Tuesday 25 August 2009

Apa-Ape aje

Ditaman Rama-Rama

The Gediks

Perempuan Dan Tong Air

Gombak girls



Inilah dia emak-emaknya
anak-anak dan cucu cicit Nek Timah

Saya dan sepupu-sepupu perempuan memang suka bergambar,kalau disuruh bergambar ramai-ramai kami akan cepat je berkumpul untuk beraksi.Disini saya sertakan antara gambar yang paling saya suka diantara dari yang pernah diambil. Sebenarnya kami mewarisinya dari mak-mak kamilah mereka pun suka bergambar.Tapi sebenarnya seronok juga bila kita tengok balik gambar-gambar kita kan tersenyum mengingatkan kenangan manisnya. Ini belum version yang kenit-kenit tu lagi macam-macam gaya.:-)Layan jelah ya tengah booring sebenarnya masa ini, jadi apa lagi jom tengok gambar.

Monday 24 August 2009

First Day Of Ramadan




Dalam perjalanan balik ke Putrajaya dari Shah Alam keletihan berpuasa tidur sambil berpegangan tangan


First day puasa saya kena pergi kerja dari 9.00 pagi hingga pukul 2.00 petang. Habis kerja saya dan anak-anak pergi ke rumah Pak Busu saya diseksyen 9 Shah Alam sebab nak hantar baju raya yang hendak dijahit sequins and beads. Bukan baju saya je ada juga baju kawan-kawan yang dah biasa buat tempahan jahitan manik dengan mak usu saya. Saya duduk dirumah mak usu saya dalam 2 setengah jam lepas tu saya balik rumah. Hari itu saya tak perlu masak sebab saya dah order lauk,mee goreng dan kuih karipap untuk berbuka. Buat pengetahuan pembaca blog bila bulan puasa saya akan menempah lauk dari hari Isnin hingga Sabtu untuk berbuka. Saya hanya akan masak pada hari Ahad sahaja. Sudah lebih kurang 5 tahun begitu. Kakak yang masakkan untuk saya itu namanya Saadiah tapi dikenali dengan nama Rose.Anak-anak saya suka masakkannya, saya terpaksa order lauk pauk setiap Ramadan kerana saya balik kerja lambat memang tak sempat untuk masak. Bukan saya saja yang order denganya malahan ada dua lagi kawan saya yang order sama. Masakan kak Rose yang sedap itu menyebabkan kami akan teruja menunggu untuk melihat lauk yang telah siap dimasak semasa ia dihantar ke rumah. Nantilah kalau sempat saya akan ambil gambar lauk pauk yang saya order setiap hari itu, tapi rasanya macam tak sempat saje sebab selalunya mangkuk tingkat kami sampai pada waktu yang hampir nak berbuka.:-)

Friday 21 August 2009

I Love This Song



Sekarang inilah lagu yang selalu bermain di kepala dan mulut saya iaitu lagu "ingatlah Diriku" by Dato Sheila Majid And Chandra. Lagunya very catchy. Saya pernah tengok Konsert Sheila Majid. Mungkin konsertnya pertamanya iaitu konsert Warna didewan MCA Ampang.Happening sungguh Konsert tu. Sheila is petite but her voice is powerfull. Zaman Saya muda-muda pernah masuk fan clubnya lagi. Selalu dapat undangan untuk mana-mana function yang dia ada tapi tak pernah pergi dan beri pada pass masuk pada kawan. Zaman remaja saya dipengaruhi oleh lagu-lagu Sheila majid and Fairuz Hussien(mungking ramai tak kenal fairuz hussien kakak faizal hussien tapi dia merupakan penyanyi R&B yang bagus). Saya hafal semua lagu sheila Majid kalau lagunya keluar dalam rancangan "jangan Lupa Lirik" biasanya saya tahu lirik-liriknya. Nasib baik husband saya pun minat Sheila Majid so no problem la nak pasang Cd Sheila majid dalam kereta. Anak-anak pun suka juga, ialah dah selalu dengar mak dan abahnya melalak dalam kereta lagu-lagu Sheila Majid maka mereka pun terpaksalah suka sama.he.he.he

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubaraq

Esok Seluruh umat Islam Di Malaysia akan mula berpuasa. So diucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan memperbanyakkan amal ibadat di bulan yang mulia ini. Semalam cousin saya yang duduk dirumah saya dapat tahu dia kena pergi ke Cambodia mulai 27/8/2009 dan akan berada disana selama 2 minggu, nampaknya kami hanya akan dapat bersama-sama bersahur dan berbuka dengannya selama seminggu sahaja. Takpalah yang penting kami akan dapat berhari Raya dengannya. Tahun ini juga merupakan tahun yang kedua kami berpuasa tanpa Abah. Semoga kami diberi kesihatan yang sihat untuk menjalani ibadah puasa sekeluarga. Amin.

Wednesday 19 August 2009

My Wish



Saya mengimpikan nak pergi tengok Ekslusif Syawal bersama Anuar Zain tapi tiketnya mak datok hai mahalnya. Kalau nak ikut gila-gila saya saya boleh je nak pergi konsert ini. Tapi pergi sorang-sorang le, sebab kalau dua orang tiket yang paling murah pun RM600. Tapi masalahnya saya ini sekarang tak boleh pergi mana-mana tanpa Encik Yazid, dulu masa bujang-bujang tengok wayang sorang-sorang pun tak jadi masalah.Saya memang mengilai anak pak zain ini. Masa saya mengandungkan Naufal saya teringin sangat nak tengok show anuar zain di Secretaries Week tapi Encik Yazid kata ramai orang, tapi akhirnya impian saya tercapai juga dapat tengok Anuar Zain performed di majlis makan malam PIBG sekolah Rendah Seksyen 9 Shah Alam. Sekolah itu banyak anak-anak orang kaya di Shah Alam .Tu yang majlis makan malam buat kat hotel dan yang perfom ialah Jay jay and Anuar Zain. Since Pak busu saya dia punya orang kuat PIBG dapatlah saya menumpang sekaki (bukan kaki saya je banyak kaki termasuk kaki suami dan anak-anak)he he tengok Anuar Zain di majlis itu dan dapat tengok close up lagi. Kali kedua pula ialah di dinner malam JPA saya tak tahu pun Anuar Zain akan perform that day bila pengacara mengumumkan Anuar Zain akan perform maka happy gila saya masa itu.Dia performed lagu Lelaki ini and Perpisahan dan masa itu pula lagu Lelaki Ini baru release di radio,so apalagi tangkap syahdulah.Macam mane ini nak tengok sangatlah show ini mesti dia ada nyanyi lagu suasana hari raya almaklumlah show di bulan syawal. Saya tahu Encik Yazid baca blog ini. So Encik Yazid carilah jalan macam mana nak bawa this maddamme tengok show ini. Sepupu-sepupu ku yang terpilih yang baca blog ini tak de ke nak sponsor Mak zana ni Hwaaa!!! despratenyaaaaa.

Tuesday 18 August 2009

Rindu dan Insaf





Saya sangat suka lagu nasyid ini lama tak dengar. Tajuk lagu ini ialah Rindu dinyanyikan oleh munif dari kumpulan hijaz. Saya suka dengar zikir-zikir di channel Oasis dari before mahgrib until isyak . Zikir-zikir yang dilagukan oleh Ustaz Munif dari Hijazlah yang saya paling suka. Ustaz Asri from rabbani pun saya suka tapi dia tiada lagi dah kembali ke rahmatullah. Mereka berdua ini kalau menyanyi suaranya jelas dan meruntun hati.Tapi ustaz yang rebonding rambutnya tu( it's a no no for me). Hayatilah nasyid ini dan liriknya,syahdu sungguh. Al-maklumlah mood puasa dah makin hampir. So layan......

Monday 17 August 2009

The Magic Of Pil Chi Kit Teck Aun



Dia sedih masa ini,jangan tegur alamat meraunglah nanti


Masa ini dah ok dah,lapar pula minta roti


Saya dan family tak sehat minggu lepas. Saya kena food poisoning yang paling teruk saya pernah kena dalam hidup saya. Hingga saya rasa seperti nak pergi terus ke emergency ada pada satu malam itu. Anak saya Nabil kena buat saringan H1N1 akibat demam selsema dan sakit kepalanya nasib baik tak ada apa-apa cuma demam biasa tapi dapat M.C 4 hari. Naufal pula tak lalu makan dan muntah-muntah sampai kena masuk air dalam badan diklinik Kesihatan Putrajaya. Sepupu saya Suhana pun M.C 2 hari juga disebabkan tonsil yang bengkak dan demam. Nasib baiklah my hubby encik yazid dan anak yang sulung Naqiuddin ok dialah jadi nurse kat rumah kami. Encik Yazid 3 hari berturut menghantar saya ke klinik, kenapa 3 hari berturut. Sebab klinik takut sangat nak bagi m.c terus sedangkan saya tak baik juga dan kena berulang alik ambil m.c. Saya tak kuasa sebenarnya nak ambil m.c dan nak ambil cuti sendiri tak laratlah nak melalui proses menunggu nak jumpa doktor. Hubby bising m.c cutilah cuti sakit buat apa nak pakai cuti sendiri. Tapi siapa-siapa yang pernah pernah pergi ke Klinik Kesihatan Putrajaya akan tahu azab menunggu di Klinik Kerajaan Putrajaya. Makan ubat klinik tapi tak jalan juga perut masih sakit dan asyik keluar masuk toilet, kesudahannya saya makan Pil Chi Kit Teck Aun. Dalam masa 2 jam perut saya ok and stop going to the toilet. Macam magic pula after struggle for three day tu. Tapi mungkin kebetulan je kut masa itu dia nak baik pula. Saya sebenarnya takut nak makan ubat sebarangan selain ubat hospital sebab saya ada Diverticular Disease And Hiatus Hernia. Tapi disebabkan oleh tak tahan sangat saya makan juga pil chi kit teck Aun tu sambil berselawat banyak-banyak. Alhamdulillah baik pula. tak Kisahlah janji perut saya o.k. Cuma sekarang saya kena gastrik sebab tak boleh nak makan masa food poisoning tu sebab asyik vomit aje. Kena maintain gastrik secepat mungkin sebab dah nak dekat puasa ni. Harap kami sekeluarga akan dilindungi daripada masalah kesihatan sepanjang bulan Ramadan yang mubaraq ini. Amin

Wa dah Kata,Bak Sini (Waheeda &Akhil)


tengoklah senyum Waheeda macam mengambarkan kata-kata "Saya dah Dapat"(iklan parkson)

Speechless itu yang boleh saya katakan bila bila baca tajuk akhbar Metro hari ini. Dahlah hari ini baru nak start kerja, setelah lama mc minggu lepas disebabkan oleh food poisoning. Loya-loya saya disebabkan gastrik syntom yang selalunya saya akan kena selepas di attack oleh diarrhoea bertambah lagi meloya selepas melihat berita ini(macam blog azwan ali pula aku ini).Tapi serius selepas Waheeda menafikan berapi-berapi sebelum ni sampai macam tak cukup nafas bila bercakap, so sekarang ini macamana pula ya? Sila jawab nak tengok syle mana pula kali ini dia akan jawab. Kononnya sakit selama tiga bulan sebelum ini si Waheeda wassini ni lepas nikah baiklah tu.Si Akhil Hay bercerai dengan Puan Maizawati pada pada 15 Julai bernikah pula dengan Waheeda pula pada 16 Ogos. Dalam masa Sebulan tu. Takut bila nanti orang tanya si Ustaz Akhil ini akan menjawab "Ana dapat ilham untuk menikah sempena bulan Ramadan yang mubaraq!!!. Takpalah asalkan mereka bahagia .Jangan lepas ini dengar pasal tuntutan nafkah anak kat melodi pula sudahlah Labu. Ente harus ingat kahwin-kahwin juga tanggunjawab kepada anak-anak perlu ada. Cukup sampai disini merepek saya kali sambil makan asam.Chow Chin Chaw

Tuesday 11 August 2009

Happy Birthday Muhammad Nabil




Hari ini hari jadi anak saya yang no.2 iaitu Mohamed Nabil. Dia dilahirkan pada pukul 1.15 tengahari hari Ahad 11/8/1996 di Hospital Danau Kota, Setapak Kuala Lumpur. Pembawakan saya semasa mengandungkannya ialah saya batuk selama 9 bulan. Selepas saya bersalinkan dia batuk saya terus hilang. Seorang anak yang mendengar kata dan pandai berjimat jika perkara berkaitan dengan keewangan. Sangat menyayangi adiknya yang bongsu Naufal, walaupun suka menyakat. Kalau adiknya sakit atau dimarahi oleh saya dia yang akan paling susah hati kerana mengasihani adiknya malah akan menangis jika adiknya sakit. Seorang anak yang boleh diharap dalam membantu kerja-kerja dirumah. Dia seperti perumpamaan Sikembang Cina akan membuat kerja tanpa disuruh. Walaupun kita panggil yang sulung untuk membuat kerja dia yang akan menyahut dan datang bertanyakan apa yang perlu dibuat. Seorang yang homely type tidak suka keluar rumah kecuali dengan keluarga. Hobinya melukis dia boleh duduk melukis berjam-jam. Meminati cerita-cerita sejarah dan fiksyen. Masa kecil terlalu obsess dengan Dinosaur dan ada collection cd dinosaur yang banyak.Masa kecil dia akan kemana-mana dengan satu beg kecil yang dipenuhi dengan cd Dinosour dan di poketnya akan sentiasa ada patung-patung Dinosaur. Dia adalah anak saya yang paling lama dapat bermanja kerana selepas lapan tahun saya melahirkannya barulah adiknya Naufal lahir. Muhammad Nabil mak harap, Nabil akan berjaya didalam pelajaran dan hidup. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Dengarkan lagu dibawah ini untuk anak mak yang nombor 2 ini ya.


Monday 10 August 2009

Sunday Story


Boleh dikatakan setiap bulan brother ni yang akan potong rambut Naufal



Pada hari Ahad pula kami masih kena mengahdiri kenduri dan kali ini kami telah pergi ke Shah Alam Seksyen 24 untuk menghadiri kenduri sempena akikah cucu saudara dari sebelah husband. Cuaca sangat panas kami asyik minum air saja dimajlis itu,dapatlah kami berjumpa dengan adik beradik dan anak saudara sebelah husband. Family sebelah husband memang susah nak jumpa serentak melainkan di hari raya atau bila ada kenduri-kendara. Balik dari kenduri kami terus pulang kerumah untuk ambil Naqiuddin yang sulung untuk dibawa ke Alamanda sebab nak potong rambut. Naqiuddin tak ikut pergi kenduri sebab nak buat ulangkaji kerana keesokkan harinya dia ada percubaan peperiksaan PMR. Sampai dikedai gunting di Alamanda kedai gunting itu tiada orang, so bila masuk saja kami anak beranak kerusi dikedai gunting itu telah dipenuhi oleh kaum lelaki Najid family. Tuan punya kedai dan pekerja-pekerjanya memang telah biasa dengan keluarga kami sebab disitulah tempat gunting rambut kaum lelaki keluarga kami setiap bulan. Naufal tidak mahu gunting rambut dikedai lain melainkan kedai ini. Emaknya yang sedang menunggu tidak melepaskan peluang mengambil gambar suami dan anak-anak yang sedang digunting rambut :-)

Saturday Story



Gambar ini saja yang sempat diambil masa kenduri sebab sibuk




Naufal posing depan kereta orang

Hari Sabtu yang lepas telah diadakan tahlil Arwah dirumah nenek saya di Gombak Setia. Ia dihadiri oleh saudara-mara terdekat dan jiran tetangga . Walaupun ramai juga dikalangan sepupu yang tak hadir ataupun hadir lambat disebabkan bekerja dihari Sabtu. Makanan banyak ada yang masak sendiri dan ada yang order. Pada waktu petang saya dan keluarga,emak dan mak saudara pergi menziarahi kubur abah dan saudara mara yang telah meninggal dunia ditanah perkuburan Taman Ibukota. Kami berangkat pulang ke Putrajaya pada pukul 6.30 petang. Walapun banyak juga lauk pauk yang dibawa pulang,kami sekeluarga dah tak selera nak makan nasi pada waktu malam. Kami sekeluarga telah singgah dikedai mamak di Presint 9 untuk makan Tose sebagai makan malam kami. Selesai makan dikedai mamak itu kami terperasan ada sebuah kereta Satria berwarna Pink parking dihadapannya. Naufal terlalu excited tengok kereta warna pink itu. Emaknya pun apa lagi terus saja mengambil gambar naufal dihadapan kereta Satria Pink itu. Minta maaf kepada owner kereta ini kerana ambil gambar kereta tanpa kebenaran.

Thursday 6 August 2009

Smile Behind The Cloth Mask



Tunggu Giliran Nombor Sampai bersawang



Naufal demam selsema dan batuk so semalam saya bawa dia klinik kesihatan Putrajaya, Walaupun boleh saja saya bawa dia ke klinik panel husband tapi memandangkan batuk dia dah berlarutan selama 3 hari dan malam tadi dia tak berapa tidur disebabkan batuknya jadi kami membuat keputusan untuk membawanya ke klinik kesihatan Presint 9. Saya sampai disitu pukul 7.10 no giliran yang saya dapat ialah 2043 dan bemaksud saya ialah orang yang ke 43 bagi no yang bermula dari 2000. Nombor yang bermula dari 1000 dan 4000 tak tahulah dah berapa ramai. Dari pendaftaran ke triage mangambil masa 2.00 jam tunggu doktor lagi 1 jam walaupun dalam bilik doktor masa pemeriksaan hanyalah dalam kurang dari sepuluh minit. Tapi serius orang memang ramai kebanyakkannya memakai mask dimuka.Saya jumpa orang dari office yang keluarga atau mereka sendiri tak sehat je dah ramai.Dalam bilik pemeriksaan doktor suhu badan Naufal makin panas,walaupun kalau tengok dia macam orang tak demam sebab tak reti duduk diam. Bila tengok keadaan klinik yang sangat crowded dengan pelanggan dan batuk sana-sini risau pula kita dibuatnya. Jururawat beritahu kalau sesiapa bawa anak yang sakit ke klinik jangan dibawa anak yang tak sakit sama sebab di klinik banyak kuman. Masaalahnya kalau tak dibawa dengan siapa nak ditinggalkan pula anak yang sehat tadi. Nasib baiklah cuti saya banyak lagi so kalau anak demam bolehlah cuti menjaganya (wajib cuti sebenarnya siapa lagi nak jaga).Encik yazid bekerja di syarikat swasta nak cuti memang susah so by hook or by crook maknyalah kena cuti setiap kali anak demam or suami yang demam. Dulu masa Nabil kecil cuti selalu nyawa-nyawa ikan sebab dia selalu demam. Naufal lagilah worst dalam masa satu tahun 3 kali masuk ward. Demam sampai kena fit(sawan). Sebab itulah Naufal kalau demam kena extra care sebab doktor kata dia kalau demam, panas memang akan naik mendadak dan dia hanya bebas dari kemungkinan kena fit akibat demam selepas umur 6 tahun. Kira tahun ini oklah sikit dia bolehlah tahan taklah selalu sangat demam. Hari ini saya E.l lagi sebab badanya masih panas lagi tapi esok kalau dia tak sehat lagi husband sayalah pula kena cuti. Walau bagaimana pun saya salute kakitangan di Klinik kesihatan Putrajaya walaupun tak nampak senyuman dimulut mereka, mana nak nampak semuanya pakai mask. Namun dari sinaran mata mereka nampak keikhlasan mereka bekerja. Kesabaran ditahap tinggi memang perlu ada bila pesakit yang mereka hadapi hari-hari bagi saya terlalu ramai dan sebenarnya perlu ada lagi satu klinik kesihatan beroperasi di Putrajaya secepat mungkin.


Tuesday 4 August 2009

H1N1


Sekarang ini wabak H1N1 makin serius, risau pulak saya.Di Malaysia sekarang pun makin banyak kes H1N1 macamana nak buat ya. Sana sini dengar orang demam dan batuk. Simptom-simptom H1N1 pun demam,selsema dan batuk. Risau-risau !, kalau boleh sebenarnya jangan pergi ke tempat-tempat terbuka seperti shooping complek. Masalahnya boleh ke?. Sabtu dan Ahad kalau tak pergi mana-mana anak-anak bising. Pagi-pagi lagi dah tanya hari ini tak pergi mana-mana ke. Almaklumlah duduk apartment kalau tak keluar rumah dalam masa 2 hari boleh demam juga demam booring.Takpalah keluar jugalah nanti bawa mereka pergi rumah kedua-dua nenek dan nyangnya di Gombak. Hari Ahad Naufal ada kelas renang, tempat terbuka juga tu,boleh ke? Tawakkal sajalah.

Time flies and Money flies


Masa cepat betul berlalu diam-diam dah masuk bulan Ogos, tak lama lagi bulan puasa lepas tu Raya. Dua-dua bulan tu memerlukan duit yang banyak saya tak tahulah orang lain. Tapi Najid family memerlukan duit lebih sikit dari bulan lain untuk puasa dan raya. Walaupun saya rasa kita bercakap oh raya tahun ini disambut secara sederhana tapi still perlukan duit. Ialah untuk baju raya,kuih raya dan duit raya. Belum lagi open house, rumah saya boleh dikatakan setiap tahun buat open house untuk family saya dan husband. Memandangkan saya anak saudara yang paling senior dan kesayangan sepupu-sepupu(ye ke). Open house rumah saya memang dinanti-nantikan,lagi pun takkan kita nak pergi rumah orang je orang pun nak datang rumah kita juga kan kan kan. Family husband pun setahun sekali je datang rumah bila lagi kalau tak masa hari raya. So from now on berjimat cermat Suzana.(walaupun sebenarnya dah lama patut start jimat cermat):-).O.k lah I stop mumbling and start action?
saya suka ilustration by emila yusof ini

Monday 3 August 2009

Jalan-Jalan Sakit Lutut






Semalam janji dengan anak nak bawa pergi Pesta Bunga Putrajaya diPresint 2, tapi kesudahannya tak pergi sebab cuaca panas dan anak-anak tak nak pergi. Memandangkan hari weekend mesti kena pergi jalan mana-mana so Encik Yazid,saya,Nabil Dan Naufal pergi keIOI Mall Puchong.Naqiuddin yang sulung tak ikut, sekarang kalau pergi memang susah dia nak tak mahu ikut. Encik Yazid nak beli baju kemeja yang baru untuk kerja so kami terus cari Jusco dalam IOI Mall tu. Rupa-rupanya IOI Mall sekarang dah berwajah baru dan semakin besar, jalan-jalan tak terasalah sakit lutut masa itu, tapi bila dah sampai rumah barulah terasa lutut mula sakit. Bila saya mengadu sakit lutut dialog yang biasa akan dikeluarkan dari mulut Encik Yazid ialah tadi kata nak jalan-jalan. So tanggung je la. Walaupun sebenarnya kaki ini sebenarnya penat menunggu dia yang cerewet nak pilih kemeja. Nabil pun merungut dengan mengatakan sebab itu dia tak suka ikut abahnya pergi shopping lambat katanya. Naufal je yang happy sebab dapat main di Playground dalam Jusco sampai tak sedar mulut berdarah masa terjatuh. Layan jelah gambar-gambar Naufal tu ya. Saya kan suka ambil gambarnya :-)