boleh ikut Papa Yus dan Cikgu je.Dia jawab dengan muka booringnya"yalah yalah mak ni asyik cakap je sambil tutup muka dengan selimut". Tengoklah tu dia lebih confident dari maknya.Walau apa-apa pun semoga allah lindungi -anak-anakku dalam perjalanan pergi dan pulang dari sekolah dan di kawasan persekitarannya. Amin

Tuesday, 5 January 2010

Korea aka Aquaria



Rehat sekejap selepas berlari ambil kamera dikereta


Naufal pakai baju Nabil Yang pernah dipakai 10 tahun dulu




Anak-anak lebih tinggi dari abahnya




Ini cerita hari Ahad lepas tapi baru boleh masuk entry today,semenjak dari mula cuti sekolah my son yang number dua sibuk ajak nak pergi Aquaria DiKLCC,tapi entahlah mak dia macam malas je nak pergi.Bukan apa jalan jauh nanti,lepas pergi balik sure sakit kaki.Ialah cuti sekolah ni mereka bangun lambat sikit waktu pagi,saya ni pula kalau nak jalan sekitar KL kalau boleh sekitar 10.00 pagi mesti dah keluar dari rumah,kalau lambat keluar mood boleh bertukar dari rajin nak keluar rumah kepada malas nak keluar langsung.

Nabil yang memang nak sangat pergi Aquaria,telah mempengaruhi Naufal untuk mengajak kami pergi ke Aquaria,malangnya Naufal yang sangat susah nak sebut perkataan Aquaria telah tersalah cakap dengan mengajak kami pergi Korea. Saya yang pening lalat ni(my favourite word now)pun menanyakan abang-abangnya"apa adik ni asyik nak ajak pergi Korea ni"mana dia dapat idea ni.Abil menerangkan Korea itu sebenarnya "Aquaria" so secara tak langsung tahulah siapa yang ajar adik pasal Aquaria kan.

Nak jadi cerita hari Ahad hari tu bersamaan dengan last day cuti sekolah,pagi lepas sarapan pagi saya buka blog my sister in law sini.Mereka sekeluarga pergi Aquaria,Nabil pun apa lagi bisingla "tengok atikah dah pergi kita bila".Saya yang dah tak kuasa nak dengar pun teruslah cakap hah pergi siap sekarang jom kita pergi. Kadang-kadang benda-benda macamni kalau dirancang tak menjadi,maka kelam-kabutlah mereka bersiap sebelum maknya bertukar fikiran.Masa tu dah pukul 11.00 pagi Sisulung pula buat hal tak nak ikut,but me kan kalau nak pergi mana-mana anak-anak mesti semua ikut,maka tiada alasan lah taknak pergi kecuali tak sihat.Masa umur-umur macam sekarang nilah boleh paksa ikut pun,sikit hari lagi ajak macamana pun taknaknya yalah dah makin besar nanti.

Kami sampai di DiKLCC pada pukul 12.30,kami parking diKLCC dan mengambil masa 15 minit jugalah untuk berjalan ke Aquaria tu,sebelum ni kami pergi Aquaria parking di KL Convention Center tak terasa jalan berjauh sangat macam ni.Nasib baik orang tak ramai sangat jadi beratur sekejap je lah masa beli tiket,untuk 4 orang dewasa dan seorang kanak-kanak jumlah harga tiket yang kami kena bayar ialah RM128.Nak jadi cerita, dah siap beli tiket baru perasan kamera tertinggal dalam kereta.Tak syoklah takda kamera kan.Mak dia ni mula lah tak da mood nak masuk Aquaria.Nasib baik Nabil akhirnya kesiankan maknya ni sanggup balik semula ke parking untuk ambil kamera dengan syarat si sulung pun ikut sama.Barulah emaknya boleh tersenyum.Kesian juga melihat diorang kena pergi ambil kamera dekat parking sebab memang bukannya dekat pergi dan balik ambil 1/2 jamlah juga,tapi nak buat macamana no kamera tak happening la ngee.

Kesudahannya kami telah menikmati saat-saat yang menyeronokkan di Aquaria sekeluarga.Keluar je dari Aquaria kami singgah sembahyang di surau disitu.Lepas sembahyang perut pun mula lah rasa lapar,hubby cakap nak makan nasi and no to fast food.Saya ajak makan di Penang Village,masalahnya kaki dah tak larat nak jalan maka kami akhirnya makan ditempat makan yang pertama kami jumpa di dalam KLCC itu iaitu KFC. Kami makan KFC dan memilih set yang ada nasilah sebab hubby really lapar nak makan nasi.Ok lah juga dah tak da pilihan lain kan.Walaupun tekak nak makan masakan yang ala-ala tom Yam tapi dah nak pukul 3.30 petang masa tu.So telan jelah makanan yang ada itu. Balik dari KLCC kami singgah ke bandar Kinrara nak jumpa emak dan anak-anak abang saya kerana dah 2 minggu tak jumpa.

Nampaknya cuti sekolah kali ini anak-anak memang betul-betul berjalan sakan ialah pergi Singapore,Sunway Lagoon,enjoy futsal Di Sport planet and last sekali pergi Aquaria so lepas ni anak-anak ku sekolah nak buka semula belajarlah rajin-rajin ya.Kalau belajar rajin-rajin,berkelakuan baik dan rajin tolong mak and terutama sekali waktu Solat tak payah bersuruh cuti akan datang kita akan buat planning yang lagi best . So ingat pesan Mak ni.

Sunday, 3 January 2010

Orientasi Pra Sekolah


Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2)


Kelas Mumtaz


Mengenang nasib nak jumpa kawan baru



sempat posing dengan abang abil



dengan kawan-kawan baru



Teruja ada pentas kecil dalam kelas



Ayah kena pakaikan kasut


Nak pegang sendiri barang-barang yang dapat (baju dan buku-buku)


Hari Khamis yang lepas saya dan hubby cuti sebab Naufal ada orientasi untuk pra sekolah di Sekolah Rendah Presint 9(2).Naufal sangat teruja nak pergi pra sekolah,bukan sahaja Naufal yang teruja abang abil dia pun sama nak ikut tengok adiknya orientasi.Anak saya yang sulung tak ikut,apalagi pasal bangun lambatlah.Abang Nabil memang sayang lebih-lebih dengan siNaufal ni,tu yang nak ikut sangat. Sampai disekolah bukan hanya ada orientasi untuk pra sekolah untuk yang darjah satu pun ada sama.

Anak-anak pra sekolah masuk kelas ibubapa pula dengar taklimat didewan.Waktu saya dan hubby dengar taklimat.Nabil ditugaskan tunggu adiknya diluar kelas.Taklimat diberikan oleh Gurubesar sekolah(guru Pengetua).Beliau memberi tahu betapa bertuahnya anak-anak yang terpilih masuk Pra sekolah kerana satu kelas ada 25 orang dan semuannya ada 3 kelas.Jumlah yang terpilih ialah 75 orang sedangkan yang memohon sangat ramai.Nampaknya Naufal bertuah kerana terpilih sama.Beliau juga memaklumkan guru yang mengajar Pra sekolah ini berkelulusan Universiti didalam kumpulan DG41 sedangkan ada tadika-tadika diluar sana gurunya hanya berkelulusan SPM tapi bayarannya sangat mahal.Ini memanglah tak dinafikan tapi nak buat macamana kadang-kadang nak dapat masuk pra sekolah pun bukannya senang nak dapat pun.Sukatan pelajaran di Pra sekolah ini adalah mengikut sukatan pelajaran oleh Kementerian Pelajaran.Bayaran pendaftaran Hanyalah RM78. Atas persetujuan semua ibubapa kami akan menyumbang RM20 sebulan untuk perbelanjaan pelbagai seperti harijadi dan alat tulis.Kami dimaklumkan bahawa kanak-kanak akan diberi 2 kali makan iaitu pada pukul 7.30(sarapan pagi)and 10.30 waktu rehat.

Naufal ditempatkan didalam kelas Mumtaz(nama perempuanlah pulak).So far tengok dia seronok sebab kelas cantik ada pentas kecil,ada komputer,TV,Dvd and gerai kecil lagi didalamnya.Setelah membayar yuran kami dibekalkan dengan 1 uniform sekolah,1 baju sukan dan buku-buku.Kita tengok jelah hari Isnin nanti bila hari persekolahan betul-betul bermula.Sebenarnya kami ada masalah sikit,pra sekolah habis pukul 12.00 tengahari sedangkan kakak Nabila tempat Naufal transit nanti keluar 1.15,boleh ke papa Nabila ambil Naufal awal.Kami dah mula bimbang,hubby kena slow talk dengan jiran sebelah lepas ni(jiran sebelah kami Papa Nabila).Kami gamble je,dulu masa mula-mula pindah sini pun macam nilah masa tu nabil standard 1 and Naqiuddin standard 3 kena sekolah di Presint 16 tapi kami duduk dipresint 9.Takda tempat nak transit dan tiada siapa nak ambil balik sekolah.Kami masa tu cuti 2 hari,malam yang pertama saya tak boleh tidur memikirkan lepas sekolah mereka ni nak duduk mana,nasib baik mungkin berkat doa kami,nenek mereka dan nyang mereka yang susah hati juga mendengar masalah kami masa itu akhirnya keesokan harinya masalah saya dapat diatasi.Sambil tunggu mereka disekolah keesokan harinya saya telah duduk disebelah seorang kakak tu,kakak tu surirumah dan pergi menghantar dan mengambil anak bongsunya sekolah saya pun membuka mulut nak tumpangkan anak balik sekolah. Dia yang kesiankan saya akhirnya bersetuju,tapi yang seronoknya bukan saja bersetuju ambil anak-anak balik sekolah malah terus transit dan siap keseluruhannyalah ambil balik sekolah,hantar dan ambil Kafa and mengaji sekali, kak Fauziah tu sendiri yang ajar.Dan kesudahnnya anak-anak saya transit dirumah kakak Fauziah dari darjah 1 hinggalah sampai darjah 5.

Sekarang ini masalah Naufal pula lah pulak pagi memang kami boleh hantar,tapi tang masa balik ni belum tahu lagi.Harap papa Nabila boleh bantu kami.Walaupun Papa Yus memang manjakan Naufal sebab isterinya jaga Naufal Dari 2 bulan sampai umur 4 tahun.Even sekarang pun hari-hari Naufal keluar masuk rumahnya almaklumlah sebelah rumah je kan.Tapi takut menyusahkannya pula.Hari tu dia cakap dia boleh ambil waktu balik sekolah,nantilah petang nanti hubby jumpa dia balik.Pagi kami akan hantar Naufal and Kakak Nabila cuma tengahari je minta jasa baik Papa Yus ambil.Wish me luck......

Saturday, 2 January 2010

Selamat Tahun Baru 2010


Ini gambar google.com semalam sempena tahun baru

Selamat tahun Baru 2010,ha ha terlambat satu hari nak wish.Semalam sibuk,tapi tak tau sibuk pasal apa.Oh ya tahun baru ini dimulakan dengan perubahan penampilan blog saya.Header baru yang saya tempah di Emila . Header ini ialah hadiah dari hubby sempena our aniversaries hari tu.So macamana ok tak,colour latarbelakangnya pun adalah pilihan hubby.I tempah header ini lepas tu tak reti nak masukkan percaya tak,nasib baik Emila sudi untuk masukkan untuk saya.

Actually banyak benda nak tulis and banyak gambar nak masukkan tapi gambar sangat lambat bila nak masukkan dalam blog tak sabar nak tunggu.Nantilah petang karang kalau ada masa banyak I akan masukkan.Hari ini banyak planning dari anak-anak nak pergi jalan-jalan.Tapi tak decide lagi nak pergi mana.Now dah pukul 9.30 tapi yang sulung tak bangun lagi.Lepas sembahyang subuh dia tidur balik.Semenjak dari semalam or setiap kali cuti waktu sarapan pagi I dengan hubby akan sarapan dulu berdua,maklumlah anak-anak bujang bangun lambat.Sikecik tu pun dah pandai bangun lambat.Nampaknya macam nilah kalau anak semua lelaki memang lambat bangun tidur.Kami tak kisah janji bangun sembahyang subuh lepas tu nak tidur balik tidurlah,dengan syarat mesti bangun sebelum pukul sepuluh kalau lebih dari tu dah masuk tengahari namanya.

Tidur sampai nak masuk tengahari tak murah rezeki kata orang tua-tua(cakap berlapik la tu).Sebenarnya tidur sampai masuk tengahari bila nak mula cari rezeki,malaslah sebenarnya tu.Anak-anak saya ni bangun lambat sebabnya malam tadi tidur lambat layan TV and internet.Ok lah sekarang dah pukul 9.54 nak pergi kejutkan sisulung tu.Udiiiiin!!!! banguuun he he(perlahankan sikit suara nanti orang ingat mak Flintones).:-)

Inilah family Flinstone(arwah abah dulu marah kalau dengar orang marah anak suara jerit-jerit dia kata macam Flinstones)