Wednesday, 10 June 2009

Twilight




Semalam saya cuti untuk berehat,tapi boleh ke cuti berehat kalau dah duduk rumah? jawabnya bila dah duduk dirumah mata ini ternampaklah banyak benda yang perlu dibuat.Semalam selepas masak saya gotong royong anak beranak mengemas rumah,buang apa yang patut,vacum dan mop rumah. Meriah sungguh suasana dirumah ketika itu, mulut saya pot-pet pot-pet berleter tengok bilik anak bujang saya yang bersepah-sepah Encik Yazid pun terkenalah tempiasnya sekali (pukul anak sindir bapa:-). Lepas makan tengahari saya berehat dan melayan dvd cerita Twilight dengan hubby. Mula-mula tu hubby bising apa cerita ini asyik bercakap je booring katanya,tapi kesudahannya dia excited tengok dvd ni sampai habis. Patutlah budak-budak muda especially perempuan ramai yang bercakap tentang cerita ini. Ceritanya menarik dan heronya handsome pula.Tak rugi rasanya saya beli dvd ini untuk dijadikan koleksi dvd saya,tak sabar pula rasanya nak tunggu sambongan cerita ini nanti.Walaupun agak ketinggalan dari orang lain,kerana cerita ini dah lama ditayangkan kalau tak silap saya pada awal tahun 2009. Tapi kira oklah jugakan kalau orang bercerita pasal Twilight saya boleh join sama sebabnya saya dah tengok juga. Hantunya handsome he he he.

Tuesday, 9 June 2009

Cuti and shopping






Saya telah mengambil cuti pada 8 dan 9 Jun sempena cuti sekolah,memandangkan cuti rehat saya masih banyak saya mengambil kesempatan mengambil cuti dan membawa anak-anak saya membeli-belah persiapan baju raya.Sudah menjadi kebiasaan saya menyediakan segala persiapan baju raya anak-anak saya sebelum bulan puasa.Saya tidak sanggup beli baju raya anak-anak saya pada bulan puasa,nak melayan kerenah anak-anak perlu kesabaran yang sangat tinggi.Itupun semalam saya saya kena control volume suara saya dari menjerit di Jusco Sunway Pyramid semalam kalau setakat perangai Naufal yang asyik nak pergi dekat tempat toys je boleh tahan lagi,ditambah pula dengan perangai yang sulong Naqiuddin dengan Nabil yang asyik nak bergaduh dekat fitting room pun boleh bergaduh. Naqiuddin memang kuat menyakat Nabil tu yang jadi kecoh tu.Tension juga lah maknya.Masa beli baju anak-anak ini time mencuba bajulah saya paling benci sekali ditambah pula yang mencuba itu ialah 3 budak lelaki.Selepas dah beli pakaian saya singgah di kedai Croc Shoes untuk beli kasut untuk Naufal, kasut croc dia yang lama dah kecil. Tapi nampaknya bukan Naufal saja yang beli kasut tapi maknya pun terbeli sama he he he,cute pula tengok kasut design Malindi ini so belilah satu. Bila balik rumah cousin kata kawan dia Ida beli kasut ini Rm10 satu di Hong Kong dan dia beli 5 Colour lagi macam tertipu pula sebab harga yang saya beli dekat sini semalam boleh beli 11 pasang itupun selepas discount,tapi takkan nak pergi Hong Kong kot he he. Selepas pulang dari Sunway Pyramid kami singgah di Restoran Ayam Kampung di Puchong untuk makan tengahari eh bukan makan tengahari sebab kami sampai situ pukul 2.30 petang so makan petang kami.Episod pembelian baju raya ini sebenarnya belum selesai lagi baju untuk Naqiuddin and naufal tak selesai lagi,tadi banyak beli seluar saja punyalah besar Sunway Pyramid itu yang sulung tak berkenan baju-bajunya nak beli dekat tempat lain katanya. So Nampaknya akan ada lagi sessi tension ini untuk saya lagi sekali.Memang ada orang kata shopping boleh release stress,tapi shopping dengan anak-anak boleh release stress ke. Lu pikirlah sendiri he he he.


Sunday, 7 June 2009

Majlis Pertunangan Erwani



Wani And Qudin


Wani And Me


Goodies untuk orang yang datang



Cousin-Cousin


Goodies untuk belah Lelaki



Wani and hantaran


Hantaran


Tempat Upacara Sarung Cincin

Hari Sabtu yang lepas telah selamat berlangsung upacara pertunangan Erwani dengan Tunangnya Shahril Ezrin dengan lancarnya.Walau cuaca agak panas pada hari itu suasana disekitar majlis pertunangan itu tetap meriah.Ramai saudara mara dan sahabat handai yang hadir.Majlis itu diadakan pada pukul 2.30 petang,beraneka juadah disediakan untuk tetamu dimajlis itu antaranya sate,pulut kuning,laksa Thai,roti jala dan macam-macam lagi.Hari itu juga saya menumpang adakan akikah anak saya Naufal.Majlis perkahwinan Erwani dan Shahril insyallah akan dilansungkan pada bulan Mac 2010 nanti.

Thursday, 4 June 2009

ERWANI




Pada hari Sabtu ini insyaallah akan berlangsung majlis pertunangan sepupu saya yang bernama Erwani Binti Esmail. Majlis Ini akan diadakan di Gombak Setia, masa saya masih bersekolah dulu waktu cuti saja Mak Jang Saya(mak Erwani) akan mengambil saya untuk menjaga Wani ni.Sewaktu dia kecil mulutnya sangat kecoh sampai burung bising diatas wayar elektrik depan rumah pun dia boleh marah kat burung itu,(macamlah burung tu faham cakap dia).Kalau saya tak tinggal dirumahnya kadang-kadang dia pula yang ikut saya balik ke rumah saya. Saya melihat dia membesar menjadi seorang gadis yang sopan satun dan berhemah. Dah hilang dah mulutnya yang becok itu bertukar menjadi gadis yang bercakap bila perlu dan seorang pendengar yang setia.Semoga majlis pertunangan yang akan berlansung nanti akan berjalan dengan lancar. Saya juga insyaallah akan menumpang mengakikah anak saya Naufal di majlis itu nanti.So tunggulah lah ya liputan saya mengenai majlis itu nanti.


Wednesday, 3 June 2009

Me and Myself



Semenjak dua menjak ni cepat penatlah



kalau boleh balik kerja malam nak macam ini je bolehke?



Tapi dah sampai rumah tengok sibongsu ni tak sampai hati pula tak layan dia, dahlah cuti sekolah duduk aje dirumah satu hari, tak tengok dunia luar. Maka layanlah si naufal dengan cerita-ceritanya walaupun penat.Masak-memasak itu jangan cerita dah memang perkara wajib. Apa nak buatkan semua mak-mak didunia macam inilah, so jangan
merungut Puan Suzana:-)(hari merepek Saya).


Tuesday, 2 June 2009

The Answer

Soory lah Suhana,lambat jawab tagged (Broadband Gila)

Where is your cell phone?
on my office table

Relationship?
Married with Encik yazid

Your hair?
short ,black and a lots of white hair as highlight.

Work?
yup,in Putrajaya.

Your sister?
No sister only one brother.

Your favorite thing?
Novel and Magazine.

Your dream last night?
Kliwon(Nolah Dreamless)

Your favorite drink?
Teh O and Chinchau

Your dream car?
Honda CRV

The room you’re in?
Novel and Magazine everywhere.

Your shoes?
Clarks

Your fears?
Absolutely Allah The Almighty.

What do you want to be in 10 years?
Happy.

Who did you hang out with this weekend?
My Family le sapa lagi.

What are you not good at?
sewing and Baking.

Muffin?
Maklang's Muffin

One of your wish list items?
Perform Haj with Najid family

Where you grew up?
Selangor

Last thing you did?
Mengadap Boss kat Bilik dia

What are you wearing?
Now Baju kurung

What aren’t you wearing?
Baju Kebaya

Your pet?
No pet,Ikan pun pet ke

Your computer?
Dell and LG

Your life?
Biasa-biasa je.

Your mood?
Happy

Missing?
Abah

What are you thinking about right now?
To finish this tag.

Car?
Toyota Avanza

Your Kitchen?
Government quarters kitchen design le.

Your summer?
Every day is summer here.

Your favourite colour?
Blue and green

Last time you laughed?
This morning with naufal

Last time you cried?
Last two week marah anak,anak tak nangis mak yang nangis

School?
SAAS AND 4S

Love?
Allah and Family


Nazri Wedding





Hari Ahad yang lepas pagi-pagi lagi kami sekeluarga dah pergi ke Kelana Jaya untuk meraikan perkahwinan anak saudara kami, anak kepada abang suami saya yand kedua. Nazri merupakan anak lelaki seorang daripada 3 adik-beradik . Pasangannya pula bernama Nadia dan bakal seorang Doktor gigi. Colour tema perkahwinan ini ialah peach. Makanan yang disajikan sungguh enak belaka,apa yang lagi menyebabkan kami seronok ialah di suatu sudut ditepi Dewan tempat perkahwinan ini dilangsungkan ada disedia sudut untuk Cendol. Anak saya yang bongsu asyiklah berulang-alik kesudut itu untuk makan cendol.Lupa pula saya nak mengambil gambar sudut cendol itu. Majlis itu berakhir dalam pukul 4 petang,sebelum pulang kami membungkus sedikit lauk pauk untuk dibawa pulang(Acara kesukaan semua orang acara bungkus membungkus he he he)