Thursday 15 January 2015


Assalamualaikum setelah lama menghilang,rindu pula nak menulis balik,sebenarnya hari hari berkunjung ke blog orang lain,hati rasa nak menulis juga ,tapi seriously masa macam tak cukup je. Tahun 2014 dah berlalu,macam-macam berlaku pada tahun lepas kalau boleh tak nak ingat,dengan emak sakit,kena tipu lagi tapi namapun kehidupan,sekurang-kurangnya pengalaman pahit ditahun 2014 menjadi satu pengalaman dan pelajaran dalam kehidupan.

Masa kita ditimpa masalah kita kenal siapa kawan dan siapa lawan. Apa yang pasti tahun 2014 mengeratkan lagi keakraban diantara saya dan keluarga,sebab melalui masalah yang kami hadapi,kami lebih mengetahui kelebihan dan kekurangan dan betapa kuatnya kasih sayang antara kami.Di sini saya mengucapkan terimakasih kepada mereka. saya rasa tak perlu diucapkan siapa mereka. dengan baca apa yang saya tulis jika ada terdetik dihati mereka,maka merekalah yang saya maksudkan itu. Kerana jika kita rasa kasih sayang didalam hati Insya Allah mereka juga akan rasa apa yang saya rasa masa menulis entry ini.


Alhamdullillah mak makin sihat