"Air Amat Penting, mestilah minum yang terbaik! Diamondlah yang terbaik", Dato' Sheila Majid
Rumah saya tak pernah ada filter untuk air,saya rasa yang satu floor dengan apartment saya semuanya ada filter air di paip dapur rumah mereka kecuali rumah saya. Saya kan diehard fans Sheila Majid dari dulu hingga sekarang,so bila iklan penapis Diamond ini keluar di TV je,saya selalu cakap dengan En.hubby saya nak penapis air ini dipasang dekat rumah.
Kami sekeluarga selalu tergelak-gelak bila Sheila Majid cakap dialognya dalam iklan ini "air yang ditapis oleh penapis Diamond ini ada manis-manisnya".Bila Sheila cakap je ayat tu dalam iklan, saya spontan cakap pula dengan En hubby" hah abah air akan jadi manis laa".Jawapan balik dari En.hubby pula "ermm ya lah tu" he he.Tapi akhirnya En.hubby terpengaruh juga untuk bersetuju nak pasang penapis air Diamond tu dirumah.
Hari Sabtu 30hb yang lepas wakil pengedar penapis Diamond tu telah datang kerumah saya untuk pemasangannya.Lelaki berbangsa Cina yang pasang penapis tu tanya saya "kenapa kakak memilih Diamond".Jawapan dari saya ialah sebab Sheila Majid Wa ka ka.Dia memaklumkan bahawa Shiela Majid memanglah pengguna Diamond sejak sekian lama,sebab itulah dia dilantik sebagai Duta Diamond.Bukannya Sheila Majid pakai penapis Diamond setelah sahaja dia dilantik sebagai Duta Diamond.Itu kata dialah.
Bila dia dah siap memasangnya saya pun cuba minum airnya itu untuk mencari manis-manisnya seperti yang Sheila cakap dalam iklan Diamond tu ha ha(whatever lah kak jana).Pada keesokan harinya saya buat cucur bawang campur udang untuk sarapan pagi.Saya pun tanya En.Hubby hari ini cucur bawang saya mesti lebih sedap lagi daripada biasa kan, sebabnya saya menggunakan air yang ditapis oleh penapis air Diamond untuk membacuh tepungnya wink-wink.P/s :Cik Chu And Ida nanti kak jana buat nasi goreng yang berasnya dibasuh dengan air yang ditapis oleh penapis Diamond ya.Sure korang pengsan dengan kesedapannya ngeee.