Friday 8 March 2013

Timah Timotina Berdaun Dikaki


Saya telah dipujuk oleh Naufal Bam Bam saya untuk melanggan cerita ini diAstro Best,mula-mula saya tak layan,saya kata tunggu je DVD keluar nanti rugilah kalau melanggan untuk 48 jam sahaja siarannya,baik beli DVD.Tapi tunggu punya tunggu kat kedai tak keluar-keluar juga DVDnya,So kesian kat Naufal akhirnya emaknya ni pun melanggan lah cerita ini.

Rasanya tak rugilah melanggan cerita ini,banyak pengajaran yang kita dapat bila menontonya dan ia sangat sesuai untuk tontonan sekeluarga,ada banyak jugalah adegan sedih,Naufal kan bila babak sedih je mulalah menyorokkan muka atau buat-buat nak pergi toilet sekejap tak nak orang perasan dia menangis,hai anak saya yang sorang ini memang penuh dengan emosinya.Ceritanya mengenai sepasang suami isteri yang teringin nak anak tapi tak ada,so mereka menulis keinginan dan hasrat mereka di atas kertas dan dimasukkan kedalam peti kayu yang ditanam dikebun hadapan rumah.Pada suatu malam hujan lebat dengan petir yang menyambar-yambar maka timbulah budak yang bernama Timothy ini,dikaki budak ini ada tumbuh beberapa helai daun,kalau nak tahu cerita seterusnya silalah mencarinya dikedai-kedai DVD yang berhampiran ya,dijamin tak menyesal selepas membelinya.

Naufal yang kuat berangan tu,telah mencadangkan kepada emaknya ini."Kalau mak hendak anak perempuan,tanamlah macam emak Timothy tanam tu,Emaknya ni pun tanya nak tanam kat mana Naufal dah lah duduk di apartment ha ha ha,kalau Auntie Mynn(Salam 2 Benua) bolehlah dia ada kebun dalam kawasan rumahnya. Saya kadang-kadang suka melayan Naufal dengan soalan-soalanya.Walaupun saya tau The Odd Life Of Timothy Green ini ceritanya adalah cerita fantasy.

Dia tanya saya kalau emak dapat anak perempuan macam Timothy ada daun dikaki tu,mak nak letak nama apa.Jawapan saya ialah kalau lelaki namanya Timothy ,perempuan pula kita letak nama Timah Timotina lah,tergelak-gelak dia sampai keluar airmata dek kerana gelihati sangat. Syokkan sekali sekali berangan menghiburkan hati,kan berangan tu percuma bukan kena bayar pun :).



Thursday 7 March 2013

Kalobi Kalet Katanya?


Halloooooooooo lamanya tak update blog ini,cerita banyak tapi setakat berlegar didalam kepala,nak menaipnya diblog agak-agak lambat sangat,hati tergerak nak cerita pasal sibongsu saya Naufal yang semakin Bam-Bam,mulut pun macam bertih jagung,ikut siapa lah agaknya ha ha ha,baru-baru ini dia bawa balik borang dari sekolah nak beli E-book,saya yang tak berapa nak melayan ini terus cakap pergi tunjuk kat ayah lah.

So setelah tunjuk kat ayahnya tak sangka lah pula,ayahnya bersetuju nak belikan,macam senang je nak dapatkan.Saya pun perli-perli manja dekat En.Hubby,saya pun nak buat borang sendiri lah pula,nak minta belikan untuk saya Samsung Galaxy Note,boleh tak agak-agaknya. Reaksi En.Hubby ialah ketawa ala-ala perli manja jugalah.Haaiiish mana boleh jadi kan En.hubby dan anak-anak bujang semua pakai handphone touchscreen,saya ini pakai telefon yang tekan-tekan yang sangat old skool tu.

So semalam dia dah dapatlah E-book dia tu,nak tau apa dia tanya kat saya.Emak boleh tak masukkan lagu kat E-book adik ni,adik nak "Bubbly" yang Kalobi Kalet nyanyi itu adik sukalah.Wah wah beli E-book untuk memudahkan belajar,belum apa-apa dah minta masukkan lagu.Itu lah dia budak-budak zaman sekarang kan.Oh Kalobi Kalet itu kalau nak tahu sebenarnya ialah Colbie Caillat.

Anak-anak saya banyak terpegaruh dengan emaknya punya genre lagu,So auntie-auntie dia Su Hashim And Haryaty,jangan terperanjat lah kalau Naufal bam bam nyanyi atau humming lagu Frank Sinatra,Colbie Caillat,Doris Day ya. Yang pasti bila Naufal nyanyi lagu-lagu ini dalam kereta,abangnya Nabil akan picit-picit pipi adik dia dalam kereta sebab geram comel sangat katanya.Emak dan ayahnya akan saling pandang memandang bila Naufal menyanyi,sebab kami pun rasa ia comel sangat.Habis tu siapa lah yang nak cakap Naufal tu comel kalau tak emak dah ayahnya sendiri kan ha ha ha.

Inilah antara lagu Favourite kami bila dalam kereta:_


Somethings Stupid-Frank Sinatra











Ini paling Naufal suka Kalobi Kalet