Friday, 9 September 2011

Fever -Fever Go Away



Semalam Naufal demam,dah lama dia tak demam yang seperti ini,panasnya mencecah 39.5. Saya sangat susah hati bila dia demam macam ini. Dulu masa dia satu tahun lebih dia pernah kena fits masa demam,asyik keluar masuk ward je.Dlam setahun banyak kali masuk Hospital Putrajaya.

Fobia kami bila dia demam tu masih tak hilang lagi,tak tidur sangat kami malam tadi asyik memantau suhu badannya.Emaknya pula sambil lapkan kepala dan badannya dengan kain basah(orang melayu kita panggil demah) sempat lagi tanya kat anak tu .Naufal sayang mak ke sayang ayah, teruk kan mak dia siap test market orang kata ha ha.Tapi seperti biasa anak yang baik ini akan menjawab,"adik sayang dua-dua" he he pandainyeeeee anak emak .

Naufal ini satu je perangainya demam ke tak demam ke,mulutnya sama je pot-pet pot pet asyik bercakap,cuma bila demam dia bercakap dengan mata yang layu.Malam tadi around pukul 2.00 pagi masa ayahnya bagi makan ubat pun dia siap membebel "adik nak makan ubat demam and selsema sahaja,Nooo ubat batuk adik tak nak".Naufal kalau dengan ayahnya lagi lah bertambah mengada-ngada.

Alhamdullillah pagi tadi dia dah ok nampaknya,dia dapat M.C dua hari semalam and hari ini,tetapi dia nak juga-juga and jangan tidak pergi rumah jiran saya yang dipanggilnya Mama (belaiu menjaga Naufal semenjak lepas pantang melahirkannya bila saya pergi kerja). So saya dan Encik Hubby pun pergi kerja macam biasa lah today,tapi rasanya sure mengantuk kat office nanti sebab tak cukup tidur malam tadi.

Gambar diatas ialah Naufal dengan patungnya yang di beri nama Mr.Hobbie,sebenarnya patung itu ialah box pencil,Paklong Rafi yang bagi hadiah untuk hari jadi tahun lepas,tetapi sudahnya tak jadi box pencil tapi jadi dia punya peneman tidur,abang-abangnya suka gelakkan dia,bila nak tidur malam siap selimutkan Mr.Hobbie nya itu,masalahnya dia sendiri tak berselimut. Malam tadi lain sikit dia dan Mr.hobbie dia berkongsi satu selimut sekali,sebab Mr.Hobbie dia pun demam juga kot ha ha.

Abang abil dia selalu terperanjat malam-malam,sebabnya bila naufal terjaga malam dia mesti akan bangun and pastikan selimut Mr.Hobbie nya O.k, sedangkan dia sendiri tak berselimut. Hmmm tengoklah sampai bila lah Naufal dengan Mr.Hobbie nya ini.Jangan sampai macam cerita Mr.bean tu sudahlah dah tua bangka pun ada Mr.Teddy eeeww.