Saturday 31 October 2009

Folio Oh Folio







Folio ini kena tulis pakai tangan

Akhirnya folio anak kedua saya bertajuk "Salasilah keluarga saya" siap juga hari ini.Pada hari Rabu 28/10/2009 malam selepas isyak, saya telah terkejut besar bila dengar anak sulung saya bagitahu anak kedua saya sepatutnya hantar folio itu pada hari Khamis keesokan harinya tapi dia tak siap lagi. Bila saya tanya kenapa tak siap dan kenapa saya tak diberitahu dia ada folio yang perlu disiapkan, dia dah tak boleh nak jawab ,dia kata dia dah buat sikit-sikit dan dia nak buat yang simple je. Saya menanyakan mana yang dia dah buat sikit itu mak nak tengok. Tak tahulah nak cakap mana bila saya tengok folionya itu,perasaan saya masa itu ialah nak menangis folio yang dikata dah siap sikit dan nak buat simple itu lebih boleh dikatakan tak start langsung and memang sedih sungguh la. Saya cuba control marah dan mengarahkan supaya anak yang sulung,yang nombor dua(si tuan punya folio)dan saya yang kalau boleh digambarkan melalui cartoon mesti nampak asap keluar dikepala sebab nak tahan marah duduk sama-sama buat folio ini . Ialah cikgu dah bagi kerja kursus ini dua bulan yang lepas kenapa saya baru diberitahu sekarang.Saya cakap by hook or by crook mesti siapkan malam ini juga. Kami bertungkus lumus membuatnya tapi tak boleh siap juga. Kesudahannya saya lambat makan malam hari itu,sedangkan masa balik kerja hari itu saya lapar sangat . Bila dah lambat makan terus tak lalu .Malam pula saya tak boleh tidur memikirkan folio anak yang tak siap lagi. Saya kalau bab anak-anak memang macam ini. Kesudahannya keesokan hari saya diserang gastrik dan sakit kepala yang amat sangat hingga menyebabkan saya terpaksa ambil emergency leave. Walaupun saya dah siap pakai baju batik nak pergi kerja tapi bila saya dah start mual rasa nak muntah sebab gastrik terus saya tak jadi nak pergi kerja. Saya suruh anak saya cakap elok-elok dengan cikgu bahawa folio itu akan dihantar secepat mungkin bila siap nanti.Nasib baik cikgunya ok dan membenarkan folio itu dihantar pada hari Isnin memandangkan rupanya ada ramai orang lain yang tak siap juga.Saya terkilan juga kalau anak saya beritahu tugasan ini dua bulan yang dulu mungkin folio itu boleh dibuat sebaik mungkin. Dengan waktu yang singkat, folio yang tak seberapa ini sajalah yang saya dapat membantu anak saya Nabil untu lakukan. Kadang-kadang saya terfikir dulu saya sekolah,sekolah kampung lagi semua kerja sekolah saya buat sendiri tanpa nak suruh emak dan abah saya membantu.Tapi anak-anak saya ini boleh dikatakan kalau saya tak duduk mengadap sama-sama buat dengan mereka mesti tak jadi punya kerja-kerja sekolah mereka.Adakah kerana dari kecil saya terlalu menjaga serba-serbi tentang mereka dan menyebabkan mereka terlalu bergantung dengan kami ibubapa mereka.


Wednesday 28 October 2009

Betapa Masa Cepat Berlalu




Semalam bila saya buka facebook saya lihat ada gambar anak saya yang sulung dan yang nombor 2 semasa mereka kecil dimasukkan oleh sepupu saya Amirah. Apa yang saya rasa ketika itu ialah my heart melt dan rasanya sungguh cepat masa berlalu. Dari kanak-kanak yang comel(siapa lagi yang nak kata anak mereka comel selain maknya kan) mereka telah menjadi anak remaja. Serasa tak puas menikmati keadaan masa mereka kecil dulu.

Walau kepayahan dan dugaan membesarkan mereka bermacam-macam tapi bila melihat gambar mereka masa kecil mesti hati akan menjadi sebak campur bangga kerana dapat membesarkan mereka sehingga sekarang. Teringat pula malam tadi abahnya mengamuk bila bil telefon banyak Nabil dengan sms yang banyak (400 sms)ditambah dengan bil Naqiuddin tak tanya lebih lanjut berapa banyak pula yang digunakan tak sanggup nak dengar sebenarnya.Berdiri macam orang salah (memang salah pun)depan abahnya, kena dengar ceramah tentang penjimatan pengunaan telefon. Masalah selesai bila mereka bayar balik bil telefon masa itu juga(ada je pulak duit budak 2 orang ni).Kami sebagai emak dan abah bukan nak berkira sangat cuma nak mengajar supaya bertanggung jawab dengan setiap perbuatan yang dilakukan. Walaupun sebenar mereka berdua anak yang baik tapi kadang-kadang kita perlu menegur juga mereka untuk memberi peringatan.

Tuesday 27 October 2009

Day Before The Day's









Ini gambar semasa proses pembuatan goodies bag untu majlis harijadi naufal nanti ya. Malas nak tulis panjang lebar layan jelah gambar-gambar ini. Terimakasih kepada anak bujang yang besar berdua itu bertungkus-lumus untuk adik kesayangan mereka. So layan………

Hari Yang Di Nanti Dah Tiba




Pergi ambil kek Naufal









Semalam saya cuti sebab nak sambut birthday Naufal disekolahnya. Tiap-tiap bulan dia tanya bila nak buat birthday adik kat sekolah mak. Tiap-tiap bulan sebelumnya juga saya jawab nantilah adik bulan sepuluh ,akhirnya tiba juga masa yang dinanti-nantikan. Saya keluar rumah pukul 8.15 pergi hospital dulu ambil ubat emak saya di farmasi lepas itu pergi ambil kek pula di Present 10 .Saya tempah kek di ANNA

Sampainya disekolah naufal dah kecoh “mak kita datang” “ kita nak buat birthday”. Dengan kerjasama guru-gurunya majlis itu dapat dijalankan dengan lancar.Seriously cikgu-cikgu sekolah itu memang bagus.Naufal teruja melihat kek upin-ipinnya.Tetapi dia sedih bila nak potong keknya itu kesian opah kena potong katanya. Habis tu naufal beli kek untuk makan bukan untuk tengok je ya.Kelas Naufal sebenarnya 20 orang saja since saya buat goodies lebih saya suruh cikgu ajak sekali kelas 5 tahun yang lain .Jumlah keseluruhan budak-budak yang ada hari itu ialah 43 orang. Bila 43 orang menyanyikan lagu selamat hari jadi maka bergemalah ruang tempat kami adakan majlis itu. Tapi memang happeninglah bagi saya. Saya dan hubby pun seronok tengok gelagat budak-budak itu. Cikgu-cikgu memang pandai control budak-budak ini bila suruh senyap tiba-tiba keadaan yang riuh rendah menjadi senyap dan sunyi. Majlis berlangsung dalam masa satu jam. Selepas mengucapkan terimakasih kepada cikgu yang sangat-sangat memberi kerjasama kami pun pulang dengan rasa puashati.Memang jelas tergambar kegembiraan dimuka Naufal sepanjang majlis itu diadakan.Kembalinya naufal dari sekolah pada waktu petangnya dia berkata adik hari ini seronok sangatlah mak.Lega hati saya kerana akhirnya dapat juga saya menunaikan hajat sikecik saya ini.

Sunday Stories


Nampak ok kan sebab ditepi bila bawa ketengah mula merengek



Bila ketengah cikgu dia yang bawa






"Lepas berenang masa ini sambil tunggu hubby mandi dan salin baju



Hari Ahad yang lepas pagi-pagi lagi saya dah masak untuk makan tengahari sebabnya pukul 11.00 nanti saya kena teman hubby hantar naufal ke kelas renang. Naufal sejak akhir-akhirnya buat perangai dikelas renang ,nak berenang di tepi je taknak pergi ke tengah kolam. Saya suruh hubby standby baju renang, hubby pakai dari rumah,kalau dia buat perangai hubby kena turun dalam pool sekali.Saya kena ikut sekali sebab naufal ini takut dengan saya kalau saya ada ditepi kolam tu dia tak berapa beranilah nak buat perangai. Sampai di kelas renang macam biasa ok je ,tapi bila cikgu ajak pergi ketengah mulalah dia menangis.Hubby pun terus joint sama masuk kedalam kolam pujuk Naufal. oklah sikit tapi kalau mak dia tak cekak pinggang kat tepi kolam tak jadi juga. Tak taulah kenapa dulu dia ok je,sekarang ni kalau tak kena gaya dia menangis bagai nak rak kat tepi kolam tu malu pula rasanya kita dibuatnya. Actually ok je saya tengok dia berenang boleh je tahan nafas .Tak taulah apa silap.Maybe kena stop dulu kelas renang ini bila dia darjah 2 saya akan masukkan kelas renang intensive yang ajar dia sorang je.Seriously cikgu yang ajar dia sekarang sabar betul layan kerenah naufal lembut je tegur naufal kenapa nak nangis.Kena fikir balik pasal kelas renang naufal ni patut teruskan atau tangguhkan dulu.Any ideas?

Balik dari kelas renang singah Mydin sekejap cari air kotak ribena dan nak tambah lagi sweets untuk godies bag birthday Naufal pada esok nanti.Akhirnya saya sakit kepala yang amat sangat hari itu hingga terpaksa telan paracetamol 2 biji(dah lama sebenarnya saya tak telan paracetamol ni).Ini mungkin disebabkan oleh cuaca yang panas semasa saya memantau naufal dikelas renang tadi ditambah pula dengan stress tengok perangainya. Hubby pula masa itu senang hati berenang-renang didalam kolam dengan gembiranya.

Saturday 24 October 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang





Hari ini hari lahir anak saya yang bongsu Muhammad Naufal dilahirkan pada 24/10/2004 bersamaan dengan 10 ramadan. Saya mengandungkannya selepas anak saya yang nombor dua berumur lapan tahun. Dia satu-satunya anak saya yang dilahirkan secara pembedahan abang-abangya dilahirkan secara normal. Dilahirkan pada hari Ahad pada waktu Asar. Anak-anak saya semuanya dilahirkan pada hari Ahad Yang sulung pada waktu subuh,yang nombor dua pada waktu zuhur dan naufal waktu asar .macam disusun-susunkan.

Naufal masa umurnya belum 1 Tahun asyik keluar masuk hospital Putrajaya saja kerana menghidap asthma dan pernah demam sampai kena fit. Akibat kerap masuk hospital semua doctor dan jururawat di klinik cam muka saya dan Naufal. Bila Naufal Demam panasnya memang akan naik secara mendadak dan doctor beritahu once naufal pernah kena fit masa demam dia hanya kan bebas dari kena fit bila umurnya 6 tahun. Apa-apun kita lupakan saja cerita itu semua. Naufal bagi saya telah menceriakan lagi kehidupan keluarga kami kerana dia adalah anak yang kami yang bongsu.Dalam ketiga-tiga anak saya dia yang paling cerah kulitnya.Dia sangat cerdik dan comel,pandai buat memek muka dan seorang yang fotogenic. Kesayangan cik chu,cik wani,cik aty dan cik ya.Hari Isnin nanti kami akan celebrate birthday Naufal di tadika Cendekiawan atas permintaanya nanti saya akan masukkan entry mengenainya.

Naufal mak harap naufal akan menjadi anak yang soleh,rajin belajar dan seorang yang berhemah bila dewasa nanti. Bila naufal dah pandai baca nanti mak akan buka blog ini untuk baca apa yang mak tulis ini ya .So naufal Selamat hari jadi yang ke 5 sayang.







Monday 19 October 2009

Happy Birthday Nurul Azaliah





Azalia dengan ibunya



Ini Atikah kakak Azaliah




Dari Open House Naza Motor kami terus menuju ke Shah Alam seksyen 9 untuk menghadiri majlis hari jadi Nurul Azaliah anak saudara kami yang ke 2 tahun. Sesampainya kami disitu kami dapati dah ramai orang yang hadir. Anak saudara kami Azaliah dan kakaknya atikah sedang di make-upkan dibilik atas. Naufal pun berlari keatas bila dengar birthday girl sedang di make-up dia pun nak menyibuk samalah tu.Banyak makanan disediakan ada sate,pizza hut,mee curry,roti jala dan kuah durian,triffle dan aneka cupcakes yang cantik. Acara bermula bila budak yang kena make up dah siap cute-cute semuanya. Azaliah sangat cute dengan gaun kembangnya tapi nak ambil gambarnya sangatlah susah bila kita nak ambil gambar dia tundukkan mukanya, kebanyakkan gambar adalah diambil secara candid. Naufal dan Haziq menumpang sama sambutan harijadi ini kerana harijadi mereka pun jatuh pada bulan Oktober.

Meriah sungguh majlis itu kami semua makan-borak,makan-borak sepanjang majlis itu.Hadiah yang kami belikan untuk Azaliah dan Haziq dah tak jadi surprise kerana bila sampai saja disitu sahaja Naufal dah canangkan pada semua orang hadiah apa yang kami beri. Naufal memang tak boleh simpan rahsia.Kami pulang dari Shah Alam dengan berbekalkan berbagai jenis makanan,boleh buat sarapan pagi untuk esok. Oh ya semua kawan dioffice cakap muka azaliah macam muka saya,mereka cakap kalau cakap naufal dan azaliah adik-beradik pun orang kan percaya ye ke?. Nantilah nak cari gambar masa kecik-kecik nak comparekan he he.Dah namapun anak saudarakan mestilah ada sikit-sikit serupa kan kan kan :-P