Wednesday 31 March 2010

ASMARADANA



Sekarang ni saya tengah melayan drama (dislot Samarinda yang disiarkan pada pukul 10.30 hingga 11.00 malam.Drama itu bertajuk Asmaradana.Saya layan apa-apa sahaja drama yang dilakukan oleh Iqram Dinzly.Tak tahulah kenapa,tapi saya rasa dia seorang pelakon yang berbakat dibantu dengan rupa yang dia ada.Cerita ini juga dilakonkan oleh Tiz Zaqyah yang terkenal dengan lakonannya sebelum ini didalam drama popular Nur Kasih. Cerita ini mengisahkan pergolakkan hidup gadis yang bernama Azizah yang yatim Piatu dan terpaksa menumpang di rumah bapa saudaranya yang dilakonkan oleh Mustafa Kamal.Ibu saudaranya yang garang ala-ala mak tiri Cinderella pula dilakonkan oleh Norish Karman.


Jalan ceritanya yang menarik membuatkan saya tertunggu-tunggu drama itu setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 10.30 malam.Kadang kadang sebenarnya tak larat sangat dah mata ini mengantuk.Tapi saya akan buat macam-macam benda untuk mengelakkan mata ini dari mengantuk.Berbalik pula juga kepada minat gila dengan lakonan Iqram Dinzly tadi,tu yang boleh tahan kan mata ini sebab nak tengok drama ini. Sesiapa nak layan drama ini tapi tak boleh nak tengok pada waktu tayangannya boleh saja layan drama ini di www.tv3.com.my. Hubby pun ikut sama layan cerita ini dengan saya he he.Kalau nak tahu pelakon drama or filem yang jadi hero dan yang paling saya tak suka ialah Farid Kamil ,sebabnya apa saya tengok dia ni kalau berlakonlah marah ke,sedih ke macam sama je muka dia.Saya tahu dia ramai peminat tapi untuk saya lakonannya bolehlah setakat memeriahkan suasana dunia perfileman Malaysia ini. Ceh Wah macam bagus je saya ni.Manalah tau Farid Kamil terbaca blog saya ini, "janganlah marah pula noo"(bak kata orang Kedah).Ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja. Drama Asmaradana ni kesemuanya ada 25 episod sekarang baru nak masuk episod 6,hai lambatnya lah lagi nak tunggu ia habis.Tak pa sabaq je lah no,boleh layan tengok muka Iqram Dinzly dan Tiz Zaqyah lagi.wink wink

Tuesday 30 March 2010

Air Oh Air



Ini air mineral yang kami beli masa International Book Fair RM.3.00 satu,kalau botol besar tak taulah.Cuba-bayangkan kalau buat mandi berapa ringgit agaknya diperlukan he he

Pagi tadi kami dikejutkan dengan tiba-tiba tiada air dirumah,nasib baik my hubby and Nabil my second son sempat mandi dengan puasnya.Saya hampir-hampir tak sempatlah juga,dapat mandi tapi sekejap je.Si Sulong Naqiuddin kena mandi dari air yang kami simpan,bolehlah mandi dalam sepuluh gayong juga(tu lah susahlah lagi nak bangun bila orang kejut). Yang paling best Si bongsu Naufal, dia bila kita kejutkan bangun boleh cakap lagi tak payah sekolahlah air kan takda nak mandi.Saya suruh juga dia bangun kalau duduk rumah pun tiada air boleh buat apa pun.

Saya dan suami mandikan Naufal dengan air mineral,happy sungguh dia.Budak-budak kan apa yang dia tahu.Dia ingatkan seronok je mandi sambil menyanyi lagi.Tapi kalau nak dikira Naufal lah mandi air paling bersih sebab mandi dengan air mineral he he.Air ada juga mengalir sikit tapi keruh,takkan nak mandikan Naufal dengan air yang keruh pula.

Kami boleh dengar suara makcik yang duduk satu tingkat dengan kami bising-bising bertanya dengan jiran-jiran yang lain rumah mereka ada air ke tidak.Makcik tu pula memang terkenal dengan suaranya yang mempunyai volume yang tinggi bertambah bingitlah dibuatnya.Jiran sebelah rumah pula baby sitter,dia pun terpaksa menelefon ibu-ibu budak yang dijaganya supaya jangan hantar anak mereka hari ini.Jaga baby tau je lah kalau tiada air memanglah masalah besar jadinya. Bengang juga kenapalah pihak pengurusan quarter tak bagi notis kalau nak tutup air.Nasib baiklah pagi tadi perut kami tak meragam untuk mengeluarkan isi perut yang boleh dikategorikan sebagai hajat besar.Kalau tidak tak boleh nak bayangkan bagaimana.Sebenarnya adalah juga rasa sesekali macam nak terkucil tapi nasib baik boleh kami qada'kan sehingga sampai dioffice dan bagi anak-anak pula hingga sampai disekolah le. ngeee.

Bukannya kami tak nak simpan air tadahan dirumah,tapi kualiti kebersihan air di Putrajaya ini memang kuranglah sikit.Jika kita tadah air semalaman sahaja,keesokan harinya kita boleh tengok betapa keruhnya air yang terletak dibahagian bawah.Memang sangat tidak memuaskan hati.Tapi nampaknya kena juga beli bekas besar untuk menyimpan air.Bukan apa kalaulah berlaku lagi keadaan darurat macam pagi tadi bolehlah juga guna air yang disimpan itu kan. So lepas ni kena ingat nak cari bekas simpan air yang sesuai.Nak cari bekas air,nak cari bekas air(cara cakap ikut cara tonasi Labu dalam cerita Labu-Labi.

Sunday 28 March 2010

Me and Kereta Bomba



Ini gambar Fireman Sam (abah saya fireman Sim(sebab namanya Kasim)

Bila saya tengok kereta Bomba mesti saya teringat satu kisah yang pernah terjadi dalam kehidupan saya masa kecil dulu.Masa saya kecil saya membesar didalam kawasan barrack bomba almaklumlah bapa saya bekerja sebagai seorang anggota bomba. Ya Allah sebenarnya saya dilahirkan juga dibarrack bomba,didalam sijil kelahiran saya dituliskan tempat lahir saya ialah dibarrack bomba Kelang Selangor. Maka saya ini memanglah tersangatlah pure anak Bomba lahir didalam kawasan barrack Bomba dan bukan di hospital.

Apa yang ingin saya ceritakan disini sebenarnya ialah masa saya bersekolah rendah dulu sekolah saya jauhnya adalah lebih kurang 11 kilometer dari rumah,agak jauhlah juga kerana kena melalui kawasan kampung ,ladang kelapa sawit dan kebun getah. Saya pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah yang dichatered setiap bulan.Jika saya terlepas bas sekolah ini memang susahlah juga kerana bapa saya tidak mempunyai kenderaan ketika itu.Abah saya hanya mampu mempunyai kereta semasa saya berada di tingkatan satu.

Nak dijadikan cerita ada satu hari tu kami sekeluarga terbangun lambat dan ini menyebabkan saya dan abang telah terlepas bas sekolah.Kalau diikutkan mak saya memang ponteng je lah jawapnya untuk ke sekolah pada hari itu.Tapi abah telah melarangnya dan tetap menyuruh kami pergi ke sekolah juga.Masalahnya macam mana cara kami nak pergi .Jawapannya jeng jeng ha ha hari itu kami pergi kesekolah dengan menaiki kereta Bomba.Kereta bomba diwajibkan untuk dipanas kan enjin hari-hari .Since kereta bomba itu dirunningkan enjinya dengan melalui kawasan persekolahan kami jadi abah kata boleh saja kami tumpang kereta bomba tersebut. Boleh tu memang boleh.Tapi bila sampai dikawasan sekolah kecohlah sekolah,habis cikgu dan murid-murid keluar terperanjatkan kereta bomba datang sekolah.Nak kata rasa bangga perasaan kami(me and my brother) masa tu,rasanya tidak kot malu adalah.Tersipu-sipu pula rasanya bila turun dari kereta bomba masa itu.Tapi tak pa lah apa-apa pun ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan dan boleh dikatakan indah lah juga kan.Bukan senang saje-saje je nak naik kereta Bomba kan.

Sekarang ini anak-anak saya yang bertiga tu teruja tak tentu arah bila dengar bunyi kereta bomba lalu dikawasan rumah kami.Setiap kali itu jugalah saya akan menceritakan pengalaman saya yang pergi sekolah dengan menaikki kereta bomba. Actually ada banyak lagi cerita saya dengan bomba ini antaranya jatuh kedalam kolam air yang cuci hose air bomba tu.Tapi nantilah satu hari nanti jika saya ada masa saya akan ceritakan ya. Bukan apa sebenarnya bila cerita kisah Bomba ini automatic rasa rindu kat arwah abah akan terasa.Dah la ye.Alfatihah untuk Abah (fireman SIM)

Tuesday 23 March 2010

Polis Boleh Tolong Tak



Naufal sibuk ajak kami tengok cerita Jumbo Gajah Biru di panggung wayang,masalahnya kami dah lama meninggalkan zaman tengok wayang ni.Tapi bila Naufal asyik sebut-sebut je kesian lah pulak.Tengoklah weekend ni kalaulah cerita ini masih ada ditayangkan di GSC Alamanda mungkin kami akan mempertimbangkan juga permintaannya itu.Lagi satu nak cerita pasal Naufal ni dia kan seorang budak yang bijak bercakap(pada pandangan saya sebagai ibunya lah).Jumaat yang lepas masa ayahnya mandikan dia di waktu pagi mulutnya kecoh menanyakan ayahnya macamana abangnya Nabil nak pergi sembahyang Jumaat tengahari nanti sebab abangnya tak sihat sangat akibat demam.Masjid dengan rumah kami agak jauh juga lah untuk jalan kaki,kalau hari panas lagilah."Boleh tak ayah ambil abang tengahari hantar pergi sembahyang Jumaat" dia tanya dengan suara yang comel.

Ayahnya menjawab mana boleh sebab ayah kerja hari ini dan ayah kerja jauh.Antara Kampung Bharu dan Putrajaya.Adalah mustahil untuk ayah balik tengahari dan bawa abang Nabil pergi Sembahyang Jumaat.Naufal bertanya balik tak boleh kah ayah suruh teksi ambil abang Abil and Udin dan hantar pergi sembahyang Jumaat.Bila ayahnya jawab tak boleh juga Naufal telah memberi satu lagi cadangan yang membuatkan kami terdiam dan lepas tu ketawa.Nak tau apa yang dia kata "Cuba ayah telefon polis minta tolong hantar abang Abil dan Udin pergi sembahyang Jumaat di masjid,kan polis kena tolong orang.Nanti mesti Polis boleh tolong".Hmmm Naufal ni jauh sungguh pemikirannya.Sebenarnya kalau abang abil dia sihat boleh aje dia jalan kaki pergi sembahyang Jumaat,lagi pulak kalau jalan ramai-ramai dengan kawan tak lah terasa jauh sangat.Disebabkan dia demam je tu yang dia tak larat.Kesudahannya Naqiuddin pergi sembahyang Jumaat jalan Kaki macam biasa dan Nabil pula tak pergi sebab memang dia dah tak larat sebab demam.

Itulah Naufal kadang-kadang cara dia berfikir memang diluar dari jangkaan kami.Ada satu kali tu saya nak buka bungkusan gula-gula tapi sangat ketat setelah saya bersungguh-sungguh akhirnya bungkusan itu terbuka juga,nak tahu apa dia kata pada saya "I know you can do it" melopong mulut saya tanya macamana adik pandai cakap macam tu,Jawapannya Tinkerbell cakap macam tu.He he tak sia-sia lah asyik tengok dvd Tinkerbell berkali-kali,sampai dah rosak pun beli lagi DVD yang baru .



Sunday 21 March 2010

Borong Buku Di Pesta Buku


Inilah hasil borongan saya, ini tak termasuk buku komik anak-anak dari keluaran Gempakstarz


Naufal yang suruh letak gambar ini

Dengan Kak Aina Emir yang ceria

Ini dengan Norhayati Berahim


Bergambar dengan pengantin dengan naufal yang terselit tak nampak sebab tak cukup tinggi


Pasangan Pengantin Syahila and Faiz

Semalam adalah hari yang paling memenatkan bagi saya dimulai dengan bangun seawal pagi dan perlu menghabiskan uniform sekolah anak-anak yang sebanyak 15 pasang untuk digosok, itu belum termasuk baju kerja saya lagi tu.Pukul 12 pula saya perlu menghadiri pula jemputan majlis perkahwinan anak lelaki kawan saya Datin Rohani Saat.Pengantin perempuannya pula ialah officemate saya Syahila.

Sepatutnya saya ada buat entry dibelah Syahila di Sabak Bernam yang saya telah hadiri juga tapi kan sepanjang minggu lepas internet problem so mood pun dah hilang nak buat entry mengenainya.Majlis Perkahwinan anak Datin Rohani Saat diadakan Di dewan INFRA di Bangi. Saya telah mengangkut semua anak-anak saya pergi ke Majlis itu he he.Itu juga adalah permintaan Datin Rohani sebenarnya supaya membawa anak-anak saya dimajlis pihaknya itu.Makanan yang disajikan enak-enak belaka dan pasangan pengantinnya berseri sekali.Tahniah Syahila and Faiz.Tahniah juga Dato Yussof dan Datin Rohani dapat menantu lagi.Bertuah Faiz mendapat Syahila sebagai isteri dan Datin Rohani mendapat Syahila sebagai menantu kerana saya kenal benar keperibadian Syahila ini.Kecuali mulutnya yang macam burung itu(he he syahila jangan mare aaa)

Dari menghadiri majlis perkahwinan kami meneruskan perjalanan ke PWTC untuk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Sesampainya disana sebenarnya agak susah nak cari parking,biasanya setiap tahun saya dan hubby akan mengambil cuti khas untuk pergi ke pesta buku ini.Tapi tahun ini hubby cakap pergi je weekends tak payah ambil cuti.Kesudahannya kena parking jauh le sikit,lemah juga lah lutut ini nak berjalan tapi mengenangkan semangat berkobar nak memborong buku-buku novel kugagahi jua.Saya dah bersedia dari rumah suruh askar-askar kerahan saya (anak bujang yang berdua tu) untuk membawa beg sandang supaya senang nak angkut buku-buku yang telah dibeli nanti.

Sebenarnya saya dan yang sulung Naqiuddin sahaja yang telah menjelajah keseluruhan booth untuk mencari buku-buku yang hendak dibeli.Hubby,Nabil and Naufal tunggu kat satu tempat sambil makan dan minum. Hubby malas nak ikut ronda-ronda sebab malas nak layan kerenah Naufal.Tapi oklah tu janji dia nak hantar dan tunggu.

Setiap kali saya dah beli buku dan tak larat nak bawa,Naqiuddin akan hantar dulu kat tempat hubby menunggu,lepas letak barang kami round lagi.Macam tulah 2 hingga 3 kali.
Saya telah beli banyak novel dan dapat tandatanga Norzailina Nordin,Lynn Dyana,Aina Emir,Mimie Afinie,Syud(Jemari seni) and Norhayati Ibrahim.Saya juga sempat ambil gambar dengan Aina Emir and Norhayati Ibrahim.Saya terkilan sebab tak ambil gambar dengan Mimie Afinie sebab saya adalah peminatnya semua koleksi novelnya saya ada,tapi masa itu di booth KarnaDya agak havoc membuatkan saya terlupa kesudahannya.Kak Aina memang peramah siap promo suruh tengok Drama yang akan dibuat dari Adaptasi novelnya iaitu "Engkau Laksana Bulan " yang akan ditayangkan pada bulan Mei nanti. Bila saya tanya siapa pelakonnya dia kata heroinnya Ayu Raudhah and bila ditanya siapa heronya dia tak ingat dia kata namanya Zul tapi Zul apa dia tak pasti (pelakon-pelakon baru ni bukannya dia kenal sangat katanya)he he.

Kak Aina memang very energetic and sangat jovial orangnya.Saya juga sebenarnya dah janji nak jumpa dengan kak Noor Suraya semalam di booth Jemari Seni.Tetapi akhirnya tak kesampaian kerana Ayah Kak Su telah kembali ke rahmatullah pagi semalam dan sudah pastinya Kak Su takkan ada disitukan.Salam takziah untuk kak Su and semoga roh ayahnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Kak Su ada SMS semalam.

Kami pulang dari Pesta Buku pada pukul 5.30 petang setelah 2 jam setengah kami berada disitu.Dari Pesta buku kami singgah pula kerumah nenek diGombak untuk menziarah nenek,mak yang juga ada disitu dan Mak teh yang dah keluar dari Hospital. Kami pulang ke Putrajaya selepas maghrib dengan letihnya setelah sehari suntuk berjalan.Tapi hati teramatlah puasnya sebab pulang dengan Novel yang banyak he he.Stock untuk setahun tu(kononya lah).Hubby kata memandangkan hari ini dah jalan sakan keesokannya tak boleh pergi mana-mana duduk rumah je.Yee ke Encik Yazid boleh percaya ke besok kan masih ada lagi Pesta Ballon Panas tu kat Putrajaya.Hmmm kita tengok je lah nanti ya:-)

Friday 19 March 2010

Pesta Buku and Balloon Panas Antarabangsa Datang Lagi



(Cantikkan balloon panas kat belakang tu,ambil gambar dari balcony dioffice je tu)

Lamanya tak update blog ini,sebenarnya banyak yang nak diceritakan,tapi banyak masalah(rintangan)dioffice facebook dan blogspot kena blocked,yang boleh cuma.com and blogdrive je,booring betul kalau tidak bolehlah masa lunch or petang saya update blog yang dah nak bersawang ni.Kat rumah bukan tak boleh update takda masa and broadband selalu tak boleh online,aishiooo sangat booring tau.

Takpalah apa nak buat sabar jelah kan.Terlampau banyak cerita sampai tak tau nak cerita yang mana satu,senangnya lupakan je lah cerita-cerita yang dah lepas tu dah takda mood dah.Oh ya hari ini bermulanya Pesta Baloon Panas Antarabangsa di Putrajaya. So akan ada permandangan yang cantik di Putrajaya minggu ini.He he seronoknya la.Petang tadi dah sempat ambil gambar dioffice bila balloon-balloon panas itu lalu di office saya.

Hari ini juga bermula Pesta Buku Antarbangsa Di PWTC,Yi pee seronoknya dah tak sabar nak pergi esok ni.Dah ready duit untuk shopping buku esok,nak paksa anak-anak bujang saya tu ikut untuk pikul buku-buku yang maknya akan beli dengan banyaknya.Hubby tak kisah dia pun tolong angkut buku juga(janji jangan minta duit untuk beli buku sudah,kena pakai duit sendiri).Dah janji nak jumpa Kak Noor Suraya dan Aina Emir(my favourite novelist).Nanti kalau dah jumpa mereka saya akan melaporkan ya.Akhir sekali harap-haraplah minggu depan blogspot dan facebook tak diblocked lagi di office.Mudah-mudahan ya Amin.



Wednesday 10 March 2010

Mak Teh Dearest


Ateh And Achik

Ateh And Amirah (the youngest Daughter)

Semalam Mak Teh saya(adik mak)menjalani satu pembedahan perut yang sebelum ini banyak kali tertunda.Pembedahannya semalam mengambil masa selama 8 jam yang bermula dari pukul 11.00 pagi.Dengar khabar dari cousin saya dia sedar pada pukul 9.00 malam dan asyik mengerang kesakitan.Dan yang lebih saya sedih mendengarnya Maklang saya menyatakan Doktor telah mengesahkan Mak teh saya mengidap ketumbuhan dalam usus yang agak serius.Perasaan saya semasa diberitahu oleh cousin saya Ochu(anak maklang) mengenai sakit sebenar Mak Teh saya ialah saya terdiam serta merta.

Semalaman saya tak boleh tidur mengingatkan Mak Teh saya.Sebenarnya saya amat rapat dengan kesemua makcik-makcik saya terutama sekali makteh saya ini. Makteh saya ini lebih dirasakan seperti emak saya juga.Saya senang menceritakan apa sahaja masalah susah dan senang kepada mak teh saya ini.Kebetulan Mak Teh saya dijangka bersara pada 06.06.2010 (56 tahun).Dia bekerja di DBKL(Dewan Bandaraya Kuala lumpur).Sekarang ini pula saya yang sedang menguruskan fail persaraannya.Tak boleh nak dibayangkan semasa memproses kertas persaraannya dan melihat kenyataan perkhidmatannya saya boleh membayang kehidupannya dari mula dia bekerja di tahun 70an hinggalah sekarang. Sebenarnya kalau nak ceritakan saat-saat manis saya bersama Mak Teh saya memang tak habis sampai bila-bila.Anak-anak saya pun rapat dengan nek tehnya terutama sekali sikecil Naufal.Dia suka usik Nekteh dengan memanggilnya Air Teh.Mak Teh pula biasanya akan menjawab "Nanti Dia" bila diusik oleh Naufal.

Pagi tadi sewaktu selepas sembahyang subuh semasa mendoakan Makteh saya supaya cepat sembuh air mata ini meleleh tidak berhenti-henti memang sayu sungguh rasa hati.Even sekarang pun air mata ini bergenang hingga rakan-rakan dioffice bertanya mengapa.Saya hanya akan berkesempatan untuk melawatnya pada hari Sabtu ini.Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya bila pergi melihatnya nanti.Saya takut sebelum apa-apa saya dah menangis dulu. Saya mesti kuat untuk memberi sokongan kepadanya dan keluarganya. Semoga suaminya yang saya panggil "Achik" yang sangat penyayang orangnya(dia dan mak teh umpama Badan dan Nyawa) dan anak-anaknya Afizah dan Amirah agar tabah menghadapi dugaan ini.Sesungguhnya Allah tidak akan memberi seseorang itu dugaan melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehya.

Friday 5 March 2010

Sembang Sembang je lah


(kelebihannnya duduk di Putrajaya kami akan diingatkan melalui SMS dari klinik atau hospital tentang appointment kami )

Tak tahu nak taruh tajuk apalah kali ini so saya letak tajuk sembang-sembang je lah ya . Sebenarnya saya nak cerita dah dua hari berturut-turut saya pergi ke Klinik Kesihatan Putrajaya,satu untuk appointment ambil darah and satu hari lagi appointment dengan Doktor. Semalam dah ambil darah so today jumpa Doktorlah. Macam Biasalah Klinik Kesihatan Putrajaya patientnya memanglah teramat ramainya. Appointment saya sepatutnya 8.50 pagi tapi 7.30 dah kena ada di situ untuk ambil nombor.

Sampai je di klinik kesihatan itu, no giliran yang dikhaskan untuk temujanji yang saya dapat ialah 1070.Ini bermakna saya mendapat no yang ke 70.Saya duduk mengenangkan pukul berapalah agaknya boleh dapat jumpa doktor ini,saya mesti kena pergi office juga hari ini sebab ada jamuan untuk boss saya yang bertukar kerana kenaikkan pangkat Cik Zuraidah.

Nasib baiklah saya terjumpa anak saudara saya yang bekerja disitu,dia yang tolong saya dapatkan nombor yang cepat sikit untuk jumpa doktor(tak boleh buat selalu macam ni kesian kat orang lain).Cepat tak cepat sangat lah dalam pukul 10.00 pagi jugalah baru dapat jumpa doktor,kalau tidak mungkin lagi lambat.Doktor yang saya jumpa itu doktor lelaki dibilik 10 dan namanya bermula dari huruf R .Dia sangat peramah.Saya bersyukur kerana hasil dari ujian darah semalam keputusan semuanya O.K(buah pinggang,kencing manis dan kolestrol).

Berdebar-debar juga saya ni,ialah ini merupakan pertama kali saya check darah semula selepas 6 tahun melahirkan Naufal.Takut juga lah kan,ialah selama ini mendengar ramai kawan-kawan yang kolestrolnya tinggi dan kena makan ubat kolestrol. Pulak tu badan-badan mereka semuanya cantik-cantik pun kolestrol mereka tinggi. Saya ini pula yang badan boleh dikategorikan termasuk dalam Biggest Loser Asia ini macamana pula lah agaknya (Hwaaa).Rupa-rupanya faktor besar dan kecilnya badan seseorang itu tidak akan mempengaruhi tinggi dan rendahnya kolestrol seseorang itu.Hypertension saya pun Ok juga kena maintain makan ubat je lah.

Doktor yang peramah itu,saya masuk-masuk je kedalam bilik no 10 tu dah cakap,nama kakak ni nama popular dulu-dulu siap buat lagu lagi masa dulu kan .Ya lah Doktor dah abah saya minat nama tu terima aje lah.Bila dia tahu saya kerja di bahagian Pencen siap tanya lagi apa kelebihan memilih skim pencen.Saya pun terangkan lah serba sedikit kelebihan memilih skim pencen kepadanya.

Setelah mengambil ubat difarmasi saya terus pergi semula ke office untuk bekerja dan menghadiri jamuan yang akan diadakan.Nasib baik lah cepat juga saya dapat jumpa doktor kalau lambat sangat mesti saya akan apply Emergency Leave,sebab selalunya kalau pergi klinik untuk jangka masa yang panjang badan akan terasa sangat penat dibuatnya.Kalau tak dapat M.C,saya akan ambil cuti rehat sendiri. Tapi hari ini saya ambil time slip saje sebab tak melebihi dari 4 jam(masa yang dihadkan untuk keluar dari office).

Disini saya ada sertaka gambar-gambar dari jamuan tengahari tadi,kalau sudi silalah layan ye. LAYAN

Wednesday 3 March 2010

Boss Wanita ?



Semalam tengok kartun yang dihasilkan oleh Juragan dalam harian Metro ini tersenyum pula melihatnya.Sejak akhir-akhir ni sibuk pasal kakitangan Awam lebih ramai terdiri dari kakitangan wanita daripada kakitangan lelaki.Masalah ini sebenarnya ditimbulkan oleh Cuepacs yang menunjukkan kebimbangannya dengan trend masa kini semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Contoh yang ketara menurut Cuepacs hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik diisi oleh wanita.Sebenarnya kalau dari kami yang berpangkat kecik ni pun ramai yang terdiri dari kalangan perempuan dari kaum lelaki. Dikalangan yang berpangkat tinggi pula apatah lagi kan.

Di Unit tempat saya bekerja sahaja semuanya ada 29 orang,hanya ada 3 orang lelaki selebihnya semua perempuan.Ketua Penolong Pengarah dan Penolong Pengarah di unit saya juga adalah perempuan.Malahan jika ada perhimpunan bulanan setiap bulan, di Auditorium yang boleh memuatkan 500 orang,memang ketara sangat dewan itu akan dimonopoli oleh kaum perempuan hanya suku sahaja tempat duduk dipenuhi oleh kaum lelaki.Tapi buat masa ini dibarisan hadapan yang disediakan untuk pegawai-pegawai tertinggi masih dipenuhi oleh kaum lelaki lah.Tetapi tak mustahil di masa akan datang jika masalah yang dibimbangi oleh Cuepacs ini masih berlaku kerusi-kerusi itu akan dipenuhi oleh kaum Wanita juga.So far tak pernah ada lagi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dilantik dikalangan kaum wanita.Who know one day maybe akan ada juga. Sebenarnya masalah ini adalah global bukan di Malaysia je berlaku malahan diseluruh dunia.Apa-apa pun sebenarnya kedua-duanya(lelaki/perempuan)mempunyai kekuatan dan kelemahan yang melengkapi antara satu sama lain.kan kan kan.

Satu harapan saya disegi perkhidmatan kejururawatan harap-harapnya akan adalah lebih ramai kaum lelaki untuk menyertainya.Saya perasan masa arwah abah duduk Hospital dulu,memang ketara kaum lelaki(jururawat) di wad lelaki amat-amat sangat diperlukan. Sekarang pun saya selalu usha-usha anak-anak lelaki saya dengan bertanya "tak berminat ke bekerja sebagai jururawat lelaki ".(kalau lelaki panggil apa ya jururawat juga ke?).Melalut jauh pula saya ni.Sebenarnya dalam Islam pun ada menyatakan satu hari nanti kaum wanita akan lebih dari kaum lelaki so apalagi terima je lah kenyataan nya.



Monday 1 March 2010

Alahai Halimah



Lama tak updatekan,sebabnya internet kat office ni (macam Mak Sudin cakap dalam cerita Bujang Lapok lah"asyik tenggelam-tenggelam timbul aje").Sekejap line dia ok tak sampai 10 minit tak ok pula.Tu yang malas nak update.Di rumah pula asyik berebut broadband dengan anak-anak bujang le pulak.Dah lah cuaca sekarang ni panas gila,kang pasal berebut broadband dengan anak, maknya pula kena "heart feeling pulak"(bak kata mak jaiton(zaiton)pula).he he

Disini saya nak cerita pasal cerita Halimah Jongang yang sedang popular di TV sekarang ni. Kalau nak tau saya tak pernah tengok cerita ini,hubby and anak-anak adalah tengok .Saya tak pernah langsung,sebabnya saya memang tak suka cerita-cerita seperti ini.Cerita yang menceritakan tentang keburukan atau kelemahan seseorang.tak boleh ke letak tajuk cerita kepada tajuk lain.Tajuk cerita ini macam mengaibkan orang kan kepada sayalah.Mungkin orang lain tak rasa macam tu pun.

Oh ya semalam saya ada baca akhbar seorang ayah yang merayu agar dihentikan cerita ini kerana anaknya telah diejek disekolah.Kesiankan orang kata tak kena batang hidung sendiri takpe lah.Cuba kena batang hidung sendiri barulah tahu tinggi dan rendahnya langit yang kita junjung ini.Kena pula yang kena ejek itu budak-budak lagi memang lah kesian sangat. Dulu masa saya bujang,saya ada kawan lelaki yang senasib dengan tajuk cerita ini.Habis kawan-kawan panggilnya dengan panggilan "GIGI"(lebih kepada mengejek sebenarnya).Saya terkecuali sebab saya memang tak suka mepersoalkan atau menghina dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah Taala kepada seseorang itu. Mula-mula saya tengok kawan saya ini tersenyum je kalau orang panggil dia "GIGI".tapi saya dapat rasakan deep-deep inside his heart dia mesti ada perasaan terkilan dan malu. Nak buat macamana mereka yang mengelarkannya itu semua adalah kawan-kawan baiknya.Marah karang tak ada lah pula kawan.Kawan-kawan ni pulak akan cakap sensitif sangatlah usik sikit pun tak boleh. Tapi sebagai kawan yang sejati kita yang mesti lebih sensitf,sepatutnya kita tak akan sekali-sekali pun tergamak untuk mentertawakan rupa fizikal dan kekurangan kawan kita yang lain.

Tapi bak kata Si Bongkok Dalam cerita Sumpah Orang Minyak by P.Ramlee "Selagi manusia bernama manusia" memanglah suka merendah-rendahkan kelemahan orang lain.Walau pun tidak semuanya sebenarnya begitu.:-(