Wednesday, 8 July 2009

Sleepy and Smile






Hari ini dapat MC sebab ada appointment dengan doktor pakar Nabil pun ada juga appointment dengar pakar ENT pasal sinus dia tu. Lepas balik dari hospital lebih kurang pukul 12.00 pergi Maybank betulkan kad ATM dalam 1 jam jugalah. Lepas tu pergilah pulak pasar beli ikan,udang,ketam dan sayur-sayuran. Balik pasar ambil Naufal kat sekolah, sampai je rumah terus basuh ikan dan lain-lain terus masak lemak ketam penatnya tak taulah nak kata. Lutut ni sakit sangat sebab berdiri lama. Dah lah malam tadi dok layan kenduri Michael Jakson he he. Terkejut dari tidur pukul tiga pagi tangan ini terus tekan remote TV tertengok pula siaran langsung kat Astro pasal majlis Penhormatan khas sempena pengebumian Michael Jackson teruslah layan sampai 6 pagi tu yang mengantuk tu.Masa tunggu nombor giliran di hospital mata asyik nak terlelap je,bukan apa selalu hubby teman kat sebelah bolehlah borak-borak ini dia teman Nabil kat pakar ENT tu yang duduk sorang-sorang . Orang-orang disebelah kerusi semuanya mata nak lelap je,saya rasa dia orang pun layan kenduri Michael Jackson malam tadi. Tapi serius tau saya pun rasa sedih juga bila dengar Brooke Shield bagi ucapan malam tadi meleleh jugalah air mata ini lepas tu dengar pula Jermaine Jackson aka Abdul Aziz nyanyi lagu kesukaan Michael "Smile" memang tangkap syahdu bak kata orang orang muda sekarang. Tak tahu siapa cipta lagu itu tapi katanya Charlie Chaplin yang buat liriknya kalau tak salahlah. So dengarlah video clip ini you can cry i bet but in the same time you are smile ;-(


Saturday, 27 June 2009

The Climb -by Miley Cyrus



Lagu ini menjadi kegilaan anak saya Muhammad Naufal The Climb by Miley Cyrus. Yang peliknya dia dengar sekali-sekali je dalam kereta tapi dia dah hampir hafal liriknya.Sekarang inilah yang dia obses buat masa ini cerita Aina Montana(Hanna Montana)dan selalu sangat dia nyanyi lagi ini sampai lagu ini sekarang bermain dikepala maknya selalu. So nikmatilah lagu ini ye banyak massagea dalam lagu ini tau untuk semua.

Wednesday, 24 June 2009

Nur Kasih



Sebenarnya saya dah lama tak mengikuti drama-drama bersiri di TV ,malas sebenarnya bukan apa saya balik kerja lambat balik je rumah bergelut nak masak lagi dan banyak kerja rumah yang perlu dibuat. Bila semuanya dah siap dan nak berehat sambil tengok tv mata pun mulalah mengantuk. Kalau ada pun drama yang saya tengok ialah cerekarama pada hari Sabtu. Keadaan telah berubah sejak akhir-akhir ini saya sedang mengikuti drama 'NUR KASIH' tiap-tiap hari Jumaat pukul 9.00 malam,entahlah cerita itu telah berjaya menarik hati saya sampai lambat rasanya nak tunggu hari Jumaat datang lagi. Ceritanya sungguh menyentuh perasaan dan gambarnya pula cantik macam tengok iklan,walaupun mengantuk macamana pun saya akan basuh muka untuk mencelikkan mata sebab nak tengok drama itu. Sebenarnya saya dah lama tak suka kalau jalaluddin Hassan berlakon(dulu-dulu suka lepas tu tak suka)tapi sekarang dah suka balik he he. Dekat rumah saya dan cousin je yang tengok cerita ini, suami dan anak-anak tak layan cerita ini. Kadang-kadang Cousin saya Ochu tewas juga dengan kemengantukkan matanya tapi saya tetap teguh duduk bukan berdiri ya untuk menonton cerita ini. Takpalah saya layan sorang-sorang cerita ini barulah ada feel ha.ha.ha. So jangan lupa tontonlah drama ini ya memang berbaloi.

“Adam dan Aidil tak sama.
Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga.
Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang.
Malah jadi layu. Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur.
Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang…”(Hajjah Khadijah)
petikan dailog dari drama Nur kasih


Sunday, 21 June 2009

Happy Father's Day




Selamat hari Bapa kepada Encik Mohd Yazid Bin Yahya bapa kepada anak-anak saya. Terima kasih kerana menjadi bapa yang paling sporting kepada anak-anak .Encik Yazid adalah seorang yang paling penyabar dan susah nak mendengar dia meninggikan suara. Sempena hari bapa ini mak kepada anak-anak Ecik Yazid ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana selama ini bertanggunjawab dalam memberi kasih sayang dan segala keperluan kepada keluarga kita.Isteri Encik Yazid dan anak-anak amat bertuah kerana dikurniakan bapa dan suami yang penyayang seperti Encik Yazid. Saya dan anak-anak sebulat suara memberi Encik Yazid 95 % markah atas prestasi sebagai bapa pada tahun ini. Keep up the good work, prestasi Encik Yazid akan dinilai lagi pada tahun hadapan he he he.


Saturday, 20 June 2009

Hadiah adik untuk Ayah




<



Semalam pulang dari kerja Naufal tak sabar nak sampaikan kepada ayah dia hasil kerjatangan darinya dan gurunya sempena hari bapa. Ayahnya pula pura-puralah terperanjat walaupun dah tahu hari ini mesti dia bawa something sempena hari bapa.Emaknya pula tak sempat salin baju kerja lagi dah snap gambar-gambar ini dengan anak yang no 2.Nabil macam biasalah kan. Kami tak nampak tempat yang sesuai untuk kami gantung benda ini dirumah melainkan ditempat switch lampu dan kipas ini,jadi sepanjang minggu ini disitulah kad itu akan digantung sebelum ia akan disimpan didalam kotak untuk buat kenangan.

Sunday, 14 June 2009


Lagu ini sekarang sering bermain dikepala saya ia dinyanyikan olehn Aizat bertajuk "Pergi". Aizat memang sungguh berbakat lagu-lagunya kebanyakkanya dicipta sendiri. Aizat patut juga saya contohi kerana telah berjaya menurunkan berat badannya. keazaman dan kecekalan untuk menguruskan badannya sepatutnya boleh dijadikan inspirasi bagi saya. Saya ini kemahuan untuk kurus itu ada tapi kecekalan itu agak agak jauh pergi dari diri saya.






Hannah Montana The Movie



Naufal sejak akhir-akhir ini minat cerita Hannah Montana dan dah lama pujuk kami untuk pergi menonton cerita ini.Memandangkan hampir 14 tahun emak dan ayahnya lama tak pergi menonton wayang jadi lambatlah sikit permintaan itu nak dikabulkan. Saya rasa untuk pergi menonton wayang semula mestilah cerita yang memang betul-betul berbaloi menariknya. Hari ini Cik Aty and Cik Ochu janji nak bawa naufal pergi tengok cerita itu tapi last minute tak jadi kerana cik Aty kena pergi kerja. Tak apalah cik Aty and cik Ochu lagi dua minggu kami akan beli DVD ini dikedai Speedo. Beli je dvd ini sebab perangai Naufal ini bila dah suka sangat sesuatu cerita dia akan tengok dvd ini berkali-kali hingga sampai boleh hafal skripnya. Naufal telah memalayukan nama Hanna montana ini kepada Aina Montana. Betulkanlah macamana pun dia tetap panggil Aina. Mesti ramai orang rasa tak sesuaikan Naufal minat cerita ini tapi saya tak kisah asalkan dia tak minat cerita yang bukan-bukan oklah tu, improve juga english anak saya nanti. Jangan susahlah cik Aty and Cik Ochu naufal tak merajuklah sebab semalam mak dan ayah belikan dvd Aina Montana siri-siri dari tv.