Tuesday, 29 September 2009

Ape-ape aje version 2

Dulukan saya ada buat entry bertajuk ape ape aje lihat ini kegilaan saya dan cousin and nephew bergambar bila berjumpa, So hari raya hari baru-baru kami buat perangai gila-gila lagi. Mak-mak nya selalu bising korang ini selalu ambil gambar tapi tak pernah tengok pun.Mana nak tengoknya semua masuk facebook. Lepas ini kena ajak mak and makcik-makcik berfacebook pula lah so all the cousin and viewer layan.....



Lepas posing ini semua masuk rumah cari air haus

Raya 2009


Anak yang sulung


dengan my hubby


Budak KL beraya sibuk dgn facebook and myspace



anak -anak tidur on the way nak pergi rumah PIL



gambar ini diambil petang raya naufal dah buat perangai


Masa ini masih good mood


Pagi-pagi raya masa semua pergi sembahyang raya Naufal layan youtube cartoon

Semenjak raya ini malas betul nak update blog,nak kata makan nasi impit banyak sangat tak juga. Hari Raya tahun ini biasa-biasa aje for me.Mungkin masih lagi teringatkan arwah abah. Pagi Raya tahun ini pun kami sekeluarga menziarahi kubur abah dengan emak saja,sebab abang saya beraya dirumah PIL di Perak. Hubby pula hari Raya keempat dah kerja,tu yang tak berjalan sangat tu. Perasan tak beraya sangat bila tengok baju raya sikecil Naufal tu banyak tak pakai lagi he he. Lagipun tahun ini yang sulung akan mengambil peperiksaan PMR 2 minggu selepas raya tu yang lagi tak da mood nak raya. Anak yang ambil periksa emak yang kecut perut. Kesian anak I tu tension nak periksa . Kena bagi dia semangat sikit. Layan jelah gambar masa keluarga saya beraya ni ya. kebanyakkan gambar saya masuk dalam facebook sila lihat disana ya.

Friday, 18 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Najid Family ingin mengambil kesempatan ini memohon ampun dan maaf diatas segala kesilapan,kesalahan dan terkasar bahasa disepanjang kami aktif memblog ini. Sesungguhnya saya insan biasa yang tak lari dari melakukan kesalahan. Saya juga ingin mengucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin. Semoga berbahagia di hari yang mulia ini.

Tuesday, 15 September 2009

Berbuka di JM Beriani



Gambar ini diambil oleh naquiddin







Nasi sejuk

Semalam nak masukkan entry ini tapi tak sempat.Hari Ahad yang lepas kami sekeluarga berbuka diluar. Walaupun saya sebenarnya tak suka berbuka diluar sebab nak sembahyang susah. Tapi memandangkan anak-anak bising tak pernah berbuka diluar so kenalah layan juga. Anak kan!!.Sebelum itu kami singgah di MPH untuk beli bahan bacaan yang akan dibaca sementara menunggu waktu berbuka.Suami saya telah booking tempat di JM Beriani House Alamanda. Nasib baik kami dapat tempat duduk di bahagian dalam,mungkin sebab kami booking awal dapatlah tempat yang selesa sikit. Kalaulah kami kena duduk dibahagian luar alamatnya panas le ditambah lagi dengan asap sate yang dibakar dari kedai makan Chakree Express disebelahnya. Kesudahannya makanan tak memuaskan hati nak tahu kenapa? dari nasi ke lauknya semuanya sejuk. Rasanya macam makan untuk sahur je bukan macam berbuka.Kalaupun lauknya sejuk tak boleh ke bagi nasi berianinya yang panas,seleralah sikit nak makan. Ayam gorengnya pun berminyak sangat dan colournya macam digoreng dengan minyak yang dah dipakai banyak kali. Dalam perjalanan pulang kerumah mulut saya asyik mengomel je tak puas hati,sambil berazam nak makan Beriani Insaf di Jalan TAR lepas raya nanti barulah puas hati.Harganya pun kalau makan di beriani Insaf macam-macam boleh makan.Nampaknya sekali ini sajelah kami akan makan di JM Beriani . Nasib baik sekarang ini bulan puasa so sabar jelah .

Monday, 14 September 2009

Kad Raya


Yang Mulia tu yang paling Mahal











Adalah menjadi satu kemestian bagi saya menghantar kad hari raya kepada sanak saudara pada tiap tahun. Saya masih mengekalkan tradisi ini, lagi satu hobby saya ialah menghantar kad hari raya kepada pembesar-pembesar negara,antaranya ialah Yang DiPertuan Agong,Mantan perdana menteri kita Tun Dr.Mahathir and Sultan Brunei ada lagi kepada yang lain-lain, kalau mereka balas nanti saya masukkan gambar kad mereka dalam blog ini ya.Hari ini saya masukkan kad hari raya Yang Dipertuan Agong And Sultan Brunei dulu ya.Tahun ini saya letak nama anak saya yang kecil Naufal didalam kad hari raya yang saya hantar kepada baginda.Tengoklah kad raya balasan dari sultan Brunei ditulis kepada yang Mulia Encik Muhammad Naufal kelas gitu.Kad raya balasan dari yang Dipertuan Agong Malaysia cantik sangat baginda berdua pakai baju merah.Saya dah amalkan menghantar kad hari raya seperti ini lebih dari 10 tahun. Semenjak Sultan Pahang menjadi Yang Dipertuan Agong lagi, dalam banyak-banyak kad hari raya daripada agong yang saya paling suka ialah semasa Sultan Selangor menjadi yang Dipertuan Agong,permaisurinya cantik sekali. Permaisuri Agong yang sekarang ini pun saya suka kerana Tuanku Permaisuri manis bertudung. Pernah sekali saya terfikir nak hantar Christmas card pada Princess Diana dan Queen Elizabeth masa saya standard six dulu he he he gilakan,tapi manalah tahu agaknya kalau saya hantar dulu entah-entah mereka balas:-).

Venice Singer



Tahun ini saya ada jual kuih raya namanya Venice Singer.Kuih ini dibuat oleh maklong saya di Sungai Petani. Tahun lepas saya tak jual kuih ini takda mood nak jual sebab abah baru meninggal masa itu.Walaupun banyak permintaannya pada tahun lepas. Tahun ini saya jual kuih ini dekat tingkat saya je dioffice, tak round semua tingkat ,itu pun dah banyak ordernya. Tahun hadapanlah saya akan operasi besaran-besaran jual kuih ini sebab maklong saya akan pindah Seremban, senanglah sikit nak ambil kuih yang dah diorder.Kalau umur panjang dan maklong saya sehat kita akan berurusniaga lagi pada tahun depan ya.:-)

Monday, 7 September 2009

Minggu yang membosankan



Superman kaki macam kaki itik pasal seluarnya panjang


menghabiskan masa tengok dvd ini

nampak tak ada orang kat tingkat 8 duduk dekat tingkap booring


Dari hari Jumaat lepas saya dan anak-anak tak pergi mana-mana stuck di tingkat 8 kat rumah kami ni jelah. Encik Yazid kena pergi kursus anjuran Matrade di Jalan Duta. Anak-anak bising booring tapi nak buat macamana dah abahnya kena pergi course so duduk rumah jelah. Saya suruh anak bujang saya yang 2 orang itu kemas tempat baju mereka sorted baju yang tak nak pakai lagi untuk diberi pada orang boleh pakai. Masa kemas baju-baju mereka,mereka terjumpa baju Superman dan Robin masa mereka kecik-kecik dulu. Apalagi mereka suruhlah yang kecil sekali naufal mengayakannya. Lepas mengemas sikit-sikit saya telah menghabiskan masa saya dengan melayan DVD cerita Brother & Sister season 1 and 2. Oklah ceritanya mengenai kekeluargaan. Sepatutnya minggu ini operasi kemas rumah besar-besaran tapi Captain takda jadi operasi akan ditangguh ke minggu hadapan.Saya mengemas sikit-sikit basuh balang-balang kuih. Stressnya saya dirumah ini ialah kena jawap pertanyaan naufal ayah mana,ayah balik pukul berapa,adik taknak makan nak tunggu ayah balik. Bila dia dah lapar sangat dia makan juga,tapi dia cakap kejap lagi bila ayah balik adik nak makan lagi sekali dengan ayah. Sampai tidur siang pun boleh mimpi ayahnya.Setiap 10 minit selama 4 hari berturut soalan yang sama manalah saya tak tension,nasib baik ayahnya kursus balik hari-hari kalau tidur sana alamatnya berasap kepala saya naik angin.Sabar jelah.......Cubaan bulan puasa.

Tuesday, 1 September 2009

Negaraku Aman Makmur



Semalam Merdeka Day saya asyik tidoq je. Almaklumlah Sabtu dan Ahad kerja bila dapat tambahan cuti sempena Merdeka Day tidur jelah dirumah. Kan best macam ni bila negara kita Aman Makmur,waktu cuti kita dapat berehat dengan aman dirumah atau pun pergi berjalan-jalan dengan aman ke mana-mana.Saya cukup tak suka demontrasi jalanan yang selalu diadakan oleh parti pembangkang itu.Even orang asing pun tak suka cuba baca artikel inikosmo. Saya juga tak nampak negara kita boleh aman dan makmur kalau mereka memerintah . Mereka boleh cakap apa saja tapi saya pasti kalau mereka memerintah negara Malaysia akan lebih teruk dari apa-apa yang mereka laung-laungkan sekarang. Yang pasti seumur hidup saya yang nak yang nak masuk 40 tahun ini. Saya lihat kita dapat hidup dengan aman dan makmur tanpa cacat dan celanya. Buat apa nak pertaruhkan keamanan yang ada ini dengan mengikut mereka yang tak habis-habis tak puas hati dan sebok dengan demonstrasi jalanan. Saya juga tak nampak nasib bangsa melayu akan terbela jika mereka memerintah. Ya allah ya tuhanku kau amankanlah negara ku agar warisanku dapat hidup seperti aku sekarang dan malah lebih baik lagi dariku. Amin

Bubur Lambok Oh Bubur Lambok

Sila abaikan gambar tangan mamarazi

Muka bengang dan tak ikhlas nak beratur Encik Yazid je happy


Orang dah makin ramai

Second Round Beratur

Hasil kali pertama beratur



Muka happy dapat kali kedua,mission complete

Hari Ahad pula kami sekeluarga pergi berbuka puasa dirumah MIL di Batu Caves. My MIL teringin nak makan bubur lambok kampung Baru maka kami anak beranak pergilah ke kampung baru untuk ambil bubur lambok itu. On the way dari Putrajaya ke Kampung Baru semua anak-anak saya tidur dalam kereta almaklumlah malam tadi tengok bola. Bola habis 2.30 pagi tidur sekejap lepas tu kena bangun sahur pula tu yang macam tak cukup-cukup tidur pantang letak kepala lelap. Sampai kampung baru dikejutkan suruh beratur ambil bubur merungut-rungutlah mulut mereka. Masa tunggu bubur nak mula diagihkan tu muka semua muka tak ihlas je. Tapi memandangkan nenek dan nyangnya teringin sangat nak makan beratur jugalah. Bila dah dapat bubur tu seronok pula mereka dan sanggup beratur lagi sekali untuk second round,dapatlah 6 bungkus bubur. Nasib baik Naufal tidur kalau tidak adalah 8 bungkus jika termasuk saya dan Naufal beratur sama. Nak dikejutkan Naufal takut meragam jadi biarkan jelah dia tidur. 2 bungkus saya hantar kerumah nenek saya diGombak 3 bungkus bawa pergi batu Caves rumah MIL sebungkus lagi bawa balik untuk Naufal makan pagi esok.