Tuesday 8 October 2013

Hipster Raya

bergambar dengan Awal Ashaari

Scooter Vespa nak beli tak mampu ,beli charm Pandora Scooter merah je mampu
ambil gambar je lah ya

En.hubby dan Bunkface

dengan Datin Wira Emilia Hanafi

dengan Puan Sri Zaleha

dengan Yaya


dengan Boi Boi Boi

 
Helloooo,ha ha ha rasanya sangat terlambat nak tulis pasal cerita hari Raya,tapi tak apa kot better late than never kan,ini cerita pasal saya menghadiri Sambutan Hari Raya ofice Encik Hubby saya,seperti biasa Jamuan hari Raya office Encik Hubby saya memang sangat happening,kalau En.Hubby tanya nak pergi tak Jamuan hari Rayanya  jawapan saya selalunya ialah "Eh mesti pergi,wajib tu"


So far rasanya tahun ini paling bestlah,makanannya memang superb tak perlu dipertikaikan lagi,apa yang pasti kami sekeluarga rasa sangat dihargai.Tempat duduk untuk makan pun cantik,nak ambil gambar dengan siapa sahaja pun boleh,tak ada protokol sangat macam kat office saya,kalau kat office saya kalau nak ambil gambar dengan boss yang paling besar pun,tunggu sahaja lah bila terpilih di upacara yang kita dapat Anugerah Kecemerlangan atau menang apa-apa peraduan dan pertandingan je lah .Tapi di Jamuan office En.Hubby boleh je,siap dia pegang bahu kita lagi kau,waktu bergambar tu ,sampai bersambut, balik bersalam diiring hingga ke pintu keluar,memang rasa sangat dihargai :).

Thema tahun ini ialah "Hipster Raya",macam-macam fesyen orang yang datang bertandang,artis undangan tahun ini ialah Bunkface,lagu Raya Bunkface kan dipilih sebagai lagu raya diTV3,so dapatlah saya dengar lagu ini dinyanyikan secara langsung oleh penyanyi lagunya yang sebenar .Seronok makan dan berhibur tapi teringat 2 lagi anak bujang yang tak dapat turut serta sedih juga, tapi nak buat macamana dah keduanya duduk diasrama.So far sebelum ini mereka dapat je turut serta,cuma tahun ini je tak dapat.sebab tahun ini jamuan ini dibuat agak lewat di penghujung Syawal.

Saya telah memaksa En.Hubby saya bergambar dengan kumpulan Bunkface untuk ditunjukkan gambarnya nanti kepada anak bujang,seperti biasa En.hubby melayan je saya ni ha ha.Yang Bongsu happy sangat sebab dapat bergambar dengan Boi Boi Boi dan Yaya (Nak tunjuk kat kawan sekolah katanya) ,pendek kata hari tu kerjanya makan dan bergambar je lah.

Saya balik dalam pukul 2.00 petang ,masa nak balik terjumpa dengan seseorang ini,teruja terus saya tanya dengan En.Hubby hissh siapa tu stylo sangat,setelah diselidiki rupanya dia ialah "Wak Doyok".dia ialah pereka fesyen yang meminati fesyen ala British berlatarbelakang tahun 50 an hingga 60an(maklumat hasil risikan dari google),sekali-sekala ternampak orang bergaya macam ni kan teruja lah juga.Walaupun saya rasa macam panas je pakai baju macam yang dipakainya itu didalam negara yang beriklim macam Malaysia ni.Tapi kita kena akur,sebenarnya bila jiwa dan otak kita mengatakan ia selesa,maka selesalah ia.Kalau hati dah suka panas pun dah tak terasa.Itulah yang dinamakan fesyen kalau dah suka, baju yang terdedah ditempat sejuk pun tak rasa sejuk :).

Weeee dah jauh melalut ni,sebenarnya nak cerita pasal Jamuan Raya je,ha ha apa-apa pun seronok sangat di Jamuan hari Raya Naza tahun. InsyaAllah panjang umur jumpa lagi di jamuan Raya tahun hadapan.


Wak Doyok

smart kan boss besar Encik Hubby

P/S;

bila tengok di instagram Encik Boss besar diNaza,boss Encik hubby saya dia pun dah style macam Wak Doyok cuma tak ada misai dan jambang je ngeh ngeh.