Monday, 28 December 2009

Al Kisah Hari Ahad Keluarga Kami

Entry saya kali banyak gambar ya memandangkan banyak tempat yang kami telah pergi. Semalam merupakan hari yang paling memenatkan bagi kami sekeluarga,boleh dkatakan hampir satu hari kami berjalan.Dimulakan dari pagi kami keluar rumah pukul 10.30 pagi dan destinasi kami yang pertama ialah Pusat Perubatan An Nur Bangi,kami kesana ialah kerana nak melawat anak saudara kami yang baru selamat melahirkan anaknya yang sulung dan ia merupakan seorang puteri.Dia diberi nama Qaireena Khalisya yang membawa maksud "Kebaikkan Keikhlasan".Qaireena merupakan cucu saudara kami yang ke 8.Tahniah kami ucapkan kepada Noi dan Jumi ,selamat menempuh alam baru menjadi ayah dan ibu.Oh ya kami jumpa Dr.khamsiah Muda doktor yang sambut Naufal lahir pada 5 tahun yang lalu.Dia masih ingat kami dan menegur kami dulu sebelum sempat kami menegurmya.Dapat juga kami mengambil gambar dengan doktor yang menyambut kelahiran Naufal.



Latest Edition Cicit Atok Haji Yahya And Nenek Hajjah Siti Rawiyah "Qaireena Khalisya"


kami dan Dr.Khamsiah Bt Muda Doktor yang sambut Naufal lahir.

Dari An Nur bangi destinasi kami yang kedua ialah KLCC sebab dah janji dengan Naufal nak bawa tengok pokok krismas.Selepas lebih kurang 1 jam setengah kami disitu ambil gambar Naufal yang lebih sebenarnya.Kami singgah sekejap diIsetan sebab nak beli baju tidur Naufal.Dapatlah kami beli baju tidur Naufal dalam 3 pasang ,lepas tu terjebak pula beli sandal BEN 10 untuk Naufal.Naufal sekarang tengah gila barang-barang Ben 10,kami layan le juga sebab "KESIAN"(ikut dailog cerita P.Ramlee).Selepas solat zohor di KLCC kami pergi pula ke destinasi ke 3 iaitu Restoran Haslam untuk makan tengahari.Waktu itu hujan sangat lebat maka berseleralah kami menikmati juadah makan tengahari.










Dari restoran Haslam kami pergi pula ke destinasi kami yang ke 4 iaitu kerumah PIL di Batu Caves sebab dah lama tak pergi menziarahnya.Kami duduk dalam 2 jam setengah disitu,bapa mertua saya yang buat Teh O untuk kami dan dimakan bersama lempeng pisang yang kami beli diRestoran Haslam.Selepas Sembahyang Asar kami pun bertolak pula ke destinasi kami yang ke 5 iaitu Alpha Angle Wangsa Maju sebab nak beli track biru dan T.shirt putih untuk Naufal pakai masa orientasi pra sekolah pada 31/12/2009 nanti.Sepatutnya selepas itu kami harus terus pulang kerumah kerana anak kami yang no.2 Nabil sibuk nak tengok cerita Dark Night(Batman).Dia bising mesti sampai rumah sebelum pukul 9.00 malam.Dalam perjalanan balik kami lalu Jalan Keramat maka kami tersinggahlah pula diGreat Estern Mall destinasi ke 6 kami.Sebenarnya kami nak pergi sini minggu depan tapi dah alang-alang lalu situ hubby kata singgah jelah terus.Disini saya nak tempah bantal untuk latest cucu kami Qaireena.Bantal yang ada emboidery tu nanti dah siap saya tunjuk ya.Kami tempah di kedai Cotton Picking.Disini juga saya banyak ambil gambar Naufal dengan hiasan sempena hari Krismas.Di Great Estern Mall anak-anak sibuk nampak Wardina,memang kat sini boleh jumpa ramai selebriti.Selalunya bila kami datang sini mesti ada jumpa selebriti. Saya kata kau orang jumpa Wardina.emak 2 kali terserempak dengan boss abah.Suami saya terperanjat siapa katanya.Saya jawab "SM faizal lah "(CEO Naza Motor) ,memang saya terserempak 2 kali dengan dia dan isterinya tapi dia tak kenal sayalah,saya yang kenal dia he he.Selepas sembahyang maghrib disitu kami pun terus pulang kerumah,tulah dia betapa sibuknya kami sekeluarga semalam.Tapi sempat juga kami sampai rumah sebelum pukul 9.00 sebelum cerita Dark Night bermula.Bila mengenangkan aktiviti kami semalam memang boleh lelah dibuatnya.Walaubagaimana pun kami enjoy.


Dapat juga Naufal jam Ben 10 semalam









Futsal with Cousin and Friends


Kasut pemain-pemain Futsal Putrajaya








Pada malam 25 Disember yang lepas telah diadakan perlawanan Futsal antara cousin and friends,perlawanan Futsal ini diadakan diSport Planet Ampang. Sebenarnya telah lama dirancangkan perlawanan ini ,akhirnya berjaya juga ia dilaksanakan. Perlawanan berlangsung selama 2 jam .Walaupun ramai juga yang cancel last minit tak dapat hadir,tapi ia tidak sedikit pun mencacatkan keadaan.Selepas Maghrib saja kami telah bertolak dari rumah nenek di Gombak dan menuju ke Sport Planet Ampang secara konvoi.Perlawanan bermula dari pukul 8.00 hingga 10.00 dan berhenti selama 15 minit sahaja tak ke gila tu. Perlawanan yang secara suka-suka itu memang meriah,dengan budak kecik yang bebas keluar masuk kedalam padang, cuba je lah bayangkan keadaannya.Permainan memang tak ikut peraturan sangat.Jika ada anak-anak kecik yang terkena bola,ibubapa tak boleh marah kerana ibu-bapa yang membenarkan anak-anak main didalam padang dengan orang dewasa,even anak saya yang bongsu keluar masuk padang dengan botol susu.Ayahnya jaga gol dia pun ikut sama jaga gol sambil pegang botol susu cuma dia bernasib baik tak terkena bola.

Segala perbelanjaan sewa padang dan minuman ditaja oleh sepupu saya Ellyza and Iqbal.Memang seronok gila,yang tak main sibuk ambil gambar disana-sini.Bila habis permainan kami bersurai untuk pulang,walaupun sepupu kami Cik Lawyer nak belanja makan di kedai mamak NZ selepas itu,dengan berat hati kami terpaksa menolaknya kerana lokasi kedai itu berlawanan arus dengan rumah kami,nanti kena patah balik.Keluarga saya semuanya dah tak larat ,kami terus balik kerumah dan hanya singgah di Drive Thru MacDonalds Sungai Besi untu beli makan malam.Keesokan hari my hubby and anak bujang semua mengadu sakit kakilah ,sakit badanlah .Janganlah berangan nak suruh buat kerja rumah semuanya tak larat,even nak pakai seluar kecik masing-masing pun mengadu sakit kaki nak tunduk he he(sepatutnya censored ni)tapi apa nak buatkan memang itulah kenyataaan, semuanya adodoi sini adodoi sana. Selepas ini saya mengharapkan agar perlawanan bowling pula lah ya,sesuailah bagi cousin-cousin yang size seperti biggest loser Asia ni join sama.Kalau futsal ni memang Ampun Tuanku memang tak layak kami pacal yang hina nak joint sama.Tak terlarat nak bawa badan. So ingat ya penganjur upacara sukan untuk cousin-cousin lepas ini Bowling pula ya.Akhir kata dari saya selaku orang yang membuat liputan pada malam itu "Majulah Sukan Untuk Negara"!!??;-D.

Friday, 25 December 2009

PMR Result


Semalam keputusan Peperiksaan PMR telah keluar,ini juga bermakna keputusan peperiksaan anak sulung saya akan keluar juga.Semalam saya cakap dengannya dulu-dulu zaman mak kalau tak lulus SRP sekarang sama taraf dengan PMR tak boleh naik tingkatan 4,kena stay ditingkatan 3,mak risau dulu kalau tak lulus sebab atuk selalu takut-takutkan mak kalau tak lulus kena kahwin he he.Tapi itu dulu,sekarang ini kalau tak lulus pun boleh naik tingktan 4.Cuba bayangkan kalau tak lulus tak boleh naik tingkatan 4 tentu ramai budak-budak akan bermasalah sebab tak sekolah terutama budak-budak yang nakal.Budak sekarang dengan budak dulu-dulu tak sama.Nakal mereka lain.

Memang patut Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar yang gagal tetap naik ke tingkatan 4.Yang patut sekolah pun ramai yang curi-curi ponteng,kalau tak dapat naik tingkatan takut akan menambahkan lagi gejala seperti ini sebab dah ada perasaan malu dikalangan mereka.Berbalik kepada anak saya yang sulung,beliau merupakan seorang yang sederhana dalam pelajaran,saya pernah menceritakan kebimbangan saya disini

Alhamdullilah keputusannya walau tak berapa baik,saya masih bersyukur dengan keputusan tersebut sebab saya tahu dia telah mencuba sehabis baik.Keputusannya ialah 1A 6B Dan 1C. A ialah (kemahiran hidup) dan C ialah English.B ada kategori Cemerlang dan Kepujian.B anak saya banyak terduduk dalam kategori Cemerlang,ini bermakna hampir-hampir nak dapat A.Saya beritahu anak saya kalau dia berusaha lebih sikit mungkin dia akan dapat A.Tapi semuanya dah berlalu,masa tidak boleh diulang kembali.Saya menasihatkan anak saya ambillah perkara ini sebagai pengajaran dan pengalaman supaya bila SPM nanti buatlah bersungguh-sungguh sebab masa tidak boleh diulang kembali.Buat yang terbaik kerana menyesal kemudian tak berguna.Seperti yang saya katakan sebelum ini saya akan menyokongnya dalam apa jua keadaan,dan doa dari abah dan emak akan mengiringinya.Amin

Thursday, 24 December 2009

Mimpi Gigi Patah



Baru-baru ini saya mimpi gigi bahagian atas saya patah dan saya mula tak sedap hati,saya tidak suka mimpi gigi patah.Yes,I know tak baik percaya yang bukan-bukan tapi biasanya bila saya mimpi gigi patah mesti selepas itu akan ada kematian.Yes I know,mungkin juga kebetulan saje kan,tapi kebetulan itu pun berlaku selepas saya mimpi gigi patahlah juga.Saya pernah bermimpi nak cabut gigi bahagian atas tapi doktor itu kata kita cabut lagi sebulan ya.Bila siangnya saya tanya pada arwah abah saya, "Abah jana mimpi nak cabut gigi belah atas tapi doktor suruh tunggu lagi sebulan kenapa ya". Arwah abah saya diam sahaja ketika itu, biasanya dia yang akan cakap "ada orang nak meninggallah tu".Gigi atas ke ,gigi bawah ,gigi atas untuk orang yang lebih tua dari kita dan bawah pula biasanya orang yang lagi muda. Tapi ketika saya tanya dia waktu itu,dia hanya diam sahaja.Beberapa hari selepas saya mimpi gigi saya itu abah pun jatuh sakit and genap sebulan selepas itu abah meninggal dunia.Really memang genap sebulan selepas itu.Mungkin kebetulan jugakan.So bila saya mimpi gigi atas saya patah lagi,mula rasa tak sedap hati lagi.Ya allah minta dijauhkan perkara yang tak baik.Apa-apa kita harus redha kerana mati itu adalah pasti.Wallahualam

Tuesday, 22 December 2009

Bill And Giuliana Rancic




Sekarang setiap Selasa pukul 10.20 malam saya suka layan rancangan "Giuliana and Bill"di channel 712 (E)yang menceritakan kehidupan sebenar Bill and Giuliana Rancic.Walapun sebenarnya tak ada apa faedah pun yang saya dapat dengan menonton rancangan ini.Tapi why not kan,sekadar untuk hiburan bolehlah layan, sebab saya rasa rancangan ini taklah sebodoh rancangan Living With The Kardashian and dulu-dulu newlywed Nick Lachey and Jessica Simpson. Bill Rancic ialah pemenang season pertama "The Apperantice".Kadang-kadang my hubby bising juga kat anak-anak "cerita apalah yang mak korang tengok ni". Tapi saya buat tak kisah je,saya layan juga cerita ini.Memanglah kalau nak diikutkan memang tak sesuai bagi umur macam saya ni tengok channel 712 tapi untuk memperluaskan pengetahuan tentang dunia hiburan peringkat dunia ,apa salahnya kan.Kadang-kadang saya lebih advance dari anak-anak saya mengenai dunia hiburan dan apa movie terbaru dari Hollywood dan siapa pula pengarahnya.

Berbalik kepada Giuliana and Bill tadi,jangan pula jadi macam Jessica Simpson sudahlah buat rancangan mengenai kehidupannya after wedding,lepas tu je tup-tup dengar cerita nak bercerai.Hope Giuliana and Bill will live happily ever after errrr.....;-)


Monday, 21 December 2009

Malaysia Menang Selepas 20 Tahun









Bahang kemenangan perlawanan Bolasepak antara Malaysia dengan Vietnam yang mana kemenangannya berpehak pada Malaysia dengan mata 1 Malaysia dan Vietnam 0 masih terasa lagikan. Saya lambat buat entry mengenainya kerana kurang sihat.

Pada hari berlangsungnya perlawanan bolasepak itu merupakan malam Awal Muharam,jadi apa yang saya nampak orang lebih ramai berada dikedai-kedai mamak daripada di Surau atau Masjid. Saya pun sampai kerumah setelah pulang dari office pada pukul 7.30 petang ,saya nampak anak bujang saya yang berdua tu tengah duduk berlonggok depan T.V. Anak saya yang bongsu tengah layan Mr.Bean dalam bilik.Saya dan hubby yang berebut nak sembahyang maghrib sempat lagi tegur anak-anak dah sembahyang ke belum masa itu. Mereka kata mereka dah solat.Masa pasukan Malaysia menjaringkan gol saya boleh dengar gema suara menjeritkan perkataan gol sangat kuat disekitar blog rumah saya.Masa itu jugalah kedengaran doa awal tahun dari surau yang sangat berdekatan dengan rumah kami,tapi yang pasti jeritan gol tadi telah menenggelamkan suara doa dari surau kami.

Anak bujang saya bersemangat dengan memakai jersey pasukan Malaysia masa melihat perlawanan bolasepak ini. Suami saya lepas saja solat dia pun join sama dengan anak-anak bujangnya.Anak saya yang no.2 merungut tidak suka dengan Zaquan Adha dia kata" Zaquan itu takda pun takpa mak,katanya kembarnya Aidil Zafuan lebih baik permainannya".Saya yang tak tahu apa-apa ini dengarnya je lah .Yang saya tahu Aidil Zafuan tu kahwin dengan Rita Rudaini dan anak mereka sebijik muka Aidil he he.Itu saje.........

Cuba tengok ini betul tak cakap saya sama kan muka anaknya dengan Aidil

Boleh tengok gambar lagi disini

Thursday, 17 December 2009

Salam Maal Hijrah 1431



Salam Maal Hijrah 1431 untuk semua,Tema tahun ini ialah memantapkan Ukhuwah Dan Memperkasa Ummah tapi biasanya tema sekadar tema sahaja.Untuk menyedapkan bunyi sesuatu sambutan contohnya Kemerdekaan,tahun Melawat Malaysia dan lain-lain.Diam tak -diam sekejap je masa berlalu.Insyaallah di hijrah yang mendatang ini semoga kita dapat memperbaikki diri dari segi peribadi dan keimanan kita.Insyaallah.


Doa Akhir tahun ini dibaca 3 kali pada waktu akhir Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


Dan Doa Awal tahun ini dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam Satu Muharram

Harap semua berkesempatan untuk mebacanya hari ini ya,jangan ada yang lebih teruja berebut-rebut nak chop tempat duduk di Restoran Mamak Hakim Baru Di Seksyen 7 Shah Alam sebab nak tengok bola Perlawanan Akhir Malaysia lawan Vietnam sudahlah he he.Tak pa kita positif thinking je lah ya,ambik sebagai azam sempena Maal Hijrah 1431 ini menjadi yang terbaik dan menjaga keimanan.Wasallam

Wednesday, 16 December 2009

Green Day-21 Gun



Sesiapa yang biasa masuk blog saya pasti tahu jika saya suka sesuatu lagu pada ketika itu pasti saya akan cari youtube dan masukkan lagu ini dalam blog saya.So bulan ini lagu kesukaan saya ialah 21 Gun by Green Day lagu ini selalu keluar kat Hot FM mula-mula saya dengar lagu ini saya rasa lagu ini meleweh-leweh(macam yang selalu kata lagu lemau)tapi lama-lama dengar macam syok pula lagu ini.Musicnya macam ada ala-ala lagu The Beatles pula kan.Cousin saya yang kerja di Lim Kok Wing University kata lagu ini adalah kesukaan Tan Sri Lim Kok Wing.So bila lagu ini keluar diradio masa saya dan family duduk dalam kereta mesti saya cakap kat hubby and anak-anak ini lagu favourite Uncle Lim macamlah Tan Sri tu uncle kami ha ha. Ochu cousin saya kalau baca entry ini jangan bagi tahu Uncle Lim ya :-)



Gambar Tan Sri Lim Kok Wing ialah ilustrasi by Emila Yusof



Tuesday, 15 December 2009

Berjumpa dengan Mynn Salam 2 Benua


Naufal buat perangai tak nak ambil gambar




Hari Ahad pula saya telah bertolak dari Putrajaya pukul 9.00 pagi untuk pergi Ke Batang Berjuntai kerana hendak menghadiri kenduri.Saya dibesarkan diBatang Berjuntai selama 18 tahun,saya dilahirkan di Kelang Selangor dan berpindah ke Batang Berjuntai mengikut bapa saya yang bekerja sebagai Anggota Bomba pada umur saya 1 tahun.Walau pun saya duduk selama 18 tahun disitu tidak pernah sekali pun saya menyambut Hari Raya Aidilfitri disitu kerana setiap kali raya saya akan balik kampong nenek saya diGombak Setia kuala Lumpur. Seingat saya hanya sekali saja saya sambut Hari raya Aidil Adha disitu kerana abah tak dapat cuti,itu pun sekali tu sahajalah.Raya Aidil fitri memang tak pernah.Tetapi oleh kerana terlalu lama abah bekerja disana maka sempatlah abah saya membeli sebuah rumah disana.Namun sekarang ini rumah itu tiada orang duduk semenjak abah meninggal dunia,malah masa ayah ada lagi pun rumah itu dah lama kami tinggal sebab abah duduk dengan abang diBandar Kinrara.

Oleh kerana saya bercadang nak jumpa Mynn(pada 13 haribulan itu saya ambil kesempatan singgah tengok rumah yang lama kena tinggal itu.Kebetulan jiran dihadapan rumah lama kami pun buat kenduri Khatan anaknya kami pergi kesitu dulu kerana awal lagi kalau nak pergi rumah Mynn.Rumah Mynn adiknya dijangka akan bersanding pada pukul 12.00 tengahari ,maka saya pun bertolak dari Batang Berjuntai kerumah Mynn dalam pukul 11.30 pagi.So bila tiba kerumah Mynn just nice saja waktunya,tak susah nak cari rumah Mynn ni.Sampai di rumah Mynn saya jumpa dulu bapanya Cikgu Maarof beliau merupakan cikgu saya juga dulu masa disekolah rendah.Lama tak jumpa dengan bapa Mynn beliau terperanjat bila diberitahu yang abah saya sudah meninggal dunia yallah kawannya di masjid suatu masa dulu.Lepas tu barulah saya jumpa Mynn yang tengah sibuk dengan Flower girlnya.

Oleh kerana saya belum makan maka saya dijemput oleh Mynn untuk makan dulu.Dikampung caranya berlainan sikit perempuan dan lelaki makan berasingan maka saya makan sorang-sorang (kebetulan saya sorang je masa tu),manakala hubby saya dan anak-anak enjoy makan berempat. Saya juga berjumpa dengan mak saudara Mynn yang kebetulan bekerja satu office dengan saya. Makanannya seriously memang sesuai dengan tekak jawa keluarga kami.Ialah masak sendiri kan rewang ramai-ramai dan bukan pakai catering.Dalam 3 kenduri yang kami hadiri hari itu masakan dikenduri Mynn yang kami ingat-ingat kesedapannya.Selepas makan pengantin pun tiba,saya pun ambillah serba sedikit gambar.Saya pulang setelah berjumpa dengan Mynn semula kerana nak bagi sedikit cenderahati dari saya untuk Mynn,ialah tak tahu bila boleh jumpa lagi. Dapatlah jumpa Alya and Zahra.Alya tak nampak macam anak mak salleh bila dalam kelompok Flower Girl tu macam anak cina je,tapi Zahra memang nampak macam anak mat salleh saya pegang-pegang tangannya yang montok itu.One thing Zahra ini memang mudah tersenyum dengan orang(mudah mesra).

Cuaca agak panas dan sikecik saya Naufal dah bising nak balik mengalahkan Alya dan Zahra pula tak tahan panas.Setelah mengambil gambar dengan Mynn dan anak-anak saya pun minta diri untuk pulang.Oh Ya saya rasa mak Mynn tu kembar sebab ada dua orang mukanya sama sampai nak bersalam dengan mak pengantin kena mak sure yang mana satu he he.Walau bagaimanpun saya seronok dapat jumpa Mynn dan anak-anak,and one more thing husband Mynn, Matthew memang nampak sangat bekerja keras menjadi penanggah pada hari itu.Dialah penanggah dan dia jugalah Jurufoto.Anak-anak bujang saya tanya siapa orang putih di rumah pengantin tadi tu mak.Saya lupa sebenarnnya nak terangkan yang suami kawan mak itu sebenarnya orang Mat salleh. Bila dah bagi tahu dalam kereta ,banyak pula soalannya disepanjang jalan nak balik ke K.L, selepas rumah Mynn itu kami kena pergi ke kenduri yang ketiga pula.Nak taknak layan jelah soalan-soalan dari anak-anak bujang saya tu.

Saturday, 12 December 2009

Jalan-Jalan Cari Kain






Naufal yang kepenatan balik dari shopping kain lepas tu perut kenyang pula makan di Insaf


Ini ialah aktiviti hari Sabtu kami baru-baru ini,jalan-jalan area Jalan Leboh Ampang pergi kedai kain.Oleh kerana Tailor yang selalu jahit baju saya akan bercuti selama setahun mulai bulan Februari saya terpaksa cari baju untuk stok Hari Raya lebih awal.Saya susah nak dapat Tailor yang sesuai dengan saya,saya serasi dengan tailor namanya Anna ni,jadi saya berusaha juga cari kain-kain ini untuk dibuat baju nanti.Sebenarnya biasanya saya memang akan bershopping tiap-tiap bulan 12 untuk membeli kain-kain tapi selalunya sikit sahaja tetapi untuk kali saya shopping untuk stok selama setahun termasuklah kain untuk dibuat Baju Melayu bagi Hari Raya tahun hadapan.Jika orang lain suka shopping kain di Jalan Tunku Abdul Rahman tapi saya tidak,saya suka shopping kain di kedai kain disekitar Jalan Petaling Street.Kedai yang saya selalu pergi itu namanya Isetan Textile and Fah Num.Walaupun bunyinya macam kedai cina biasa je kan,tapi layanan yang diberikan sangat berkualiti siap diberi air lagi setelah penat memilih pakaian.Kedai ini mempunyai pelanggan tetapnya sendiri,saya saja sudah bertahun-tahun menjadi pelanggannya.Disini adalah tempat penggemar kain-kain jenis goergette,memang terdapat banyak sungguh pilihan kain georgette disini.saya suka kain geogette dari Australia.Manakala di Fah Num pula kainnya kebanyakkan datang dari Jepun,memang kita boleh jumpa kain corak yang sama di tempat lain tapi kain-kain itu sebenarnya datang dari Indonesia.

Di Fah Num pula cara dia membungkus kain-kain ini sangat teliti setiap kali kita beli sepasang kain akan dibungkus 2 kali dan akan ditanda berapa meter yang kita beli dan perlu cucian biasa atau dry clean juga akan ditanda pada setiap helaian yang kita beli. Yang membezakan kedai-kedai ini dengan kedai-kedai kain di jalan Tunku Abdul Rahman ialah jurujualnya terdiri dari kaum lelaki kebanyakkannya.Anak-anak saya pun dah tahu kedai kain emaknya.Kawan-kawan di office pun banyak berkenan dengan kain georgette yang saya beli dan akan mengirim beberapa helai kain jika saya pergi ke kedai Isetan Textile and Fah Num.Untuk pergi ke kedai-kedai ini biasanya kami akan parking kereta di Central Market. Dan jika anak -anak bujang saya tak nak ikut pergi ke kedai berkenaan mereka akan tunggu mak dan abahnya diCentral Market(Pasar Seni),sambil menunggu mak dan abahnya shopping kain bolehlah mereka mencuci mata di Central Market. So sesiapa yang berminat nak pergi ke kedai kain ini googlelah mapnya ya:-D